Anda di halaman 1dari 2

Usaha-usaha Menggalakkan Remaja

Membaca
Kumpulan 8
Chong Ka Yie Chloe, John Ng Chu Cheng, Leong Kai Zhi, Seak Xiao Wen, Yong Xin Li

Amalan membaca dalam kalangan remaja semakin berkurangan pada


masa ini. Kebanyakan remaja kurang minat dalam membaca kerana kewujudan
hiburan yang lain seperti televisyen dan media sosial. Demi kemajuan masa
hadapan negara kita, kita haruslah menyemai amalan membaca dalam sanubari
remaja.

Ibu bapa haruslah menggalakkan anak mereka supaya mengamalkan


amalan membaca. Ibu bapa sangat penting dalam membentukkan sikap baik
anak mereka. Contohnya, ibu bapa haruslah menyediakan pelbagai bahan
bacaan yang sesuai di rumah untuk keperluan bacaan anak-anak. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa haruslah
membentukkan tabiat membaca anak mereka sejak kecil.

Selain itu, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Sikap
ibu bapa juga akan mempengaruhi perbuatan anak-anak. Sebagai contoh, ibu
bapa perlu menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah
dan lemah lembut. Bak kata pepatah, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi,
ibu bapa juga haruslah mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan
supaya dapat dicontohi oleh anak mereka.

Di samping itu, pihak sekolah haruslah mengadakan pelbagai aktiviti


yang berkaitan dengan pembacaan. Hal ini dikatakan demikian kerana
sumbangan pihak sekolah amat penting dalam menjadi dorongan pembacaan
murid-murid. Contohnya, program nilam dalam perhimpunan menggalakkan
murid untuk berkongsi buku yang telah dibaca oleh mereka dengan rakan-rakan
lain. Tuntasnya, murid-murid akan digalakkan untuk membaca.
Tambahan pula, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam
menggalakkan remaja membaca. Agensi kerajaan seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia(KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka boleh
menyumbang jasa mereka dalam usaha ini. Contohnya, KPM telah
melaksanakan program Nilam yang membantu merekodkan bilangan bacaan
yang dibaca oleh murid. Tuntasnya, kerajaan dapat memberikan impak yang
signifikan dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk remaja membaca.

Bukan itu sahaja, peranan rakan sebaya juga penting dalam


menggalakkan remaja membaca. Misalnya, remaja boleh menubuhkan
kumpulan membaca dengan rakan mereka. Hal ini membolehkan rakan-rakan
memberikan motivasi untuk membaca. Tuntasnya, rakan-rakan dapat membantu
remaja mengamalkan amalan membaca dengan pelbagai cara.

Seterusnya, media massa akan memberi impak yang signifikan. Akibat


perkembangan teknologi, remaja kini gemar menonton televisyen dan amalan
membaca semakin disisihkan. Contohnya, program televisyen yang mengkaji
novel boleh disiarkan dengan menggunakan konsep yang menarik seperti
lakonan untuk menarik perhatian remaja. Tuntasnya, media massa yang menjadi
tumpuan remaja boleh dijadikan salah satu wadah untuk mempromosikan tabiat
membaca.

Kesimpulannya, pelbagai pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-


usaha tersebut. Remaja sebagai golongan pelapis negara haruslah digalakkan
supaya banyak membaca kerana membaca jambatan ilmu.

Anda mungkin juga menyukai