Anda di halaman 1dari 35

Bahasa Melayu

Munsyi

Sinopsis
Mel berhajat untuk tinggal dan bekerja di ibu
kota. Namun begitu, hasratnya itu dihalang oleh
ibunya. Menurut pendapat ibunya, Mel perlu
mendalami ilmu agama Islam dahulu. Mel juga
perlu menguasai dan mencintai bahasa
ibundanya, iaitu bahasa Melayu.
Ibu Mel menceritakan pelbagai kisah kehidupan
di ibu kota. Antaranya, pernah berlaku rusuhan
kaum kerana perpaduan yang gagal dibentuk
oleh penjajah yang menguasai negara ini dahulu.
Penjajah mengasingkan tiga kaum utama melalui
tempat tinggal dan pekerjaan yang berbezabeza.

Akhirnya, ibu Mel merestui penghijrahannya


ke ibu kota. Ibunya berpesan agar Mel menjaga
agama dan bahasa ibundanya. Melalui Mel.
Ibunya mengirimkan kitab-kitab lama kepada
sahabatnya yang bernama Munsyi. Mel
berusaha untuk mencari rumah Munsyi
sehingga berjaya. Rumah Munsyi terletak di
tanah rizab Melayu di pinggir kota. Seterusnya,
Mel menyerahkan kitab-kitab lama itu kepada
Munsyi.

Sepanjang menetap di ibu kota, Mel melihat


gelagat anak-anak muda yang tidak
mengamalkan ajaran agama Islam. Pergaulan
bebas antara lelaki dengan perempuan
berleluasa di mana-mana. Selain itu, mereka
menggunakan bahasa yang bercampur-aduk
dan dalam loghat yang direka-reka. Mel bingung
dan malu apabila melihat keadaan tersebut.

Suatu hari, Mel mendengar khabar tentang


rancangan projek perumahan di kawasan
kediaman Munsyi. Penduduk di situ diarahkan
berpindah ke tempat lain. Mel menangis apabila
melihat kampung rizab Melayu itu dirobohkan,
termasuk rumah Munsyi. Kitab-kitab lama yang
dihadiahkan oleh ibunya turut musnah.
Mel berusaha untuk mencari Munsyi tetapi
gagal. Pejuang bahasa Melayu itu telah
menghilangkan diri, seperti hilangnya satusatunya tanah rizab Melayu di ibu kota itu.

Tema
Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa,
dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warganegara.

Persoalan
1. Penghijrahan ke kota dalam kalangan anak muda
untuk kelangsungan hidup
- Mel ingin berhijrah ke kota untuk mencari
pekerjaan yang terjamin demi kelangsungan hidup
dia dan ibunya. Bagi Mel, kampung halamannya
tidak dapat menjanjikan masa depan yang cerah.
2. Strategi kuasa asing untuk memecah-belahkan
penduduk di sesebuah negara
- Ketika negara ini dijajah oleh kuasa asing,
penduduk di negara ini ditempatkan di kawasan
yang berbeza mengikut kaum. Hal ini
menyebabkan penduduk yang berbilang kaum
tidak bersatu padu.

3. Kepentingan mempertahankan bahasa ibunda


- Ibu Mel berusaha untuk mempertahankan bahasa
Melayu. Dia beranggapan bahawa bahasa itu maruah
bangsa yang perlu dipelihara kerana menjadi
khazanah warisan tinggalan nenek moyang di negara
ini. Sekiranya bahasa Melayu tidak dipertahankan,
semangat cinta akan bahasa dan bangsa sendiri
akan terhakis dalam kalangan masyarakat Melayu,
terutama generasi muda.
4. Kepentingan mempelajari sejarah
- Menurut ibu Mel, sejarah ialah guru yang tidak
pernah berbohong. Oleh itu, setiap bangsa harus
membaca dan mengkaji sejarah silam supaya tidak
berlaku kesilapan yang sama pada masa akan
datang.

5. Keruntuhan jati diri dalam kalangan generasi


muda di kota
- Generasi muda di kota mengamalkan pergaulan
bebas dan gemar berfoya-foya. Mereka juga
menggunakan bahasa yang bercampur aduk
kerana menganggap hal itu sebagai lambang
kemodenan. Pengamalan agama yang lemah
dan nilai moral yang rendah menyebabkan
mereka kehilangan identiti dan jati diri di negara
sendiri.

6. Pembangunan meranapkan warisan bangsa


- Dua puluh buah rumah keluarga Melayu
yang mendiami tanah rizab Melayu di pinggir
kota ranap setelah dirobohkan oleh jentera
sebuah syarikat perumahan. Syarikat tersebut
akan mendirikan pelbagai bangunan mewah
dan hotel bertaraf lima bintang di tempat itu.
Peristiwa tersebut menyebabkan Mel
menangis kerana satu-satunya tanah rizab
Melayu di kota besar itu telah musnah.

Plot Binaan Plot


- Permulaan
- Mel ingin bekerja dan menetap di ibu kota, tetapi
hasratnya itu dibantah oleh ibunya. Mel disifatkan
belum menguasai ilmu agama dan bahasa
ibundanya sepenuhnya.
- Perkembangan
- Ibu Mel menceritakan pelbagai kisah yang berkaitan
dengan kehilangan nilai tradisi warisan nenek
moyang di ibu kota. Oleh itu, Mel bertekad untuk
melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia
untuk berhijrah. Ibu Mel merestuinya dan turut
mengirim beberapa buah kitab untuk dihadiahkan
kepada sahabat lamanya yang bernama Munsyi.

- Perumitan
- Mel berasa sedih dan malu kerana bangsanya yang
tinggal di ibu kota mengamalkan pergaulan bebas dan
menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka telah
kehilangan identiti dan jati diri. Mel kemudiannya
mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan
mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab
Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di
situ diarahkan berpindah termasuk Munsyi.
- Klimaks
- Mel melihat jentolak merobohkan rumah-rumah di tanah
itu. Puluhan kitab di rumah Munsyi turut berkecai. Mel
tidak dapat menemui Munsyi.
- Peleraian
- Mel berusaha untuk mencari Munsyi tetapi gagal.
Pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.

Teknik Plot

1. Dialog
- Contoh: Tuan, inikah bernama Munsyi, sahabat
baik bonda saya?
2. Pemerian
- Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan di
kawasan rumah Munsyi ketika jentolak
merobohkan rumah-rumah di situ.
3. Imbas Kembali
- Contoh: Ibu Mel mengenang kesan penjajahan
negara ini oleh kuasa asing melalui penceritaannya
kepada Mel.
=> Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah
watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita
merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah
air sendiri...

- Imbas Muka
- Contoh: Pengarang memerihalkan rancangan
pembinaan yang akan dilaksanakan di satusatunya kawasan rizab Melayu di ibu kota.
=> Khabarnya kawasan itu akan dibangunkan
dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel
bertaraf lima bintang.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama Mel
- Mel anak bujang seorang wanita yang digelarnya
sebagai bonda. Dia menetap di kampung
bersama-sama dengan ibunya.
- Dia bijak merancang masa depan. Buktinya, dia ingin
berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan yang
menjamin masa depannya dan mengukuhkan
ekonominya. Hal ini demikian kerana dia sedar
bahawa dia tidak dapat membina masa depan yang
baik jika terus menetap di kampung.
- Mel amat taat akan ibunya. Dia mendengar nasihat
ibunya supaya tidak pergi ke kota selagi dirinya
belum mempunyai ilmu agama dan jati diri yang
teguh.

- Selain itu, dia amanah. Buktinya, dia


menyerahkan kitab-kitab lama yang dihadiahkan
oleh ibunya kepada Munsyi seperti yang dipesan
oleh ibunya itu.
- Dia mempunyai jati diri yang teguh. Sepanjang
berada di kota, Mel sentiasa memelihara agama
dan bahasa ibundanya. Sungguhpun dia melihat
bangsanya kian hilang identiti dan jati diri, seperti
bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan
dan menggunakan bahasa rojak ketika
berbual-bual, dia tidak terpengaruh.

- Di samping itu, Mel mempunyai semangat


patriotik yang tinggi. Dia sedih dan kecewa
apabila melihat kitab-kitab warisan Melayu yang
musnah, malahan satu-satunya tanah rizab
Melayu di ibu kota dirobohkan oleh saudagar
asing untuk digantikan dengan
bangunan-bangunan yang mewah dan hotel
bertaraf lima bintang.

Watak Sampingan: Bonda


- Dia ibu Mel dan menetap di kampung
bersama-sama dengan anaknya itu.
- Sebagai ibu, dia penyayang. Buktinya, dia
mendidik anaknya dengan ilmu pengetahuan dan
ajaran agama supaya anaknya itu mempunyai jati
diri yang teguh. Selagi Mel belum menguasai ilmu
agama dan bahasa yang mantap, dia tidak
mengizinkan anaknya itu berhijrah ke ibu kota.
- Dia berilmu. Buktinya, dia mengetahui sejarah ibu
kota termasuk dasar penjajah dan peristiwa
rusuhan kaum dengan terperinci.

- Dia amat cinta akan bangsa dan bahasa


ibundanya. Dia kerap menekankan kepentingan
menjaga bahasa ibunda agar bangsa Melayu terus
dihormati dan disegani sebagai bangsa yang
agung dan bermaruah.
- Selain itu, dia mempunyai semangat patriotik yang
tinggi. Dia berusaha untuk menanam semangat
patriotik dalam diri Mel dengan harapan agar Mel
menjadi pejuang yang berani mempertahankan
nilai dan kepentingan bangsa sendiri kelak.

Watak Sampingan: Munsyi


- Dia sahabat lama Bonda.
- Dia berusia separuh abad (warga emas) dan
menetap di pinggir ibu kota. Rumahnya diperbuat
daripada kayu yang berukir indah dengan pelbagai
seni dan corak.
- Janggutnya berwarna putih dan menutupi
sebahagian mukanya. Wajahnya putih dan bersih.
- Dia memakai pakaian Melayu yang lengkap. Selain
baju Melayu bersamping, dia turut memakai
tengkolok dan menggenggam sebilah keris.

- Munsyi pejuang bahasa Melayu. Oleh sebab


itulah, ibu Mel menghadiahkan beberapa buah
kitab lama warisan Melayu yang sangat berharga
kepadanya.
- Munsyi menghilangkan diri ketika rumah dan
perkampungannya dirobohkan untuk tujuan
pembangunan.

Latar Tempat

Kampung
- Mel dan ibunya yang dipanggilnya Bonda
menetap di kampung.
Ibu kota
- Mel berhijrah ke ibu kota untuk mencari
pekerjaan yang menjamin masa depannya.
- Mel menemui Munsyi di rumah lelaki itu di
kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota.
- Mel melihat anak-anak muda berpelesiran dan
bercakap menggunakan bahasa yang bercampur
aduk.
- Rumah Munsyi dan penduduk di tempat itu
dirobohkan.

Latar Masa
Dekad lampau / Negara baru mencapai
kemerdekaan
- Berlaku rusuhan kaum di kota.
Lebih kurang lima ratus tahun
- Negara ini dijajah oleh kuasa asing lebih kurang
lima ratus tahun.
Suatu hari
- Mel membelek-belek kitab lama bertulisan Jawi
sambil mendengar cerita ibunya.
- Mel mendengar perkhabaran tentang rancangan
pembinaan pelbagai bangunan mewah dan hotel
bertaraf lima bintang di kampung Munsyi.

Pada zaman silam


- Melalui pembacaan teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah, Mel kagum dan bangga
kerana bangsanya berjaya membina
ketamadunan dunia pada zaman silam.
Beberapa purnama
- Mel menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke
ibu
kota kepada ibunya lagi setelah hajatnya itu
tertangguh beberapa purnama.
- Mel tidak menemui Munsyi hampir beberapa
purnama.

Minggu-minggu pertama
- Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak
muda sebangsanya pada minggu-minggu
pertama dia di kota.
Seminggu selepas itu
- Mel menyaksikan jentolak merobohkan rumahrumah Melayu di pinggir ibu kota seminggu
selepas dia mendengar perkhabaran tentang
rancangan merobohkan rumah itu.
Berhari-hari
- Mel berusaha untuk mencari Munsyi tetapi tidak
bertemu.

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
- Mel dan ibunya lahir dan menetap di kampung.
Masyarakat yang mementingkan amalan agama
Islam
- Ibu Mel sentiasa menasihati anaknya itu agar
tetap mengerjakan suruhan agama walau di
mana-mana pun dia berada.

Masyarakat kota
- Golongan muda mengamalkan cara hidup
moden, seperti pergaulan bebas dan
menggunakan bahasa yang bercampur aduk.
- Terdapat sekumpulan masyarakatnya yang
tinggal di pinggir kota masih mengamalkan cara
hidup Melayu dan mengekalkan tradisi nenek
moyang mereka.
Masyarakat pejuang bahasa ibunda
- Ibu Mel dan Munsyi sangat mencintai bahasa
ibunda mereka. Mereka menyimpan banyak
kitab
khazanah bangsa Melayu yang berharga.

Gaya Bahasa
Bahasa halus
- Contoh: bonda
Bahasa Melayu moden
- Contoh: hedonisme, globalisasi
Diksi
- Cerpen ini sarat dengan penggunaan kata
yang indah dan menarik.
- Contoh: Pesan mulut yang terpahat lama di
pangkal hati.

Metafora
- Contoh: (a) Dek benih penjajah yang
menanamkan racun perkauman
melalui
(b) Semuanya berlaku angkara
kejahilan terhadap salasilah tanah
air yang terpecah kepada
pagar-pagar perkauman di tengah
gelora kota.

Perlambangan
- Contoh: Bangsa pertama merujuk kepada
kaum Cina
Bangsa kedua merujuk kepada kaum
Melayu
Bangsa ketiga merujuk kepada kaum
India
Peribahasa
- Contoh: setahun jagung, besar hati, dan bahasa
jiwa bangsa

Nilai
Ketaatan
- Mel taat akan nasihat ibunya untuk
menangguhkan hasratnya ke ibu kota selagi
belum menguasai ilmu agama yang mendalam
dan memiliki jati diri yang teguh.
Kasih sayang
- Mel dan ibunya sayang-menyayangi.
- Mel, ibunya, dan Munsyi sangat menyayangi
bangsa dan bahasa ibunda mereka.

Hormat-menghormati
- Mel bersalaman dengan Munsyi apabila mereka
bertemu.
Semangat patriotik
- Ibu Mel berusaha untuk menyemai semangat
patriotik dalam diri anaknya itu agar Mel berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa
mereka kelak.

Pengajaran
Kita wajar berhijrah untuk mencari penghidupan
yang lebih baik.
- Mel ingin bekerja dan menetap di kota untuk
mencari pekerjaan yang terjamin demi masa
depannya.
Kita hendaklah menyayangi bangsa dan bahasa
ibunda sendiri.
- Ibu Mel menasihati Mel agar menyayangi
bangsa dan bahasa ibunda mereka serta
mempertahankannya supaya bangsa Melayu
disegani dan dihormati.

Kita mestilah berusaha untuk memupuk perpaduan


agar dapat hidup dalam suasana yang aman
harmoni.
- Peristiwa rusuhan kaum akibat tidak wujud
perpaduan antara kaum janganlah kita ulangi.
Sebaliknya, kita hendaklah bersatu padu agar
dapat mewujudkan negara yang harmoni dan
stabil.
Kita mestilah sentiasa mengamalkan ajaran agama
dan menjaga tingkah laku di mana-mana sahaja
kita berada.
- Meskipun berada di ibu kota, Mel sentiasa
mengamalkan ajaran agama dan menjaga
tingkah laku.

Terima Kasih
^_^

Anda mungkin juga menyukai