Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat
seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung
sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.
Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana wang
yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar dividen. Sebagai contoh, jika kita
menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap,kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh
simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.
Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat
sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan.
Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebihan,seseorang yang
tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya.
Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.
Amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang.
Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita,bak kata orang
malang tidak berbau. Oleh itu,jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh menggunakan
wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat
menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat.
Menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabung,wang yang
mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang.Keadaan ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang dalam
pasaran. Apabila harga barang tidak naik,inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu,menabung dapat mengawal inflasi.
Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus digalakkan supaya
menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

KEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG
KEBAIKAN-KEBAIKAN MENABUNG
TARIKH:28/7/2012

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab
itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan
makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam bank,
kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang simpanan ini juga
bolek digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Kita juga boleh membeli barangt-barang keperluan diri kita dengan wang simpanan.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu
juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleg digunakan jika
ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya, bak kata pepatah,
beringat sebelum kena, berjimat sementara habis. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang
kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai