Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil


Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami
berpasang-pasangan. Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan
sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, pada hari yang penuh
dengan keberkatan ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan NURNATASHA BT SAMSUDDIN DAN
PASANGANNYA MOHD KHAIRAN BIN ZULKIFLI
Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah


rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin.
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang
tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga
lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-
mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat
yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa


Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan.
Benarlah firmanMU, Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan
makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang
ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa
Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan


kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah
menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan
perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak
dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan

RJ MUSIC KEMAMAN
pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan
perasaan tenteram sentiasa. Jalinkanlah perhubungan mereka
dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas
ihsan.

Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada-Mu kami bermohon dan


berharap. Amin amin rabbal alamin.

Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti


HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-Nar.
Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi
Wasohbihi Ajma’in Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

RJ MUSIC KEMAMAN

Anda mungkin juga menyukai