Anda di halaman 1dari 3

CERPEN YAYASAN TERCICIR

1. SINOPSIS

Aku, seorang pesara guru tua, berada di pejabat seorang Pegawai Muda
sedang berbincang mengenai hasratnya untuk mendirikan institusi pendidikan
berbahasa pengantar Melayu agar anak-anak tempatan akan dapat berdikari.
Tetapi hasrat murinya it disanggah oleh Pegawai Muda bekas anak didiknya itu
yang kini berpendidikan Barat. Ia menyifatkan menegakkan dan mendaulatkan
bahasa ibunda itu bahasa Ilmu adalah ibarat 'sebatang lilin yang menerangi
siang hari'. Aku amat simpati dengan para remaja yang menganggur dan
tercicir dari kalangan penuntut Tingkatan V dan IV. Aku menjadi gelabah
apabila Pegawai Muda itu mengandaikan tiga risiko: Pertama; Bagaimana
sambutan ibu bapa? Kedua; Mampukah Aku memberikan biasiswa kepada
lepasan muridnya? Dan Ketiga; Apakah dasar sekolah Aku selaras dengan dasar
pelajaran negara? Aku yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berupa
rumah, tanah, wang lebih empat ratus ribu ringgit hasil Tiga Puluh tahun
berkerja sebagai guru Aliran Melayu dan baksis isterinya yang bersara menjadi
gelabah. Aku semakin panik apabila teringat ratusan boring yang telah
diedarkan, satu pun belum dikembalikan. Pengertuan isterinya yang
mencadangkan agar hasrat mereka itu dialih kepada sebuah “Yayasan”
menyuburkan semula cita-citanya yang hamper layu itu dengan suatu harapan
anak-anak mereka yang menuntut diluar negara akan membantu, iaitu Kamal
dan Alif. Aku begitu optimis akan suatu masa hadapan bagi bangsanya yang
agak cerah.

2. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

a) Aku berada dalam bilik pejabat pegawai muda bekas anak didiknya.
b) Aku optimis dapat meyakinkan Pegawai Muda itu akan hasrat nya
kerana dulu mereka pernah sama-sama memperjuangkan “Bahasa jiwa
Bangsa” dan kempen “minggu Bahasa” semasa ia di sekolah menengah.
c) Aku jadi sangsi akan sokongan Pegawai Muda itu terhadao hasratnya ke
arah mendaulatkan Bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.
d) Pegawai Muda memandang sinis akan pernyataan Aku. Ia menganggap
mendewa-dewakan hak milik bangsa adalah umpama “lilin menerangi
siang hari” dan mengagungkan kejayaan Barat.
e) Aku merasa tergores tetapi sabar dan tahu diri.
f) Pegawai Muda persimis terhadap bangsa Melayu kerana tidak mampu
mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
membentak aku dengan kasar.
g) Pegawai Muda cuba mengutarakan risiko yang bakal dihadapi oleh Aku,
aku merasa dirinya terhina dan tertekan.
h) Aku dan keluarga telah berkorban harta, wang ringgit untuk
merealisasikan hasratnya.
i) Isteri Aku mencadangkan agar ditukar kepada sebuah “Yayasan”.

3. WATAK DAN PERWATAKAN

Dalam cerpen ini terdapat beberapa watak iaitu ‘Aku’, Pegawai Muda dan Isteri
‘aku’.

a) ‘Aku’

Aku ialah seorang guru tua (pesara, dia seorang yang berdedikasi dan komited
sebagai pendidik dan dunia kependidikan. Selepas bersara, masih mengabdi
kepada keguruan. ‘Aku’ bersimpati dengan anak bangsa tercicir dan mangsa
dasar pelajaran negara yang Cuma pentingkan murid yang tinggi mentalnya.

b) Pegawai Muda

Ini bekas murid ‘Aku’. Dia seorang Pegawai Pelajaran Muda, berpendidikan
tempatan awalnya dan lulus pengajian tinggi di Barat, pro-trend Barat,
bersikap kepegawaian. Pegawai Muda ini kurang mengenang budi dan juga
suka merokok. Dia berpakaian dan sleng ala-Barat, mempunyai wajah sawo
matang.

c) Isteri ‘Aku’

Seorang pesara, mengerti perjuangan suami. Dia berkorban untuk mendokong


cita-cita suaminya. Penasihat dan pendamping ketika suami dalam kekalutan.
Isteri ‘Aku’ ini sudah berumur dan juga seorang yang romantik.

4. LIMA PERUTUSAN

a) Hendaklah kita mempunyai kemanusiaan dan amat prihatin terhadap


nasib bangsa.
b) Hendaklah mencintakan Bahasa ibunda, bangsa dan tanah air.
c) Berkorban demi kebaikan orang lain kerana prihatin atau simpati adalah
dinasihatkan.
d) Sebagai seorang guru, mereka hendaklah memberi pertolongan kepada
murid-murid yang tercicir.
e) Hendaklah tolong menolong jika ada orang yang memperlukan
pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai