Anda di halaman 1dari 18

Orang Melayu terkenal dengan kaya budi bahasanya.

Pantun yang patut menjadi kebanggaan bangsa Melayu: Burung serindit terbang melayang, mari hinggap di ranting mati, bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Anak teruna menanam betik Buah cempedak dalam raga Apa guna berwajah cantik Kalau kurang budi bahasa Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Baik-baik bertanam padi Jangan sampai dimakan rusa Baik-baik termakan budi Jangan sampai badan binasa Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikan Hidup hendaklah bersendikan budi Sifat sombong jangan amalkan Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibayar mati Anak merak Kampung Cina Singgah berhenti kepala titi Emas perak kebesaran dunia Budi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemas Mati lemas di air masin Hilang bahasa kerana emas Hilang budi kerana miskin Yang kurik tu kundi Yang merah saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Tuan Puteri membeli ginseng Singgah di pasar mencari kari Jangan ikut budaya samseng Kelak menyesal di kemudian hari pantun adalah satu cabang kesusasteraan melayu yang paling tua di Negara kitaini.Pantun melayu telah ada dalam masyarakat orang melayu sejak zaman berzamandahulu dan sudah menjadi sastera rakyat berabad lamanya. Mengikut sejarah pantun telahada di dalam masyarakat bangsa melayu sebelum adanya Negara Temasik dan sebelumadanya kerajaan melayu melaka yang telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511dahulu. Pantun mulamula dicipta oleh orang melayu untuk menyampaikan perasaanhatinya yang terharu dimasa dia sedih kerana duduk berdagang di perantauan,mengenangkan untung nasib yang malang dan dimasa bersuka ria. Buah cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang, Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi, Baik bergalas baik tidak, Buli-buli bertali benang, Baik berbalas baik tidak, Asal budi sama dikenang,

Tanam lenggungdi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, budi tuan saya tak lupa, sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung, Tempat pipit berbuat sarang, Budi dan emas sama dijunjung, Hidup aman dikenang orang

Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlasdan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspekiaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauhmana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orangyang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit keranabudi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga iadiingati sampai bila-bila. Contoh pantun budi yang ditonjolkan ialah: Baik bergalas baik tidak, buli-buli bertali benang, baik berbalas baik tidak, asal budi sama dikenang. Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudiakandibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinyatelah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke matiselagj hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kalaialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus jugamencermainkan kekayaan hati budi seseorang.contoh pantun yang dapat dilahat ialah: Padi dan nanas tanam di tanjung, Tempat pipit berbuat sarang, Budi dan emas sama dijunjung, Hidup aman dikenang orang.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budihendaklah diteladani dan diambil iktibar kepada generasi muda yang bakal memimpinnegara kelak. Bak kata pepatah harimau mati meninggailkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baikakan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang danmenjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberiganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat melayu hendaklah sentiasa berbudisupaya dipandang mulia kepada bangsa lain khususnya
Masyarakat Melayu begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi. Mereka menilai segala sesuatu itu berdasarkan pada budi. Buktinya, kecantikan seseorang bukan dinilai pada paras rupanya tetapi dinilai pada budi bahasanya. Manusia akan dipandang hina jika tidak berbudi, dan satu-satu bangsa itu pula akan runtuh jika budinya runtuh. Hal ini tergambar dalam pantun Melayu lama di bawah: Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya; Apa guna beristeri cantik, Kalau tidak dengan budinya. Tanda-tanda budi pula ialah bahasa, dan antara wang ringgit dengan budi, budilah yang tetap dipandang orang, dan budi yang baik pula akan sentiasa dikenang sampai mati. Gambaran tentang peri pentingnya budi ada diungkapkan dengan begitu indah dalam pantun Melayu lama seperti yang berikut: Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di bawah tangga;

Makan sirih mengenyang tidak, Tanda budi dengan bahasa. Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di ranting mati; Bukan ringgit pandangan orang, Pandangan atas budi pekerti. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan budi bahasa dan mengapa budi dianggap penting? Budi ialah pekerti yang baik atau akhlak terpuji termasuklah tutur kata dan budi bahasa yang baik, keikhlasan, kejujuran, kebenaran, pemurah, belas kasihan, bertimbang rasa, tolong-menolong, berjasa dan berbakti. (Mustafa Haji Daud, 1995: 1). Apabila kata budi ditambah dengan awalan ber- akan menjadi berbudi. Kata berbudi bermaksud mempunyai budi, atau mempunyai pekerti yang baik atau akhlak terpuji, dan orang yang berbudi ialah orang yang berpekerti baik atau berakhlak terpuji. Sementara bahasa pula ialah 1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb.); 2. percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun (Kamus Dewan: 2005: 106). Apabila kata berbudi dicantumkan dengan bahasa, jadilah berbudi bahasa. Berbudi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa dan orang yang berbudi bahasa ialah orang yang mempunyai budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa ialah orang yang berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini disebabkan budi itu amat luas maksud atau bidangnya dan bahasa adalah salah satu daripadanya. Bagi yang mempunyai harta, mereka boleh berbudi dengan menyumbangkan harta untuk tujuan kebajikan; yang mempunyai tenaga boleh menyumbangkan budi dengan menyumbangkan tenaga seperti dalam kerja-kerja gotongroyong; dan bagi yang mempunyai fikiran yang bernas boleh menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berkesan untuk tujuan-tujuan kebaikan. Begitulah luasnya budi. Bagi yang ikhlas, budi bukan untuk dibalas. Dr. Sidik Baba (Berita Harian, 4 April 2005) pula menyatakan berbudi bahasa bermaksud amalan yang memupuk sikap kesalingan menggunakan bahasa yang baik, tanda hormat, penghargaan, terima kasih dan faham akan makam atau martabat seseorang. Berbudi bahasa ialah gambaran pancaran hati jernih yang diungkapkan secara baik dan mesra serta memberikan kesan baik pula kepada orang lain. Dengan berbudi bahasa, silaturahim dapat dijalin, rasa mahabbah (kasih sayang) dapat dipupuk, dan sifat persaudaraan dapat disuburkan. Dengan itu situasi ini dapat dijadikan asas yang baik dalam proses pembinaan masyarakat beradab dan akhirnya menjadi masyarakat yang bertamadun. Asas budi bahasa sebenarnya merupakan asas ajaran agama. Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu. Begitu juga ketika memulakan percakapan atau ucapan, serta apabila ingin masuk ke sesuatu tempat. Yang muda memberi salam kepada yang tua; yang mendatangi pula memberi salam kepada yang sedia menunggu; dan pengunjung rumah memberi salam kepada tuan rumah. Berbudi bahasa juga merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat dan sopan. Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang baik dan nilai-nilai yang murni, serta dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas maksudnya.

Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya khususnya kanak-kanak. Bangsa yang beradab dan umat yang bertamadun merupakan bangsa dan umat yang berbudi bahasa. Berbudi bahasa bukanlah menggambarkan sifat lemah sesuatu bangsa atau umat bahkan tidak menggambarkan jiwa rendah diri seseorang, tetapi menggambarkan kekuatan peribadinya. Semua orang yang normal sebenarnya tidak bermasalah untuk mengamalkan sikap berbudi bahasa kerana bahasa ialah modal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap orang. Untuk memiliki sikap berbudi hanyalah bermodalkan keinginan menaburkan jasa dan bakti melalui bahasa yang baik dan sopan sebagai wahana. Sayangnya, budi bahasa dan nilai-nilai murni sudah semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di persekitaran kita, misalnya perbuatan vandalisme yang menjadi-jadi. Lebih parah masalah sikap tidak berbudi bahasa sesetengah pengguna jalan raya hingga boleh membawa padah dan menyebabkan kematian. Pada awal tahun 2005, tiga kes pembunuhan telah berlaku, iaitu di Shah Alam, di Jalan Sungai Besi, dan di Perak, yang berpunca daripada beberapa insiden di jalan raya yang tidak disengajakan. Kalau dahulu, kematian di jalan raya lazimnya disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal pada kenderaan, tetapi sekarang ada gejala baru yang tidak terduga oleh kita sebelum-sebelum ini. Masalah pembuli jalan raya yang sering menimbulkan pelbagai kes di atas jalan raya berpunca daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain. Kadang-kadang hanya kerana kemalangan kecil ataupun masalah kecil di atas jalan raya, boleh mencetuskan pergaduhan dan ada yang membawa kepada pembunuhan. Hal ini terjadi kerana sikap berbudi bahasa dan bersopan santun sudah tidak ada lagi dalam diri individu tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah dan ditambah lagi dengan sikap ingin mempamerkan kebolehan dan kecekapan yang tidak kena pada tempatnya. Selain itu, budaya berbudi bahasa ketika di rumah semakin pudar, bahkan konsep rumahku, syurgaku tidak lagi diterapkan sepenuhnya. Rumah seolah-olah berfungsi sebagai tempat untuk tidur sahaja. Urusan menyediakan makan minum anak-anak diserahkan kepada pembantu. Anak-anak hanya bertemu dengan ibu bapa apabila memerlukan sesuatu. Lantaran itu, timbullah pula masalah untuk menerapkan sikap berbudi bahasa di rumah. Sikap menghormati ibu bapa semakin terhakis kerana anak-anak jarang dapat bertemu dengan ibu bapa masingmasing. Ibu bapa juga tidak dapat menonjolkan teladan yang baik kepada anak-anak kerana masa mereka di rumah agak terhad. Akhirnya, kebiasaan atau sikap anak-anak sewaktu ibu bapa tiada di rumah terbawa-bawa juga semasa ibu bapa ada di rumah. Sikap anak-anak yang kurang mendapat didikan di rumah akan dibawa pula ke sekolah. Di sekolah, lantaran kurangnya budi bahasa, guru pula yang menjadi mangsa. Kenderaan guru dicalar dan digores sesuka hati sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan tindakan guru mereka. Lebih parah lagi, amalan buli-membuli dan gengsterisme semakin menjadi-jadi dan yang menjadi mangsa ialah pelajar yang lemah bahkan kadang-kadang rakan sendiri. Kematian seorang pelajar akibat dipukul secara beramai-ramai oleh rakan sendiri, di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada tahun 2004 menggambarkan sikap segelintir pelajar yang melampaui batas dan susila seseorang remaja. Insiden tersebut diberitakan hanya berpunca daripada keengganan mangsa meminjamkan cerek miliknya kepada rakannya. Mungkin mangsa mempunyai alasan untuk tidak meminjamkan cereknya, tetapi hal ini tidak bermakna mereka boleh bersikap kasar sedemikian sehingga membawa maut.

Akibat sikap yang tidak bercirikan pelajar yang bermoral, mereka terjebak dalam kancah jenayah dan sekolah seolaholah tidak lagi menjadi tempat yang selamat untuk pelajar. Lantaran itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dicetuskan ilhamnya dan dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai semangat bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama, serta cinta akan negara, sangat kena pada masanya. Kempen ini telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia, pada 11 Januari 2005. Sewaktu merasmikan kempen tersebut, beliau menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh negara ini hanya dapat dikekalkan jika masyarakat mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi. Negara bukan sahaja memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi, tetapi juga memerlukan rakyat yang mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang boleh memastikan kejayaan yang telah dicapai oleh negara tidak dirosakkan oleh masyarakat yang runtuh moralnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak empayar atau negara yang maju telah runtuh lantaran generasi yang
mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah. Generasi yang mewarisi negara itu terdiri daripada mereka yang lupa daratan, berkelakuan tidak baik dan bersengketa antara satu sama lain, serta melakukan perbuatan yang tidak bermoral, tegas beliau lagi. Selanjutnya, beliau meminta agar rakyat Malaysia membuktikan bahawa walaupun negara telah mencapai kejayaan, tetapi masyarakatnya masih mampu mempunyai dan mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Beliau juga turut melahirkan rasa kebimbangannya kerana budi bahasa dan nilai-nilai murni kini semakin hilang dalam kalangan masyarakat negara ini. Mantan Perdana Menteri menunjukkan bukti beberapa sindrom negatif yang kini telah dipandang sebagai suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat negara ini, seperti tabiat memandu yang kurang sopan dan berbahaya, kurangnya rasa sayang terhadap harta benda awam yang menjadi milik bersama, dan kekerasan terhadap pelanggan. Beliau turut menegur sesetengah kakitangan perkhidmatan awam, terutamanya yang berkhidmat di kaunter khidmat pelanggan yang masih tidak memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kempen itu, mantan Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi akan menjadi satu aktiviti penting kerajaan. Hal ini disebabkan kerajaan memerlukan satu tenaga kerja yang berkemahiran dan mempunyai moral yang tinggi. Kualiti tenaga kerja bukan sahaja diukur dari segi pendidikan, kepakaran dan teknologi yang mereka miliki, malah diukur dari segi moral, tanggungjawab serta budi bahasa dan nilai-nilai murni. Untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni tidak terhakis dalam budaya hidup masyarakat negara ini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing, terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ibu bapa perlu berperanan mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah. Percakapan antara suami dengan isteri; ibu bapa dengan anak-anak; dan antara anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi oleh anak-anak. Kata-kata yang kasar dan mencarut hendaklah dielakkan kerana boleh mempengaruhi pembentukan jiwa kanak-kanak. Bahasa yang halus dan penuh sopan santun hendaklah dibiasakan penggunaannya di rumah. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa kelak, mereka akan turut menggunakan kata-kata yang biasa didengar di rumah. Jika mereka terdedah kepada kata-kata yang baik, maka kata-kata yang baik itulah yang akan digunakan kelak, begitu juga sebaliknya. Sekolah pula perlu menjadi institusi pembentukan akhlak dan sebagai tempat menanam bibit kemanusiaan yang sebenar. Guru sewajarnya berperanan sebagai ibu bapa kepada para pelajar, dan para pelajar pula perlulah bersikap seperti anak-anak kepada guru.

Mereka perlulah menghormati guru sebagaimana mereka menghormati ibu bapa. Para pelajar pula perlulah menganggap rakan-rakan sebagai saudara sekandung atau adik-beradik. Barulah peristiwa yang pernah terjadi di Negeri Sembilan itu tidak berulang. Yang tua pula perlulah dihormati dan yang muda disayangi, dan antara yang muda dengan yang tua hendaklah saling bertoleransi. Pihak kerajaan pula haruslah meningkatkan dan menggiatkan kempen ke arah meningkatkan budi bahasa dan nilai-nilai murni melalui saluran media cetak dan elektronik. Selain itu, pihak media massa terutamanya media massa swasta, hendaklah memberikan ruang yang sewajarnya kepada kempen kerajaan ini. Mereka tidak seharusnya mementingkan aktiviti atau program komersial semata-mata. Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus juga dijadikan salah satu agenda perjuangan mereka.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pantun 2 kerat ini mempunyai makna yang mendalam dan menunjukkan indahnya budaya Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sifat pandai mengambil hati orang yang lebih tua, berbudi bahasa, lemah lembut dan tahu menjaga hati orang lain. Budaya ini sememangnya dituntut dan patut diwarisi oleh generasi Melayu dari dahulu hinggalah sekarang. Kadang kala sifat merendah diri dan tidak kisah serta lebih mengutamakan orang lain menjadi resam kehidupan. Persoalannya sejauh manakah budaya ini boleh kekal atau hanya menjadi sebutan atau sekadar sebagai sifat umum orang Melayu? Walaupun zaman telah berubah, budaya yang baik harus dikekalkan dan diwarisi secara turun-temurun. Namun, sejauh manakah hal ini diaplikasikan oleh mereka? Umumnya, apabila orang berbudi kepada kita, wajarkah budi itu dibalas? Sebagai contoh, kereta Si A rosak di tepi jalan. Tiba-tiba Si B datang menghulurkan bantuan kepada Si A. Ini bermakna pertolongannya ikhlas. Ucapan terima kasih dari Si A sudah cukup untuk mengembirakan hati Si B. Kadang kala terdapat segelintir manusia yang tidak ikhlas menolong malah mengharapkan balasan daripada orang yang ditolong. Manusia sebegini masih mengharapkan orang yang ditolong pandai membalas budi dengan membalas harga pertolongan yang diberi tanpa berterus terang. Itulah yang menjadi masalah besar kepada kebanyakan orang Melayu yang bersifat sedemikian. Apabila tidak mendapat seperti apa yang diharapkan, dia akan mengumpat, menyindir atau marah. Kesan dan akibat daripada contoh di atas boleh juga disamakan dengan contoh lain seperti madah dan kiasan. Bermadah dan berkias juga boleh mendatangkan akibat yang buruk jikalau tidak mempunyai asas fahaman yang kukuh antara kedua-dua belah pihak yang terlibat. Orang Melayu dahulu kala cukup pandai bermain bahasa dan berkias sehinggakan ada yang tidak faham atau lambat faham. Pada awalnya, orang yang mendengar sukar faham akan makna tersirat daripada ucapan kiasan dan mempunyai kecenderungan untuk salah faham dan keliru. Tetapi apabila difikirkan berulang kali, mereka akhirnya akan nampak makna tersirat tersebut dan faham tetapi tiada gunanya lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usikmengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. erumpamaan dalam pantun Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud umpama atau ibarat (Zaba,1965). Ini dibuktikan melalui ungkapan

kami sepantun telur itik atau tuan sepantun kilat cermin


yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud seperti atau umpama. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Seperti contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:-

akan sekarang adalah seperti pantun orang pagar makan padi .


Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya: Dari bentuk perumpamaan: Sudah gaharu cendana pula. Menjadi pantun dua kerat: Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. Kemudian menjadi pantun empat kerat: Sudah gaharu cendana pula, Bedak bertemu dalam puan; Sudah tahu bertanya pula, Hendak bertemu gerangan tuan. Dari bentuk perumpamaan: Sayangkan kain buangkan baju. Menjadi pantun dua kerat: Sayangkan kain buangkan baju, Sayangkan lain buangkan aku. Kemudian menjadi pantun empat kerat: Sayangkan kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima;

Sayangkan lain buangkan aku, Kerana aku dagang yang hina. Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya. Perkembangan pantun Perkembangan bentuk pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun, sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya. Dendangan rakyat atau lagu kerja Walaubagaimanapun, pada kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai, karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan bahasa dan keelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk dendang rakyat atau lagu kerja. Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja. Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang kemudiannya dilagukan untuk mengendur situasi tegang semasa bekerja. Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di kalangan masyarakat. Sifat Pantun Alam dan kehidupan Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun tiada nokhtahnya! Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga idea atau persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat. Rima pantun Dalam berpandukan hukum-hukum kelisanan, maka pantun dicipta. Bentuk pantun dengan demikian memanifestasikan seluruh puitika lisan. Barisnya yang bersukat dan seimbang, dengan pola rima di hujung dan di tengah baris (untuk pantun yang baik), malah pada tahap bentuknya yang awal setiap perkataan dalam pembayang berima dengan setiap perkataan dalam maksud. Sebagai contohnya;

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata; Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih; yang apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafal dan dingat-balik. Contohnya pantunpantun di bawah dengan rima dalam dan rima hujung pada baris-baris yang berselang-selang, apabila diucapkan akan memunculkan ritma yang menarik: Limau purut/ lebat di pangkal Sayang selasih/ condong uratnya Angin ribut/ dapat ditangkal Hati kasih/ apa ubatnya? (Wilkinson) Nasi lemak/ buah bidara, Sayang selasih/ saya lurutkan; Buang emak/ buang saudara, Kerana kasih/ saya turutkan. (Wilkinson) Pernyataan padat dan ringkas Pantun juga perlu patuh kepada satu penjimatan ketat pernyataan-pernyataan linguistik yang sesuai dan ini dapat dilihat dalam baris-baris pantun yang ringkas tapi padat makna, seperti: Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang cantik budi, Yang indah bahasa. (Overbeck) Sekali pergi menuba, Sekali ikan merimbat; Sekali adik disapa, Setahun rindu terubat. (Wilkinson) Untuk kepadatan juga, pantun mengambil ungkapan-ungkapan perumpamaan untuk mengisi baris-baris maksudnya. Perumpamaan memang bersifat sarat makna hatta membuka kepada tafsiran yang jamak. Penggunaan perumpamaan juga memudahkan hafalan, kerana perumpamaan adalah ungkapan-ungkapan yang dikongsi bersama, yang selalu diguna dan didengar justeru cepat terakam di minda. Bentuknya sendiri adalah dipolakan untuk mudah dihafal dan diingat balik. Contohnya: Tuar di hulu tuar di hutan, Tuar di kuala tak mengena; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tak berguna. (Zakaria Hitam) Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi. (Wilkinson) Budaya penyampaian Penggunaan perumpamaan dalam semua bentuk komunikasi verbal, adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Bentuk komunikasi yang berbentuk oral-aural atau face to face menjadikan komuniti lisan wujud dalam situasi yang rapat dan dekat. Contoh seperti upacara adat meminang. Dalam komuniti yang demikian, sesuatu maksud yang hendak disampaikan perlu disampaikan dalam bentuk halus, berlapik dan bijaksana kerana penerima mesej berada di depan muka. Kelangsungan bicara akan dianggap biadap, bebal, atau menyentuh perasaan si penerima, sehingga mengguggat kesepaduan kolektif. Dari keperluan inilah ungkapan-ungkapan kias-ibarat, perumpamaan dan bidalan muncul. Melaluinya sindiran, teguran, kritikan di sampaikan secara tersirat dan halus, tetapi tepat dan menghiris. Pantun memanfaatkan alat bahasa yang demikian, kerana pantun sentiasa diucapkan dalam konteks sesuatu situasi. Perbandingan dalam pantun Apa yang tidak dapat diperikan atau didefinisikan dengan perkataan, maka dirujuk kepada benda sebagai bandingan. Contohnya dalam lipur-lara, pencerita sering mengambil sifat-sifat benda atau objek untuk memerikan sesuatu yang payah didefinisi. Pemerian tentang konsep sepertikecantikan seorang puteri contohnya sentiasa dilakukan dalam bentuk simile dan metafora. Bentuk kening yang cantik, melengkung halus disamakan dengan taji dibentuk, matanya yang bercahaya di samakan dengan bintang timur, dahinya yang sempit, melengkung disamakan dengan sehari bulan, rambutnya yang lebat panjang dan berombak disamakan dengan mayang mengurai, hatta seluruh anggota badannya didefinisi melalui metafora. Perumpamaan lahir dari kecenderungan yang demikian. Kemiskinan contohnya diumpamakan dengan kehidupan ayam yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Persahabatan yang akrab disamakan dengan isi yang bertaut pada kuku. Ciri budaya lisan pantun 1. Unsur berulang dalam pantun Satu ciri gaya bahasa lisan yang disebut di awal tadi ialah adanya unsur perulangan (anafora, epifora) pada ungkapan dan perkataan. Dalam budaya lisan perulangan adalah salah satu mekanisme mnemonik yang penting. Perulangan dari sudut stailistik adalah teknik penggunaan perkataan yang dianggap berlebih-lebihan dan boros, justeru dilihat sebagai satu kelemahan. Namun dalam budaya lisan perulangan adalah teknik bijak bukan sahaja untuk membantu ingatan tetapi membangkitkan ritma yang juga penting untuk hafalan. Kerana itu mengikut Ong (1982) budaya lisan itu bersifat redundant atau copious. Walaupun perulangan menyarankan adanya pemborosan kata-kata yang seolah-olah bertentang dengan keperluan bentuk pantun kepada penjimatan bahasa, tetapi dalam pantun perulangan tidak menjejaskan kepadatan bentuknya. Kerana yang diulang adalah perkataan yang sama, dan kemunculannya berlaku dalam kawalan sukatan baris pantun contohnya: Kalau padi katakan padi Jangan saya tertampi-tampi, Kalau jadi katakan jadi Jangan saya ternanti-nanti. (Hamilton) Kalau subang sama subang Kalau sanggul sama sanggul, Kalau hilang sama hilang

Kalau timbul sama timbul. (Hikayat Awang Sulung Merah Muda) 2. Pembayang dan maksud, membayang maksud melalui bunyi Budaya lisan wujud dalam suatu ruang yang didominasikan oleh bunyi (sound dominated world). Keadaan ini mempunyai kesan ke atas bentuk pantun. Pantun mempunyai dua baris awal yang disebut pembayang maksud, sampiran. Baris pembayang maksud bukan berdiri seperti perumpamaan yang membayang maksud melalui alusi kepada perlakuan, sifat, fiel, alam, walaupun pembayang maksud dalam pantun juga menggunakan alam sebagai objek peniruannya. Contohnya makna perumpamaan

embun di hujung rumput


merujuk kepada sifat embun yang tidak kekal contohnya. Tetapi pembayang maksud pantun menyampirkan makna melalui bunyi perkataan. Contohnya ungkapan

selasih dalam padi


bukan mendapat maknanya dari sifat selasih atau padi tetapi dari bunyi kedua-dua perkataan yang secara berurutan merujuk kepada

kasih dalam hati.


Pembayang maksud dengan demikian membayangkan maksud melalui bunyi. Contoh yang mudah: Pinggan tak retak nasi tak dingin (pembayang) Engkau tak hendak aku tak ingin (maksud) Dalam pantun dua baris di atas, maksud pantun muncul dari padanan bunyi perkataan di baris pembayang, bukan dari sifat-sifat perkataan tersebut. Ini yang dimaksudkan oleh Wilkinson (1923) sebagai suggestion through sound atau proverb by sound suggestion. Kerana baris pembayang masih boleh berdiri sebagai umpama, tetapi umpama melalui bunyi bukan sifat. Dalam proses penciptaan pantun cadangan makna melalui bunyi ini memudahkan tukang pantun mencipta atau mengingat baris maksud sekiranya beliau terlupa atau perlu mencipta dengan cepat. Di tahap awal penciptaan pantun mungkin seseorang itu hanya diberi pembayang maksud dan diminta mencari maksud melalui cadangan bunyi. Contohnya jika diberi pembayang: Siakap senohong gelama ikan duri Maka respons yang cepat mengikut bunyi ialah: Bercakap bohong lama-lama mencuri. Atau mungkin juga seseorang itu dikemukakan dengan maksud pantun dan dikehendaki mencari pembayang, maka proses yang sama juga berlangsung. 3. Pemikiran lisan dalam pantun Respon berkait fenomena alam dan kehidupan manusia Pemikiran lisan seperti yang disebut oleh Ong (1982) di atas adalah bersifat situational, dan close to the human life world. Pemikiran situational mengikut Ong develops around the action of human. Pantun dengan demikian

bersifat situational dalam ertikata juga ia mungkin dicipta sebagai respons kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu peristiwa atau pengalaman manusia yang signifikan. Idea dalam pantun, baik yang termuncul melalui pembayang maksud atau maksud menunjukkan pantun amat akrab dengan lived experience sama ada yang dihayati atau diamati. Manusia lisan, pra-modern adalah manusia yang hidup akrab bukan sahaja dengan komuniti manusia tetapi juga dengan komuniti bukan manusia. Persekitaran wujud sebagai satu masyarakat yang besar; objek dan fenomena alam ditafsir sebagai ahli kepada masyarakat tersebut yang berinteraksi di antara satu sama lain sama seperti masyarakat manusia. Kalau perumpamaan mengambil alam sebagai cermin untuk manusia menatap dirinya, dan membaiki dirinya maka pantun menggunakan alam sebagai cermin untuk membayang maksudnya. Kecenderungan pantun untuk mengeksploitasi seluruh fenomena alam sebagai pembayang maksudnya adalah kecenderungan seni yang dipengaruhi oleh konvensi perumpamaan. Perumpamaan sendiri adalah bersifat amat akrab dengan alam. Sesuatu sifat, fiel, kelakuan makhluk alam yang diamatinya, disimpulkannya menjadi ibarat kepada manusia. Respon berkait kepada situasi Ciri pantun yang dikatakan bersifat situational dapat dibuktikan contohnya daripada teks Sejarah Melayu. Pembunuhan Tun Jana Khatib mendorong orang membuat pantun mungkin untuk mengabadikannya atau untuk moral di sebaliknya: Telur itik di Senggora, Pandan terletak di langkahi; Darahnya titik di Singapura, Badannya terhantar di Langkawi. Demikian juga peristiwa kematian Chau Pandan yang dipanah secara ghaib oleh seorang Sidi Arab dibuatkan orang pantun: Cau Pandan anak Bubunnya Hendak pergi menyerang Melaka Ada cincin berisi bunga Bunga berladung si air mata. Peristiwa kota yang terbakar di Pahang memunculkan pantun berikut: Kota Pahang dimakan api, Antara Jati dengan Bentan; Bukan kularang kamu berlaki, Bukan begitu perjanjian. Penangkapan Raja Abdullah yang berpaling tadah kepada Melaka untuk menyebelahi Feringgi disindirkan melalui pantun berikut: Ketua-ketua raja duduk Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan. 4. Budaya lisan yang bersifat agonistik Satu ciri budaya lisan yang juga menarik mengikut Ong (1982) ialah bahawa budaya lisan itu bersifat agonistik berlawan, bersaing, baik dalam gaya hidup maupun dalam berbicara. Masyarakat lisan yang sering juga diassosiasikan dengan pra-moden atau istilah kasarnya primitif, wujud dalam konteks pergelutan untuk survival. Mereka sentiasa

bergelut untuk mendapat makanan, bergelut dengan unsur-unsur alam yang kadangkala dirasa menindasnya, bergelut dengan penyakit, musuh, dan sebagainya. Dan lagi pula dalam konteks pemikiran animistik, seringkali penyakit atau malapetaka yang menimpa diri dihubungkan dengan buatan sihir manusia lain dan ini membangkitkan rasa curiga, syak-wasangka terhadap satu sama lain. Semua keadaan ini mencengkam jiwa dan menegangkan kehidupan. Secara psikologikal keadaan yang berlarutan beginiini akan melahirkan rasa antagonism yang dimanifestasikan melalui sifat-sifat yang agresif dan agonistik. Komunikasi secara lisan memang merapatkan dalam erti mendekatkan jarak fisikal di antara manusia, tetapi secara paradoks juga ia meninggikan antagonisme atau sikap agonistik ini. Mengikut Ong (1982:45): When all verbal communications must be by direct word of mouth, involved in the give and take dynamics of sound, interpersonal relations are kept high both attractions and even more, antagonisms. 5. Lisan dan tulisan Dalam komunikasi lisan bukan sahaja perkataan tampil secara berdepan, tetapi aspek-aspek lain yang terlibat dalam komunikasi seperti nada suara, riak muka dan gerak-geri badan turut dipamerkan dan ini semua membantu penyampaian mesej dan dapat ditafsirkan secara negatif atau positif. Ini berbeza dengan budaya tulisan di mana komunikasi di antara manusia dijarakkan oleh teks bertulis; pertembungan secara langsung dapat dielakkan, justeru ketegangan yang bersifat fisikal sentiasa dapat dikendurkan. 6. Pengunaan kata-kata Dalam budaya lisan persaingan dalam penggunaan kata-kata adalah amat penting. Seseorang dihormati kerana keupayaannya menjatuhkan lawan melalui verbal combat pertarungan lidah yakni a series of verbal manoeuvres, a polite duel, a contest of wits, an operation in oral agonistic (Ong, 1982:68) melalui penggunaan teka-teki, perumpamaan, puisi, muslihat bahasa yang banyak berlaku dalam masyarakat pra-modern. Kelisanan meletakkan pengetahuan dalam satu perebutan. Perumpamaan, teka-teki dan terutamanya pantun bukan hanya dicipta untuk menyimpan pengetahuan bangsa tetapi juga merangsang ahli masyarakat untuk terlibat dalam satu pertarungan lidah dan kebijaksanaan. Penyebutan satu perumpamaan, atau teka teki, akan mengundang pendengar untuk membalasnya dengan perumpamaan atau teka teki yang lain. Maier (1985) menggelar budaya yang begini sebagai rhetorical culture seiras apa yang disebut Ong (1982) sebagai verbomotor cultures. Budaya tersebut dicirikan oleh life that depends on the effectiveness of words (Ong, 1982:68). Dalam budaya yang demikian akan sentiasa wujud persaingan dan cabarmencabar yang kadangkala membangkitkan ketegangan. Dalam sastera rakyat seperti lipur lara contohnya, sifat agonistik yang sudah lama tertanam ini muncul bukan sahaja melalui pertarungan bahasa (verbal combat) seperti cabar-mencabar di antara wira dan penjarah, berbalas pantun di antara wira dan puteri, antara musuh dan musuh (lih contohnya dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Seri Rama versi lisan) tetapi diterjemahkan juga, mungkin tanpa sedar oleh pencerita melalui pola perwatakan dalam plot cerita. Dalam pola tersebut, watak-watak selalu dimunculkan dalam bentuk kontras baik dari sudut fisikal, nilai, maupun peranan supaya sentiasa berlaku pertembungan dan pertentangan. Motif persaingan (untuk merebut puteri atau objekobjek sakti) selalu diketengahkan untuk membangkitkan antigonisme di antara watak. Konflik sering bersifat fisikal dan diselesaikan secara fisikal melalui pertarungan atau peperangan. Pantun lahir dalam budaya yang agonistik ini. Pantun dua kerat contohnya lebih bersifat teka-teki yang berdasarkan bunyi (sound riddles). Contohnya:

Pinggan tak retak nasi tak dingin atau mengata dulang paku serpih

adalah sekaligus teka teki dan pembayang maksud . Ia menguji kebijaksanaan, mencabar respons lawannya untuk memenuhi baris maksud sebagai jawapan satu peperangan kecerdasan. Berapa ramaikah masyarakat Melayu tahu mengenai Pantun? Rata-rata masyarakat Melayu mengetahui bahawa Pantun adalah salah satu puisi lama Melayu dan Pantun juga selalu digunakan dalam majlis-majlis keramaian termasuk perkahwinan semasa proses meminang. Tetapi sejauh manakah masyarakat Melayu tahu berpantun? Boleh berfikir dan berpantun secara spontan? Berapa ramaikah yang tahu garis panduan membentuk sebuah Pantun yang baik? Penulis percaya ramai yang masih sayangkan Pantun Melayu dan masih ramai lagi generasi kita tahu berpantun. Tetapi penulis percaya untuk melahirkan sebuah Pantun yang baik, masih ramai lagi yang kurang arif. Penulis pernah mengupas Pantun Melayu dengan panjang lebar dalam sebuah artikel sebelum ini. Secara kesimpulannya, untuk membuat sebuah Pantun yang baik, syarat-syarat di bawah harus dipatuhi. 1. Jenis Pantun: 2, 4, 6, 8, 10, 12 kerat dan Pantun berkait. 2. Rima: rima akhir baris pertama sama dengan rima akhir baris ke-3, manakala rima akhir baris ke-2 sama dengan rima akhir baris ke-4. 3. Mempunyai pembayang maksud dan maksud: 2 baris pertama dinamakan pembayang maksud, manakala 2 baris terakhir dinamakan maksud. 4. Empat baris serangkap. Setiap baris, 3 hingga 4 patah perkataan, mengandungi 8 hingga 12 suku kata. Contoh Pantun 4 kerat Yang kurik itu kendi kundi (Pembayang maksud 1) Yang merak itu saga (Pembayang maksud 2) Yang baik itu budi (Maksud 1) Yang indah itu bahasa (Maksud 2) Penjelasan 1. Pembaca boleh memikirkan Maksud atau Pembayang Maksud sebelum menghasilkan sebuah Pantun. Contohnya, Yang baik itu budi (Maksud 1- 4 patah perkataan dan 7 suku kata) Yang indah itu bahasa (Maksud 2 4 patah perkataan dan 8 suku kata) Kemudian, barulah pembaca memikirkan pula Pembayang Maksud. Harus diingat untuk menghasilkan pembayang maksud harus menjurus kepada beberapa petua. Pembaca harus kreatif dan berfikiran terbuka. Harus banyak membaca dan kaya dengan kosa kata barulah boleh berfikir secara kreatif dan spontan. Bab ini, kadang-kadang penulis juga buntu memikirkan perkataan yang sesuai dan mempunyai hubung kait antara satu sama lain serta mempunyai maksud yang ingin di sampaikan. Antara petua yang digunakan ialah perkataan harus menjurus kepada alam dan benda di sekeliling kita. Contoh pantun seperti, Pisang Emas dibawa belayar (Pisang Emas: makanan/benda) Masak sebiji di atas peti (Tempoh yang lama sehingga pisang masak) 2. Boleh juga mengilhamkan pembayang maksud dahulu sebelum maksud. Contohnya dalam pantun 2 kerat, Gendang gendut tali kecapi (Pembayang Maksud 4 patah perkataan dan 9 suku kata)

Kenyang perut suka hati (Maksud 4 patah perkataan dan 8 suku kata) 3. Setiap baris harus tidak lari dari 4 patah perkataan dan 8 hingga 12 suku kata, seperti contoh di atas. Bagaimana pula dengan pantun 2 kerat ini. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.. Pantun di atas mempunyai 5 patah perkataan dan 13 suku kata pada pembayang maksudnya. Pantun ini lari dari syarat pantun dan boleh dianggap sumbang. Secara kesimpulannya, menghasilkan sebuah Pantun yang baik memerlukan daya fikiran kreatif dan kaya dengan perbendaharaan kata. Barulah Pantun yang dihasilkan sedap didengar dan bermutu. Seandainya kita boleh bercakap dalam bahasa Pantun setiap hari, alangkahkah indahnya..

Anda mungkin juga menyukai