Anda di halaman 1dari 1

Cinderella

Selamat pagi diucapkan kepada, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang setia menjaga masa, guru-guru dan sidang dewan yang dimuliakan sekalian.
Nama saya Elizaberth Ong dan saya wakil daripada Rumah Helang. Pada pagi yang indah
ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Cinderella”. Terimalah…

Suatu masa dahulu, terdapat seorang perempuan yang cantik bernama Cinderella.
Dia tinggal bersama dengan ibu dan dua kakak tiri yang hanya mementingkan diri sendiri.
Mereka mengerahnya untuk bekerja siang dan malam.

Suatu hari, raja negeri itu menjemput semua perempuan muda ke istananya untuk
satu majlis tari menari. Pada majlis itu nanti, anak lelakinya akan memilih calon isteri.

Cinderella kesedihan kerana tidak dibenarkan pergi ke majlis itu. Tiba-tiba,


seorang pari-pari muncul dan menukarkan beberapa ekor tikus menjadi kuda dan labu
menjadi kereta kuda.

Baju Cinderella yang lusuh bertukar cantik. Di kakinya pula tersarung kasut kaca.
“Awak mesti balik sebelum tengah malam”, kata pari-pari itu.

Di majlis tari menari itu, sang putera mengagumi kecantikan Cinderella dan
menari dengannya sepanjang masa. Apabila tengah malam hampir tiba, Cinderella
bergegas keluar dari istana. Dalam kegopohannya, salah satu kasut kacanya tertanggal
dan dia tidak sempat untuk mengambilnya.

Cinderella terus beredar dengan kereta kudanya. Apabila tengah malam


menjelang, bajunya kembali lusuh. Keesokan harinya, sang putera memerintahkan agar
Cinderella dicari. Apabila pasukan mencari tiba di rumah Cinderella, kedua kakak tirinya
cuba untuk memakai kasut kaca yang dibawa oleh pasukan mencari itu.

Namun begitu, hanya kaki Cinderella yang padan dengan kasut itu. Cinderella dan
sang putera kemudain berkahwin dan hidup bahagia sepanjang hayat.

Begitulah tadi cerita daripada saya yang bertajuk Cinderella. Moral cerita
tersebut adalah, kita hendaklah bersikap baik dan jangan sesekali mementingkan diri
sendiri kerana pada suatu hari nanti kebaikan jua yang akan menunggu kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai