Anda di halaman 1dari 2

Cerpen Mellisa, karya Abdullah Hussain

Sinopsis Mellisa mengikut Farid ke pejabatnya dan di situ Mellisa berkenalan dengan Syahid.Wajah Syahid seiras dengan Hisyam, iaitu teman Mellisa semasa kecil.Dalam perjalanan pulang, Mellisa teringat akan pengalamannya bermain bersama-sama dengan Hisyam.Hisyam dan ibunya meninggal dunia akibat rusuhan kaum semasa peristiwa 13 Mei.Syahid menelefon Mellisa dan mereka berbual-bual panjang.Sejak itu, hubungan mereka menjadi rapat sehingga melahirkan perasaan cinta.Namun demikian, Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid setelah menyertai angkatan tentera.Mellisa ingin mencurahkan khidmat baktinya kepada Negara dengan menjaga keselamatan Negara ini kerana dia tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Tema Cinta antara dua insan yang berlainan bangsa, agama, dan budaya Persoalan 1. Kesan peristiwa 13 Mei kepada rakyat di Negara ini 2. Perasaan cinta sesama manusia bersifat sementara sahaja 3. Semangat patriotik dan cinta akan kedamaian 4. Kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Nilai 1. Kasih sayang 2. Tolong-menolong 3. Ketabahan 4. Cinta akan Negara Pengajaran 1. Kita mestilah mengamalkan sikap menghormati kaum lain di Negara kita bagi menjamin keamanan serta perpaduan yang berterusan. 2. Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan dan tidak melakukan kezaliman antara satu sama lain. 3. Kita haruslah mempunyai semangat cinta akan Negara dan berusaha mempertahankan keamanan serta kedaulatan Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai