Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para tetamu yang dihormati.

Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Datin, Tuan Puan dan Para Hadirin
sekalian amatlah dihargai. Saya, bagi pihak Tuan
Rumah, ....................................................... serta kedua pasangan
pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian
para hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk semua para tetamu, selamat
menjamu selera diucapkan.

Hari ini, ......................... , kita meraikan Majlis Perkahwinan pasangan raja


sehari, ........................................................ Barakallah untuk pasangan
pengantin. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk
mereka berdua dan juga untuk kita semua, insyaALLAH.

Tetamu yang datang sangat dihargai,


Bersalam-salaman, berlaga pipi;
Terima kasih diucapkan, tanda berbesar hati,
Jemputlah makan, buat tetamu yang dihormati.

Bariani gam nama diberi,


Hidangan istimewa JM Bariani;
Tetamu dan pengantin sama dirai,
Ada kekurangan, harap dimaafi.

Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan yang
dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara mara
dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru
dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan
hendaknya. Sambil-sambil menjamu selera marilah kita bersama-sama
menyoroti perkenalan antara kedua pasangan mempelai yang kita raikan
hari ini, iaitu .......................................................

Berjalan rapat, berlaga bahu,


Cantik dan kacak, molek bersatu;
Macam mana berkenalan, kami semua nak tahu?,
Mengorek rahsia si pengantin baru.

...................... tempat berkhidmat,
Mencurah bakti, memerah keringat;
Baik budi hati terpikat,
Bila berjauhan asyik teringat.
tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu juga. Di zaman


kecanggihan teknologi hari ini, di laman Facebook juga, kita boleh bertemu.
Menyingkap bibit-bibit perkenalan antara pasangan kedua mempelai,
rupanya, Facebook juga yang telah menemukan mereka berdua. Seorang di
Ipoh, seorang di Bangi, kalau dah jodoh bersatu jua. Kata orang, tak kenal
makan tak cinta. Bila dah kenal, hati tertawan pula.

Bermula di facebook, pertemuan tercipta,


............... tempat, pertemuan pertama;
Mula berkenalan, kemudian bercinta,
Bila dah suka, buat apa nak tunggu lama.

tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

Kalau dah jodoh tak ke mana, adinda pujaan kekanda. Pertemuan pertama
bersua muka di luar alam cyber telah membenihkan rasa cinta antara
keduanya. Alhamdulilah, selepas beberapa pertemuan dalam
hampir ................ bulan perkenalan mengenali hati budi masing-masing,
dengan restu kedua belah keluarga, tali pertunangan diikat pada
tanggal ................. Dan Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini,
janji sepakat yang telah diikat ditunaikan di dalam majlis yang penuh berkat
ini.

Restu dipohon memohon berkat,


Janji termeterai tanda sepakat;
Cincin disarung mengikut adat,
Sebagai tanda sudah terikat.

Pandai sungguh ................ memikat,


Mudah pula ................ terpikat;
Jarak yang jauh dah rasa dekat,
Semoga majlis mendapat berkat.

tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363


Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin kita hari ini, Dr.
Farahwahida dan pasangannya ........................................................
Semoga rumahtangga yang dibina akan mendapat keberkatan dari Allah
swt. Semoga kasih sayang yang disulam akan berterusan hingga ke jannah,
insyaAllah. Tahniah juga untuk kedua-dua ibu dan bapa pengantin yang
menerima menantu pada hari ini. Semoga ikatan yang baru terbina di antara
dua buah keluarga akan dirahmati Allah hendaknya.

Bariani ada, satay pun ada,


Sirap dan cendol penghilang dahaga;
Kepada pasangan pengantin, berbahagialah hendaknya,
Semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah, tanda bersyukur,


Majlis meriah, suasana ceria;
Sudah masanya untuk berundur,
Tersilap kata, maaf dipinta.

Sekian, Wabillahitaufikwal hidayah,


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada
untuk kita semua. Take care and have a nice day.

tenaga yang pihak


saudara-saudari semua
berikan, hanya Allah
Taala
sahaja yang layak
membalasnya.
7. Di sepanjang
pelaksanaan majlis
perkahwinan anak-anak
kami yang amat
bermakna dan bersejarah
ini, seandainya ada
serba sedikit
kekurangannya, maka
kami rumuskan dalam
bentuk ungkapan klasik
seperti berikut;
Kalau ada wajah yang
tersalah pandang
Kalau ada nama yang
tersalah sebut
Kalau ada gelar yang
tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di
salah tempat
Kalau ada hidangan yang
salah bekas
Kalau ada air mawar yang
tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah
letak
Kalau ada nasi tersalah
tambah
Maka, kami ulit perkara itu
dengan ungkapan;
Bunga sakura si bunga
Jepun
Ditanam nyonya berpohon-
pohon
Tersilap tersalah harap
diampun
Terkasar bahasa maaf
dipohon
PENUTUP
Tindih kasih jahitan baju,
Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada para
tetamu
Mengimarahkan majlis
sehingga berjaya.
Terangnya api di Tanjung
Andas,
Nampak di laut kapal
belayar,
Sayang dan kasih boleh
dibalas,
Budi dan jasa tidak
terbayar.
Sekian, terima kasih
TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,


Saya dahulu kan kata bicara saya dengan lafaz

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;

Yang Berhormat En. Khairy bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin. Menteri Besar
Johor
Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Paduka Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor,
Yang saya kasihi kedua-dua besan saya………………………..........

Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin
yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.

Saya mulakan isi utama ucapan saya ini dengan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua tetamu jemputan yang hadir bagi merai dan menjayakan majlis perkahwinan anak-anak kami yang
tidak sepertinya ini.

Seterusnya, saya seisi keluarga dan juga mewakili semua kedua-dua pihak keluarga pengantin  ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak
perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya
menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.

MERAI TETAMU

Saya  seisi keluarga ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan
izin-Nya majlis perkahwinan kedua-dua anakanda kami  ini selamat dilaksanakan dengan suasana yang
gembira dan ditambahkan serinya pula Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan  yang terserlah sungguh anggun dan cantik berseri, sama macam kedua-dua
mempelai pengantin kita hari ini .

2.   Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin
yang dimuliakan;

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

DOA  RESTU IBUBAPA
3.   Selaku ibubapa, kami mendoakan  kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke
akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana
Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran)  kepada
anaknya, katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di
dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa,
isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut   jalan agama,
jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi
Allah Taala.

RASA SYUKUR  DAN GEMBIRA

4.   Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran  anak
menantu serta sekalian ahli keluarganya yang baik dan berhemah tinggi, moga ikatan kekeluargaan ini
akal membina satu institusi keluarga besar yang bahagia dan maju jaya di dunia dan akhirat.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA

6.   Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini.
Khususnya kepada tuan pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat
dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan
mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak
saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

7. Saya juga ingin memohon, agar semua tetamu yang hadir pada hari ini, agar dapat mendoakan
kebahagian dan kejayaan buat kedua-dua pengantin iaitu anakanda kami ini, menjadi pasangan yang
bahagia, dikurniakan oleh Allah anak-anak yang soleh dan boleh menjadi role model yang baik  buat
pasangan suami isteri yang lain pada masa yang mendatang.

7.   Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan
bersejarah  ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk
ungkapan  klasik seperti berikut;

Kalau ada wajah yang tersalah pandang


Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau ada hidangan yang salah bekas


Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah
Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun


Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP

Sekian terima kasih


Selamat menjamu selera.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMMAD SHAH REDZUAN DAN NUR HIFZAN 8.30
pagi: kaum keluarga berkumpul di Masjid Al-Taqwa, Kampung Pulau, Kubang Kerian. 9.00 pagi:
upacara akad nikah dilangsungkan. 9.00 - 11.00 pagi: bacaan ayat suci Al-Quran. 11.00 pagi: -
perarakan pengantin diiringi paluan kompang dan selawat nabi. - pengantin lelaki di sambut oleh
keluarga pengantin perempuan diiringi payung dan bunga manggar - pengantin perempuan
menyambut ketibaan pengantin lelaki di hadapan dewan - pengantin beriringan ke pelamin - tetamu
dan keluarga mengambil tempat di dalam dewan. 11.15 pagi: bacaan doa selamat oleh Ustaz
Mohamad. 11.20 pagi: majlis tepung tawar (memperkenalkan pengantin kepada keluarga terdekat,
ini termasuklah ibubapa pengantin, adik-beradik, ibu dan bapa saudara dan sewaktu dengannya)
12.00 tengahari: - pengantin beriringan ke meja makan beradap - keluarga kedua-dua belah pihak
memenuhi meja makan beradap. (yang ni pastikan dah set awal-awal siapa wakil nak makan kat
meja beradap) - persembahan dikir barat 12.30 tengahari: sesi bergambar ahli keluarga di pelamin
1.00 - 4.30 petang: meraikan tetamu 4.30 petang: sesi bergambar (outdoor) 6.00 petang: majlis
bersurai.

Anda mungkin juga menyukai