Anda di halaman 1dari 27

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya,

dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2008.

Saya Mohamad Iqhwan Bin Izhar mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang

diberikan oleh semua

pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang

sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses

menyiapkankerja kursus ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya

iaitu Pn. Nur Azura. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya

melengkapkan dan menjayakan kajian ini . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu

Muhd. Aqil Aqra dan Mohd. Faiz Bin Roslan yang bersama-sama menyiapkan tugasan

ini. Jasa mereka amat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat.

Sekian………….
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara

yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan

Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan

setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri


KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A)Orang Sumber

Abdul Razak Bin Mahamud, 51 tahun, No. 15, Kg. Seriab, 01000 Kangar Perlis.

(B) Buku Ilmiah

(C)Pemerhatian

~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(E)Penyelidikan

~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.
PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PENDAHULUAN

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih

popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di

padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum

termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir

Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan

festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang

di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan

evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari

negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja

sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang

menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut

sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu

menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak

gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari

perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai

Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad

bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur

yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu

yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang

dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam
yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga.

Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali

dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya

yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi

jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi

kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini

antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan

yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini

ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti

gendang dan seruling

Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada

kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,

kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk

menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin

menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.


5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan

seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada

bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah

benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah

dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang

pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut
lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau

tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas

bagi wau.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu

Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini

haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah

negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi

terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan

dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat

diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

PERMAINAN WAU

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang

di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi

kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di

antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.

Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,

wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau

lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan

yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah

wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat

Wau bulan pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan

wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini

masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk

permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan

lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan
kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk

rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan

yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.

Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan

bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau

mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti

alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat

tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,

ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang

masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau

pertandingan wau antarabangsa.

RUMUSAN

1)Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara

Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di

negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan

lebih mendalam tentang adat perkahwian orang melayu. Bak kata perpatah melayu, tak

kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati adat

perkahwinan orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya

bangsa yang begitu unik dan indah. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali

dan memahami adapt-adat perkahwinan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan

timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang

timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin

berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat

masyarakat antarakaum.

Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia

yang berbilang kaum ini terus berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga

dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta

sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysi.

2)Umum mangetahui bhw M'sia merupakan sebuah ngr yg b'jaya memupuk semangat

perpaduan di hati rakyatnya yg berbilang kaum. Namun itu bukan sesuatu perkara yg
mudah utk dilakukan dlm jangka masa yg t'dekat. Oleh itu, usaha utk memupuknya tlh

dimulakan sejak ngr belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini

bleh dilihat jelas hasilnya. Tetapi kita masih perli melekukan sesuatu utk memastikan

perpaduan ini b'terusan.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan

maruah bangsa dan ngr. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yg menetap di

ngr ini. Dlm masa yg sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dgn

penuh rasa hormat dan bekerjasama.

Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yg

berkaitan dgn bangsa dan ngr. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap bgr, maka

masyarakat akan moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat utk setia kpd ngr.

Dalam masa yg sama, perpaduan akan wujud kija kita sentiasa bekerjasama dan

tolong- menolong antara satu sama lain. Ia akan bersemangat kekitaan pd diri rakyat

Malaysia.

Latar Belakang Wau


Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan

negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai

Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad

bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk

kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih

digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan

Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan

kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi

dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi

serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih

popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di

padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum

termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah

diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals


International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat

memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang

di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China. Layang-layang pada

masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di

Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja

sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang

menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut

sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu

menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak

gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang
telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan Wau kucing Wau daun

Wau helang Wau Jalabudi Wau kenyalang

Wau merak Wau puyuh Layang-layang

Bahagian Perincian Wau


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada

kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,

kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk

menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin

menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau

dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.


4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang,

akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal

ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make

hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi

rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh

daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat

ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan

seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada

bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah

benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah

dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin

halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di

bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan

ia dibentuk.

5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok

pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,

tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan

dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,

satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan

buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-

tengah kepingan buluh.


Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian

tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut

seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh

yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.

Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala

wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala

wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang

pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut

lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka

bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan

wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas

bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam

di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan

daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna

diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan

menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan

warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.


Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah

dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini

permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar

bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula

memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai

salah satu aktiviti pada waktu terluang.


Kawasan yang sesuai

Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di

kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling

sesuai untuk menerbangkan wau. Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah

dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau

Tekanan angin

Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan

untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti

Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.

Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan

yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu

adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau

ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan

wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah

tali tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.

Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja

diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin.

Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin.

Sebelah lagi tangan memegang gelung tali wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau

naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan

Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal

penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke

tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu

angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti

menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.

Menurunklan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan

seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala

penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik

tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan.
Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali

wau ini disalut dengan serpihan kaca halus

Anda mungkin juga menyukai