Anda di halaman 1dari 2

Doa Selamat Majlis Perkahwinan

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Aalihi
Wasohbihi Ajma’in

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engka kurniakan
kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran
kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (… nama
pengantin …)

Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada
kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan
zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka,
berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Allahumma Ya Badii-‘AssamaWatti Wal Ardh

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat
kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati
ini.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan
hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam &
Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah,
satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang
Allahumma Allif Bainal-‘AruuSaini Kama AllafTa Bainal-Ma’ WatTiini Wa Baina AaDaMa Wa HauWa’, Wa Baina
Ibrahima WaHaaJara Wa SaaRaha, Wa Baina YuuSuFa Wa DzuLaihah, Wa Baina Ayyuba Wa Rahmah, Wa Baina
Musa Wa SoFuuRoh, Wa Baina Sulaiman Wa Balqiis, Wa Baina Sayyidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassalam
Wa ZauJaaTihil MuThohHaraaTi RidWaaNullahi ‘AlaihinNa Ajma’ina Birohmatika Ya Arhamar-RaaHimiin.

Allahummaj’al Jam’aNa HaZaa Jam’an MarhuuMa Wa TaFarruQana Min Ba’dihi TafarruQon Ma’SuuMaa Wa Laa
Taj’al FiiNa Wa Laa Ma’aNa Syaqiyya Wa Laa MahRuuMaa Ya Akramal Akraminn.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-Nar.

Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Anda mungkin juga menyukai