Anda di halaman 1dari 15

OLEH: ABDULLAH HUSSAIN

Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid


dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya
yang telah meninggal dunia.

Tutur kata Syahid menyebabkan Mellisa hampir jatuh hati.


Dalam perjalanan pulang, Farid menyindirnya sebagai
perempuan yang mudah jatuh cinta.

Ketika itu Mellisa teringat ketika dia masih kanak-kanak.


Hisyam yang lebih tua beberapa tahun daripadanya
pandai mengambil hati, suka memujuk ketika dia merajuk,
dan bersama Hisyam dia bermain masak-masak.
Hisyam ada berjanji mahu berkahwin dengannya apabila
besar kelak.
SAMBUNGAN SINOPSIS….

Tragedi 13 Mei 1969 telah meranapkan harapannya.


Ketika hari tersebut, Hisyam dan ibunya dalam perjalanan
pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

Hisyam telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika


melalui Jalan Petaling.

Dua minggu sebelum detik hitam itu berlaku, Hisyam telah


menumbuk anak seorang lelaki Inggeris yang berusia tujuh
tahun, gara-gara memegang tangannya.

Kenangan silam itu amat berbekas dihatinya.


Ketika itu dia tertanya-tanya, mengapa orang Melayu dan
orang Cina mesti berbunuhan?
SAMBUNGAN SINOPSIS….

Lima belas tahun kemudian baharu dia


mendapat jawapan apabila tesis Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Sejarah.

Daripada kajiannya, tragedi permusuhan


kaum berpunca tindakan penjajah
memisahkan kaum mengikut geografi;
contohnya orang Melayu tinggal di
kampung, Orang Cina di bandar, dan orang
India di ladang.
SAMBUNGAN SINOPSIS….

Oleh sebab pujukan Syahid yang berterusan, akhirnya


hubungan mereka semakin akrab.

Namun, impian Mellisayang mahukan negara ini


aman dan damai menyebabkan dia memutuskan
hubungan tersebut.

Baginya, Syahid yang kacak boleh menemui


perempuang yang lebih cantik.

Mellisa tidak kecewa atas perpisahan tersebut kerana


dia mengutamakan tugas, tugasnya sebagai seorang
tentera.
TEMA DAN PERSOALAN
Semangat kental seorang gadis yang
mengalami perpisahan dengan
kekasihnya akibat rusuhan kaum

Dasar Inggeris telah mencetuskan


hubungan kaum rakyat Malaysia

Perbezaan kaum tidak


menjarakkan kemesraan dua
remaja

Tugas lebih utama daripada cinta


WATAK DAN PERWATAKAN
•Dilahirkan di luar negara tetapi dibesarkan di
Malaysia. Daripada kaum Cina,
mengamalkan kebudayaan Cina dari jurai
keturunannya dari Guadong. Sejak kecil dia
berasa selesa hidup dalam masyarakat
Melayu menyebabkan dia jatuh hati terhadap

Mellisa
kebaikan Hisyam.
•Apabila Hisyam terbunuh dalam tragedi 13
Mei, dia berasa begitu kecewa. Dia mencari
jawapan sebab-sebab orang cina dan Melayu
sanggup bergaduh. Ketika hatinya mula
terpikat terhadapkebaikan Syahid, dia segera
memutuskannya kerana memberikan
tumpuan terhadap tugasnya sebagai seorang
anggota tentera.
SAMBUNGAN….

• Seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama


yang kuat. Hisyam berkawan rapat dengan
Mellisa. Bersikap peramah dan pandai memujuk

Hisyam
menyebabkan Mellisa tertarik terhadapnya.
• Disebabkan seorang kanak-kanak Inggeris
memegang tangan Mellisa, sanggup dia
menumbuk kanak-kanak tersebut. Hisyam dan
ibunya telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika
melalui Jalan Petaling.

• Lelaki yang mempunyai mirip wajah Hisyam.

Syahid Sering menggoda Mellisa, tetapi Mellisa terpaksa


memutuskan hubungan tersebut kerana
mengutamakan kerjayanya.
LATAR

• Masyarakat berbilang
kaum yang dipisahkan LATAR
oleh faktor geografi.
• Masyarakat yang
TEMPAT • 13 Mei
sanggup membunuh 1969
kerana perbezaan • Sekitar
• Tahun
kaum. Kuala 1970-an.
• Masyarakat yang Lumpur
mementingkan
keharmonian hidup LATAR MASA

LATAR
MASYARAKAT
NILAI MURNI

Kasih
Patriotik
sayang

Hemah Tanggung
tinggi jawab
PENGAJARAN

Kita perlu Kita hendaklah


berprasangka baik mengutamkan
terhadap kaum- kerja berbanding
kaum lain cinta

Pemerintah
berusaha
mewujudkan
keharmonian kaum
SOALAN LATIHAN – RUJUK MS. 161
i. Apakah jasa Hisyam terhadap Mellisa menyebabkan
gadis itu menganggapnya sebagai seorang hero?
2m

ii. Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada


pendapat anda, bagaimanakah caranya agar rakan
kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama
tidak berjumpa? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam


petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat
dalam cerpen. 3m
JAWAPAN
i. Jasa Hisyam terhadap Mellisa menyebabkan
gadis itu menganggapnya sebagai seorang
hero
…dia menyerbu masuk ke rumah Mellisa dan
menumbuk anak lelaki Inggeris yang berusia
tujuh tahun kerana memegang tangan
Mellisa…apabila kanak-kanak itu jatuh
terlentang ke tanah, Hisyam segera menarik
tangan Mellisa ke belakangnya.
ii. Pada pendapat saya,caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita
walaupun sudah lama tidak berjumpa ...............

. …kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan

…kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau
sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan

…kita jangan sesekali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan


kebajikan rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri

…tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka


menghina.
iii.Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ini ......

....masyarakat yang prihatin. Cth: Hisyam melindungi Mellisa


daripada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cuba
memegang tangannya.

Manakala dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam


cerpen ini, pertama ...........

....masyarakat majmuk yang terpisah oleh faktor geografi. Cth:


orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, dan
orang India di ladang
….masyarakat yang kejam. Cth: Rusuhan 13 Mei, masyarakat
sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam.

Anda mungkin juga menyukai