Anda di halaman 1dari 7

TEMA: SENI DAN KEBUDAYAAAN

TAJUK: A. SAMAD SAID: SEJARAH RIWAYAT HIDUP DAN SUMBANGAN SERTA

KEJAYAAN PADA TAHUN 1935-2015.

DITULIS OLEH: NUR AIN BT MOHD SAHRUZ ZAMRI

Pengenalan

Nama sebenar A. Samad Said ialah Abdul Samad Muhammad Said. Beliau merupakan

salah seorang di antara Sasterawan Negara Malaysia. A. Samad Said telah menghasilkan banyak

karya seperti sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Sasterawan A.Samad Said

merupakan seorang sasterawan negara yang telah banyak menghasilkan karya yang tinggi

nilainya. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunanya membaca karya-karya orang lain

menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil.

Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah riwayat hidup A.

Samad Said dari tahun 1935 hingga 2015

Seterusnya, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengetahui sumbangan dan kejayaan

A. Samad Said dari tahun 1935 hingga 2015.

Permasalan Kajian

Esei ini akan menjelaskan mengenai bagaimanakah sejarah riwayat hidup A. Samad
Said dari tahun 1935-2015.

Di samping itu, esei ini juga turut menjelaskan apakah sumbangan-sumbangan dan

kejayaan-kejayaaan A. Samad Said antara tahun 1935-2015.

Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu aspek kajian, tempoh dan

isu kajian. Dari segi aspek kajian, ianya mengisahkan mengenai sejarah riwayat hidup A. Samad

Said.

Dari segi tempoh kajian,ia dikaji dari tahun 1935-2015 ,kerana di antara tahun tersebut,

bermulah perjalanan kerjaya beliau sehingga diiktiraf sebagai Sasterawan Negara.

Dari segi isu kajian,pula difokuskan kepada riwayat hidup A. Samad Said dan sumbangan

serta kejayaan beliau.

Sorotan Kajian Lepas

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang dijalankan mengenai A. Samad Said di

Malaysia. Kajian lepas yang dijalankan mengenai A. Samad Said antaranya adalah melalui

Berita Harian Online, pada 17 Ogos 2017 yang bertajuk “Pandangan Samad Said bercanggah

realiti sastera mutakhir” yang ditulis oleh Lufti Ishak. Rencana ini menceritakan mengenai

pandangan yang telah dikeluarkan oleh A. Samad Said mengenai nilai-nilai sastera pada zaman

moden ini.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Asrul Azuan Mat Dehan* , dan Hajah Nor

Azuwan Yaakob dari Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia pada tahun 2015 yang bertajuk “Teknik Retorik dalam Novel Salina.
Karya A. Samad Said”. Kajian ini menceritakan mengenai teknik retorik yang terdapat dalam

novel Salina.

Seterusnya, terdapat juga rencana yang membuat kajian mengenai beliau. Kajian ini

dilakukan melalui Utusan Online, pada 04/06/2002 yang berjudul “Penerokaan karya A. Samad

Said” yang ditulis oleh Mokhtar Yusof. Rencana ini menceritakan mengenai sebuah buku yang dihasikan

khas untuk membantu para pelajar untuk lebih mengenali siapakah A. Samad Said dan apakah yang telah

dihasillkan oleh beliau.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang dijalankan ialah kajian kepustakaan(bertulis) untuk memperoleh

sumber primer dan sekunder. Selain itu, kaedah melalui laman sesawang juga digunakan . Di

samping itu, pengkaji akan menggunakan kaedah temubual untuk memperoleh sumber sumber

lisan bagi memantapkan lagi penulisan ini . Temubual akan dilakukan dengan orang

sumber yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan

Pembahagian struktur isi

Secara keseluruhannya , kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian

pengenalan , isi, dan kesimpualan. Dalam bahagian pengenalan , pengkaji akan menjelaskan

sejarah riwayat hidup A. Samad Said dari tahun 1935-2015.

Pada bahagian isi pula , pengkaji akan meneliti secara terperinci mengenai sumbangan-

sumbangan A. Samad Said dari tahun 1936 hingga 2015.

Aspek terakhir ialah kesimpulan, pengkaji akan menyatakan secara ringkas mengenai

riwayat hidup A. Samad Said serta kejayaanya.


Penutup

Secara keseluruhannya , diharapkan kajian ini akan membantu lebih ramai lagi

masyarakat untuk menyedari akan sumbangan dan kejayaan yang telah diperoleh A. Samad Said.

Selain itu, diharapkan bahawa lebih ramai lagi anak-anak muda akan mengikut jejak langkah

beliau dalam menaikkan nama negara. Di samping itu, kajian ini turut mengkaji riwayat hidup

beliau dari tahun 1935 hingga 2015 yang telah mengiktiraf beliau sebagai seorang Sasterawan

Negara.
Bibliografi

Sumber Primer

Sumber Buku:

Rosnah Baharuddin, BIOGRAFI A. SAMAD SAID: MEMBERI HATI NURANI (Wisma

ITBM, Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. 2012)

Sumber Sekunder

Sumber Internet:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sasterawan_Negara_Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/A._Samad_Said

http://ridzuanmohammad.blogspot.my/2012/06/samad-said-sasterwan-rakyat.html

http://diniahfalahiah.blogspot.my/2012/01/tan-sri-samad-ismail-sejarah-hidup-dan.html

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4768

https://penselpatahtunteja.blogspot.my/2016/10/a-samad-saidsasterawan-negara-1986-dan.html

http://www.ujanailmu.com.my/cat_a_samad.cfm

https://ms.wikipedia.org/wiki/A._Samad_Said#Anugerah_dan_Pencapaian

https://suarapenyairblog.wordpress.com/karya-karya-a-samad-said/

Sumber lisan

En Rosli Bin Dhobi (58 Tahun), 15 Februari 2018, Guru mata pelajaran Sastera KiSTARP

En Saari Bin Sanusi (57 Tahun), 27 Februari 2018, Guru mata pelajaran Sastera KiSTARP
Noor Hidayah Bt Mohd Sahruz Zamri (21 Tahun), 13 Mac 2018

Pn Norsyakila Bt Mohd Nayan (47 Tahun), 5 Mac 2018, Guru mata pelajaran Sastera SMK

Bagan Terap

Anda mungkin juga menyukai