Anda di halaman 1dari 3

TUKANG KASUT DAN ORANG KERDIL

Salam dihulur pembuka kata, kepada seluruh pelayar maya, panel juri
bijak laksana, serta warga keluarga Malaysia. ‘Tukang Kasut dan Orang
Kerdil’ empunya cerita, untuk panduan kita semua.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam keluarga Malaysia.

Di dalam sebuah pekan tinggal seorang tukang kasut dan isterinya.


Dia sangat rajin bekerja. Kadang-kadang dia bekerja sehingga larut malam.
Seringkali isterinya mengajak si Tukang kasut tidur, namun dia tetap
meneruskan kerjanya.

Begitulah rajin dan tekunnya dia bekerja. Kasut-kasut buatannya amat


digemari oleh pelanggannya. Semua orang memuji-muji akan kualiti dan
kekemasan buatannya. Si Tukang kasut amat bersyukur di atas sambutan
pelanggannya.

Namun, langit tidak selalu cerah. Disangka panas hingga ke petang,


rupanya hujan di tengah hari. Beberapa tahun kemudian, keadaan mula
berubah. Kasut-kasut buatannya tidak lagi laku. Sinar yang cemerlang, tiba-
tiba menjadi suram. Wang simpanan mereka juga mula berkurangan.

Pada suatu malam, mereka menghadiri satu majlis tari-menari. Tukang


kasut tidak menari, sebaliknya asyik memerhatikan kasut-kasut tetamu yang
datang ke majlis itu. Dia lihat kebanyakan penari masih mengenakan kasut
buatannya yang masih kuat dan cantik. Sebab itulah barangkali, pembeli -
pembeli tidak lagi membeli kasut baharu.Tukang kasut dan isterinya pulang
ke rumah dengan perasaan sedih, namun mereka tetap berbangga kerana
dapat mencipta kasut yang berkualiti.

Pada keesokan harinya, ketika mereka masuk ke kedai, mereka


terperanjat kerana melihat sepasang kasut yang telah siap dijahit dengan
kemas. Mereka berdua tertanya-tanya siapakah yang membuat kasut
tersebut.
Beberapa hari kemudian, datang seorang puteri ke kedainya. Dia
terpesona melihat kasut itu, lalu membelinya dengan harga yang mahal.
Tukang kasut sangat gembira dan bersyukur dengan rezeki yang
mendatang. Pada malam berikutnya, mereka tidak tidur, sebaliknya
mengintai apa yang berlaku dari balik pintu.

Tiba-tiba mereka terdengar suara orang menyanyi. Kemudian muncul


tiga orang kerdil yang tidak berbaju masuk ke kedainya. Mereka menjahit
kulit hingga menjadi kasut yang amat cantik. Dengan masa yang singkat
sahaja, sepasang kasut yang amat cantik telah siap. Barulah tukang kasut
dan isterinya tahu siapa yang menjahit kasut tersebut.

Tiba-tiba bunyi ayam berkokok bersahut-sahutan menandakan hari


mulai pagi. Orang k e r d i l itu bergegas keluar melalui tingkap dengan
meninggalkan kasut-kasut yang telah siap. Tukang kasut dan isterinya pun
segera mendapatkan kasut itu dan memuji – muji akan kecantikannya.
Mereka berdua berazam untuk membalas budi orang kerdil tersebut. Mereka
bersetuju untuk memberi hadiah kepada orang kerdil itu.

Pada malam itu, seperti biasa orang kerdil masuk ke kedainya.


Mereka sangat gembira apabila melihat beberapa helai pakaian yang
sangat cantik ada di situ. Mereka pun memakainya sambil menyanyi-nyanyi
dengan riang. Gelagat mereka sungguh melucukan.

Riang hatiku tidak terkira,


dapat baju yang cantik berbunga...
Ooooooooriangnyaa
- 2X
Baaajuuu Cantiknya
(lagu basikal tua)

Kerana asyik bernyanyi dan bergembira dengan pakaian baru, mereka


tidak sedar ayam telah berkokok berkali-kali. Lalu dengan tergesa-gesa
mereka pun terus melompat keluar dengan pakaian yang cantik itu.

Tukang kasut dan isterinya saling berpandangan dan tersenyum puas


melihat orang – orang kerdil itu memakai pakaian yang telah mereka buat.
Keikhlasan mereka telah menjadikan hidup mereka kembali ceria.
Kawan-kawan, orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita
merasa. Kebaikan orang kerdil itu, telah dibalas oleh tukang kasut dan
isterinya. Sejak hari itu, perniagaan mereka juga bertambah maju.
Rakan – rakan sekalian, m a r i l a h s a m a - s a m a k i t a jadikan
berbudi bahasa itu, budaya hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai