Anda di halaman 1dari 5

SYARAT KEMASUKAN KE UNIKOP

Lulus SPM atau O-levels atau kelulusan yang setaraf dengannya


dengan memperolehi sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian.

TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun 3 bulan (7 semester)
Download Brochure>>>
SINOPSIS Program ini akan memberi tumpuan kepada
pemahaman pelajar kepada aspek perlembagaan undang-
undang, polisi dan sistem serta prosedur pencegahan jenayah.
Walaupun undang - undang sedia ada tumbuh seiring
dengan peredaran masa, perlembagaan masih kekal sebagai
dokumen dan panduan kepada semua undang - undang lain
yang diluluskan oleh Parlimen. Undang - undang atau
perlembagaan tidak boleh dipisahkan dari konteks sejarah,
ekonomi, sosiologi dan politik sesebuah negara. Selain daripada
itu, program ini juga menerangkan mengenai proses pembuatan
undang-undang, 3 peringkat kerajaan, hubungan antara kerajaan
negeri dan kerajaan persekutuan dan aspek-aspek lain yang
penting dalam perlembagaan. Ia adalah berkenaan dengan isu-
isu asas individu, komuniti dan negara kerana ia berkaitan
dengan hak, obligasi dan keadilan.
KELEBIHAN PROGRAM
i. Diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
MQA/PA 4818 (N/861/4/0010)
ii. Penggunaan dwi-bahasa dalam penyampaian kuliah.
iii. Penilaian berterusan.
iv. Dikendalikan oleh pensyarah yang bertauliah, pakar dan
berpengalaman dalam industri keselamatan.

KAEDAH PEMBELAJARAN
i. Pengajaran dan Pembelajaran secara konvensional
(kuliah/tutorial) di Kolej UNIKOP.
ii. Pelajar akan dibawa ke Crime House dan Makmal Forensik
untuk simulasi siasatan.
iii. Pelajar akan dibawa ke mahkamah untuk mengikuti sesi
perbicaraan kes.
iv. Pelajar dikehendaki menjalani Internship atau Praktikum di
persekitaran kerja yang berkaitan dengan objektif program.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM


Setelah tamat program ini, pelajar diharap mampu untuk:

1.Memahami sejarah dan latarbelakang kepolisan


dan penyiasatan, memahami teori penyiasatan, teknik
termasuk prinsip dan kerangka dasar penyiasatan jenayah.

2.Mengurus dan memimpin serta menggunakan kemahiran


dan teknik penyiasatan untuk membentuk pasukan yang
berkesan.

3.Mempamer segala pengetahuan dan kemahiran untuk


pasukan polis atau agensi-agensi penguatkuasaan dan
penyiasatan.

4.Memahami konsep asas dan pendekatan teori yang


telah dibangunkan berkaitan penyiasatan jenayah dan masa
bertindak serta mengawal komuniti dan masyarakat.

5.Memahami kepelbagaian sosial, budaya dan politik


dalam konteks menguruskan organisasi polis, organisasi kerajaan
atau swasta atau mana - mana industri berkaitan dalam
sistem keadilan jenayah.

6.Memahami keperluan untuk sokongan individu,


komuniti, organisasi dan masyarakat serta mendapat kerjasama
dan penglibatan untuk mengekalkan keselamatan
dan kesejahteraan.
7.Mampu memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat di abad
ke 21 ini dengan berkeupayaan menguruskan isu-isu semasa
kepolisan.

SENARAI MODUL (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Introduction to Policing
-Introduction to Constitution
-Criminal Justice System
-Pengajian Malaysia II
-Principles of Management

SEMESTER 2
-Introduction to Criminal Law
-Criminal Procedure Code
-Investigation Techniques
-Introduction to Criminology
-Bahasa Kebangsaan A / Perbandingan Etika & Moral

SEMESTER 3
-Deviant Behaviour
-Communication English

SEMESTER 4
-Creative Thinking and Innovation
-Fundamentals of Entrepreneurship / Khidmat Masyarakat
-Social Psychology
-Crisis and Disaster Management
-Crime Scene Investigation
SEMESTER 5
-Ethics in Policing
-Effective Public Relations
-Information and Communication Technology
-Crime Prevention: Theory and Practice
-Contemporary Policing Issues

SEMESTER 6
-Internship / Praktikum

SEMESTER 7
-Occupational Safety and Health
-Law and Court Procedure
-Introduction to Financial Management
-Introduction to Forensics Investigation
-Security Management
PROSPEK KERJAYA

Pekerjaan didalam bidang industri keselamatan khususnya


organisasi yang mempunyai fungsi penguatkuasaan dan
penyiasatan seperti:

Sektor Awam-
PDRM,
SPRM,
JPJ,
Jabatan Agama,
Jabatan Imigresen Malaysia,
Jabatan Bomba,
Jabatan Kastam,
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi kerajaan.
(Graduan perlu membuat permohonan sendiri dan tertakluk
kepada syarat fizikal dan syarat-syarat khusus lain yang
ditetapkan oleh agensi berkaitan).

Sektor Swasta-
Syarikat Keselamatan,
Hotel dan Pusat Peranginan,
Syarikat-Syarikat Multinasional,
industri perbankan atau agensi kewangan dan syarikat-syarikat
lain yang mempunyai fungsi penguatkuasaan dan penyiasatan.

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH


Pelajar yang berjaya menamatkan program Diploma ini
boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat
Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPT mengikut syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai