Anda di halaman 1dari 2

Al - Fatihah

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan


kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas
junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam
serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah,
pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua
mempelai.
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah
majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti
mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang
diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke
akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan
izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani,
limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan
pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan
dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan
hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang
penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup
yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta
berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua
pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana
telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa,
Ibrahim & Siti Hajar, Yusuf & Zulaika, dan seperti Baginda Nabi
Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah, satukanlah
keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur
ibadah yang mendambakan rahmatMu.
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu,
memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah.
Kami berlindung kepada Mu Ya Allah daripada segala
kesalahan dan keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa
tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata
yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena
dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan
rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai
yang diraikan tengahari ini, iaitu AIZAD AKMAL BIN MANSOR
dan FIFI DWI ROSLINA BINTI MUFI CHUN, kesejahteraan,
kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi
bertaqwa
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan
kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini
kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mantapkanlah iman,
ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati
sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka.
Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan
hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram
sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan
kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang
paling mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam
ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya.
Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar
dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati
dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya.
Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian
dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang
melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta
yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan
semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami
merakamkan ucapan mudah-mudahan Allah melimpahkan
barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka
hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas
mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan…Amiin
Ya Rabbal A’lamin.

Anda mungkin juga menyukai