Anda di halaman 1dari 23

Membaca adalah amalan mulia.

Ayat al-Quran yang pertama diturankan kepada nabi Muhammad ialah berkenaan membaca

Namun demikian amalan ini tidak begitu digemari dikalangan pelajar dan masyarakat.

Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.

Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen, dan internet.

sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban

Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu.

Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar.

Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.

Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.

Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.

Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.

Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.

Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.

Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.

Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkatkan daya fikir kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca lebih berfaedah daripada dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran. Membaca juga merupakan satu cora kita berehat.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas

Anda mungkin juga menyukai