Anda di halaman 1dari 2

Karanagan Kepentingan Beriadah

Pada era globalisasi ini, masyarakat negara kita semakin kurang dalaam mengambil berat
tentang kepentingan aktiviti riadah. Di negara kita simptom obesiti semakin meningkat dari
tahun ke tahun. Kaji Selidik Kesihatan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan
Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa
di Malaysia menghidap diabetes. Malaysia menduduki tempat pertama kadar obesiti di Rantau
Asean. Dan masalah ini, akan melahirkan generasi yang tidak sihat, tidak aktif, tidak produktif
dan sukar untuk menyumbang tenaga kepada negara. Jadi, terdapat beberapa kepentingan
aktiviti riadah yang akan diperoleh oleh masyarakat agar dapat menjalani kehidupan yang lebih
sihat.

Antara kepentingan aktiviti riadah ialah dapat mumupuk kasih sayang antara ahli keluarga.
Dengan melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga, hubungan antara ahli keluarga dapat
dieratkan dan dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Contoh –
contoh aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan ialah bermain badminton bersama – sama
dan sebagainya. Kesimpulannya, kasih sayang antara keluarga dapat dipupuk melaului aktiviti
riadah.

Seterusnya, dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh
badan. Jika masa terluang tidak dipenuhi dengan aktiviti riadah sudah pasti masa yang terluang
tersebut dihabiskan dengan sia – sia. Contohnya, tidur, bermain permainan video daan
sebagainya. Ksimpulannya, aktiviti riadah perlu disematkan dalam akktiviti harian untuk
menjamin kesihatan kita. Walaupun pada mulanya agak sukar, lama – kelamaan ia akan
menjaadi kebiasaan. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Selain itu, aktiviti riadah juga dapat mencerdaskan minda. Terdapat ramai pelajar yang tekun
membaca sehingga mengabaikan aktiviti riadah yang menyebabkan mereka keletihan dan
menyebabbkan ilmu yang mereka pelajari sukar untuk dihadam. Ketidakcerdasan minda juga
boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tindak balas yang lambat. Contohnya, bertindak
balas dengan persekitaran, lambat mengelak objek dan sebagainya. Kesimpulannya, aktiviti
riadah diperlukan untuk masyarakat untuk menjadikan generasi pada waktu kini lebih sihat.

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil tindakan bagi memastikan masyarakat


menyedari akan kepentingan aktiviti riadah. Diharapkan agar rakyat Malaysia mengamalkan
gaya hidup yang lebih sihat. Perkara ini boleh diterapkan sejak kecil lagi. Hal ini kerana generasi
akan datang akan lahir dan membesar sebagai individu yang sihat dan produktif. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Anda mungkin juga menyukai