Anda di halaman 1dari 1

Cadangan meningkatkan prestasi perniagaan semasa :-

i) Membuat promosi kerana dapat memperkenalkan perabot baru kepada orang ramai di
samping mengingatkan mereka tentang wujudnya perabot lama. Menerusi promosi,
maklumat tentang ciri, harga, jenama, kualiti, cara menggunakan sesuatu keluaran atau
perkhidmatan dapat disampaikan kepada pengguna

ii) Menambahkan bilangan pekerja kerana dapat memudahkan pengurusan jual beli
perabot. Dengan pertambahan ini, kita dapat menjimatkan masa dalam pelbagai jenis
urusan jual dan beli.

iii) Memberi layanan yang baik dan mesra kerana untuk menarik perhatian pelanggan
untuk membeli perabot kita. Dengan cara ini,secara tidak langsung kita dapat
menyalurkan maklumat tentang perabot yang ingin dibeli oleh pelanggan bahkan dapat
menarik pelanggan untuk membeli perabot kita.

Cadangan meningkatkan pretasi perniagaan jangka masa panjang :-

i) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk melicinkan aktiviti perniagaan dan


setiap urusan jual beli dapat dilakukan dengan lebih cepat. Dengan adanya
perkhidmatan ini, kita dapat menghantar barang yang telah dipesan oleh pelanggan ke
rumahnya bahkan dapat membantu perniaga mengurangkan kos penyimpanan stok atau
kos pergudangan.

ii) Menyediakan sistem komunikasi seperti pesanan mel, internet dan telefon bagi
memudahkan perjalanan perniagaan. Dengan adanya sistem ini, peniaga dapat
menerima pesanan atau maklum balas bagi barangan yang ingin dibeli mahupn yang
sudah ditempah. Disamping itu, bayaran dan penerimaan hutang antara negara boleh
dilakukan dengan pantas melalui internet dan pindahan mel.

iii) Menjual pelbagai jenis perabot terkini mengikut pengedaran masa. Dengan cara ini,
pelanggan dapat memilih pelbagai perabot yang diinginkan malah secara tidak
langsung kita dapat mempamerkan perabot kita kepada pengguna bagi memenuhi
kehendak pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai