Anda di halaman 1dari 2

CERPEN : MUNSYI

SINOPSIS
Di dalam cerpen ini, ia mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah
ke kota yang dihalang oleh bondanya kerana bimbang anaknya itu akan terpengaruh
oleh budaya-budaya negatif di bandar. Bondanya berasa ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-
nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya
menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya
pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan
‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.
Bonda adalah seorang warga yang bersifat patriotik yang memiliki banyak buku lama
yang berkaitan dengan bahasa dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu dibaca oleh
‘saya’. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu
akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil. Setelah ‘saya’
berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk
meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama
dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang
bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku
tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. ‘Saya’ tinggal di tanah rizab Melayu di
sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya
telah hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu
hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan
pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya,
jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat
buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan
namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

TEMA
Tema yang diketengahkan dalam cerpen ini adalah tema semangat cinta akan bahasa,
agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara.
Tamsilnya, bonda selalu menasihati ‘saya’ untuk memelihara cinta akan agama, budaya
dan bahasa agar dihormati oleh orang

PERSOALAN
-Persoalan keinginan golongan muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan.
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan bonda untuk berhijrah ke bandar bagi membina
kehidupan seperti anak muda yang lain
-Persoalan penjajah yang memecah belahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya,
penjajah di negara kita menjalankan sistem pecah dan perintah sehingga menimbulkan
rusuhan kaum
-Persoalan ketaatan anak terhadap ibunya. Contohnya, ‘saya’ taat mendengar nasihat
ibunya untuk tidak berhijrah ke bandar kerana ‘saya’ belum bersedia
-Persoalan kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contoh, bonda keberatan untuk
membenarkan anaknya berhijrah ke bandar kerana bimbang terpengaruh akan budaya
negatif
-Persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupan.
Contohnya, ‘saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar
Plot
Pengenalan
Pada permulaan cerpen mengisahkan ‘saya’ tidak diizinkan oleh bonda untuk berhijrah
ke bandar kerana bimbang anaknya tidak bersedia dan hanyut oleh arus modenisasi di
kota Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada ‘saya’ tentang sistem pemerintahan penjajah yang
memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini. Setelah Negara mendapat
kemerdekaan, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini. Bonda
menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa, bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga
membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan
bahasa ‘saya’. Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah anaknya
dibenarkan berhijrah ke kota untuk membina kehidupan. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku
lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi. Di bandar ,’saya’
dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai
murni dan batas kehidupan. ‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh
Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Klimaks
‘Saya’ sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. Buku pemberian bonda juga musnah dalam peristiwa
tersebut tetapi Munsyi tiada di situ.
Peleraian
Berhari-hari ‘saya’ mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa

NILAI
-Nilai Nilai Ketaatan : Ketaatan ‘saya’ mendengar nasihat bondanya
=Nilai Patriotik : Bonda menasihati anaknya untuk memelihara bahasa dan agama
-Nilai Kegigihan : Kegigihan ‘saya’ mempelajari ilmu kehidupan sebelum berhijrah ke
kota
-Nilai Amanah : ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya untuk memberikan buku-buku
kepada Munsyi

PENGAJARAN
-Kita perlulah taat medengar nasihat dan larangan ibu dan bapa kita
-Kita sewajarnya menunjukkan kegigihan apabila melakukan sesuatu pekerjaan
- Kita seharusnya membaca dengan rajin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
-Kita hendaklah tidak mudah putus asa apabila menemui kegagalan

Anda mungkin juga menyukai