Anda di halaman 1dari 24

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 PENGENALAN KEPADA ORANG KADAZAN DUSUN Orang Kadazan Dusun merupakan salah satu kelompok

etnik bumiputera yang terdapat di negeri Sabah, Malaysia. Kebanyakannya, suku kaum ini tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun terdapat juga yang tinggal di kawasan pedalaman termasuklah di daerah Ranau. Oleh kerana terdapatnya persamaan budaya dan dari segi bahasa dengan orang Dusun, serta serba sedikit juga atas sebab inisiatif politik, maka, wujudlah istilah baharu "Kadazan-Dusun" bagi menggabungkan mereka merupakan kelompok etnik terbesar di Sabah. Dari segi agama pula, orang-orang Kadazan dan Dusun dahulu menganuti agama "animisme". Namun, pada masa kini, kebanyakan mereka telah bertukar agama kepada Kristian dan Islam. Manakala majoriti orang-orang Kadazan Dusun yang beragama Kristian adalah bermazhab

"Roman Katolik" dan tidak kurang juga yang bermazhab Protestan. Dari aspek pekerjaan pula, pada masa dahulu, kebanyakan kaum etnik ini bekerja sebagai petani. Tetapi pada masa kini, sudah ramai yang bekerja dengan kerajaan dan berjawatan professional standing dengan kaum-kaum yang lain di Malaysia.

KERJA LAPANGAN Kerja lapangan yang telah saya jalankan ini adalah berkaitan dengan bahasa lisan yang digunakan oleh orang-orang dusun apabila bertutur atau berbual setiap hari. Bahasa ini juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Sabah di mana, bahasa ini apabila dituturkan telah bercampur aduk dengan bahasa dusun. Lokasinya ialah di daerah kelahiran saya sendiri iaitu di daerah Ranau.

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Untuk mengetahui dan mengkaji penggunaan bahasa lisan orang dusun dalam pertuturan seharian, saya telah menemuramah tiga orang individu yang berbangsa dusun dan meminta mereka menyumbangkan tiga buah cerita rakyat orang-orang dusun. Kebetulan, ketiga-tiga individu ini sememangnya mempunyai beberapa cerita rakyat yang dapat dikongsikan bersama. Tiga buah cerita yang dimaksudkan ialah Gergasi Kinorohingan, Kisah Si Goudut dan Luyud serta Si Gobulan Yang pemalas. Ketiga-tiga cerita ini masing-masing diceritakan dalam Bahasa Melayu Sabah secara lisan oleh individu-individu yang masih lagi mengambil berat akan kebudayaan dan adat tradisional orang-orang dusun Sabah. Sebagai contoh, Puan Jana Rasim sendiri mempunyai beberapa koleksi buku-buku cerita rakyat orang-orang dusun yang dipanggil sebagai Tangon Donggulu-gulu yang membawa maksud Cerita Zaman Lampau. Kesemua cerita dalam buku-buku tersebut kebanyakannya adalah dalam bahasa dusun. Salah satu cerita yang beliau sampaikan iaitu Gergasi Kinorohingan merupakan salah satu daripada cerita yang terkandung dalam buku tersebut tetapi beliau sampaikan dalam bahasa melayu pasar ataupun Bahasa Melayu Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa beliau selalu menceritakan cerita-cerita rakyat orang dusun kepada anak-anaknya sewaktu mereka masih kecil lagi iaitu pada masa lapang. Bagi Encik Lazarus Michael Awang pula, beliau telah menyumbangkan cerita yang bertajuk Si

Goudut dan Luyud yang mana, menurut beliau, cerita ini diperolehi daripada makciknya yang
sudah meninggal. Makciknya ini pada masa dulu sangat suka bercerita tentang Tangon dulu dulu kepada anak-anak buahnya. Ini adalah kerana, pada masa dahulu, kanak-kanak tidak mempunyai banyak alat permainan moden seperti sekarang tetapi lebih kepada permainan fizikal seperti main bubut-bubut, Ingki-Ingki dan sebagainya. Apabila kanak-kanak sudah penat bermain, mereka lebih suka duduk bersantai sambil mendengar tangon daripada orang-

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 orang tua sambil minum kopi dan makan roti masin. Tambahan pulak, televisyen hanya boleh dimiliki oleh orang-orang kaya. Informan saya yang ketiga ialah Encik Fredolin Lazarus iaitu anak kepada Encik Lazarus Michael Awang. Encik Fredolin turut terkena tampias cerita-cerita rakyat ini daripada ayahnya di mana, beliau dan adik-beradiknya yang lain sering mendenngar cerita cerita rakyat dusun daripada ayah beliau sewaktu kecil terutamanya pada waktu malam sebelum tidur dalam suasana yang malap kerana pada zaman kanak-kanaknya, mereka hanya memakai pelita atau pun lampu

pom lantaran belum menggunakan perkhidmatan elektrik.


Jalan penceritaannya juga sedikit baku kerana pengaruh kerjayanya sebagai seorang guru menyebabkan bahasa yang digunakan semasa bercerita lebih teratur berbanding dengan dua orang informan terdahulu. Menurut kesemua informan, mereka tertarik dengan cerita-cerita rakyat dusun zaman dulu kerana, walaupun kebanyakan jalan ceritanya tidak masuk akal, tetapi banyak unsur pengajaran yang dapat dijadikan teladan disamping mempunyai unsur jenaka yang menampilkan watak-watak lucu. Cerita-cerita ini sangat diingati kerana , menurut informan, ianya mempunyai unsur sejarah yang diwarisi dari turun temurun memandangkan, ada cerita-cerita ini yang telah disampaikan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Walaupun kebanyakan jalan cerita tersebut ada yang sudah berubah atau ditokok tambah , tetapi watak dan unsur utama cerita masih lagi asli. Selain daripada itu, jalan cerita dan watak yang mempunyai unsur fantasi seperti gergasi bermata satu, unsur kepercayaan terhadapan kewujudan roh-roh ketuhanan dan sumpahan jika mempermainkan binatang turut menjadi daya penarik bagi informan mengingati cerita ini. - informan untuk

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Sepanjang penceritaan ini, saya telah menggunakan alat perakam melalui telefon pintar untuk merakam cerita-cerita tersebut untuk tujuan penulisan semula dalam bentuk dokumentasi. Para informan juga telah diterangkan tentang tujuan penceritaan ini dan mereka bersetuju untuk membenarkan saya mendedahkan sedikit maklumat asas tentang mereka. Secara keseluruhannya, kerja lapangan ini banyak memberikan ilham kepada saya tentang persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa lisan orang dusun dengan bahasa melayu baku.

TRANSKRIPSI / TEKS VERBATIM Pengumpul Informan Umur Keturunan Tempat Pekerjaan Tarikh Tajuk : : : : : : : : Angriana Anthony Jana Rasim 58 tahun Dusun Kampung Sinarut Lama, Ranau Pesara Kerajaan 15 Oktober 2013 Gergasi Kinorohingan

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071

Du..lu-dulu, di sebuah kampung tinggallah sepasang laki bini yang hidup aman dan gembira. Ini laki bini , dua-dua sudah tua dan lanjut umur tapi masih.. lagi belum dapat anak. Dorang selalu sumambayang kumaa doid tuhan kinorohingan supaya dorang kana bagi anak. Tidak berapa lama kemudian, sedang dorang makan malam, tiba-ti..baada satu lampu tarang muncul di ruang tamu dorang. Itu lampu sangat tarang sampai mata dorang silau. Dorang takut betul. Turus dorang pigi bertapuk sana balakang pintu sambil tutup mata. Tibatiba, ada satu suara kedengaran. Dia bilang itu suara, Haimanusia. Janganlah kamu takut. Saya cuma datang mau tulung kamu. Tuhan Kinorohingan sudah dengar kamu punya doa. Tidak lama lagi, kamu akan dapat anak. Itu laki bini pun buka mata dorang palan-palan. Dorang ingat dorang akan nampak makhluk bersayap. Tapi apa yang dorang nampak cuma itu cahaya yang tarang. Dorang rasa hairan betul. Tapi dalam dorang takut-takut sama bergagar, dorang tanya juga itu cahaya. Dorang bilang, betulkah apa yang kau cakap? Macamana kau tau yang kami akan dapat anak? Kau dari mana datang? Tapi itu suara tidak menjawab soalan itu lelaki tua. Dia cakap nogi dia bilang, Jangan lagi kamu tanya macam-macam. Kamu dangar saja apa yang saya mau bagitau kamu. Bilang itu suara. Tidak lama lagi, kamu akan dapat anak. Tapi ada pantang larang yang mesti kamu ikut. Nanti kalau kamu dapat sudah itu anak, kamu tidak bulih kasi tinguk dia itu darah selama tujuh minggu. Bilang itu suara. Selepas saja itu suara habis bercakap, itu cahaya pun hilang. Beberapa bulan kemudian, bunting dih itu perempuan tua. Dorang gembira betul sebab tidak lama lagi dorang dapat anak. Cukup bulan sudah dih itu perempuan bunting, dia pun baranak dih. Anak lelaki dih yang dorang dapat. Semua orang kampung pun gembira di kunun. Dorang sama-sama juga tulung itu laki bini jaga itu budak. Dorang tau juga yang itu budak tidak bulih tinguk darah selama tujuh minggu. Jadi, dorang jaga betul-betul kunun itu pantang larang. Sampai anam minggu sudah di kunun dorang jaga sama dorang tidak kasi nampak itu budak darah nga, tiba-tiba masa minggu yang terakhir sudah di kaka nga, masa itu pengawal punya giliran yang jaga itu budak nga, tejatuh dih kunun itu tempayan yang di dakat itu budak. Pecah dih tu tempayan nga kana dih kunun itu budak punya tangan. Berdarah dih kunun itu tangan itu budak nga, banyak dih darah yang keluar. Masa itu, itu budak nampak dih itu darah yang mengalir sana tangan dia. Tiba-tiba, asapou dih darun om, asarok dih itu kilat sabung menyabung. Semua itu orang kampung hairan sama terkejut. Tapi dorang nampak dih itu tempayan sama darah yang banyak sana lantai. Dorang tau dih yang sudah kana langgar itu pantang larang. Masa itu,itu budak hilang sudah. Dorang cari dih di merata-rata tempat tapi tidak juga dorang jumpa itu budak. Satu kampung dih ketakutan sebab dorang sudah langgar itu pantang larang termasuklah itu laki bini tua. Dorang pun hidup dalam ketakutan sebab dorang takut kana hukum oleh kinorohingan.

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Tapi lama sudah dih nga, tiada juga dih apa-apa yang terjadi. Dorang pun tidak lagi dih takut. Dorang pun lupa sudah dih itu kejadian.

Satu hari, itu ketua kampung buat satu perjumpaan kampung. Jadi, semua penduduk kampung pun berkumpullah di satu kawasan lapang. Tiba-tiba, masa dorang sedang bermasuarat, datang satu orang pengawal dalam keadaan yang berlumuran darah. Badan dia ada banyak luka-luka. Nama itu pengawal nga Si Talip. Si Talip pun berjalan pigi dakat itu ketua kampung. Sesak sudah dih kunun dia punya napas. Macam yang nyawa-nyawa ikan lagi. Itu ketua kampung pun
tanya dia. Kenapa kau luka-luka? Mana sudah adik kau Si Tiap? Tapi belum lagi sempat dia bagitau semua, turus dia mati. Dia cuma sempat bagitau yang adik dia Si Tiap sudah kana tangkap gergasi. Dia mau pigi kasi selamat adik dia tapi dia kana kasi cedera itu gergasi dia bilang.

Itu ketua kampung pun rasa sedih. Dia marah betul sama itu gergasi sebab Si Talip sama si Tiap merupakan pengawal yang paling bagus sama paling kuat kunun. Jadi, yang bisuk sudah dih nga, pagi-pagi lagi dia kasi kumpul dua puluh orang pengawal yang kuatkuat mau pigi lawan itu gergasi. Dorang pun masuk hutan sampai berbatu-batu jauh dia. Tidak lama nga, dorang panat sudah dih. Dorang pun berenti dih di sebatang sungai sebab dorang haus sudah dih. Itu ketua kampung pun tunduklah mau minum itu air sungai. Tapi, masa dia baru mau minum nga, tiba-tiba dia nampak bayang-bayang sana air. Itu bayang-bayang basar betul ni. Sekali itu ketua kampung mendongak sana atas nga, dia tenampak dih itu gergasi. Mata itu gergasi nga satu saja ni. Itu gergasi berdiri sambil tinguk dorang. Mata itu gergasi kunun nga merah om bersinar-sinar lagi. Dia punya gigi pun tajam om basar macam itu gading gajah kunun. Itu ketua kampung sama itu pengawal yang lain berabis dih belari ketakutan. Tapi ada empat orang pengawal yang telampau takut sampai tidak dapat belari. Cepat lagi dih kunun itu gergasi sambar itu ampat orang pengawal yang ketakutan. Turus dia talan satu kali gus. Sejak kejadian itu, tesebar dih itu kisah ketua kampung dan pengawal-pengawal dia yang kana serang gergasi bermata satu di seluruh kampung. Beberapa penduduk kampung pun ambil keputusan mau pindah dari sana kampung. Tapi, itu ketua kampung bagi dorang amaran yang itu gergasi sedang menunggu di luar kampung untuk menunggu mangsa yang seterusnya. Itu orang kampung yang mulanya mau pindah tidak dih jadi mau keluar dari itu kampung sebab dorang takut kana makan itu gergasi.

Setelah bebulan-bulan sudah dih penduduk kampung tidak dapat keluar dari itu kampung, dorang pun mulai kehabisan makan sebab dorang tidak lagi dapat keluar beburu. Akhirnya, itu ketua kampung pun menyeru dan minta tolong itu roh Libabau. Tidak lama, itu roh Libabau pun muncul dan bertanya, apakah masalah yang dihadapi oleh dorang sekampung. Ketua kampung pun kasi cerita itu roh Libabau pasal gergasi bermata satu yang sedang menunggu dorang di luar kampung. Dia tanya lagi sama itu roh Libabau kenapa itu gergasi datang mau serang dorang sama kenapa itu gergasi tidak mau lari dari situ. Kamu semua sudah buat satu kesalahan yang besar. Tuhan Kinorohingan sudah marah sama kamu semua. Dia yang kasi tukar itu budak jadi gergasi bermata satu sebab kamu tidak

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 menjaga pantang larang dengan baik. Tapi, saya berjanji akan tolong kamu. Bilang itu roh Libabau. Macamana kau mau tolong kami? Bilang itu ketua kampung. Sebenarnya ada cara macamana mau kasi mati itu gergasi. Itu gergasi cuma akan mati apabila mata itu gergasi dapat dipanah dengan tujuh anak panah yang kana randam dalam darah sebanyak tujuh kali. Itu darah yang bikin randam mestilah daripada darah penduduk kampung yang dikumpul. Nanti itu tujuh anak panah, saya yang kasi sedia di luar kampung. Bilang Si Libabau. Selepas saja si Libabau bagitau cara-cara mau bunuh itu gergasi, dia pun hilang. Si ketua kampung pun kasi sedia lah satu baling sederhana basar. Dialah yang mula-mula kasi titis darah dia di dalam balang. Turus yang lain pun ikut dih kasi titis darah dorang saturangsaturang. Sampai dih penuh darah itu balang, bisuknya, ketua kampung pun keluar dih dari itu kampung sambil bawa itu balang yang penuh darah. Tiada dih orang kampung yang pigi ikut itu ketua kampung sebab dorang takut kana makan gergasi. Lagipun, itu ketua kampung kunun yang paling pandai memanah sana kampung sama yang paling berani. Masa dalam pejalanan keluar kampung, dia tejumpa dih itu tujuh anak panah sama itu alat memanah seperti yang Si Libabau cakap. Tidak lama, sampai dih itu ketua kampung sana tempat itu ampat orang pengawal kana makan. Dia pun tunggu dih sana sampai patang. Waktu patang sudah dih nga, muncul dih itu gergasi bermata satu. Dia turus bersumpah yang dia betul-betul mau balas dendam om dia mau kasi mati itu gergasi. Ini kali podi nga, makin ganas di kaka itu rupa itu gergasi. Tapi itu ketua kampung tidak lagi dih takut. Makin nogi dih kaka dia besemangat mau kasi mati itu gergasi yang jahat. Capat lagi dih kaka itu ketua kampung kasi keluar dia punya panah. Dia kasi randam dih kunun sana dalam balang yang ada darah nga, laju lagi dih kunun dia kasi lapas itu anak panah satu- satu sampai kana mata itu gergasi sampailah anak panah yang terakhir. Beteriak lagi dih kunun itu gergasi kesakitan om banyak dih kunun keluar darah dari sana mata itu gergasi. Tidak lama dih nga, keluar dih kunun asap banyak di sekeliling itu gergasi. Tiba-tiba dih kunun itu gergasi jadi kecil om hilang nodi. Akhirnya, sumpahan si Kinorohingan pun hilang.

Itu ketua kampung pun pulang dih dengan gembira. Semua itu penduduk kampung yang sedang tunggu dia pun bersorak sorak lagi dih nampak itu ketua kampung yang selamat. Semua gembira dih bila dorang tau yang itu gergasi sudah mati. Akhirnya, itu kampung pun jadi aman dih balik. Itu saja dih cerita saya

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071

Pengumpul Informan Umur Keturunan Tempat Pekerjaan Tarikh

: : : : : : :

Angriana Anthony Lazarus Michael Awang 62 tahun Dusun Kampung Marakau, Ranau Pesara Kerajaan (Pemandu Pertanian) 19 Oktober 2013

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Tajuk : Kisah Si Goudut dan Luyud (Pembohong dan air banjir)

Pada masa dulu, terdapat sebuah perkampungan masyarakat Dusun di sebuah kampung. Di dalam kampung itu ada seorang lelaki yang sangat suka minggoudut. Di mana sahaja dia berada, dia mesti berbuhung sama orang-orang yang ada sekelilingnya sampaikan tiada seorang pun yang percaya kepadanya. Situasi ini menyebabkan si pembuhung tersebut digelar sebagai 'Logudut' dalam bahasa Dusun dan tiada saturang yang mau jadi kawan dia.

Pada suatu hari, beberapa orang penduduk kampung tersebut telah dapat menangkap seekor monyet yang besar dan gemuk. Dorang pun berkumpul beramai-ramai untuk meraikan jamuan makan malam itu. Tapi si Logudut tidak kena jemput ke jamuan tersebut.

Sebelum podi kaka itu jamuan diadakan, dorang kasi main-main lagi kaka itu munyet. Dorang kasi pakai lagi di kunun itu munyet gaun kahwin omdorang ambil nodi itu kucing dorang mau kasi pasang sama itu munyet. Jadi di kunun itu kucing pengantin jantan. Kemudian, dorang pun bersorak- sorai om ketawa-ketawa lagi sambil membuat satu pusingan seolah-olah dorang mengadakan satu upacara perkahwinan antara itu kucing peliharaan dengan itu monyet.

Panat sudah dih dorang kasi kahwin-kahwin itu monyet sama itu kucing, om menari-nari, dorangpun akhirnya sembelih dih itu munyet sebagai hidangan makanan jamuan pada malam itu. Terkejut lagi dih kunun Si Logudut melihat kejadian itu sebab perbuatan itu adalah

merupakan satu kelakuan yang sangat dilarang dalam adat tradisi masyarakat Kadazandusun iaitu melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap binatang buruan serta haiwan peliharaan mereka. Walaupun Si Logudut ini suka tembirang, tapi masih ada lagi hati yang baik dalam diri dia.

Pitanga tuong nodi nga , semua itu orang-orang yang terlibat dalam upacara 'jamuan

perkahwinan' itupun mabukSana sini lagi bergelimpangan di dalam ruang tamu. Itu awanpun semakin tebal dan mula menutupi kawasan kampung. Hujanpun mulai turun rintik-rintik dan semakin lebat. Tapi, tiada saturangpun yang sedar tentang keadaan yang berlaku di luar rumah. Air di sungaipun mula melimpah om noluyudan dih itu kawasan perkampungan .

Tinggal Si Logudut lagi dih kunun yang tidak mabuk sebab dia tidak kana jemput. Dia terus dih panik dengan keadaan itu sebab tiada saturangpun yang sedar itu kejadian. Masa itu kejadian, masih ada lagi pula beberapa orang penduduk kampungnya yang masih sibuk bersuka ria om menari-nari sambil moginum. Tidak lama dih nga, airpun mulai dih naik om beberapa buah rumahpun kena hanyut sudah oleh itu banjir. si Logudut pun pigi dih daa tempat itu orang kampung moginum untuk memaklumkan bahawa ada satu perkara yang tidak baik sudah berlaku.

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071

Tapi sayang, tiada saturang pun itu orang kampung yang percaya cakap si Logudut. Berabis lagi di kaka Si Logudut mau bagitau pasal itu banjir tapi dorang tetap cakap si Logudut hanya menipu dorang sama mau kasi rosak itu majlis dorang. Dorang halau nogi kaka si Logudut dari itu rumah terus dorang kunci dih itu rumah dorang supaya si Logudut tidak lagi mengacau dorang.

walaumacammanapun, sempat juga si Logudut bawa keluar saturang nenek. Itu nenek nopo nga adalah merupakan seorang bobolian. Dia bawa dih itu nenek untuk melihat perkara yang sebenar.

Terkejut betul dih kaka itu nenek bila dia nampak itu banjir sebab kawasan rumah dorang dakat sudah mau kena tenggelam oleh itu air banjir.

Cepat lagi dih kaka itu nenek pigi tempat itu majlis orang kampung om dia kasi cerita dih sama itu orang-orang kampung tapi tidak kena peduli oleh kebanyakan orang kampung sebab dorang terlampau mabuk sudah oleh kinomol.

Tapi, ada juga dih beberapa orang kampung di situ yang percaya dan keluar dari rumah untuk melihat kejadian yang sebenar. Tapi, yang hairankan, itu air sebenarnya sudahpun hampir menenggalamkan rumah tempat dorang bersuka ria, Cumaitu air belum lagi masuk ke dalam rumah dorang. Keadaan di dalam rumahpun masih lagi stabil macam biasa.

Dorangpun berusaha lagi dih mau kasi selamat diri dorang. Sekalikan, makin dih ramai yang sedar itu bahaya banjir besar nga, semakin dih cepat itu air mau naik om noluyud nodi itu
ruang tamu kena masuk air yang tiba tiba mau besar. Baru dih kaka dorang percaya itu cakap si Logudut . tapi, oleh sebab masing-masing mau kasi selamatkan diri, itu keadaan tidak lagi terkawal. Mana pintu keluar pun dorang tidak kotunud sudah. Akhirnya dorang tidak dih sempat keluar dari itu rumah. Itu rumah pun tenggelam dih sama2 itu orang-orang kampung yang tertinggal. Si Logudut bersama-sama dengan masyarakat yang terselamatpun hanya mampu menengok saja dih itu rumah kena tenggalam air.

Pada keesokan paginya, air di kampung itupun surut tapi, kawasan rumah yang kena jadi tempat jamuan pada malamnya telah membentuk satu aliran sungai yang sangat besar. Penduduk kampung yang terselamat cuba juga dih mau cari itu mayat-mayat yang kena luyud tapi dorang semua terkejut sebab bukan mayat yang dorang jumpa. Cuba kamu teka, apa yang dorang jumpa?

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Dorang jumpa banyak kunun buaya sana sungai . jadi, itu nenek bobolian kena suruh dih buat upacara mau cari itu mayat-mayat yang hilang. Selesai sudah dih itu upacara nga, kena tau dih yang rupa-rupanya, semua itu mayat sudah kena sumpah jadi buaya oleh Tuhan. Tuhan marah gima itu penduduk kampung yang pigi kasi main-main itu binatang. Jadi dorang kena sumpah dih jadi buaya. Jadi, pengajaran nopo ni cerita sia nga, janganlah kita kasi main-main binatang. Sampai sekarangpun, masyarakat Kadazandusun sangatlah dilarang untuk mempermain-mainkan apa saja makhluk hidup di dunia ini. Iri-iri nodi sorita ku tih..pounsikou

Sumber : Cerita turun temurun

Pengumpul Informan Umur Keturunan

: : : :

Angriana Anthony Fredolin Lazarus 32 tahun Dusun

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Tempat Pekerjaan Tarikh Tajuk : : : : Kampung Marakau, Ranau Guru 20 Oktober 2013 Si Gobulan Yang Pemalas

Selamat petang. Cerita saya ini adalah berkisarkan tentang Si Gobulan yang pemalas. Adapun cerita ini adalah cerita yang saya dengar daripada ibu saya sendiri sewaktu saya masih kecil lagi, tetapi masih saya ingat sampai sekarang. Cerita ini disampaikan oleh ibu saya kepada kami adik beradik supaya kami tidak menjadi orang yang malas. Mungkin ada yang berubah sedikit, tetapi jalan ceritanya masih lagi asli. Ceritanya bermula begini. Pada suatu masa dulu, di sebuah kampung yang dinamakan sebagai Kampung Nobu, tinggallah sepasang suami isteri yang sangat rajin bekerja. Dorang ni bekerja sebagai petani. Dorang ni ada kebun yang boleh tahan jugalah luas dia. Pasangan suami isteri ini ada seorang anak lelaki yang sangat pemalas. Oleh sebab kemalasannya, maka dia dipanggil sebagai Gobulan kerana gobulan itu maksudnya pemalas. Hari-hari kerja Si Gobulan ni nga tidur makan tidur makan tidur makansaja. Ibu bapa dia sana penat-penat bekerja mencari duit, dia pula siok-siok tidur. Bila lapar baru dia bangun mau pigi makan. Ibu bapa dia pun pening kepala sudah dih fikir itu masalah anak dorang yang sangat pemalas. Jadi, pada suatu masa, mama si Gobulan pun tiba-tiba jatuh sakit sebab terlampau penat bekerja. Lagipun tua sudah gima. Kudrat pun tidak seberapa sudah. Meninggal dih itu mama dia. Jaditinggal bapa dia saturang lagi dih yang bekerja. Itupun tidak sampai separuh lagi itu tanah yang dapat dia usahakan sebab si Gobulan masih lagi tidak pandai berubah. Masih lagi malas. Bapa dia pun semakin hari semakin uzur. Dan dalam masa yang sama, bapa dia terlalu bimbang akan nasib anaknya yang pemalas jika dia pula yang mengikut jejak isteri dia. Jadi, dipendekkan cerita, suatu hari, terlantarlah bapa dia di katil kerana sakit. Masa itu, Si Gobulan pun susah hatilah sebab nanti tiada sudah yang mau bagi dia duit. Lagipun dia tidak pandai bertani. Jadi, menangislah dia di sisi bapa dia yang sedang sakit tenat. Bapa dia yang berasa sangat hiba melihat anaknya menangispun berpesan kepada si Gobulan. Gobulanbapa ini tidak lama lagi mau mati sudah. Tiada harta yang dapat bapa bagi sama kau melainkan itu kebun. Tapi bapa sangat bimbang sebab ko ni pemalas. Kalau bapa sudah mati, siapa lagi yang mau kasi makan kau. Jadi, oleh kerana bapa tau juga yang kau tidak akan usahakan kebun kita, maka, bapa ada tanam satu peti yang berisikan emas di kebun kita. Cuma bapa lupa di mana bapa tanam itu peti emas. Pandai-pandailah kau cari itu peti di kebun kita. Bilang bapa si Gobulan. Maka, tidak lama kemudian, meninggallah bapa si Gobulan. Setelah selesai upacara pengebumian bapa dia, maka si Gobulan pun memulakan misinya untuk mencari peti berisikan emas tersebut. Namun demikian, setelah beberapa lama mencari, dia tidak juga menjumpai peti tersebut. Sehinggakan terang- benderang kebun itu kerana segala semak samun pun sudah dicantas dan dibersihkan semata-mata mau mencari peti emas tersebut. Apabila si Gobulan sedar yang SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 kebun itu sudah bersih, maka terdetiklah di hatinya untuk bercucuk tanam di kebun itu. Semakin hari semakin ketagihlah si Gobulan berkebun di kebun bapa dia. Sehingga suatu masa, hasil tanamannya membuahkan hasil yang banyak. Dia pun menjual hasil tanamannya itu dan telah mendapat wang yang banyak. Akhirnya, sedarlah si Gobulan bahawa, peti emas yang dikatakan oleh bapanya itu sebenarnya tidak wujud. Dan apa yang dimaksudkan oleh bapanya sebagai peti emas ialah kebun itu dan emasnya ialah hasil tanaman yang mendatangkan pendapatan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Mulai dari itu juga, dia rasa bersyukur kerana dengan kebijaksanaan bapanya maka, dia telah berubah menjadi seorang manusia yang rajin dan tidak lagi pemalas seperti dahulu. Demikian sahaja cerita dari saya. Jadi, pengajarannya di sini ialahjanganlah malas berusaha. Untuk mencapai kejayaan, malas adalah musuh utama. Rajin berusaha tangga kejayaan. Terima kasih.

RUJUKAN / TERJEMAHAN PERKATAAN SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Noluyudan Pitanga tuon Munyet Moginum Kinomol Bobolian Iri-iri nodi Sorita Tih Pounsikou Siok-siok bilang kasitau kinorohingan laki bini nopo kaka/kunun nga bah luyud bubut-bubut goudut dorang tangon gulu-gulu tanak asapou asarok dibanjiri tengah malam monyet minum arak bomoh itu sahaja cerita ini terima kasih dengan selesanya kata memberitahu tuhan suami isteri ialah konon tapi kata penegas banjir kejar-kejar penipu/pembohong mereka cerita dulu-dulu anak,budak,kanak-kanak lebat rancak

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 darun sumambayang om/sama kumaa doid kana kana bagi tarang tulung mau palan-palan begagar dangar bagitau bikin bulih tinguk habis bercakap dih anam ampat di dakat masuarat berabis pigi talan basar panat turus hujan sembahyang dan kepada si kena diberi terang tolong mahu perlahan-lahan menggigil dengar beritahu buat boleh tengok/lihat selesai berkata-kata kata penegas enam empat berhampiran mesyuarat bertungkus lumus pergi telan besar penat terus

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 bisuk esok

PERBINCANGAN Perbandingan Bahasa Lisan Dusun Sabah Dengan Bahasa Melayu

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Sebagai pendahuluan, bahasa lisan yang digunakan oleh informan semasa menyampaikan cerita juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Sabah yang mana, ianya biasa dipertuturkan oleh orang-orang dusun sekiranya berbual dalam bahasa melayu. Namun begitu, bahasa lisan yang digunakan ini telah dicampur adukkan dengan bahasa dusun seperti yang terdapat dalam transkripsi cerita sebelumnya. Topik utama perbincangan yang akan diketengahkan bagi kerja lapangan yang telah dijalankan ialah berkaitan tentang perbandingan bahasa lisan dusun sabah ataupun lebih dikenali sebagai bahasa melayu sabah dengan bahasa melayu baku. Perbandingan ini akan merujuk kepada cerita rakyat yang pertama iaitu Gergasi Kinorohingan. Terlebih dahulu, saya akan mengupas tentang perbezaan pengaplikasian Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu baku. Terdapat beberapa perbezaan ketara yang dapat saya kesan sepanjang kajian dilakukan. Yang pertama sekali ialah dari segi tatabahasa. Perbezaan dari aspek tatabahasa merupakan aspek yang paling ketara sekali dapat dilihat. Sebagai contoh, pengabaian imbuhan dalam kebanyakan perkataan bahasa lisan dusun dapat dilihat semasa penceritaan oleh informan. Misalnya, dalam cerita Gergasi Kinorohingan, terdapat ayat yang perkataannya tidak menekankan imbuhan seperti ayat;

Tapi, masa dia baru mau minum nga, tiba-tiba dia nampak bayang-bayang sana air. Di dalam ayat ini, perbezaannya dengan Bahasa Melayu Baku ialah imbuhan ditekankan bagi perkataan tertentu. Dan sekiranya ayat ini diterjemahkan kepada Bahasa Melayu Baku,

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 bunyinya akan menjadi Tetapi, semasa dia baru hendak minum, tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dalam air. Perbezaan ini juga dapat dilihat dalam ayat;

Haimanusia. Janganlah kamu takut. Saya cuma datang mau tulung kamu. Tuhan Kinorohingan sudah dengar kamu punya doa. Tidak lama lagi, kamu akan dapat anak.

Berdasarkan ayat ini pula, perkataan tulung, dengar dan dapat dipersembahkan sebagai

menolong, mendengar dan mendapat melalui penggunaannya dalam Bahasa Melayu Baku.
Perbezaan dari aspek tatabahasa yang kedua ialah pengurangan atau pengabaian huruf r dalam perkataan berimbuhan. Sebagai contoh, dalam Bahasa Melayu Dusun Sabah, terdapat beberapa perkataan seperti telampau, besemangat,bebulan-bulan, tenampak,

belari dan sebagainya yang mana, dalam Bahasa Melayu Baku, ia sepatutnya menjadi terlampau, bersemangat, berbulan-bulan, ternampak dan berlari.
Dari segi cara penyampaian bahasa lisan melayu sabah pula agak berbeza dengan Bahasa Melayu Baku di mana, ianya dapat diperhatikan dari segi sebutan untuk vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan dalam kata Bahasa Melayu Baku . Kebanyakan perkataan dalam Bahasa Lisan Melayu Sabah orang Dusun telah mengalami penggantian huruf vocal dan konsonan. Misalnya, Pertukaran 'f' kepada sebutan 'p'. Huruf 'f' ditukarganti kepada sebutan huruf 'p' seperti nafas menjadi napas. Terdapat juga pertukaran vocal e kepada sebutan a dan juga I. sebagai contoh;

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Dangar dengar Panat penat Randam rendam Patang petang Lapas lepas Basar - besar Bisuk esok Pigi pergi Pingsan pengsan Perbezaan yang seterusnya ialah dari segi penggunaan perkataan yang berbeza dalam ayat tetapi membawa makna yang sama di mana, perkataan ini jarang atau tidak pernah digunakan dalam Bahasa Melayu Baku. Sebagai contoh, penggunaan perkataan kau untuk awak atau anda, sia untuk saya, kelmarin untuk semalam, limpas untuk tumpang

lalu, tia/nda untuk tidak dan sebagainya.


Dari segi frasa pula, kebanyakan frasa dalam Bahasa Melayu Sabah dituturkan secara songsang. Misalnya, dalam ayat-ayat; Itu suara tidak menjawab soalan. Kau dari mana datang? Itu lelaki tua ketakutan.

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071

Sedangkan dalam Bahasa Melayu Baku, ia disebut sebagai; Suara itu tidak menjawab soalan Dari mana kamu datang? Lelaki tua itu ketakutan Perbezaan yang lain pula ialah, pengulangan perkataan itu Sebagai contoh; Masa itu, itu budak nampak dih itu darah. Itu rupa itu gergasi makin ganas. Kedua - dua ayat ini sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu Baku akan menjadi; Dalam masa yang sama, budak itu ternampak darah. Rupa gergasi itu semakin ganas. Perbezaan yang seterusnya ialah dari segi penggantian perkataan dan dalam Bahasa Melayu Baku dengan perkataan sama dalam Bahasa Melayu Sabah. Perbezaan ini bagi saya adalah unik dan menarik kerana kebiasaannya perkataan sama dalam Bahassa Melayu Baku bermaksud serupa. Tetapi dalam Bahasa Melayu Sabah, Perkataan sama adalah bermaksud dan. Sebagai contoh; Si Talip sama Si Tiap merupakan pengawal yang terbaik. Semua itu orang kampung hairan sama terkejut.: dalam satu ayat.

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Dorang ternampak dih itu tempayan sama darah yang banyak.

Dalam Bahasa Melayu Baku pula, perkataan sama bermaksud dan seperti;

Si Talip dan Si Tiap merupakan pengawal yang terbaik. Semua orang kampung itu hairan dan terkejut. Mereka ternampak tempayan dan darah yang banyak.

Perbezaan yang kedua terakhir ialah penggunaan perkataan kana bagi menggantikan imbuhan di dalam Bahasa Melayu Baku, yang dicantum dengan kata kerja yang mengikutinya. Sebagai contoh;

Orang kampung takut kana hukum kerana telah melanggar pantang larang. Tujuh anak panah yang kana randam dalam darah. Dia cuma sempat bagitau yang adik dia Si Tiap sudah kana tangkap gergasi. Dia mau pigi

kasi selamat adik dia tapi dia kana kasi cedera itu gergasi dia bilang.

Perbezaan ini dapat dilihat dalam ayat Bahasa Melayu Baku di mana perkataan kana digantikan dengan imbuhan di di awal cantumannya dengan kata kerja. Sebagai contoh;

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071

Orang kampung takut dihukum kerana telah melanggar pantang larang. Tujuh anak panah yang direndam dalam darah. Dia cuma sempat beritahu bahawa adiknya Si Tiap telah ditangkap gergasi. Dia hendak menyelamatkan adiknya tetapi dia dicederakan oleh gergasi itu katanya. Manakala perbezaan terakhir yang dapat saya kesan ialah terdapatnya sisipan perkataan yang tidak bermakna seperti ;bah ,nopo, noh , gima dan sebagainya yang mana perkataan ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu Baku.

Dari segi persamaan Bahasa Lisan dengan Bahasa Melayu Baku pula, tidak banyak yang dapat saya sampaikan kerana lebih banyak perbezaan berbanding persamaan. Apa yang saya lihat, intonasi yang digunakan adalah sama dengan Bahasa Melayu Baku di mana, kadangkala terdapat beberapa perkataan yang hujung sebutannya adalah panjang nadanya. Sebagai contoh; Pada suatu hari , Di sebuah kampung dan sebagainya.

Persamaan lain ialah dari aspek sosial dan pergaulan di mana, pencerita akan bercerita secara langsung kepada pendengar tanpa ada orang tengah yang menyampaikan cerita tersebut. Pengisian cerita juga adalah sama iaitu menyelitkan unsur pengajaran dalam setiap cerita yang disampaikan melalui nilai-nilai murni yang diketengahkan. Dan yang terakhir sekali ialah kedua-dua Bahasa Lisa dan Bahasa Melayu Baku semestinya mempunyai pendahuluan, isi dan penutup bagi setiap penceritaan. PENUTUP

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 Secara kesimpulannya, setiap dialek yang dituturkan sememang mempunyai

keistimewaan masing-masing. Seharusnyalah bahasa bahasa lisan ini dipelihara dan tidak dilupakan walaupun Bahasa Melayu Baku merupakan bahasa rasmi Negara kita. Bahkan, bahasa lisan itu sendiri telah mencerminkan identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum dan unik di mata dunia serta menjadi tarikan kepada pengkaji-pengkaji bahasa di dunia.

RUJUKAN

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ANGRIANA ANTHONY CT10210071 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Sabah

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Anda mungkin juga menyukai