Anda di halaman 1dari 7

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka,

budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam
masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat
yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud
termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar
yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk
membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan
menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz
menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang
yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama
pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan
dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu
pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh
masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.


2.1.1 Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang
makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat
peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara
yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-
kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan.
Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik.
Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan
masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.


2.1.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat
Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak
kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah,
berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang
mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang
kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.


2.1.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu,
banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan
terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular
sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang
tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.


2.1.4 Untuk adat istiadat

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh
itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat.
Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai
mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan
maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita
lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga
sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.


2.1.5 Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati
terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus
terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada
kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini
bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara
mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga
sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


2.1.6 Untuk menguji minda

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat
digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun
teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;


Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?


2.1.7 Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat
Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya
seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam
kalangan Baba Nyonya.

N.A Salleh. ANEKA CONTOH PANTUN PILIHAN MENGIKUT ATUR CARA MAJLIS. Al-Falah Publications.
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?aid=38788
Puisi traditional Melayu termasuklah pantun merupakan satu bukti kehidupan masyarakatnya
yang unit. Pantun yang terhasil daripada kata-kata yang puitis dalam setiap baitnya terutama
unsur tersirat yang kadangkala begitu menarik untuk dikaji. Pada masa yang sama pantun
juga membuktikan falsafah bangsa yang mendalam cirinya. Sesuai dengan peribahasa 'tak
lapuk dek hujan tak leaking dek panas', pantun memiliki banyak keistimewaan dan peranan
yang tersendiri dalam kebudayaan masyarakat di negara ini.

Peranan pantun yang ketara ialah sastera ini menjadi media komunikasi dan hiburan semula
jadi buat masyarakat kita. Pantun digunakan sebagai lagu dan dinyanyikan untuk tujuan
berhibur atau mengusik antara jantina dalam masyarakat kita. Tindakan ini menjadikan
kehidupan masyarakat lebih ceria, seronok dan menarik untuk dilalui. Sesungguhnya, pantun
menjadikan kehidupan masyarakat menjadi lebih bermakna.

Selain itu, pantun juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama kepada generasi muda
kita. Golongan tua yang kaya dengan pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka
dengan perubahan sesuatu perkara selalu menggunakan pantun sebagai kaedah memberi
peringatan pula. Contohnya, Pantun Kiasan dalam Antologi Anak Laut yang jelas menolak
sebarang usaha suka membazir dalam kehidupan manusia itu. Jelaslah, pantun boleh secara
diam-diam memberi nasihat kepada masyarakat untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Malahan, pantun juga dilihat sebagai satu cara untuk menyampaikan rasa penghargaan atau
terima kasih kepada seseorang itu. Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap
masyarakat yang mengenang budi orang lain. Pantun yang menggunakan bait Hutang emas
boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati membuktikan betapa tingginya konsep mengenang
budi dalam masyarakat kita itu.Maka, pantun menjadi satu cara yang paling mudah untuk
menyuarakan rasa terima kasih atas bantuan yang diterima daripada seseorang manusia itu.

Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan
lebih sopan. Masyarakat kita yang tidak suka menimbulkan masalah pergaduhan tetapi masih
mahu memberi peringatan kepada orang lain telah menggunakan pantun sebagai jalan
penyelesaiannya. Penggunaan pantun membolehkan hanya orang yang melakukan sesuatu
tindakan yang salah itu memahaminya lalu berusaha untuk mengubah kesilapannya pada
masa hadapan. Oleh itu, pantunlah yang membantu masyarakat kita mengkritik ahli yang lain
tetapi masih mengekalkan suasana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu.

Akhir sekali, pantun juga berperanan untuk mempamerkan adat istiadat masyarakat kita.
Sudah acap kali pantun digunakan sebagai pembuka kata sebagai tanda memento kebenaran
atau menyampaikan hasrat terutama ketika majlis perkhawinan dan sebagainya. Penggunaan
kaedah berpantun ini menjadikan suasana majlis lebih ceria dan menarik kepada masyarakat.
Sesungguhnya, penggunaan pantun sebagai alat adat istiadat telah meninggikan lagi
kedudukan pantun dalam masyarakat kita itu.

Kesimpulannya, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita.
Situasi ini menjadikan kedudukan pantun itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan
dalam kebudayaan kita. Namun, pantun semakin lama semakin terhakis akibat perubahan
zaman yang berlaku dengan pantas itu. Bak kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat'
yang membuktikan bahawa pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita.
http://noorazmanmahat.blogspot.com/2011/04/karangan-spm-2011peranan-dan.html
1.0 PENGENALAN
Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam
masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkansesuatu
maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat
sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orangMelayu yang
mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama
yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun
dalam bentuk berangkap. Selainitu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi
bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.
Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan
adatmemelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.
Pantunmelatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang
berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.Pantun juga
merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan katadalam khazanah bahasa
melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakatMelayu tradisional yang tinggi,
asli dan bernilai seni.
Peranan Pantun Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian adat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengingat petuah amanat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk mengangkat tuah Melayu

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian budak
Apa guna orang berpantun
Untuk mengajar hukum dan syarak

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain cindai
Apa guna orang berpantun
Untuk membaiki laku perangai

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian nikah
Apa guna orang berpantun
Untuk menyampaikan petuah amanah

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain pelekat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengkaji adat istiadat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain selerang
Apa guna orang berpantun
Untuk mengisi mana yang kurang

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk menimba berbagai ilmu

Kalau orang melabuh pukat
Carilah pancang kayu berdaun
Kalau kurang mengetahui adat
Carilah orang tahu berpantun

Kalau kayu hendak ditarah
Keratlah cabang dengan daunnya
Kalau ilmu hendak bertambah
Dekati orang dengan pantunnya

Apalah guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apalah guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh


Pantun-pantun yang indah ini telah dipetik daripada lelaman berikut:
http://www.sungaikuantan.com/2010/02/pantun-dalam-kehidupan-orang-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai