Anda di halaman 1dari 10

1

1.0 PENGENALAN
Perubahan zaman pasti akan dialami oleh seluruh dunia, termasuklah pembangunan,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Begitu dengan dunia fesyen yang kebanyakan
mengikut trend-trend dari luar. Trend berpakaian pada zaman kini lebih terarah kepada
dunia K-Pop yang mana fesyen-fesyen dari Negara Korea akan diikuti. Bukan sahaja fesyen
dalam cara berpakaian malah, cara penjagaan diri juga banyak yang diikuti oleh
kebanyakan anak muda masa kini termasuklah dalam menjaga kecantikan diri. Hal ini
kerana, mereka beranggapan bahawa penjagaan diri adalah tidak mengira jantina dan
merupakan suatu kemestian terutamanya pada zaman modenisasi kini.
Bukan fesyen sahaja yang mengalami perubahan, budaya juga turut mengalami
perubahan. Sama ada dalam bidang muzik, perfileman, bahkan adat resam juga semakin
menunjukkan perubahan. Walau bagaimanapun, bidang seni beladiri juga turut mengalami
perubahan seiring dengan peredaran masa. Seni beladiri juga merupakan salah satu
budaya yang dimiliki oleh masyarakat kita terutamanya seni beladiri silat yang cukup dikenali
sebagai pakaian bagi orang Melayu pada suatu ketika dahulu. Tidak lengkap jika seorang
yang berbangsa Melayu tidak mempelajari ilmu persilatan. Hal ini kerana, kekuatan
masyarakat Melayu dahulu terletak pada ilmu persilatan yang dimilikinya.
Zaman dahulu seperti zaman kesultanan Melayu Melaka yang cukup sinonim
dengan pahlawan Melayu yang hebat iaitu Laksamana Hang Tuah. Begitu juga dengan
zaman era penjajahan yang mana pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dato
Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Maharaja Lela serta pahlawan-pahlawan Melayu
yang lain. Mereka adalah insan yang telah mempertahankan kedaulatan dan semestinya
mereka mempunyai ilmu persilatan yang tinggi sebagai bekalan. Tanpa ilmu persilatan,
sudah tentu mereka akan kelihatan lemah dan pastinya akan diperlekehkan. Sungguh
kuatnya ilmu beladiri yang mereka miliki sehinggakan mereka begitu yakin dan bersemangat
untuk melawan musuh.

2.0 ASAL USUL SILAT


Seni beladiri atau seni mempertahankan diri sudah lama wujud di muka bumi semenjak
manusia diciptakan. Seni teknik mempertahankan diri itu biasanya datang seiring dengan
budaya bangsa itu, manakala tekniknya datang daripada cara kehidupan, keadaan sekeliling
bahkann daripada pekelahian binatang. Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri
yang ada di dunia. Di Korea contohnya, masyarakat di Negara-negara tersebut memang

2
dikenali dengan kehandalan seni mempertahankan diri yang dipanggil Taekwando dan di
Jepun dengan seni mempertahankan diri Karate.
Di tanah nusantara Kepulauan Melayu pula, beratus-ratus tahun kita memang sudah
dikenali dengan kahulusan yang dipanggil bunga, ketangkasan yang dibuktikan daripada
pukulan dan tangkisan yang dicantumkan dengan kepintaran akal. Asal usul silat ini tidak
diketahui dari mana asalnya. Ada yang mengatakan silat ini datangnya daripada Majapahit
yang dikenali dengan kehandalan tenteranya yang dipimpin oleh Gajah Mada. Misalnya di
Melaka, sebut sahaja nama Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, mereka ini memang
sudah dikenali dengan kehandalan ilmu silat dan ilmu kebatilannya. Seni silat ini juga
dikaitkan dengan ilmu kebatinan yang dicantumkan dengan beberapa ayat-ayat suci AlQuran.
Seni bela diri ini juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur
bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Terdapat
bebrapa jenis seni mempertahankan diri di Negara ini, antaranya Seni Persilatan Melayu,
Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya. Seni mempertahankan diri sering dikaitkan
dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu asas
menyatupadukan masyarakat di Negara ini. Ini kerana seni mempertahankan diri bukan
hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang brdisiplin malah melatih
pengamalnya memupuk semangat cintakan Negara.
Sebanyak dua jenis seni pertahanan diri telah diisytiharkan sebagai Warisan
Kebangsaan iaitu Seni Persilatan Melayu dan Silambam. Seni Pertahanan Diri kaum India
iaitu Silambam yang merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari Negara India.
Dipercayai ianya telah bermula sejak 5000 tahun lalu di India. Mereka menggunakan tongkat
yang diperbuat daripada tongkat buluh bagi mempetahankan diri daripada binatang buas.
Manakala Seni Persilatan Melayu merupakan seni pertahanan diri atau beladiri. Seni silat
begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ianya wujud sejak zaman-berzaman lagi.
Sesetengah masyarakat menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan
diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni
mempertahankan diri di Brunei, Filipina, ndonesia dan Thailand. Silat berbeza-beza dengan
seni beladiri yang lain kerana Silat merupakan ilmu kependekaran (beladiri) hak milik orangorang Melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang
lingkup yang lebih luas iaitu merangkumi adat dan adab bangsa Melayu dan nilai-nilai Islam
yang tersemai di dalamnya. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh
pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, landing, Tumbuk Lada, tekpi,
tongkat, tembong dan sundang.

3
Silat terbahagi kepada tiga secara umum iaitu Silat pulut adalah biasanya
dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan
manakala silat jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak disorokkan dari
pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa
alasan yang lain. Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana
pecahnya Silat Gayong (Gayong Laksamana, Gayong Laksamana Pahang dan lain-lain
lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang dapat dikesan, capaian
daripada

Laman

Web

Rasmi

Jabatan

Warisan

Negara;

http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-a-budaya/seni-pertahanandiri, (10 Oktober 2016).

3.0 JENIS SENI PERTAHANAN DIRI


3.1 Silat Melayu
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, silat ialah sejenis seni mempertahankan diri
yang menggunakan ketangkasan untuk mempertahankan diri, ianya lebih dikenali sebagai
sukan tradisi rakyat yang melibatkan dua orang pesilat mahir yang bertindak untuk membela
diri samaada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Seni silat ini dijalankan untuk
persembahan dan juga untuk memilih pesilat yang terbaik. Seseorang yang ingin menceburi
Seni Silat perlulah mempunyai persediaan dari segi kemahiran dan ketangkasan fizikal dan
mental. Sehingga kini, acara seni silat ini diadakan di masa lapang, majlis rasmi atau majlis
perkahwinan yang diiringi dengan pukulan gendang. Seperti yang dilaporkan, sebanyak 360
jenis silat yang telah di amalkan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri antaranya Silat
Pulut, Silat Cekak Harimau, Pencak Silat, Silat Gayong Harimau dan Silat Tangkas.
Silat Seni Gayong bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sewaktu
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansor Syah. Ilmu Silat Seni Gayong
digunakan di dalam perang gerila yang digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya untuk
menentang Portugis. Pada setiap tahun diadakan majlis keramaian yang dimeriahkan dengn
persembahan silat dan ganjaran hebat menanti pemenang. Oleh itu, seni silat ini terus
dikenali berdasarkan sejarahnya.
Silat Pulut atau Gayong Pulut terkenal kerana setiap pemain diberi cenderahati
seperti bunga telur yang disertakan dengan sekepal pulut. Hal ini menunjukkan bahawa
perkataan silat lebih dikenali dalam sosiobudaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat
kerana ianya dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam
bentuk seni rakyat. Oleh itu, persembahan silat atau pertandingan silat ini sering diiringi

4
tiupan seruling dan paluan gendang silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku
Malaysia.
Manakala Pencak Silat pula merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi
bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun tahun dahulu. Hayat
sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat
kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.
Dianggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke
generasi termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri di Brunei, Filipina,
Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Pengajar atau guru silat digelar jurulatih dan seseorang yang mewarisi aliran sesuatu
perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran
Mahaguru kerana bagi mereka gelaran maha hanya sesuai untuk Allah S.W.T (Tuhan) dan
ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran
mereka dan amat merendah diri. Pesilat yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat
sebagai pengajar, berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang
telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap
silat yang tinggi pula digelar sebagai pendekar.
Semua kumpulan dan perguruan silat di Malaysia pada tahun 70an dinasihatkan
supaya mendaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 bagi membolehkan pertubuhan dan
ahlinya bergerak secara sah. Terdapat beberapa perguruan silat Melayu atau seni silat
Melayu tradisi Semenanjung telah didaftarkan dengan nama seperti Seni Gayong Fatani,
Silat Jawi, Silat Bunga, Silat Melayu Asli, Silat Melayu Fatani dan sebagainya.

4.0 TRANSFORMASI ZAMAN PERSILATAN


Silat yang ada pada masa kini telahpun dipermodenkan namun, nilai, adat dan kandungan
pelajarannya adalah berdasarkan kesesuaian. Walau bagaimanapun, tidak semua perlu
dimodenkan. Hal ini kerana, masih terdapat keaslian dalam dunia persilatan yang boleh
menjadikan lambang kemegahan sesuatu silat. Meskipun zaman telah berubah, namun
masih ramai yang mempelajari silat dan kesedaran tersebut perlu diperluaskan lagi.
4.1 Zaman Dahulu
Sebut sahaja zaman dahulu, semestinya terbayangkan sebuah masyarakat yang
kuat berpegang pada adat resam. Sama ada adat dalam cara hidup bermasyarakat
mahupun adat dalam dunia persilatan. Jika dilihat dari sudut tradisional, pesilat-pesilat pada

5
masa itu mempelajari ilmu persilatan adalah lebih kepada ilmu persiapan diri ataupun
kemahiran yang dimiliki sahaja. Hal ini kerana, semasa dan selepas perang, berlaku
perubahan dalam fungsi, amalan dan makna seni kesan daripada kerjasama yang
melibatkan pertukaran generasi dan juga cara persembahan silat itu sendiri. Oleh itu,
pesilat-pesilat mahir melakukan pertunjukan awam bersama-sama dengan barangan tarian
dan muzik tradisional. (Rujuk Gambar 1)
Mempelajari ilmu persilatan pada zaman dahulu adalah lebih kepada keperluan
seseorang individu bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku sebarang kejadian yang
melibatkan keselamatan, sama ada diri, keluarga mahupun masyarakat. Oleh sebab itu,
masyarakat pada zaman dahulu mempelajari silat beserta mengamalkan ilmu-ilmu kebal
yang membolehkan mereka menjadi kuat apabila berlawan dengan musuh. Ilmu-ilmu yang
dipelajari oleh pesilat dahulu mungkin tidak mengikut landasan agama yang betul
sehinggakan ada dalam kalangan mereka mengamalkan ilmu hitam. Walau bagaimanapun,
ilmu yang mereka pelajari pada zaman dahulu adalah untuk melindungi diri mereka sahaja,
walaupun mereka dikatakan mengamalkan ajaran sesat. Antara contoh ilmu yang mungkin
dipelajari oleh masyarakat dahulu adalah ilmu ghaib dan lain-lain. Tujuan pengamalan ilmu
tersebut adalah bagi kepentingan diri dan keluarga mereka sahaja.
Selain itu, tempat untuk berlatih pada zaman dahulu kebanyakannya dijalankan di
padang ataupun di gelanggan-gelangang yang bercirikan kampung. Oleh itu, mereka yang
mempelajari silat pada zaman dahulu lebih semangat dan berdisiplin terutamanya terhadap
alam sekitar. Hal ini kerana, kawasan persekitaran gelanggan yang selesa dan damai akan
meningkatkan konsentrasi bagi seseorang pesilat terutamanya latihan tersebut dilakukan
pada waktu malam. Kebiasaannya waktu malam, gelanggang akan dipasangkan pelita
untuk menerangi kawasan gelanggang. (Rujuk Gambar 2)
Oleh itu, jelas menunjukkan pesilat-pesilat dahulu lebih mengutamakan adat dalam
dunia persilatan termasuklah adab menghormati guru silat. Adab tersebut semakin pupus
dalam kalangan generasi sekarang yang mana seringkali didengari mengenai adab murid
dengan guru di sekolah. Mungkin ia merupakan salah satu penyebab mengapa silat perlu
dipermodenkan mengikut situasi atau suasana zaman. Walau bagaimanapun, ia tidak
bermakna adat resam dalam dunia persilatan perlu dilupakan mahupun dhapuskan.
Seperti yang diketahui umum, senjata yang digunakan pada zaman dahulu adalah
keris, kerambit serta beberapa senjata lain, namun ianya tidak boleh disimpan sahaja.
Pesilat-pesilat zaman dahulu sentiasa membawa keris ke mana sahaja sebagai senjata
sekiranya berlaku serang hendap atau kecemasan. Namun kegunaannya berbeza dengan

6
zaman sekarang yang mana keris pada hari ini hanya disimpan sahaja namun, ianya hanya
digunakan semasa majlis persandingan atau majlis-majlis lain. (Rujuk Gambar 3)

4.2 Zaman sekarang


Mahu atau tidak, silat tetap mengalami transformasi ataupun pemodenan dari masa
ke masa. Ia mungkin bergerak secara perlahan, mungkin juga bergerak pantas mengikut
keperluan. Hingga kini, silat Melayu asli sukar dijumpai, malahan kebanyakan daripadanya
berpecah kepada beberapa aliran. Antara silat yang berpecah adalah Seni Silat Gayong dan
beberapa persilatan yang lain. Hal ini kerana, setiap zaman silat akan menyesuaikan dirinya
(aliran silat) dengan keadaan tanpa merubah identiti asalnya. Dengan itu, silat akan
berhadapan dengan ilmu beladiri global yang lebih pragmatik, efektif dan toleransi dengan
suasana persekitaran pertempuran ataupun gelanggang. Tokoh-tokoh guru biasanya
membuat kajian mengenai cara menghadapi serangan daripada perguruan asing selain
daripada adunan serang bela daripada perguruannya sendiri. Selain melibatkan pada
susunan buah, kuncian dan sebagainya, perubahan juga turut melibatkan pengurusan,
pentadbiran dan pengaruh politik dalam sesebuah perguruan. Oleh itu, adalah sukar
mendakwa silat itu hampir pupus atau sudah tiba ke penghujungnya melainkan silat itu
pupus bersama guru yang tiada penggantinya.
Selari dengan arus peredaran zaman, hampir keseluruhan silat telah mengalami
beberapa perubahan. Hal ini dapat dilihat melalui Seni Tari Silat Tongkat Kelantan yang
mengalami perubahan dari segi Bunga Silatnya. Perubahan tersebut adalah untuk
disesuaikan dengan tujuan gaya persembahan supaya lebih menampakkan kesenian dan
keindahannya. Walaupun berlakunya perubahan tetapi dalam kadar yang terhad dan masih
terdapat beberapa ciri tradisi yang masih lagi dikekalkan. Keadaan ini adalah bertujuan
untuk generasi muda dapat merai keaslian dan lebih menghargai nilai estetika silat itu
sendiri.
Selaras dengan dasar 1 sekolah 1 silat yang akan memberi satu kelebihan kepada
pesilat-pesilat yang terdiri daripada golongan muda. Hal ini kerana, golongan muda akan
diberi pendedahan awal tentang dunia persilatan serta kelebihan memperlajarinya. Oleh itu,
generasi muda akan lebih memahami dan dapat membezakan kepentingan silat tanpa
menyalahgunakannya. Hal ini menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap seni beladiri
silat yang suatu ketika dahulu adalah lambang kemegahan orang Melayu. Namun begitu,
para remaja atau golongan muda yang memepelajari ilmu persilatan ini akan menjadi lebih
berdisiplin kerana peraturan dan adatnya yang teguh dan perlu dipatuhi oleh semua pesilat.

7
Seterusnya, silat Melayu bukan sahaja dipelajari di alam Nusantara, malah ianya
telah pun tersebar sehingga ke Negara-negara berkulit putih seperti Perancis dan beberapa
Negara lain. Hal ini bukan sahaja melibatkan teknik dan juga alatan silat, malah ianya juga
melibatkan adat Melayu islam yang menjadi amalan bagi pesilat suatu ketika dahulu
diperkenalkan kepada luar. Contohnya mengenai adat membuka gelanggang dengan
membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan juga selawat. Keunikan yang terdapat pada seni
beladiri silat sekaligus akan memeperkenalkan kehebatan Melayu dalam dunia pertahanan
diri. Hal ini sekaligus menarik minat Negara luar untuk mempelajari ilmu persilatan serta
mengunjungi Malaysia dan akan menambahkan pertubuhan ekonomi negara.
Selain itu, silat dimodenkan dengan menjadikan ia sebagai silat olahraga yang mana
memerlukan pesilat betanding melawan antara satu sama lain di dalam gelanggang. Silat
olahraga ini akan diberi markah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Dengan
cara mengadakan pertandingan silat olahraga, kemungkinan besar adat dan lambang
Melayu dahulu masih lagi diteruskan walaupun ianya telah dipermodenkan. Melalui
pertandingan silat olahraga ini akan lahir generasi dan bakat baru yang boleh menaikkan
nama sesebuah pertubuhan dan sekiranya pertandingannya melibatkan Negara-negara luar,
semestinya silat Melayu akan lebih dikenali di mata dunia. Hal ini kerana, pertandingan silat
pernah dilakukan di peringkat antarabangsa yang melibatkan pesilat-pesilat dari university
luar. Antara pertandingan yang pernah diadakan adalah Kejohanan Pencak Silat Universiti
Antarabangsa 2008 yang dianjurkan pada tahun 2008 di Universiti Multimedia Cyberjaya
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Persekutuan Pencak Silat
Kebangsaan (PESAKA) dan juga Telekom Malaysia Berhad (TM). (Rujuk Gambar 4)
Walau bagaimanapun, pemodenan telah menjadikan senjata Melayu iaitu keris sebagai
hiasan yang dikumpul oleh sesetengah penggemar keris lama. Namun, ada juga keris yang
digunakan sebagai hiasan raja sehari pengantin lelaki. Pemodenannya telah menjadikan
senjata utama semakin hilang kewujudannya dalam masyarakat sekarang.
Berikutan pesilat zaman dahulu yang mengamalkan ilmu hitam sebagai ilmu kekuatan diri,
dan mereka sebenarnya tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar, ramai masyarakat
berasa kurang yankin dengan amalaan yang dilakukan serta yang dibawa oleh guru-guru
pesilat. Namun, pemodenan telah menjadikan dunia perilatan bebas daripada unsur-unsur
ilmu hitam malah lebih menekankan amalan yang berlandaskan Ahlul Sunnah Waljamaah.
Oleh itu, masyarakat zaman sekarang sudah lebih terbuka untuk mempelajari ilmu
pertahanan diri.

8
Walaupun silat telah dipermodenkan, namun ianya masih lagi mengamalkan adat
resam yang menjadi warisan Melayu dan tidak akan pupus malah kesinambungannya
terjaga dan terpelihara sepanjang zaman.

5.0 KESIMPULAN
Seni silat sering juga dikaitkan degan ilmu kebatinan yang dicantumkan dengan beberapa
ayat-ayat suci Al-Quran. Berikutan dengan corak bunga di dalam silat itu biasanya datang
daripada tarian atau kebudayaan sesuatu bangsa. Ianya melambangkan identiti bangsa
tersebut melalui gerak atau tariannya dan disampaikan pula ke dalam ilmu persilatan
berbentuk pertempuran. Pukulan, tendangan dan tangkisan biasanya terhasil daripada
teknik-teknik harimau, helang dan sebagainya. Teknik-teknik tersebut diolahkan lagi oleh
geerasi dahulu dan diajarkan kepada anak cucu-cicit mereka sehinggalah ke generasi
sekarang. Seni silat ini bukanlah semestinya digunakan untuk pertempuran sahaja, tetapi
ianya digunakan untuk mempertahankan diri di dalam keadaan bahaya.
Oleh itu, sebahagian masyarakat menganggap silat adalah beladiri Melayu yang
hamper pupus, mengajar keganasan, tidak berperikemanusiaan, lembik dan banyak
bunganya, serta tidak sesuai dengan zaman ini yang lebih kepada tempur bebas dan
bermacam-macam lagi. Namun, ianya bergantung kepada siapa yang melihatnya dan dari
sudut mana mereka menilainya. Walau bagaimanapun, pelbagai persepsi negative
masyarakat mengenai silat, silat tetap utuh merentas waktu. hal ini kerana, setiap tahun
pesilat bagai bersilih ganti namun tetap ada yang mewarisinya. Falsafah dan teknik kini tidak
sama dengan silat zaman dahulu yang hanya terbatas kepada silat tertentu sahaja namun,
ianya terus berkawan atau bersama dengan beladiri lain. Oleh itu, silat kini dapat dilihat
dengan pelbagai variasi, teknik dan juga nama hasil daripada perhubungan dengan seni
beladiri lain.
Walau bagaimanapun, kelemahan silat kini adalah tidak mempunyai cacatan bertulis
yang mana, sumbernya diambil daripada sumber lisan yang disampaikan oleh orang
terdahulu.

6.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Alat muzik tradisional

Gambar 3: Senjata Silat

Gambar 2: Gelanggang

Gambar 4: Gelanggang Silat Olahraga

10

7.0 RUJUKAN
The Brunei Times; Halaman Bahasa Melayu, (Januari 2010). hlm 3
Jabatan Warisan Negara. Capaian daripada; http://www.heritage.gov.my/index.php/warisantidak-ketara/adat-a-budaya/seni-pertahanan-diri, (10 Oktober 2016).
Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir, (2001). Seminar Persuratan Pahang (Seni Silat Jatuh di
Pahang: Konsep & Perbandingan dengan Pencah Silat). Kuantan.
Kosmo Online. Siti Nor Afzan Kasiman. Bersilat ditengah Hutan. Capaian daripada
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0108&pub=Kosmo&sec=
Rencana_Utama&pg=ru_05.htm. (10 Oktober 2016).
Utusan

Online,

(2015).

Silat

dalam

Peredaran

Zaman.

Capaian

http://www.utusan.com.my/rencana/silat-dalam-peredaran-zaman-1.56805
Jun18, 2015. Capaian daripada http://documents.tips/documents/sejarah-awal.html

pada

Anda mungkin juga menyukai