Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN


ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDUL JALIL
21 JULAI 2018 DEWAN JUBLI PERAK, JALAN PADI RIA BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

( kompang dimainkan)
Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian


Mengumumkan perarakan masuk mempelai yang diraikan ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN
PASANGANNYA MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDUL JALIL dengan diiringi para rombongan
memasuki dewan utama.
Majlis mempersilakan ahli keluarga dan para rombongan untuk duduk di tempat yang telah
disediakan.

( pengantin duduk di pelamin)

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
2

Yang Dihormati TUAN HAJI SUKERI BIN MISKON DAN PUAN HAJAH BEDAH BINTI HAJI RASADI,
tuan rumah kepada majlis perkahwinan pada hari ini,
Yang di raikan pasangan mempelai ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN MUHAMMAD RIDZUAN
BIN ABDUL JALIL,
ahli keluarga, saudara mara, ahli rombongan, rakan-rakan kedua mempelai, hadirin hadirat
dan para tetamu sekalian
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi bersama dengan
kami di MAJLIS PERSANDINGAN ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN MUHAMMAD RIDZUAN BIN
ABDUL JALIL

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bagi memohon keberkatan majlis, marilah kita menadah tangan mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh AL-FADHIL USTAZ SAMISTA BIN OTHMAN, PENOLONG PPD PENDIDIKAN
ISLAM, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU. Dipersilakan.

- bacaan doa –

Terima kasih di ucapkan kepada USTAZ SAMISTA BIN OTHMAN atas kesudian membacakan
doa itu tadi. Para tetamu dipersilakan untuk menjamu selera.

Muhammad Ridzuan nama di beri


Orangnya kacak lagi berbudi
Jodohnya dengan Illy Naziha
Memang keduanya serasi bersama

Untuk makluman para hadirin sekalian, pasangan ini telah diijabkabulkan pada hari Jumaat,
20 Julai 2018 bertempat di kediaman pengantin perempuan di Jalan Padi Malinja, Bandar
Baru Uda, Johor Bahru.
3

Orang jauh di kenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan SESI MOHON RESTU oleh kedua mempelai. Dengan ini
majlis mempersilakan ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki ENCIK ABDUL JALIL BIN
HASHIM DAN PUAN MARPUAH BINTI SUKAR untuk memulakan majlis. Dipersilakan.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ayahanda dan bonda kepada pengantin
perempuan TUAN HAJI SUKERI BIN MISKON DAN PUAN HAJAH BEDAH BINTI HAJI RASADI
untuk meneruskan SESI MOHON RESTU kedua mempelai. Dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan ibu dan bapa saudara pengantin lelaki.

1. ENCIK ZULKARNAIN BIN ZAINAL & PUAN MAIMUNAH BINTI SUKAR


2. ENCIK JAMALUDIN BIN SUKAR & PUAN HAFIZA BINTI ZAINUDIN
3. ENCIK AHMADI BIN HASHIM & PUAN MARINA BINTI YUSOF
4. ENCIK RASHID BIN HASSAN & PUAN NORLIZA BINTI SUKAR

Seterusnya majlis juga mempersilakan ibu dan bapa saudara pengantin perempuan
1. TUAN HAJI KHALIL BIN HAJI RASIDI & TUAN HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI RASIDI
2. PUAN HAJAH MURSRIAH BINTI MISKON & ENCIK MOHD RAZIP BIN MISKON
3. TUAN HAJI MD SALLEH BIN HAJI RASIDI & PUAN HAJAH FAUZIAH
4. ENCIK AHMAD SHAH BIN HAJI RASIDI & PUAN ROSNAH
5. PUAN ZULAIHA BINTI HAJI RASIDI & PUAN ROSNAH BINTI HAJI RASIDI

Begitulah tadi berakhirnya SESI MOHON RESTU oleh kedua mempelai. Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyempurnakan majlis.
4

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa penuh dengan beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis mempersilakan, yang diraikan raja dan ratu sehari, ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN
MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDUL JALIL, ke meja utama untuk upacara makan damai
bersama dengan ahli keluarga dan para rombongan. Dipersilakan.

-( pengantin turun dari pelamin dan ke meja makan beradab)-

Makan berdamai di beri nama


Menjadi adat pusaka kita
Ayahanda dan bonda keluarga keduanya
Duduk semeja makan bersama

Dengan bacaan bismillahhirrahmannirrahim, dipersilakan mempelai dan para hadirin


menikmati segala hidangan.

-mempelai dan para hadirin menjamu selera –

Hari bahagia hari yang indah


Dimana hari pengantin disatukan
Makan beradab selesai sudah
Aturcara majlis akan di teruskan

Seterusnya upacara memotong kek. Dengan ini majlis mempersilakan mempelai yang
diraikan ILLY NAZIHA BINTI SUKERI DAN MUHAMMAD RIDZUAN BIN ABDUL JALIL untuk
mengambil tempat bagi menyempurnakan upacara. Dipersilakan.

- mempelai memotong kek -


5

Selesai sudah upacara memotong kek oleh pasangan dua sejoli ini.

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,


Majlis mempersilakan kedua mempelai untuk kembali ke pelamin untuk kita teruskan dengan
sesi fotografi bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai didalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari di susun maaf di pinta
Panjang usia bersua kembali

Selesailah sudah majlis pada hari ini, saya MUHAMMAD AKAML BIN JAUHARI memohon
seribu kemaafan atas kekurangan dan terlanjur kata sepanjang saya mengacarakan majlis ini.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang disandarkan atas kelemahan saya sendiri.
Saya juga mewakili pihak tuan rumah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang sudi hadir. Kedatangan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai.
Jumpa lagi di masa akan datang,
Wabillah hi taufiq walhidayah,wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai