Anda di halaman 1dari 19

CERPEN

‘MUNSYI’
HUSNA NAZRI
SINOPSIS
Mel berhasrat untuk berhijrah ke kota. Malangnya, bonda
menghalang Mel berhijrah ke kota kerana bimbang Mel akan
terpengaruh oleh budaya negatif di Bandar. Selain itu, bonda
menganggap bahawa ibunda dan jati diri Mel masih belum mantap.
Bonda berpendapat bahawa rakyat kota sudah luntur nilai-nilai
tradisi seperti cinta akan agama, bangsa dan bahasa. Selain itu, warga
kota yang berlainan bangsa mengamalkan sikap prejudis dan
berprasangka negatif. Benih-benih penjajahan dahulu telah
mencetuskan sentiment perkauman sehingga berlakunya
pertumpahan darah. Oleh itu, bonda memberi nasihat kepada Mel
supaya memelihara agama, bahasa dan Negara.
SINOPSIS
Kitab-kitab lama bertulisan Jawi yang memperincikan sejarah dan bahasa
Negara ini sering dibaca oleh Mel. Mel berpendapat bahawa dunia sudah
berubah, yakni masyarakat pada hari ini mengejar harta, pangkat serta
kekayaan dan bukan lagi berjuang menentang penjajah. Namun begitu, bonda
menyangkal pendapat Mel. Bonda mengatakan bahawa sejarah penting untuk
dipelajari kerana bangsa yang mengkaji sejarah silam tidak akan mengulangi
kesilapan lalu buat kali kedua.
Mel berasa bangga apabila membaca karya agung Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah yang membuktikan kehebatan bangsanya membina
empayar yang Berjaya. Malangnya, kegemilangan empayar tersebut musnah
akibat sikap hasad dengki, khianat, kronisme serta amalan rasuah. Mel
menyedari bahawa kehebatan nenek moyang tanah air ini adalah disebabkan
oleh tiga perkara. Perkara-perkara tersebut ialah agama yang berpaksikan
akidah yang satu, penggunaan bahasa ibunda oleh semua lapisan masyarakat
dan taat setia kepada raja. Mel merasakan dirinya memiliki sedikit kekuatan
untuk berhijrah ke kota. Sekali lagi, Mel menyampaikan hasratnya kepada
bonda. Akhirnya, bonda bersetuju dan berpesan agar Mel memelihara agama
dan bahasanya.
SINOPSIS
Bonda mengirimkan sejumlah buku untuk diserahkan kepada sahabat
lamanya yang bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak
menyimpan khazanah lama itu. setelah sampai ke kota, Mel Berjaya menjejaki
Munsyi. Munsyi menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota dan
berpakaian lengkap busana Melayu tradisional. Mel berpeluang bermesra
dengan beliau sebelum menyerahkan kitab-kitab lama yang diberikan oleh
bonda.
Mel mengalami kejutan budaya pada peringkat awal kedatangannya ke
kota. Mel melihat anak-anak muda gagal menggunakan bahasa ibunda dengan
baiknya. Mereka juga bertindak melanggar hokum agama dengan melakukan
pergaulan bebas. Anak-anak muda di kota sudah hilang identiti dan jati diri
bangsa.
SINOPSIS
Setelah beberapa lama menetap di kota, Mel mendapat perkhabaran
bahawa perkampungan Melayu di pinggir kota yang merupakan tempat tinggal
Munsyi akan dirobohkan. Kawasan tersebut akan dibangunkan dengan
bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. Apabila Mel sampai di
perkampungan tradisi itu, dia melihat jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah penduduk kampung. Puluhan anggota penguat kuasa sedang
mengawal keadaan yang tegang akibat bantahan orang ramai.
Mel terkedu melihat puluhan buku lama yang diberikan oleh bonda
diranapkan. Mel bertambah sedih apabila tanah rizab bangsa di pinggir kota
itu akan berpindah tangan kepada saudagar asing yang bakal mengaut
keuntungan. Mel gagal menjejaki kelibat Munsyi. Kini, pejuang bahasa telah
menghilangkan diri.
TEMA
Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan agama,
bangsa, bahasa dan budaya.
PERSOALAN

1. Kepentingan pengalaman semangat patriotism dan


jati diri dalam jiwa anak-anak muda.
2. Pengekalan anutan agama, bahasa dan budaya
tradisi yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
3. Keseronokan dunia yang mempengaruhi tingkah
laku anak-anak muda di ibu kota.
4. Kekuatan peganggan agama sebagai benteng
pencegahan anasir luar.
5. Kehidupan warga kota yang penuh dengan pelbagai
cabaran.
6. Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah.
7. Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
8. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi.
WATAK &
PERWATAKAN
1. Watak utama – Mel

2. Watak sampingan – Bonda &


Munsyi
WATAK & PERWATAKAN
01 02 03
MEL BONDA MUNSYI
• Anak lelaki kpd Bonda. • Ibu kepada Mel. • Sahabat baik kpd bonda &
tinggal di ibu kota.
• Patuh akan nasihat & • Penyayang & banyak
pesanan bondanya. memberikan kata-kata • Pejuang bahasa.
nasihat & pesanan kpd
• Amat menghormati orang Mel. • Mempunyai semangat
tua.
patriotism yang tinggi.
• Berjiwa patriotik.
• Rasional dlm membuat
• Memiliki ilmu bahasa yang
keputusan. • Amanah. tinggi.
• Mempunyai semangat • Berilmu & • Berusia emas &
patriotik yg tinggi berpengetahuan luas. mempunyai janggut yang
menutupi sebahagian
• Mempunyai jati diri yg Berani dalam melakukan
• mukanya yang putih bersih.
teguh, sesuatu.
• Rumah Mel
• Rumah Munsyi
• Kampung Mel iaitu Mel & Bondanya menetap disitu.
• Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang
merupakan tanah rizab Melayu.
• Ibu kota.

LATAR TEMPAT
LATAR
MASA
 Bulan Mei
 Beberapa purnama.
 Pada suatu hari.
 Minggu pertama berada di kota.
 Seminggu selepas itu.
 Lebih kurang lima ratus tahun yang lampau.
 Seminggu selepas proses merobohkan rumah-
rumah di kampong tradisi.
LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya dan adat
resam turun-temurun.
 Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri.
 Masyarakat yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
 Masyarakat yang bijak merancang masa depan.
 Masyarakat yang amanah dan jujur dalam menyempurnakan hajat
seseorang.
 Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan.
 Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.
 Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah
dan perintah.
BINAAN PLOT
1. Peristiwa-peristiwa dalam dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi.
2. Plot permulaan cerpen ini dimulai dengan hasrat Mel/penulis yang ingin bekerja
dan menetap di ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh bondanya. Bonda
memberikan alasan bahawa Mel masih belum menguasai ilmu agama dan lemah
dari segi penguasaan bahasa ibunda.
3. Pada tahap perkembangan, penulis memerihalkan kisah bonda Mel yang
menceritakan berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi
nenek moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah di
atas nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum
mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan
diri masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah
hitam akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang
Berjaya menamankan benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk
melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum
benar-benar bersedia untuk berhijrah ke ibu kota. Akhirnya, bonda Mel merestui
pemergiaannya setelah meyakini kemampuan anaknya itu hidup berdikari di ibu
kota. Bonda Mel turut mengirimkan kitab-kitab lama bertulisan jawi untuk
dihadiahkan kepada sahabat lamanya yang bernama Munsyi.
BINAAN PLOT
4. Tahap perumitan cerpen ini apabila Mel berasa sedih dan malu apabila melihat
anak-anak muda yang sebangsa dengannya di ibu kota hilang maruah diri dengan
mengamalkan pergaulan bebas dan menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka
telah kehilangn identity dan jati diri. Mel kemudiannya mendapat khabar tentang
projek pembinaan bangunan Mewah dan hotal bertaraf lima bintang di atas tanah
rizab Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di tanah rizab tersebut
diarahkan berpindah termasuklah Munsyi.
5. Klimaks cerpen ini apabila Mel tergaman melihat rumah Munsyi bersama-sama
dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya hancur diranapkan oleh
jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-
satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang
akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi.
6. Peleraian cerpen ini bermula apabila Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi
gagal. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.
TEKNIK PLOT
a) Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan suasana tegang
yang berlaku di kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota ketika
kerja-kerja merobohkan rumah-rumah kayu using penduduk dijalankan
oleh pihak berkuasa.
b) Tekbik dialong. Contohnya, “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat
baik bonda saya?’
c) Teknik imbas kembali. Contohnya, penulis teringat kembali cerita ibunya
mengenai peristiwa rusuhab kaum yang pernah berlaku di ibu kota
mewah itu.
d) Teknik imbas muka. Contohnya, Mel membayangkan satu-satunya tanah
rizab milik bangsa Melayu di ibu kota akan berpindah milik kepada
saudagar asing apabila kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai
bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang.
e) Teknik kejutan. Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga sama
sekali bahawa Munsyi akan menghilangkan diri apabila rumahnya
dirobohkan.
GAYA BAHASA
1. Penggunaan ayat pendek, ayat sederhana
panjang & ayat panjang.

2. Metafora. Contohnya, Hasrat untuk menjengah


wajah kota yang pesat, penjajah menabur bara
sengketa dan hanya ingin menghidupkan roh
patriotism.

3. Peribahasa. Contohnya, baru setahun jagung,


besar hati.

4. Personifikasi. Contohnya, pesan mulus yang lama


terpahat di pangkal hati dan pesan itu
menyuburi hati dan perasaan saya.
NILAI CERPEN MUNSYI

a. Patriotisme. Contohnya, bonda berusaha untuk menanamkan


semangat patriotic dalam diri Mel dengan harapan Mel akan
menjadi seorang pejuang yang berani mempertahankan nilai dan
kepentingan bangsa sendiri kelak.
b. Tanggungjawab. Contohnya, bonda menjaga khazanah nenek
moyangnya yang berupa kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak
ternilai harganya dengan begitu cermat.
c. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati
Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa.
d. Kasih saying. Contohnya, bonda berpesan dan menasihati Mel agar
sentiasa menjaga agama dan bahasa ibundanya sewaktu dia
berada di ibu kota.
e. Berdikari. Contohnya, Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk
mencari kerja yang dapat menjamin kehidupan yang lebih
sempurna untuk masa depannya.
PENGAJARAN
a. Kita hendaklah mempertahankan maruah dan jati diri.
b. Kita perlulah mencintai agama, bahasa, budaya dan adat
resam turun-temurun dengan sepenuh hati.
c. Kita tidak sewajarnya menggadai maruah dan harga diri
untuk mengejar keduniaan.
d. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air
kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya
suatu pembohongan.
e. Kita hendaklah bijak merancang masa depan.
f. Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam
menyempurnakan hajat seseorang.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai