Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Meningkatkan Prestasi Jangka Pendek

1) Promosi
Saya akan mengadakan aktiviti promosi dengan potongan harga kasut saya
semasa hari perayaan.Hal ini tercetus daripada pelanggan boleh mempunyai kasut
yang baru dan cantik dengan harga yang lebih murah pada musim perayaan.
Contohnya,saya akan memberi 30% diskaun kepada penlanggan yang membeli lebih
daripada dua pasang kasut.Promosi ini akan meningkatkan jumlah hasil saya kerana
cara ini akan menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat
perbelanjaan.Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan
maka jumlah hasil meningkat.

2) Memulakan Perniagaan atas Talian


Saya akan memulakan perniagaan atas talian.Dengan cara ini,prestasi kedai
saya akan meningkat kerana pelanggan bagi perniagaan dalam talian tidak terhad
kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh
dunia.Contohnya,saya boleh menggunakan internet membeli-belah dalam talian
seperti Shopee,Lazada dan Taobao.Perniagaan atas talian juga boleh mengurangkan
kos sewa kedai,upah pekerja dan lain-lain kerana perniagaan ini tidak perlu
mengeluarkan wang yang lebih untuk menyewa atau membeli aset seperti
bangunan,peralatan dan kelengkapan lain.Maka,kedai kasut saya menjadii lebih
terkenal di seluruh dunia dan hasil akan meningkat.

3) Strategi Iklan
Saya akan menggunakan strategi iklan dengan menjemput bintang yang
terkenal dan mempunyai peminat yang banyak untuk mempromosikan kasut kita
kepada orang.Contohnya,saya boleh menjemput bintang yang terkenal seperti
EXO,TWICE,BTS dan BIGBANG kerana mereka mempunyai banyak peminat,Cara
ini akan meningkatkan jumlah hasil saya kerana cara ini akan menarik orang yang
suka bintang itu membuat perbelanjaan.Selanjutnya,saya akan mempromosikan kasut
kita melalui media massa seperti surat khabar,Internet dan lain-lain.Cara ini akan
menarik lebih banyak pelanggan semasa mereka membaca surat khabar atau melayari
Internet.
Cadangan Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang

1) Membuka cawangan
Saya akan membuka cawangan di tempat lain sama ada di bandar yang sama
atau di daerah lain untuk memperbesarkan perniagaan saya.Hal ini disebabkan oleh
cara ini boleh membuka pasaran yang luas supaya lebih ramai pelanggan megunjungi
kedai saya.Sebagai contoh,saya boleh membuka cawangan di Pulau Pinang,Johor
Bahru dan Sarawak.Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan membuka
cawangan di luar negara seperti China,Jepun dan Korea.Akibatnya,kedai kasut saya
akan menjadi lebih terkenal di seluruh dunia.

2) Menghasilkan jenis kasut yang baru


Saya akan menghasilkan jenis kasut yang baru kerana kedai kasut saya hanya
ada tiga jenis kasut sahaja iaitu kasut fabrik bertumit,kasut kulit dan kasut fabrik
rata.Maka,saya akan menghasilkan jenis kasut yang baru seperti kasut sukan kerana
kasut sukan mempunyai pasaran yang luas kerana banyak orang akan mengungjungi
kedai saya untuk membeli kasut sukan.Selanjutnya,dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
mewajibkan setiap murid menyertai aktiviti sukan di sekolah maka mereka
memerlukan kasut sukan yang lebih murah berbanding dengan kedai kasut lain seperti
Nike,Adidas dan lain-lain.Maka,jumlah hasil saya akan meningkat.

3) Mmebeli aset bukan semasa


Saya akan membeli aset bukan semasa seperti mesin untuk meningkatkan hasil
pengeluaran dengan meminimumkan kos dan memkasimumkan keuntungan kerana
membeli mesin yang canggih dan moden akan meningkatkan produktiviti
kasut.Selanjutnya,penggunaan mesin yang canggih dan moden akan menghasilkan
kasut yang berkualiti dan juga dapat mengurangkan kos buruh.Contohnya,saya akan
membeli mesin yang canggih seperti Mesin Jahit Jarum Double TSH-2619.
Natijahnya,hasil akan meningkat kerana produktiviti kasut meningkat.

Anda mungkin juga menyukai