Anda di halaman 1dari 7

PUISI MELAYU ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

 Perang Dunia Kedua dan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu beri kesan kepada
pemikiran & mentaliti orang Melayu.
 Slogan “Asia untuk Asia” & “Kesemakmuran Asia Timur Raya” — cetus semangat
anti-Barat.
 Jepun kawal media massa.
 Percetakan akhbar & majalah diambil alih.
 Badan penapis ditubuhkan.
 Kebebasan mengeluarkan pemikiran & pandangan terbatas
 Perlu selari dengan dasar/propaganda Jepun
 Tahun 1941-1945, hanya 12 akhbar/majalah diterbitkan
 Matahari Memancar, Cermin Hidup, Suara Timur, Pancaran Matahari, Semangat
Asia, Fajar Asia, Berita Malai
 2 penerbit utama: Malai Shinbun Sha (Berita Malai & Semangat Asia) dan Sensei
Malai Kensetsu Sha (Fajar Asia)
PUISI MELAYU ERA PENJAJAHAN JEPUN
 Jumlah terhad, tidak memberangsangkan – lebih kurang 60 orang penyair dengan
kurang daripada 100 buah puisi
 Penyair: Sharif Sukar, Ahmady Asmara, M. Kidin, Asba, Gadis Muar, Putera Melaka
(Tanah Melayu); Masuri S.N., Mahmud Ahmad (Singapura); Hamka, A. Hasjmy,
Bachtiar Effendi (Indonesia)
 Tersiar dalam majalah bulanan Semangat Asia, Fajar Asia (2 kali sebulan), Cermin
Hidup (3 kali sebulan), Sinaran Matahari dan Matahari Memancar (mingguan)
 Situasi di Tanah Melayu berbeza dengan Indonesia yang rakyatnya sendiri terlibat
di dalam perang dan revolusi di Indonesia yang menentang Jepun dan Belanda.
 Tiada puisi di Tanah Melayu yang bertema perang yang begitu membuak dengan
semangat, lantang dengan perjuangan dan menggadai nyawa demi kemerdekaan
(Indonesia).
Aku

Kalau sampai waktuku


`Ku mau tak seorang `kan merayu
Tidak juga kau.

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang


Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku


Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari


Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak peduli


Aku mau hidup seribu tahun lagi.

(Chairil Anwar 1943)


Ciri-ciri Puisi Melayu Era Penjajahan Jepun
 Karya dicipta lebih teliti/hati-hati; unsur simbolik/maksud tersirat/halus → serlah
peningkatan daya kreativiti.
 Secara umum, tidak banyak kemajuan berbanding era sebelum perang.
 Persamaan dari segi bentuk → pengaruh puisi tradisional.
 Perubahan dari nada pesimis, didaktik dan melankolik (mendayu-dayu) pada zaman
sebelum perang kepada nada optimis, propagandis dan patriotik

 Tema: Propaganda menyokong Jepun


 “Bunga Sakura” (Masuri S.N)
 “Syonan-Tokyo: Satu di Selatan, Satu di Timur” (Adi Satria);
 “Asia Baru” (N.A. Shah)
 “Asia Raya” (Indera Maya);
 “Masih Berperang” (Bachtiar Effendi)
 “Oh Malaya!” (Gadis Muar)
Bunga Sakura

Baik di gunung, di kampung, di tanah lapang


Sayup hingga penghabisan mata memandang
Bunga Sakura makmur berkembang
Jadi lambang semangat berjuang.
Oh Malaya!
Ah! Sukmaku ragu tertanya-tanya
Apakah tak salah penglihatan Oh Malaya! Tanahairku kami berseru
Kabuskah tak salah penglihatan. Negeri yang makmur aman lagi berbahagia
Syukurlah kerajaan Nippon datang meluru
Kabuskah atau awan Melepaskan Malaya daripada cengkaman British yang aniaya.
Lantaran kembang mekar
Bak kapas dibusar. Oh Malaya! Bertuahlah kamu masa ini
Semenjak kerajaan Nippon datang memerintah di sini
Disinari matahari pagi Menjalankan tadbir yang sempurna besar dan seni
Indah berseri menawan hati
Ah! Bunga Sakura pujaan perwira Panjangkanlah umurnya mudah-mudahan dikurniakan
Rabbani.
Berkembang semerbak ke mana-mana.
(Gadis Muar)

(Masuri S.N. 1944)


 Tema: Memancarkan bibit nasionalisme;
 “Ros Kupuja” & “Perajurit Negara” (Masuri S.N)
 “Bahasa dan Bangsa” (Muhammad Hassan Abdul Wahab)
 “Ibu dan Tanah Air” (Thaharuddin Ahmad)
 “Di Atas Runtuhan Melaka Lama” (Hamka)
 “Melayu Muda” (Bachtiar Effendi)
 “Oh Bangsaku di Muar…!” (Ninu al-Muari)

Contoh : Bahasa dan Bangsa


Bahasa boleh melemahkan pedang
Menewaskan musuh yang masih gadang
Bahasa pula bukan kepalang
Patutlah kita menaruh pandang.

Oh bahasa, kamulah senjata


Kepada kamu aku bercinta
Dengan kamu aku meronta
Buat menjaga bangsa dan nusa.
(Muhammad Hassan Abdul Wahab 1942)
 Tema: Peribadi dan berunsur keagamaan
“Senjakala” (Masuri S
“Mengenang Jasa” (Zubir Salam)
 “Selamat Hari Raya” (H. Ali M.S. Saleh) “Ibarat Kebangsaan” (Abdul
Abbas).

Contoh : Senjakala

Sungguh nyaman buaian angin


Membawa bisikan suara Mu’azzin
Mengajak insan berjihad raga
Mengabdi kepada Tuhan Yang Esa.
(Masuri S.N. 1944)

Anda mungkin juga menyukai