Anda di halaman 1dari 25

CERPEN

MUNSYI

TINGKATAN 4
TEMA: Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan
budaya tersemat dalam jiwa warganegara.

Hal ini dibuktikan menerusi ibu Mel,yang begitu mencintai agama,


bangsa dan budaya peribumi dengan harapan anaknya, Mel juga
mencontohi akan sikapnya.

Persoalan kerapuhan jati diri orang muda menghadapi cabaran


PERSOALAN modenisasi. Contohnya, anak muda di kota hidup bebas dengan
keseronokan demi mengikuti arus perubahan zaman.

Persoalan hilangnya tokoh pejuang bahasa tanpa dapat


dikesan.Contohnya, Mel gagal menemui Munsyi seorang pejuang
bahasa ketika rumah pejuang itu ranap ditolak jentera berat.
Persoalan kekaguman terhadap pencapaian bangsa sendiri.
Contohnya, Mel mengagumi bangsanya satu ketika dahulu yang telah
membina sebuah empayar dan dikagumi dunia.

Persoalan keperluan memenuhi ilmu dalam jiwa sebelum


meninggalkan tanah kelahiran. Contohnya, ibu melarang Mel
meninggalkan kampung halaman untuk ke kota besar selagi tidak
penuh ilmu di dada.

Persoalan kekuatan pejuang silam bangsa peribumi. Contohnya, ibu


menjelaskan kehebatan pejuang silam kerana agama, bahasa dan
ketaatan kepada pemerintah yang adil.
WATAK DAN PERWATAKAN

(a) Anak lelaki kepada bonda.


(b) Patuh akan nasihat dan pesanan bondanya.
(c) Rasional semasa membuat keputusan.
(d) Mempunyai jati diri yang teguh.
(e) Mempunyai semangat patrotik yang tinggi.
(f) Amat menghormati orang tua.
(g) Sangat menyayangi ibunya.
(h) Pandai hidup berdikari.
(i) Gigih semasa melakukan sesuatu perkara.
(j) Bijak merancang masa depan.
(k) Rajin menimba ilmu
MEL
WATAK SAMPINGAN & PERWATAKAN
BONDA

(a) Ibu kepada Mel.


(b) Penyayang dan banyak memberikan kata-kata nasihat
dan pesanan kepada Mel.
(c) Berjiwa patriotik.
(d) Berilmu dan berpengetahuan luas.
(e) Amanah.
(f) Berpendirian tegas.
(g) Baik hati.
(h) Berani semasa melakukan tindakan.
MUNSYI

(a) Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di ibu kota.


(b) Berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi
sebahagian mukanya yang putih bersih.
(c) Pejuang bahasa.
(d) Memiliki ilmu bahasa yang tinggi.
(e) Berhemah tinggi.
(f) Mengagungkan seni dan budaya tradisi bangsa.
(g) Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
SINOPSIS CERPEN
Ibu Mel memberikan banyak dalih
apabila Mel menyatakan hasratnya
untuk pergi ke ibu kota. Dia
mengatakan bahawa ilmu yang
sedikit tidak akan mampu
mengelakkan Mel daripada
ledakan perubahan sosial yang
boleh merosakkan jati diri Mel
sebagai generasi bermaruah. Mel
mengakui kata-kata ibunya kerana
ramai anak sebangsanya kini
menggadaikan maruah dan harga
diri dalam mengejar dunia
globalisasi.
Agama dan Bahasa ialah warisan kita
yang masih ada. Jika kedua-duanya
hilang, kita tidak lagi menjadi generasi
yang bermaruah tetapi bangsa yang
dilaknati Allah.” Pesanan ibunya itu
terpahat di hati dan sanubari Mel. Oleh
sebab itulah, Hasrat Mel untuk pergi ke
ibu kota tertangguh beberapa kali.
Ibu Mel mengatakan bahawa
kehidupan di kota besar itu sudah
tidak lagi mempunyai nilai-nilai
tradisinya. Penduduknya yang
berbilang kaum, budaya dan Bahasa
mewujudkan sikap prejudis. Setiap
kaum berusaha untuk
memperjuangkan kepentingan kaum
masing-masing.

MATERIALISTIK
Mel teringat cerita ibunya tentang Peristiwa 13 Mei yang
berlaku di ibu kota itu. Peristiwa tersebut tercetus angkara
dasar pecah dan perintah oleh pihak penjajah. Akibat
persengketaan antara kaum, pertumpahan darah berlaku di
negara kita yang baru sahaja merdeka. Rusuhan kaum itu
menjadi sejarah hitam buat negara kita kerana telah
meragut banyak nyawa.
Menurut ibunya lagi, pihak penjajah telah
mewujudkan sengketa melalui pengagihan
sumber ekonomi yang tidak sekata. Orang Cina
yang tinggal di bandar menjadi peniaga dan
pengusaha lombong bijih timah. Orang Melayu
yang mendiami kampung-kampung di
pedalaman bekerja sebagai nelayan dan
petani. Orang India pula tinggal di ladang dan
estet. Tiada sebarang usaha untuk
menyatupadukan semua kaum itu.
Mel menghayati cerita
ibunya tentang kota besar
yang pernah menjadi medan
pertumpahan darah itu
dengan sepenuh hati. Akibat
kurang pengetahuan tentang
sejarah tanah air dalam
kalangan masyarakat dan
tiadanya kesepakatan yang
wujud antara tiga kaum
utama itu negara kita hampir
musnah dek persengketaan
tersebut.
Mel nekad untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman dengan lebih banyak sebelum berhijrah ke ibu
kota. Dia juga perlu meningkatkan ilmu keagamaan agar
tidak terjebak dalam kancah yang boleh menjatuhkan
maruah dan harga diri dalam usahanya untuk membina
kehidupan baru di sana nanti. Ibu Mel kerap berpesan
agar Mel memelihara agama Islam dan Bahasa Melayu
jika ingin disanjungi sebagai bangsa yang agung dan
bermaruah. Mel yakin ibunya ingin meniup semangat
patriotism dan jati diri dalam dirinya supaya dia berani
mempertahankan kepentingan bangsa. Hal ini demikian
kerana semangat itu kian luput dalam jiwa generasi muda
kini yang lebih bersikap materialistik.
Mel memberitahu ibunya bahawa kehidupan kini
telah berubah. Zaman menentang penjajah sudah
lama berlalu. Zaman kini ialah zaman untuk
mengejar harta, pangkat dan kekayaan. Negara ini
bukan milik bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi
bersama kaum-kaum lain. Ibu Mel tidak menyenangi
pendapatnya. Dia mengatakan bahawa orang yang
memahami sejarah silam tidak akan melakukan
kesilapan yang sama.
Mel menghayati teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu
dengan perasaan bangga. Dia mengagumi kehebatan anak
bangsa pada masa itu yang berjiwa kental. Mereka berjaya
mengubah negara yang penuh hutan dan belantara menjadi
sebuah pelabuhan perdagangan yang tersohor di mata dunia.

Mel tahu bahawa para pejuang yang tulus dan pahlawan yang
berani serta pedagang yang jujur menjadi tunjang utama
kejayaan dalam menakluki dunia perdagangan dari timur ke
barat pada masa itu. Walau bagaimanapun, kegemilangan
tersebut tidak bertahan lama setelah pelbagai sikap buruk mulai
menular dan merajai hati masyarakat yang leka dengan
kemakmuran yang dikecapi pada ketika itu.
Pengkaji sejarah telah menggariskan tiga kehebatan masyarakat pada zaman itu,
iaitu kekuatan agama, penggunaan bahasa yang sama untuk berhubung dengan
semua peringkat masyarakat dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap
raja yang adil. Mel telah membuat perbandingan dan hasilnya wujud jurang
yang amat besar antara masyarakat dahulu dengan masyarakat sekarang dari
segi politik, sosial dan agama.
Setelah beberapa kali Mel
menangguhkan pemergian ke ibu kota,
kini tibalah masanya untuk dia berhijrah
ke sana. Keputusan itu terpaksa diambil
kerana kehidupan di kampung itu tidak
dapat lagi memastikan masa hadapan
yang cerah kepadanya. Tanpa kerjaya
yang terjamin dan ekonomi yang stabil,
Mel tidak dapat membina kehidupan
yang sempurna.
Akhirnya, ibu Mel merestui pemergian Mel ke ibu kota
pada kali ini. Walau bagaimanapun, dia tetap
menyampaikan pesanan yang sama, “Mel hendak
menjaga agama dan bahasa dengan baik. Perjalanan
hidup mesti berlandaskan agama. Bahasa pula perlu
dipelihara kerana Bahasa jiwa bangsa, “ kata ibunya.

Pesanan ibunya itu telah menguatkan semangat Mel


untuk berhadapan dengan dugaan dan cabaran
semasa berada di ibu kota nanti. Ibu Mel juga
memastikan Mel menyampaikan beberapa buah kitab
lama miliknya kepada sahabat lamanya yang tinggal di
kota itu. Sahabatnya itu bernama Munsyi.
Setibanya Mel di ibu kota, Mel terus
mencari kediaman Munsyi berpandukan
peta yang diberikan oleh ibunya. Setelah
puas mencarinya, akhirnya Mel menemui
rumah Munsyi yang terletak di sebuah
perkampungan atas tanah rizab Melayu.
Kampung itu berada di pinggir kota
tersebut
Adakah encik bernama
Munsyi?
Kiriman ibunya

Mel bertanyakan nama bagi mengesahkan


beliau benar-benar sahabat ibunya. Setelah
Mel memperkenalkan diri, barulah beliau
tersenyum dan menjemput Mel masuk.
Selepas bersalaman dan menyampaikan salam
ibu kepada Munsyi, Mel pun menyerahkan
kiriman ibunya kepada beliau.
Sepanjang beberapa minggu berada di ibu
kota, Mel berasa tidak senang hati dan malu
tatkala melihat generasi muda sebangsanya
memperdagangkan maruah dan peribadi
demi keseronokan. Mereka tidak lagi
menghormati Bahasa Melayu. Mereka juga
melanggar hukum agama dengan sewenang-
wenangnya.
Setelah beberapa lama tidak bertemu Munsyi, Mel
mendapat berita tentang pengambilalihan tanah
kampung yang beliau dan penduduk di situ diami.
Perkampungan tradisi itu akan digantikan dengan
bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Pada hari rumah-rumah di situ dirobohkan, Mel
berada di sana. Walaupun dibantah oleh penduduk,
rumah-rumah mereka tetap dirobohkan.
Semasa mencari Munsyi, Mel terlihat buku-
buku ibunya musnah bersama musnahnya
rumah Munsyi. Mel berasa sedih bukan
sahaja kerana kemusnahan khazanah
berharga itu tetapi juga kerana pindah milik
rizab Melayu itu kepada pihak asing. Selepas
peristiwa itu, Mel cuba menjejaki Munsyi.
Namun begitu, tiada seorang pun tahu ke
mana pejuang Bahasa itu menghilangkan
diri.
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI PENGAJARAN CONTOH
Patriotisme Kita hendaklah berjiwa Contohnya , ibu Mel sangat mencintai
patriotisme. agama, bangsa, dan budaya peribumi dan
mengharapkan anaknya juga mempunyai
perasaan yang sama sepertinya.

Berdikari Kita perlulah hidup Misalnya, Mel mahu meninggalkan


berdikari. kampung halaman dan berhijrah ke kota
besar untuk meneruskan kehidupan
tanpa bergantung orang tuanya.
NILAI PENGAJARAN CONTOH
Hemah tinggi Kita haruslah mengamlkan Contohnya , Mel menjaga tutur
sikap hemah tinggi. kata apabila berkomunikasi
dengan ibunya dan tidak
membantah apabila ibunya
melarang Mel berhijrah ke kota.
Kejujuran Kita sewajarnya bersikap Contohnya, Mel menunaikan
jujur terhadap amanah yang permintaan ibunya yang
dipertanggungjawabkan. menyuruhnya menyerahkan buku-
buku lama kepada sahabat lama
ibunya Munsyi.

Anda mungkin juga menyukai