Anda di halaman 1dari 4

“Ya Allah, satukanlah hati …………

Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan
Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami
soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada
mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia
dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu….


Berkatilah majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki, Dan semoga jodoh
perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepadaMu,
panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari
keburukan, kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan
akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta berkekalan sehingga akhir hayat.”

Bismillahirrahmanirrahim…. Ya Allah, Ya Tuhan Ku,


“Kami memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat ke atas pasangan suami isteri ini.
Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan
solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.
Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.”
Doa Selamat Majlis Perkahwinan

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi
Ajma’in

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan
kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami
atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga HJ MOHD
FADZIL BIN OMAR & HAJJAH RUZITA BINTI YUSOFF bagi meraikan anakanda mereka,
MUHAMMAD KHAN BIN HJ MOHD FADZIL dan pasangannya NATASHA JANE LEE.

Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada
kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan
zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka,
berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Allahumma Ya Badii-‘AssamaWatti Wal Ardh

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada
seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.
Allahumma Allif Bainal-‘AruuSaini Kama AllafTa Bainal-Ma’ WatTiini Wa Baina AaDaMa Wa HauWa’, Wa Baina
Ibrahima WaHaaJara Wa SaaRaha, Wa Baina YuuSuFa Wa DzuLaihah, Wa Baina Ayyuba Wa Rahmah, Wa Baina
Musa Wa SoFuuRoh, Wa Baina Sulaiman Wa Balqiis, Wa Baina Sayyidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassalam Wa
ZauJaaTihil MuThohHaraaTi RidWaaNullahi ‘AlaihinNa Ajma’ina Birohmatika Ya Arhamar-RaaHimiin.

Ya Allah, kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan
hubungan keduanya sepertimana telah engkau hubungkan di antara air dan tanah, Adam dan
Hawa, Ibrahaim & Siti Hajar, seperti Yusof & Zulaikha, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis, dan seperti Baginda Nabi Muhammad SAW & Khadijah. Ya Allah
satukanlah kedua-duanya dalam inayah dan barakahmu, semoga menjadi Nur Ibadah yang
mendambakan rahmat mu

Allahummaj’al Jam’aNa HaZaa Jam’an MarhuuMa Wa TaFarruQana Min Ba’dihi TafarruQon Ma’SuuMaa Wa Laa
Taj’al FiiNa Wa Laa Ma’aNa Syaqiyya Wa Laa MahRuuMaa Ya Akramal Akraminn.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-Nar.

Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Anda mungkin juga menyukai