Anda di halaman 1dari 7

TEATER BAHASA MELAYU BERTAJUK: CINDERELLA

Babak 1: (Muzik sedih)


Pada zaman dahulu, lahirlah seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah
meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Selepas kematian ibunya itu, ayahnya telah
berkahwin dengan seorang janda.
Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu
juga dengan kedua-dua orang adik tirinya. Ayahnya pula selalu keluar ke bandar
untuk berdagang. Setiap hari, dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang adik
tirinya supaya membuat kerja rumah. Dia merasa amat sedih mengenangkan nasib
yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
Ibu tiri

: Kamu, jangan lupa kemaskan rumah. Saya hendak keluar


sebentar.

Cinderella

: Baiklah ibu.

Adik tiri (1)

: Jangan lupa untuk kemaskan kamar tidur saya!

Adik tiri (2)

: Dan sediakan hidangan yang lazat untuk kami, faham!

Cinderella

: Baiklah adik-adikku (sambil tersedu-sedu)

Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja
sehingga tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang adik
tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan memaki-hamun. Kerana
pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang adiknya menggelar dia
Cinderella.
Babak 2:(Muzik diraja)
Pada suatu hari, putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis
tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis
tersebut. Kedua-dua orang adik tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan
hendak menyertai majlis tersebut.

Adik tiri (1)

: Oi! Kamu tak dengar ke bunyi pintu sedang diketuk?

Adik tiri (2)

: Pergi buka cepat! Cepat!!

Cinderella

: Baiklah kakak. Maaf, saya sedang mengemas bilik tadi.

Kedua-dua adik

: Sudah-sudahlah tu. Cepat buka! Ish!

Wakil Istana

: Salam hormat Cik. Patik datang membawa khabar dari


istana.

Cinderella

: Silalah masuk wahai tuan hamba.

Wakil istana

: Tidak mengapa. Cik, putera kami menjemput semua gadis


dari negeri ini ke majlis tari yang akan diadakan pada
minggu depan. Raja akan memperkenankan gadis pilihan
hati tuan putera kami. Majlisnya gilang-gemilang. Silalah
datang.

Cinderella

: Terima kasih tuan hamba atas jemputan ini.

Wakil istana

: Sama-sama.

Babak 3:
Adik tiri (1)

: Bawa surat itu ke sini!

Adik tiri (2)

: Ya Tuhanku! Jemputan ke majlis tari-menari! Seronoknya!


(muzik gembira)

Kedua-dua kakak : Wah!!!! Kami nak pergi juga!!! Mama!!


Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella
menjahit baju baru untuk kedua-dua orang adik tirinya itu.
Ibu tiri

: Hoi, Jahit baju iniFaham!

(Muzik sedih) Cinderella tidak pernah merungut atau mengeluh walaupun diseksa
oleh ibu tiri dan adik-adiknya itu. Gadis yang malang itu terpaksa menjahit baju
baldu untuk kedua-dua orang adik tirinya. Dari pagi hingga malam, Cinderella
menjahit baju tanpa makan dan tidur. Dia letih, dia penat dan lapar. Tetapi apakan
daya, tiada orang yang mengambil berat tentang dirinya yang malang itu.

Setelah baju itu siap, kedua adiknya saling bertekak mengatakan dia yang paling
cantik.
Adik tiri (1)

: Aku memakai baju baldu dengan manik yang cantik. Aku


juga memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Aku
kelihatan sangat cantik.

Adik tiri (2)

: Baju aku lebih cantik dari baju engkau! Bajuku dipenuhi


dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud. Pastinya
aku lebih cantik dan dapat menawan hati putera raja!.

Kedua-dua adik

:Dan kau pula! Bermimpi sahajalah untuk berkahwin dengan


putera raja! hahahahahaha!

Babak 4:(Muzik sedih)


Cinderella merasa amat sedih mendengar kata-kata adik tirinya yang pedih itu.
Kedua orang adik tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus mentertawakan
Cinderella. Setelah kedua orang adik dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk
sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang.
Cinderella

:Oh Tuhanku! Mengapakah nasibku begini? Alangkah bagusnya


jika aku dapat

pergi. Betapa malangnya

keadaaanku ini.. (sambil menangis tersedu-sedu)


(Muzik :petir) Tiba-tiba, muncul sebutir cahaya yang berkelip-kelip tidak jauh
darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluarlah seorang pari-pari yang
cantik. Cinderella amat terkejut.
Cinderella

: Siapakah kamu? Dari manakah kamu datang?

Pari-pari

: Saya adalah pari-pari, Beritahulah saya wahai gadis


perawan. Adakah kamu ingin pergi ke majlis putera raja di
istana?

Cinderella

: Ya, saya teringin untuk bersua dengan putera raja.

Pari-pari

: Saya boleh tunaikan permintaan kamu itu. Tapi ada


syarat-syaratnya. Kamu harus buat apa yang saya suruh.

Cinderella

: Baiklah, wahai pari-pari.

Pari-pari

: Sekarang, tutup kedua-dua mata kamu Cinderella.

Pari-pari itu meminta Cinderella menutup matanya dengan kedua-dua belah tangan.
Kemudian, dia menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. (muzik bibidi boo)
Pari-pari

: Ya tuhanku, tukarkanlah Cinderella menjadi gadis yang


paling cantik di dunia. Pakaian yang menawan hati, wajah
yang jelita dan kasut kaca yang tampak berkilau.
Bibidi bobidi boooooooooo.

(muzik Cinderella gembira)


Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik
berseri. Dia juga menyerahkan sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah
dibayangkan oleh Cinderella selama ini.
Cinderella

: Wah! Cantiknya baju ini! Terima kasih wahai pari-pari. Dan


kasut ini, begitu indah!

Pari-pari

: Kamu kelihatan amat menawan sekali. Kecantikan kamu


tampak berkilau. Tetapi,berjanjilah bahawa kamu akan
pulang sebelum pukul dua belas tengah malam.
Kerana di saat itu, semuanya akan kembali kepada
asalnya.

Cinderella

: Saya berjanji. Terima kasih, wahai pari-pari yang baik


hati. Saya tak akan
lupakannya sepanjang hayat saya ini.!

Pari-pari

: Bergembiralah sayangku

Cinderella berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam.


Babak 5: (muzik diraja)

Apabila dia sampai di depan pintu istana, pengawal dengan hormat menyambut
ketibaannya. Dia diiringi dengan penuh hormat ke dewan istana. Di situ, majlis tarian
telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang ke arahnya.
Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang begitu cantik. Hadirin di situ
terpesona dengan kejelitaan yang dimiliki oleh Cinderella.
Putera raja yang sedang khusyuk memandang Cinderella terus datang ke arahnya.
Putera

: Siapakah kamu wahai gadis rupawan?

Cinderella

: Patik ialah Cinderella, wahai Tuan Putera.

Putera

: Sudikah kamu menari dengan saya?

Cinderella

: Ya, saya sudi Tuan Putera.

(muzik tarian)
Mereka menari sepanjang malam. Putera raja begitu tertarik dengan kecantikan
serta pesona yang dimiliki oleh Cinderella. Putera raja merasakan bahawa dia sudah
menemui gadis idaman hatinya. Cinderella mulai leka dan hampir lupa tentang
janjinya pada pari-pari itu. Tiba-tiba
(muzik loceng besar)
Cinderella

: Oooh, saya terlupa! Saya harus pergi sekarang. Maaf Tuan


Putera

Putera

: Cinderella, kamu hendak ke mana? Tunggu.. Jangan pergi


lagi.. Cinderella!!

(muzik terkejut) Cinderella terkejut apabila menyedari jam sudah menunjukkan


pukul dua belas malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan
meninggalkan istana dengan tergesa-gesa. Ketika menuruni tangga, kasut kacanya
tertanggal. Cinderella tidak sempat menyarungnya semula dan terus berlari pulang.
Putera raja yang terlihat kasut kaca itu terus mengambilnya.

Babak 6: (muzik diraja)

Di istana, putera berasa sedih. (muzik sedih)


Raja

: Apa yang terjadi wahai anakku? Mengapakah kamu


kelihatan sedih?

Putera

: Saya telah jatuh hati pada Cinderella, kanda. Kecantikan


dan budi bicaranya yang lembut berjaya menawan hati ini.
Saya ingin memperisterikannya.

Raja

: Alangkah girang hati beta! Puteraku sudah dilamun cinta!


Usah bimbang sayang. Beta akan uruskan.

Babak 7: (muzik diraja)


Pada awal pagi esoknya, raja telah memerintah pengawalnya membawa kasut kaca
yang ditinggalkan oleh Cinderella untuk dicuba oleh semua gadis negeri itu.
Pengawal Istana

: Perhatian kepada semua gadis di negeri ini. Sesiapa yang


muat memakai kasut ini akan bakal berkahwin dengan putera
raja.

Tetapi tidak seorang pun yang dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana itu tiba
di rumah Cinderella. Kedua-dua adik tirinya segera meluru ke arah pengawal itu dan
merampas kasut emas tersebut untuk dipakai.
Adik tiri (1)
Adik tiri (2)
Adik tiri (1)

: Kenapa tidak muat! Kaki aku kelihatan kecil sahaja!


:Biar aku cuba. Haaah! Muat!! Muat!!, Aduh!!
: Hahahaha! Aku yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi
mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!

Pengawal

: Adakah sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak


mencuba kasut ini?

Putera raja

: Sebentar, Cinderella, kamukah itu? Cinderella!

(muzik happy ending)


Putera raja itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu
cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk
mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung di kakinya, ianya amat sesuai sekali

sehingga membuatkan kedua orang adik tirinya terkejut besar. Putera raja yang
sedang menyaksikan kejadian itu berasa amat gembira apabila akhirnya gadis
kesayangannya ditemui dan terus mengajaknya ke istana. Putera raja mengahwini
Cinderella dalam majlis yang gilang-gemilang. Akhirnya, mereka hidup bahagia hingga
ke hujung hayat.

Anda mungkin juga menyukai