Anda di halaman 1dari 5

SKRIP UCAPAN EMCEE( MALAM DINNER)

6.30
pm
7.00
pm

Ketibaan para jemputan


EMCEE MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TETAMU
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam mesra.
Selamat datang dan selamat bertemu diucapkan kepada
semua para jemputan yang hadir ke majlis resepsi
perkahwinan Ghouse Raqib Ibrahim dan isterinya Sheena MT
Aidala.
Alhamdulilah, Syukur ke hadrat ilahi atas kesudian tuan
puan menghadirkan diri dan seterusnya memeriahkan majlis
resepsi kedua mempelai kita.
PENGANTIN MASUK KE DEWAN
Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita sama-sama
menyaksikan perarakan masuk pengantin ke dalam dewan
diiringi oleh kedua-dua ibu bapa pengantin beserta
kumbang dan bunga yang terdiri dari kalangan ahli keluarga
kedua-dua pihak mempelai.
Berikan tepukan gemuruh buat kedua mempelai kita.
(LAGU DIMAINKAN:LIKE IM GONNA LOSE YOU BY
MEGAN TRAINER)
PENGANTIN DUDUK

7.15
pm

Ingin rasa memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu semua di majlis ini
Syukur kepada tuhan kerana kedua mempelai kita Ghouse &
Sheena telah selamat diijab kabulkan semalam bersamaan
dengan 27 November 2015.
Dan pada malam gilang gemilang ini, kita mengharapkan
agar semua berjalan dengan lancar dan sempurna.
Untuk itu bagi memberkati majlis kita pada malam ini,
dengan segala hormatnya kita mempersilakan
________________________________ bagi mengiringi bacaan
doa.
BACAAN DOA
Terima Kasih _______________________________ atas bacaan

SKRIP UCAPAN EMCEE( MALAM DINNER)


doa itu tadi.

7.25
pm

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, marilah sama-sama


kita menikmati alunan muzik dari kumpulan buskers
jemputan.
PERSEMBAHAN LAGU/TARIAN
Begitulah alunan syahdu daripada kumpulan buskers
jemputan kita.
Untuk pengetahuan tuan puan, kumpulan buskers yang
mengiringi majlis kita pada malam ini merupakan anak-anak
jati Sandakan yang dikenali dengan nama glamour
kumpulan mereka iaitu Suka Suki Busker.

7.45
pm
7.55
pm

UCAPAN DARI KELUARGA PENGANTIN


Bagi meneruskan lagi majlis kita pada malam ini, kita
menjemput ayahanda merangkap King of the Heart
pengantin perempuan Encik Mohd Taha Haji Aidala, mewakili
seluruh keluarga untuk menyampaikan kata alu-aluan.
Untuk itu dipersilakan..
Ya, Begitulah tadi ucapan daripada ayahanda tercinta
pengantin perempuan.
____________________________________________________________
Sekarang dijemput pula wakil daripada pihak pengantin
lelaki merangkap
_________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Untuk itu, dipersilakan.
Begitulah ucapan yang menarik daripada wakil pihak
pengantin lelaki.

8.15
pm

DOA MAKAN
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Minuman ada lauk pun sedia,
Sudilah santap tuan budiman.
Tanpa membuang masa lagi, hadirin dan hadirat dijemput

SKRIP UCAPAN EMCEE( MALAM DINNER)


untuk menikmati jamuan yang disediakan sebagai
penghargaan kepada semua jemputan. Untuk itu,
dipersilakan semua.
8.20
pm

SLIDE SHOW
Tuan puan, sambil-sambil kita menikmati hidangan yang
pelbagai,
kami akan memainkan paparan gambar(slide show) kedua
mempelai kita.

8.30
pm
8.50
pm

POTONG KEK
Hadirin dan hadirat sekali,
Marilah kita sama-sama menyaksikan upacara pemotongan
Kek sebentar lagi.
Dengan itu, dijemput kedua-dua pengantin serta ibu bapa
dan wakil pengantin kita untuk naik ke pentas.
Dipersilakan.
(LAGU DIMAINKAN: LAUTAN BY YUNA)
Untuk sesi yang pertama, sedang berlangsung pengantin
menyuapkan kek sesama sendri.
Seterusnya, diminta pula pengantin lelaki untuk
menyuapkan kek kepada kedua bakal mertua beliau,
ayahanda dan bonda tercinta kepada Puan Sheena.
Dan sedang berlangsung pula, pengantin perempuan
menyuapkan kek kepada wakil pengantin lelaki merangkap
mak saudara kepada Ghouse Raqib.
Begitulah tadi berlangsungnya upacara pemotongan kek.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai, ibu bapa serta mak
saudara.
Tampak begitu ceria mereka sebentar tadi. Alhamdulillah.

SESI SALAM MESRA


Hadirin dan hadirat sekalian,
Acara diteruskan dengan sesi salam mesra.
Untuk itu, dipersilakan kedua mempelai kita untuk bergerak
bersalaman-salaman dengan tetamu-tetamu yang hadir

SKRIP UCAPAN EMCEE( MALAM DINNER)


bagi menyampaikan hasrat memberi ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

(KUMPULAN BUSKERS MENERUSKAN LAGU)


Begitulah sesi salam mesra daripada pihak pengantin kita
yang berlangsung sebentar tadi.
1. Where did the bride and groom meet?
2. Where was their first date?
3. How long have they been dating?
4. When did the bride and groom kiss for the first time?
5. Where and how did the proposal take place?
6. Where are they going on their honeymoon?
7. How many pets do they own, what type, what are their names?
8. When did the bride and grooms parents meet for the first time?
9. What is the bride and grooms nicknames?
10. How many siblings to the bride and groom have?
11. What was the first weekend getaway or vacation they have
taken together?
12. Who picked the engagement ring?
13. What are the middle names of the bride and groom?
14. What is the bride and grooms favorite sport?
15. How many kids to the couple plan on having?
16. What was the first job in their life?
17. What college did they attend , what major?
18. Who does all of the cleaning where they live together?
19. Who travelled the furthest to get to the wedding?
20. What is the couples favorite style of music? Dance?
21. What is the couples favorite drink?
22. What is the couples favorite food?
23. What is the couples favorite color?
PERSEMBAHAN KARAOKE PARENTS
Sebelum kita teruskan kepada acara bebas marilah kita
menjemput kedua-dua ibu bapa pengantin untuk membuat
persembahan nyanyian karaoke.
Begitulah persembahan yang sangat sweet daripada keduadua ibu bapa tersayang pengantin. Untuk itu, majlis
diteruskan dengan acara bebas.
Semoga Tuhan memberkati kehidupan kedua pengantin
baru kita ini dan kita semua berharap agar ikatan
perkahwinan antara Ghouse dan juga Sheena akan kekal
terpelihara sehingga ke akhir hayat. Kami mewakili kedua
keluarga pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima

SKRIP UCAPAN EMCEE( MALAM DINNER)


kasih atas kesudian para jemputan yang hadir ke majlis
resepsi ini. Semoga perjalanan balik kita dari tempat ini
dilindungi. Semoga Tuhan memberkati kita semua.
9.00
pm

ACARA BEBAS: KARAOKE TERBUKA / SESI


KELUARGA/SESI PHOTOGRAPY
Untuk perhatian tuan puan acara bebas merangkumi,
Sesi karaoke terbuka dan sesi bergambar untuk para
hadirin.
Untuk itu, bagi yang berminat untuk menyumbangkan suara
merdu bolehlah membuat pendaftaran di bahagian
pengurusan karaoke & sound system.
Bagi yang ingin meneruskan sesi fotografi bolehlah juga
mengambil turn di dua tempat penggambaran sama ada di
pelamin utama dan juga photobooth di bilik sebelah kiri
tuan puan.
Sekian wabilah waltaufik walhidayah Assalamualaikum dan
Salam bersua kembali.

Anda mungkin juga menyukai