Anda di halaman 1dari 2

Cerpen ini tentang keinginan seorang anak muda, iaitu Mel

yang mahu berhijrah ke kota.Hasratnya itu dihalang oleh


bondanya. Bondanya bimbang sekiranya anaknya itu akan
terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.
Bondanya berpendapat bahawa Mel masih belum menguasai
bahasa ibunda dan jati dirinya masih goyah. Bondanya dapat
menyaksikan bahawa warga kota sudah lupa akan agama,
bahasa, dan bangsa. Bonda amat sedih kerana penjajah
telah menyemaikan perasaan perkauman dalam kalangan
rakyat. Sebagai akibatnya,pertumpahan darah dan
permusuhan antara kaum berlaku.

Dengan berdasarkan hal yang dinyatakan oleh bonda itu,


bonda menasihati Mel supaya memelihara agama, bahasa,
bangsa, dan negara supaya terus dihormati dan disegani.
Sifat yang ditunjukkan oleh bonda ini menunjukan bahawa
bonda mempunyai semangat patriotik yang kuat.Buktinya,
bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan
sejarah. Mel selalu membaca buku tersebut. Bonda
menyatakan bahawa asas kegagahan bangsa Melayu terletak
pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu, dan
kesetiaan pada pemerintah yang adil.

Apabila Mel telah mempunyai ilmu yang cukup dan


mempunyai kemampuan untuk berjuang di kota, barulah
bonda mengizinkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Bonda berpesan kepada Mel supaya menjaga dua
perkara, iaitu agama dan bangsa. Bonda juga meminta
Mel untuk memberikan sejumlah buku kepada kawan
lamanya yang bernama Munsyi. Apabila tiba di bandar, Mel
menyerahkan buku-buku tersebut pada kawan bondanya itu.
Apabila mengamati keadaan dan sikap Munsyi, Mel
berpendapat bahawa Munsyi merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Munsyi
tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Mel melihat generasi
muda bangsanya telah hilang identiti dan jati diri.

Oleh sebab sibuk bekerja, Mel tidak bertemu dengan


Munsyi. Pada suatu hari, Mel mendapat berita bahawa
perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai
bangunan mewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di
kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. Mel sedih apabila melihat buku-buku
lama yang telah dibawa oleh Mel, musnah apabila rumah
Munsyi dirobohkan, tetapi Munsyi tidak kelihatan di mana-
mana.

Anda mungkin juga menyukai