Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang boleh


dilakukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti riadah. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu
senggang mereka(ayat tema/pembuka bicara tetapi berkaitan dengan isu dalam soalan).
Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan. Antaranya termasuklah
bersukan, bergotong-royong, dan banyak lagi. Namun, jika dilihat pada era globalisasi
ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota masyarakat(ayat
isu/maklumat/situasi semasa yang berkaitan dengan tema utama soalan). Hal ini
demikian kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka(ayat
huraian berkaitan dengn isu). Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana aktiviti
riadah sebenarnya mendatangkan banyak faedah kepada kita(ayat huraian secara
umum). Sekiranya aktiviti ini tidak dilaksanakan kita tidak akan dapat memanfaatkan
faedah yang diperoleh itu dalam kehidupan seharian kita(ayat fokus). - (ayat tema, ayat
isu, ayat fokus)

Kepentingan aktiviti riadah termasuklah dapat menyihatkan tubuh badan(ayat


isi/judul/tajuk bagi perenggan berkenaan). Sebagai contohnya, apabila bersukan tubuh
badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak langsung dapat menyingkirkan
garam mineral yang tidak diperlukan oleh badan kita(ayat contoh). Apabila garam
mineral tersebut disingkirkan, penyakit-penyakit berbahaya seperti lemah jantung dan
sebagainya tidak dapat menyerang kita(ayat contoh). Hal ini akan menjadikan kita
seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain dapat dijalankan dengan
sempurna tanpa diganggu gugat oleh masalah kesihatan yang dihadapi(ayat huraian).
Jadi, jelaslah di sini bahawa akvititi riadah dapat menyihatkan tubuh badan seseorang
sekali gus memastikan aktiviti seharian mereka berjalan dengan lancar(ayat
penegasan). ayat isi/judul/tajuk/isi utama dalam perenggan, ayat huraian, ayat
contoh, ayat penegasan/pendirian calon.

Selain itu(penanda wacana/alat menyambung ayat, perenggan), hubungan


silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah(ayat judul/tajuk bagi perenggan).
Hal ini demikian kerana apabila aktiviti ini dilakukan, sebilangan besar komuniti
masyarakat akan berkumpul pada satu tempat dan proses perkenalan antara
masyarakat/komuniti akan berlaku(ayat hurian/perkara belum dibuktikan
kebenarannya). Sebagai misalnya, melalui aktiviti gotong royong, anggota masyarakat
akan bekerjasama menggembleng tenaga bagi membersihkan sesuatu kawasan di
sekitar taman perumahan seperti kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing (ayat contoh/ayat pengukuhan bagi ayat huraian). Mereka akan sama-
sama membersihkan kawasan itu tanpa mengira umur, bangsa, atau negara. Perkara
ini secara tidak langsung akan melahirkan bibit-bibit perkenalan antara mereka, sekali
gus suasana yang harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan anggota
masyarakat(ayat huraian). Tegasnya, hubungan silaturahim antara komuniti
masyarakat dapat dieratkan melalui aktiviti riadah.(ayat penegasan/pendirian calon)

Di samping itu, aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga
yang bahagia(ayat isi/judul/tema perenggan). Hal ini demikian kerana dengan adanya
aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama
terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan mereka yang
sibuk bekerja pada hari-hari biasa(ayat huraian). Apabila semua anggota berkumpul,
segala masalah yang meyelubungi ahli keluarga akan dapat dibincangkan, sekali gus
masalah tersebut dapat dikurangkan(ayat contoh). Jadi, jelaslah di sini bahawa
sesebuah institusi kekeluargaan yang bahagia akan dapat diwujudkan melalui aktiviti
riadah(ayat penegasan).

Kesimpulannya, aktiviti riadah mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada


kita(ayat kesimpulan umum daripada tema utama dalam soalan). Oleh hal demikian,
aktiviti ini wajar diteruskan agar setiap anggota masyarakat dapat merasai
kenikmatannya(ayat cadangan). Tanpa aktiviti riadah seperti bersukan, bergotong-
royong, dan berkelah, hubungan dalam kalangan anggota masyarakat akan menjadi
renggang(ayat contoh berdasarkan ayat cadangan). Perkara ini harus digalakkan agar
negara yang aman dan makmur dapat diwujudkan(ayat harapan). Akhir kalam, aktiviti
riadah seharusnya dipratikkan oleh segenap lapisan masyarakat agar tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.(ayat harapan dan cadangan)- penyudah/penamat sesuatu
esei yang telah ditulis.

Anda mungkin juga menyukai