Anda di halaman 1dari 5

10 Cara Meningkatkan Keuntungan Perniagaan (Profit-Margin)

Ramai pemilik perniagaan berpendapat bahawa mereka perlu meningkatkan jualan dengan
mendadak untuk membolehkannya memperolehi keuntungan yang lebih tinggi. Tetapi selalunya
ini sukar dicapai, lebih-lebih lagi dalam jangka masa pendek.

Ambil sebagai contoh, seorang bakal pelanggan yang saya temui lebih kurang setahun yang lalu
mengalami masalah. Dia tak putus-putus bercakap tentang meningkatkan harga jualan kepada
pelanggan baru. Tetapi saya menganggarkan purata jualan setiap pelanggan dan prospek kadar
penukaran (daripada bakal pelanggan kepada pelanggan) adalah sangat rendah sehinggakan
dia memerlukan 3,750 perjumpaan dengan bakal pelanggan pada tahun hadapan hanya untuk
mencapai breakeven-point!

Ada cara lain untuk mendapatkan banyak jualan, atau meningkatkan keuntungan. Dengan
mengekalkan jumlah pelanggan yang sama, tahap jualan fizikal yang sama, sistem yang sama,
tiada pekerja tambahan atau kos overhead tambahan, premis dan kapasiti yang sama
alangkah baik bukan?

Berikut adalah 10 tips:

1. Kira berapa banyak keuntungan kasar anda

Pastikan anda tahu maklumat terkini, keseluruhan keuntungan kasar anda. Jangan gunakan nilai
anggaran inventori dalam laporan kewangan tahunan sebelum ini. Sediakan akaun sehingga ke
hujung bulan sebelumnya daripada perisian perakaunan anda. Menggunakan sistem inventori,
jadi anda tidak lagi perlu membuat kiraan stok (stock take). Gunakan nilai bandingan
(benchmark) daripada akauntan anda.

2. Lakukan analisa terhadap nilai keuntungan anda

Nilai keuntungan kasar anda sebelum ini mungkin mengelirukan. Cari nilai untung kasar bagi
produk dan perkhidmatan secara berasingan, dan selepas itu lakukan analisa terhadap
keuntungan kasar bagi setiap bahagian, kategori produk, pembekal atau pelanggan bersesuaian
dengan perniagaan anda.

Dengan cara ini anda akan dapat mengenalpasti aktiviti atau produk mana yang memberi
keuntungan yang rendah atau merugikan dan yang mana lebih menguntungkan. Dengan itu
anda boleh menghentikan jualan yang kurang menguntungkan dan fokuskan kepada yang lebih
menguntungkan.
3. Naikkan harga

Ya, saya tahu ini mungkin sukar. Tetapi kerapkali pemilik perniagaan lebih bimbang tentang
harga berbanding dengan pelanggan. Anda perlu menerima hakikat ini, kos overhead
perniagaan sentiasa meningkat. Ya, kita mungkin akan kehilangan sebilangan pelanggan .

Walau bagaimana pun, jika keuntungan anda adalah 50%, kenaikan harga sebanyak 10%
bermaksud anda boleh kehilangan 17% daripada pelanggan tetapi anda tidak akan lebih rugi.

4. Kaji semula semua harga

Adakah anda menawarkan harga yang sama untuk semua pelanggan? Jika ya, kenapa? Anda
mungkin akan mendapati sesetengah pelanggan kurang sensitif terhadap harga, terutama sekali
jika mereka yang tidak membayar sendiri contoh jabatan kerajaan atau organisasi besar.
Adakah anda menaikkan harga sesuai dengan kenaikan harga pengedar untuk mengekalkan
persaingan?

5. Tiada Diskaun

Memberikan diskaun boleh memufliskan, banyak perniagaan yang tidak menyedari bagaimana ia
mampu menjejaskan keuntungan. Pada nilai keuntungan yang sama pada 50%, jika diskaun
harga adalah 10%, anda perlukan 25% dalam kenaikkan jualan hanya untuk kekalkan jualan.

6. Jangan bersaing harga

Gunakan kelainan anda dengan cara lain, samada dengan memberi nilai hebat, memberi
layanan yang teristimewa atau mengurangkan kos (bukan kewangan).

7. Perolehi diskaun tunai daripada pengedar anda

Biasanya ini cara lebih baik daripada berunding untuk melewatkan pembayaran, walaupun anda
membuat pinjaman.

8. Cegah Kecurian

Samada kecurian oleh pekerja, pelanggan, kehilangan wang tunai amatlah merugikan. Adakah
anda mempunyai sistem anti-kecurian, termasuk untuk pekerja? Anda masih mengimbang-duga
akaun? Siapa yang menjalankan aktiviti perbankan anda?

9. Teliti Semula Bil Pengedar

Periksa perkara ini sendiri. Setelah beberapa ketika anda akan dapat merasakan jika ada
sesuatu yang tidak kena. Jangan terkejut jika mendapati anda telah dikenakan bayaran lebih
untuk barang dan perkhidmatan yang anda tidak terima atau anda dikenakan harga bil yang
salah.

10. Gunakan Sistem Inventori

Dengan menggunakan sistem inventori, anda dapat menentukan bahawa inventori sentiasa
berada pada paras yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pasaran. Ia dapat
mengelakkan pembaziran seperti lebihan stok dan produk yang tidak laku. Yang paling penting,
anda dapat mengekalkan level inventori mengikut keperluan supaya tidak menjejaskan aliran
tunai perniagaan
Cara Mudah Meningkatkan Jualan

Kita tidak semestinya perlu mengeluarkan kos untuk promosi bagi meningkatkan jualan. Ada
banyak cara lain untuk meningkatkan penjualan tanpa memerlukan kos tambahan.

Perkara pertama yang harus dilakukan adalah meningkatkan keyakinan diri pekerja Anda.
Keyakinan meningkatkan produktiviti. Jika pekerja merasa yakin dengan masa depannya,
mereka akan bertugas dengan lebih baik. Memang betul, Anda tidak akan sentiasa dapat
menjamin pekerjaan seseorang, dan sepatutnya tidak lansung; tetapi Anda boleh mengambil
satu langkah yang dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dengan perniagaan dan komitmen
pengurusan untuk mereka yang mempunyai potensi.

Selepas itu, berikan kepada pekerja yang terbaik anda tugas sebagai pemimpin. Ciri-ciri
pemimpin yang berjaya dalam kelompok penjualan adalah mereka yang dapat mengembangkan
cara-cara terbaik bagi mereka dan bertindak sebagai pembimbing atau pelatih anggota pasukan
penjualan yang lain.

Pemimpin harus diberi ganjaran hasil penggunaan pelbagai teknik penjualan terbaik yang
mereka praktikkan, dan anggota pasukan lain harus dapat menerima cadangan-cadangan untuk
meningkatkan penjualan mereka.

Bukan itu saja, Anda juga harus menaikkan semangat pasukan penjualan. Sebuah pasukan
penjualan yang bersemangat tinggi akan sentiasa tampak lebih unggul daripada yang lain.
Semangat pasukan yang tinggi adalah hasil daripada pengurusan yang baik
4 Cara Pantas Memajukan Perniagaan PopCorn

Perniagaan makanan boleh dikatakan tidak akan pudar. Perkara ini kerana makanan akan selalu
diperlukan oleh setiap orang. Dan keadaan ini serupa untuk semua jenis makanan termasuk
makanan ringan.

Popcorn merupakan salah satu makanan ringan yang digemari ramai. Oleh kerana itu, peluang
untuk perniagaan popcorn berkembang sangat besar.

Selain daripada berkhasiat, popcorn juga dapat dinikmati bila-bila masa saja. Dan yang paling
penting, bahan asas perniagaan ini juga murah. Jadi margin keuntungan dapat mencapai tahap
yang cukup tinggi.

Jika Anda berminat dengan perniagaan ini, ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan.

Pelan Perniagaan

Anda perlu membuat pelan perniagaan popcorn dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat
Anda masukkan ke dalamnya, seperti:

Jenis popcorn, seperti popcorn rendah lemak atau jenis lain

Perisa popcorn. Anda perlu merancang khusus perisanya. Ini kerana, rasa merupakan
senjata utama Anda dalam bersaing dalam dunia perniagaan popcorn. Contoh rasa yang
dapat Anda masukkan, seperti rasa masin, manis dan lain-lain.

Pilih Pelanggan Anda

Tentukan lokasi dan cara memasarkan produk popcorn Anda. Anda boleh menjual secara
runcit, membuka booth atau menyewa lokasi di depan kedai.

Bungkusan popcorn yang akan Anda gunakan

Aliran wang perniagaan Anda. Hal ini penting dalam menghadapi naik turunnya jualan.
Peralatan

Sediakan peralatan yang diperlukan. Anda boleh membeli alat menggoreng popcorn dan
membungkus popcorn, jika Anda mempunyai satu lokasi tetap untuk berjual. Jika Anda
merancang untuk menjaja di beberapa tempat, pilih alat pembuat popcorn yang mudah dialih.

Sediakan peti sejuk jika diperlukan. Sebenarnya, popcorn dapat disimpan lama jika dibungkus
dengan baik, tanpa peti sejuk. Tetapi, jika Anda menambah mentega, maka peti sejuk
diperlukan.

Pastikan juga peralatan dan tempat anda membuat popcorn adalah bersih.. Pastikan Anda
mendapat kebenaran daripada Jabatan Kesihatan untuk perkara ini.

Bahan Asas dan Bungkusan

Anda boleh membeli bahan asas daripada pengedar yang Anda kenali. Atau Anda juga boleh
menggunakan khidmat kedai online. Sekarang, sudah banyak kedai online yang menyediakan
bahan asas secara borong.

Bungkusan juga perlu Anda pilih. Jika Anda menjual di booth, pastikan bekas popcorn dibuat
dengan menarik. Pamerkan logo dan nama produk Anda pada bekas popcorn tersebut.

Jika Anda ingin membungkus dan menjualnya secara runcit, pastikan Anda menyertakan
informasi komposisi, berat produk dan lain-lain. Jangan juga lupa kontak perniagaan Anda.

Pemasaran

Gunakan semua kaedah pemasaran yang senang Anda buat. Contohnya, rekaan menarik pada
booth Anda, demonstrasi produk Anda, pemberian sampel rasa dan lain-lain.

Kunci keberhasilan perniagaan popcorn adalah inovasi rasa. Oleh itu, Anda harus pandai dan
peka terhadap faktor ini. Selalu melakukan kajian, ciptakan rasa baru yang dapat memuaskan
citarasa pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai