Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan cara-cara memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat

Dalam abad ke- 21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan disebabkan
perkembangan teknologi terutamanya penciptaan komputer dan telefon. "Membaca
Jambatan Ilmu",menunjukkan bahawa membaca membolehkan kita memperoleh
ilmu pengetahuan yang banyak. Namun,menurut kajian,rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan membaca dapat mempercepat
usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara melalui pembentukan rakyat
yang berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, banyak modus operandi
(langkah-langkah)perlu dilakukan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat.

"Bagaiman acuan,begitulah kuihnya".Demikianlah pepatah yang menunjukkan


peranan ibu bapa dalam memupuk nilai membaca. Ibu bapa memainkan peranan
yang penting untuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.Menurut
Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat". Oleh hal
yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan kepada anak seperti
membaca buku bersama -sama dengan anak. Ibu bapa juga boleh membeli
bahan bacaan untuk anak supaya dapat meningkatkan minat anak
tentang pembacaan. Oleh hal yang demikian, amalan ini akan dicontohi oleh
anak-anak. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
memupuk amalan membaca.

Jika ditelusuridengan lebih mendalam, peranan kerajaan dalam memupuk amalan


membac juga tidak boleh disisihkan. Pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen
yang berkenaan seperti"Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa Membaca
Bangsa" . Selain itu,pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak penganjur. Hal
ini demikian kerana ,langkah menganjurkan pameran buku merupakan salah
satu cara untuk menarik minat masyarakat malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan
boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin juga boleh mendapat
pengetahuan yang banyak. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak
usaha supaya amalan ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi
bubur.
Ini kerana X
Hal ini demikian kerana X
Hal ini kerana X
Selain itu,pihak sekolah juga menggalas (memikul) tanggungjawab yang
besar untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Guru sebagai
insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan amalan
membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya
dapat menggalakkan pelajar. Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca
dengan memberi hadiah atau wang tunai kepada pelajar yang banyak membaca.
Pada mulanya, mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah
tetapi lama-kelamaan mereka akan menimbulkan minat tentang amalan membaca.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca yang
lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka membaca dan
menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.
Tambahan pula, syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut
mempunyai tanggungjawab yang besar. Sebagai contoh, syarikat penerbitan seperti
New Straits Time dan Berita Harian dapat membuat tajaan di sekolah agar menjadi
bahan bacaan. Media massa berperanan dalam memupuk amalan membaca.
penerbit stesen televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan
membaca supaya rakyat yang celik ilmu dapat menyedari kepentingan amalan
membaca. Drama tentang amalan membaca juga boleh disiarkan.Hal ini dikatakan
demikian kerana, masyarakat generasi ini lebih tertarik dengan dunia hiburan.
Ringkasnya, sebagai pihak media yang prihatin,usaha-usaha perlu dilakukan supaya
dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar
Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.

Kesimpulannya, amlan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu


diamalkan dalam kalangan masyarakat supaya dapat melahirkan cendekiawan dan
membantu negara kita menjadi negara yang maju. Oleh itu,diri sendiri khususnya
golongan pelajar harus sedar tentang kepentingan amalan membaca kerana dapat
membawa perubahan kepada masyarakat dan menjadi bakal peneraju negara kita.

Anda mungkin juga menyukai