Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;
Yang Berbahagia Tan Sri Tan Sri,Dato-Dato,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan
Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu
wa taala sekalian.
Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada
pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan
kami .......................... dan

pasangan

pilihan

hatinya........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan


hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.
PENDAHULUAN
1. Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi,
kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat
dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu
semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak
pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.

2. Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato, Datin-Datin, sidang hadirin
yang dimuliakan;
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
DOA RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN
3. Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga
yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi
membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al
Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada
anaknya, katanya;
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak
manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah
lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya
adalah tawakkal kepada Allah SWT".
Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika
kita mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.
RASA SYUKUR DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU DAN BESAN
YANG BAIK
4. Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini,
kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi.

Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan
menambahkan

lagi

seri,

kerukunan

dan

kebahagiaan

kami

seisi

keluarga kedua-dua belah pihak.


5. Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, kerana
mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama
lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan
kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN
TETAMU
6. Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis
perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada
saudara pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua
yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian
dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada
hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak
saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak
membalasnya.
7. Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat
bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya,
maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut

Kalau ada gelar yang tersalah ucap


Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah

Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;


Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP
Tindih kasih jahitan baju,
Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada para tetamu
Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.
Terangnya api di Tanjung Andas,
Nampak di laut kapal belayar,
Sayang dan kasih boleh dibalas,
Budi dan jasa tidak terbayar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai