Anda di halaman 1dari 18

PENGKARYAAN ADAPTASI SAJAK

NAMA : RABIATUL ADAWIYAH BINTI JUHARI

NO K/P : 040805-01-0318

KELAS 2 SVM ETE

NAMA PENSYARAH : PUAN HUDALLAZAI BINTI BAGUS

TEMA : CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA

1
ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA / KANDUNGAN MUKA SURAT

1
ISI KANDUNGAN 2

2 PENGHARGAAN
3

3 PENGENALAN UMUM
4

4
PENDAHULUAN TOPIK 4

5
TUGASAN
4

6
BAHAN 1 (CERPEN)
5 -7

7
BAHAN 2 (SAJAK) 8-10

8 BAHAN 3 (AKHBAR) 11-12

9
RASIONAL 13

10
ADAPTASI SAJAK 14

2
11
ULASAN SAJAK 15-16

12
PENUTUP 17

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan tugasan adaptasi bagi
semester 4 2021/2022.Masa yang diberikan iaitu selama 8
minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Puan Hudallazai bt Bagus selaku pensyarah
bahasa Melayu saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan folio
ini.
Mempunyai hubungan kombinasi yang baik antara pelajar dan
pensyarah memudahkan pelajar untuk bertanya dan
mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga atas
dorongan dan teguran membina yang diberikan. Tanpa tunjuk
ajar dan dorongan daripada pensyarah sudah pasti saya tidak
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang
ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Ibu
bapa dan keluarga tercinta atas semangat serta dorongan yang
diberi. Akhir sekali terima kasih kepada rakan-rakan

3
seperjuangan yang begitu banyak membantu sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini.

4
PENGENALAN UMUM

-Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera.


Pada tafsiran paling umum, adaptasi didefinisikan sebagai
‘penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza' atau
proses menulis semula komposisi daripada satu medium
kepada satu medium yang lain. Untuk tugasan ini, adaptasi
dibuat berdasarkan tajuk yang dipilih daripada bahan bercetak
lain kepada karya sastera iaitu sajak. Adaptasi ini dibuat
dengan cara mengubah,menyesuaikan, dan menukarkan serta
menyelaraskan bahan- bahan tersebut dengan mencipta
sesuatu hasil yang baru iaitu sajak.

PENDAHULUAN TOPIK

Topik yang dipilih ialah menghasilkan puisi berdasarkan cerpen,


sajak dan keratan akhbar. Aspek kajian bahasa berdasarkan
kandungan yang terdapat dalam KSKV semester semasa. Bahan
yang dihasilkan adalah bahan autentik dan karya yang
dihasilkan merangkumi aspek-aspek dalam seni bahasa.

TUGASAN
Pengkaryaan Adaptasi – Menghasilkan sajak berdasarkan tema
yang terdapat dalam bahan yang dipilih, iaitu berkisar kepada
bahasa yang menjadi tunggak utama dalam berinteraksi antara
kaum serta sastera yang merupakan warisan sejak dahulu yang
perlu diteruskan

5
TEMA : BAHASA DAN SASTERA KITA

Bahan 1 :
Munsyi
Oleh : Nazri bin Hussein atau nama penanya (Husna Nazri )
http://bmpmrspm.blogspot.com/2018/02/komsas-tingkatan-4-
cerpen-munsyi.html?m=1

A. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan
terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya,
‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut
bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti

6
cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya
menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga
pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara
agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.
Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki
banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.
Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas
kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah
Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda
membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun
bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang
bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’
menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat
mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu
di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’
melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Akibat
sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, ‘saya’
mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan
dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku
lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi
dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

7
NILAI

1.   Patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa


memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang
dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan. Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan
berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
4. Amanah. ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu
menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi
ke bandar.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan
ibu. ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia
berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang
terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan
pengetahuan.‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui
kegagalan.‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun
hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

8
BAHAN 2: SAJAK
Dirgarhayu bahasaku
Oleh : Ahmad Sarju
http://muinmohsein.blogspot.com/2013/08/sajak-dirgahayu-
bahasaku.html

9
Sajak DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsana Status bahasa Melayu sebagai bahasa


hati nurani bangsaku kebangsaan digunakan secara rasmi dan
warga yang berbudi dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat
setia dan amanah yang mengenang budi, patuh dan setia.

Bahasa itu maruah bangsa Bahasa Melayu merupakam maruaah bangsa


yang mesti dipelihara martabatnya Malaysia yang mesti dipertahankan
agar tetap kukuh dan ampuh kedudukannya agar terus kukuh dan teguh.
melayari lautan bijaksana Keampuhan bahasa Melayu membolehkan
kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera
salam ikatan mesra dan teguh

Cekal dan waja semangat pejuangmu Pejuang bahasa mempunyai semangat waja dan
hak bangsaku memilikimu cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air
hak bangsaku mendaulatkanmu tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke
di bumi bertuah ini seluruh dunia
merentas dunia tak bertepi

Sejarah bangsa mencatatkan Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran


kegemilangan bangsa Melayu. Mereka berjaya menjalinkan
ke barat dan ke timur menjalinkan hubungan dengan Negara-negara di seluruh
persaudaraan kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut
gagah pelautku membelah lautan dipandang tinggi serta berperanan sebagai
ke utara dan ke selatan bahasaku bahasa pengantar dan bahasa perhubungan
mencengkam pada masa itu.
dari pulau ke pulau menggilap mutiara
silam

Dirhagahayu bahasaku Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan


di arena antarabangsa suaramu tumbuh kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan
menusuk kalbu lagu bahasamu kesopanan bahasa Melayu berupaya untuk terus
bahasamu bahasa minda berkembang maju di arena antarabangsa dan
semakin menempa kejayaan pada alaf baru.
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru

10
NILAI

Nilai yang terkandung dalam sajak tersebut ialah nilai


berani. Nilai tersebut dapat dibuktikan apabila penyajak
mengatakan bahawa pejuang bahasa mempunyai
semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di
tanah air. Selain itu, nilai patriotik turut ditampilkan oleh
penyajak, misalnya rakyat mencintai dan mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.  Nilai
kesyukuran juga turut terkandung dalam sajak tersebut. 
Nilai tersebut tergambar apabila penyajak mengatakan
rakyat bersyukur kerana bahasa Melayu menjadi bahasa
ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh
nusantara. Nilai yang terakhir ialah nilai bertanggungjawab,
dimana   rakyat mempunyai rasa bertanggungjawab dalam
menjaga dan memastikan bahawa bahasa Melayu tidak
dicemari oleh bahasa asing)

PENGAJARAN

Pengajaran yang dapat diambil daripada sajak tersebut ialah


kita mestilah menyayangi bahasa kebangsaan kita
sendiri.Pengajaran tersebut diambil kerana penyajak
menyatakan setiap rakyat negara ini haruslah
memartabatkan bahasa kebangsaan.
Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan
menjadi lebih bijaksana dan sejahtera. Selain itu kita
mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa ilmu .Hal ini kerana dengan berbahasa kita
dapat memupuk perpaduan antara kaum. Akhir sekali Kita
hendaklah bersyukur kerana bahasa Melayu telah diwarisi
sejak turun-temurun.) Oleh itu kekalkan lah bahasa melayu
agar bahasa ini tidak lapuk ditelan zaman.

11
Bahan 3 : Akhbar

Semarakkan Bahasa Budaya , Bahsa Melayu


Oleh : Nor Azma Laila
Berita Harian :
http://kebudayaan.usim.edu.my/semarakkan-budaya-
bahasa-melayu/#iLightbox%5Bgallery3584%5D/0

12
Rumusan akhbar

Pusat kebudayaan Universiti Islam Malaysia (USIM) telah


menganjurkan sebuah program yang bernama Sembang
Pohon Keranji SPK (2.0) yang bertempat di kediaman
Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh.
Program ini diadakan bagi memastikan peribahasa Melayu
tidak tenggelam dalam arus pemodenan.Pengarah pusat
kebudayaan USIM, Ismail Ahmad telah menjemput benerapa
nama besar dalam bidang sastera negara dan aktivis seni
untuk berkongsi tentang peribahasa melayu yang menjadi
tunjang dan adat kehidupan bangsa melayu sejak zaman
berzaman , ini merupakan salah satu tarikan yang ditampilkan
dalam program tersebut. Program tersebut dapat
mengukuhkan hubungan budaya, kepakaran serta peluang
yang ada digunakan sebagai seni secara santai.Kediaman Prof
menjadi lokasi lilihan kerana ianya berlatarkan alam semula
jadi . Program tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai
persembahan antaranya Kumpulan Penyair Nasional(KHUPAS)
dari Pusat Kebudayaan USIM, Roslan Madun iaitu penyanyi
rakyat juga turut menyampaikan lagu Sebuah Pohon Keranji
hasil ciptaan beliau sempena program tersebut .

Akhir sekali,berdasarkan akhbar ini dapat dirimuskan bahawa


kita perlulah meningkatkan rasa cinta serta kasih sayang
dalam menyemarakkan budaya, bahasa, dan bangsa melayu
Pertahankanlah budaya bangsa yang mempunyai harga diri
agar tidak hilang nilainya

13
Rasional
Bahan ini dipilih kerana saya mahu
meningkatkan lagi semangat dalam
mendalami bahasa dan sastera.
Selain itu saya melihat bahawa
kebanyakan orang kurang
memartabatkan bahasa yang
merupakan jiwa dalam nadi
kehidupan harian . Sastera juga
merupakan ilmu yang amat dalam
jika kita memahami serta
menjiwainya dengan sebenar
benarnya .

14
ADAPTASI SAJAK

Bahasa kita
Jambatan kukuh tempat menyeberang
Ke pulau perpaduan bersatu haluan
Agar sukma warga berdenyut cinta serupa
Di mana bumi didiami
Disitu bahasa dikasihi

Renungkanlah sejenak
Musnah bahasa punahlah bangsa
Bahasa lambang perpaduan
Bangsa lambang penyatuan
Tunggak negara menuju kecemerlangan

Bahasa kita
Berputik cantik berkembang jelita
Harum sopan mekar di kelopaknya
Berbisik lembut bersenandung merdu
Mengundang asyik dan rindu
Dalam lirik dan lagu.

Bahasa sastera
Bahasa jiwa
Bahasa bangsa
Tetaplah bangga dengan bahasa
Agar dunia penuh cinta dengan bahasa

15
ULASAN SAJAK

1. Tema: Citra Bahasa dan Sastera Kita

2. Maksud :
Rangkap 1 : Jika kita menggunakan bahasa yang sama ,
akan wujudnya perpaduan kerana pendapat antara kita
mungkin sejiwa .

Rangkap 2: Bila kita renung bersama bangsa akan musnah


jika tiada kefahaman antara bahasa ini kerana bahasa
bangsa lambang menuju kecemerlangan dalam kehidupan.

Rangkap 3 : Jika bahasa yang kita guna sempurna, semua


yabg kita lalui dalam kehidupan akan terus menjadi lebih
indah.

Rangkap 4: Bahasa meliputi segalanya , kita mesti bangga


dengan bahasa yang kita guna.

3. Persoalan
I. Persoalan tentang perpaduan kaum melalui hahasa
dan sastera
II. Persoalan tentang perpaduan kaum
III. Persoalan tentang memartabatkan bahasa dan
sastera dalam kalangan masyarakat

4. Bentuk : Bebas

16
5.Nilai
I. Nilai cinta akan negara
II. Nilai tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa
III. Nilai menyayangi bahasa dan sastera

6.Pengajaran
I. Kita hendaklah mencintai bahasa kita
II. Kita haruslah bijak dalam menggunakan bahasa
III. Kita mestilah memperkukuhkan perpaduan menerusi
wahana bahasa
IV. Kita perlu menghargai bahasa

17
Penutup

Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk


karya sastera sangat penting kepada seseorang, khususnya
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviri ini akan
membantu meningkat kemahiran membaca, memahami dan
memindahkan maklumat. Selain itu, aktiviti juga mampu
mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar dalam berkarya.
Oleh itu, pelajar akan lebih menghargai karya sastera dan
menjadi seorang pengarang yang berkualiti dalam
menyampaikan maklumat dan maksud kepada masyarakat

18

Anda mungkin juga menyukai