Anda di halaman 1dari 20

SEMINAR

PERSURATAN PAHANG

:Menjeja Warisan IPalianlJ


Pemikiran Sasterawan

Negara Keris Mas Dalam


Menembusi Psikologi Cerpen-Cerpen Terakhir
Oleh:

Prof.

Madya Dr. Mohamad Mokhtar Hassan

27

Tempat

28 Oktober 2001

Auditorium Taman

Budaya,

Kuantan

)f. njuran (jjersama:

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP)


Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

<f)enoan 1(erjasama
Yayasan Pahang
Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP)
Kerajaan Negeri Pahang

II
.

"

PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA KERIS MAS


CERPENMCRPEN TERAKHIR

DALAM MENEMBUSI

P&lt<LOGI

Oleh
Mohamad Mokhtar Hassan
Akademi Pengajian flelayu
Universiti Malay"

Pengenalan
Dalam

laporan

Sasterawan

Panel

Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan

Negara kepada Kamaludin Muhammad

Keris Mas, telah

memperakukan

bahawa

sahaja memperlihatkan daya seni


seorang

dan

atau lebih dikenali

sebagai

"cerpen-cerpen Keris Mas

bukan

kreatifnya tetapi juga watak peribadl

nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan, kekolotan dan

khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme; dan


seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan tani.

Sebagai seorang penulis

yang percaya

tema ini semua dioawakan dalam


.

panel

itu lebih

dihasilkan

jelas dikemukakan

sehingga

tahun 1960-an,

Bangsawan" (Suluh Malaya,

1 Jun

seni untuk

kepada

cerpen-cerpennya".'

masyarakat,

tema

Ternyata tanggapan

berdasarkan cerpen-erpen Keris Mas yang


iaitu bermula

dengan cerpen "Wasiat Orang

1946) sehingga cerpen yang dihasilkannya

pada tahun 1960-an, iaitu "Salah Pimpin" (Utusan Pemuda, 6 Ogos 1960).

Pada hakikatnya Keris Mas sudah mula menulis sejak tahun 1938 lagi

bukannya mulai tahun

sepertimana yang dikemukakan oleh ramai peneliti

1946

sastera/ Cerpen awalnya

diterbitkan

dalam

majalah Pandji Is/am, Medan

sebanyak dua kali keluaran. Waktu itu majalah Pandji Islam cukup terkenal

berpengaruh

di

dan

lndonesia."

Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Persuratan Pahang, Anjuran Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Pahang; Universiti Pendidikan Sultan Idris; Dewan Persuratan
Melayu Pahang dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang di Auditorium
Taman Budaya, Kuantan pad a 27 28 Oktober 2001.
-

Sebagai tokoh pengasas Angkatan Sasterawan 50, cerpen-cerpen yang


dihasilkannya sesuai dengan perjuangan angkatan
Untuk
cita
.

itu

dengan slogan "Seni

Masyarakat". Keris Mas memilih bidang cerpen untuk menyampaikan cita

politiknya. Dengan bakat

Mas melihat

dan

kepekaannya terhadap alam sekeliling, Keris

masyarakatnya sebagai kelompok

menghadapi segal a

manusia yang mencari kekuatan

bentuk cabaran dan penindasan. Justeru itu,

karya-karya

sebagai lam bang perjuangan masyarakat ke arah pembebasan

cerpennya

daripada belenggu penjajahan, penindasan


oleh Keris Mas dalam

menulis untuk

sostal."

dan ketidakadilan

temuramahnya dengan Abdullah Tahir

melepaskan gelombang

perasaan.

Saya

Ini

ditegas

bahawa

"saya

berfikir saya harus

menyampaikan idea saya tentang pembangunan bangsa Melayu untuk berjuang

mendapatkan kemerdekaan, meniupkan semangat kebangsaan dan menentang

penjajahan,

dan mereka yang bersekutu

dengan pihak penjajah. Saya juga

menentang fahaman kolot, feudalisme, dan say a juga menentang pak-pak lebai
kolot. Itulah sikap dan
semua

melalui

kerja ini,

saya tidak akan

cerpen Keris Mas yang telah dihasilkan

cerpen-cerpennya

dimuatkan dalam

1977), tetapi
dihasilkan

"Ekor

antoloql

itu

telah

(Dewan Sastera,

sehingga tahun

1960-an itu kerana


terutama

(Penerbit Fajar Bakti

menganalisis lima

1980-an.

memperkatakan cerpen

banyak diperkatakan

Patah Tumbuh

saya akan cuba

pada tahun

"Hallucination"

melampiaskan itu

karya sastera, terutama dalam bentuk cerpen dan rencana"."

Namun dalam kertas

anal isis

saya dan saya

perjuangan peribadi

Kuala

yang

Lumpur,

buah cerpen terakhir yang

Cerpen-cerpen yang dimaksudkan itu ialah

Mei

1981),

"Nenek"

(Dewan Sastera, Mei 1981),

Kepala" (Dewan Sastera, Julai 1989), "Cerita Sebuah Mimpi" (Dewan

Budaya, Ogos 1989) dan "Masanya Sudah Terkunci" (Di Sebalik Jende/a
Utusan,

1989).6

Maksud terakhir, berdasarkan

kepada lima cerpen terakhir yang

dimuatkan dalam antologi Keris Mas yang bertajuk Keris Mas:


1946-1989

(Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala

Kumpulan Cerpen

Lumpur, 1992)

dan terakhir

berkemungkinan lima cerpen terakhir sebelum Keris Mas kembali ke rahmatullah

pad a

9 Mac 1992.

Keris Mas dan ASAS 50


Keris Mas anak

jati Negeri Pahang dilahirkan pada

10 Jun 1922 di

Kampung

Ketari, Bentong. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Benus,

Bentong hingga darjah


layak

untuk

V.

Dengan

melanjutkan pelajaran

hasil

ke Maktab

Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh

pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluanq

kerana amalan

keluarganya ke Sumatera untuk mengikuti

itu. Keris Mas lalu dihantar oleh

pelajaran

keputusan peperiksaan yang baik, beliau

di Tawalib

School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar

bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Sewaktu Keris Mas di sekolah

beliau

menyertai persatuan

menengah,

sastera. Waktu itu beliau ban yak membaca

majalah

Pujangga Baru dan buku-buku Balai Pustaka. Itulah yang mempengaruhi beliau
untuk menulis. Beliau mula

apabila

beliau

asyik menulis cerpen dan bertambah gila menulis

belajar kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Kulliahtul

Muallimin AI-Islamiah

(Maktab Perguruan Islam)

untuk

mengambil Diploma

Perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama. Di kolej ini bahasa
pengantarnya ialah bahasa Indonesia dan bahasa Arab, di samping bahasa
Belanda yang

dijadikan sebagai salah

Inggeris sebagai

mata

pelajaran wajib,

peperiksaan

Mas

bukannya jurusan agama sebagaimana yang

keluarqanya.'

Pada tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah

Singapura,

dan bahasa

pelajaran tambahan. Walau bagaimanapun, Keris

telah lulus dalam IImu Umum dan

diharapkan oleh

satu mata

diri

mendaftarkan
matrikulasi

dengan

Universiti

Pitman

London.

Melayu dan kemudian

College

untuk

ke

mengambil

Pelajarannya terhalang kerana

meletusnya Perang Dunia Kedua." Keris Mas pulang ke Pahang dan menjadi
guru di Madrasah Khairiah, Temerloh

ketika yang

sama

Kedua, pad a tahun

pada tahun

1946

juga, selepas Jepun menyerah


1946 beliau

(PKMM) cawangan Pahang

dan

hingga

tahun 1947. Pada

kalah dalam

Perang Dunia

menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya

rnenjawat jawatan Pegawai Penerangan. Pad a

tempoh-tempoh ini Keris Mas bergiat aktif menulis


cerpennya yang terkenal ialah "Wasiat

cerpen. Salah satu

Orang Bangsawan"

dan

daripada

pad a tahun

1946

juga beliau telah menghasilkan


Rimba

Malaya.

novel pertamanya yang

Pada tahun 1947, Keris Mas berhenti dari

berhijrah

ke

bertajuk Pahlawan

Singapura

lalu

bekerja dengan

pengarang. Ketika ini Keris Mas

bergiat

di dalam PKMM dan

akhbar Utusan

Melayu sebagai

banyak menulis karya-karya

cerpen dalam

majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Dengan kesempatan ini, Keris Mas
menyalurkan semangat nasionalisme melalui karya-karya yang dihasilkannya.

Bagi Keris Mas, inilah salah


masyarakat

dan

satu

jalan yang paling efektif untuk menyedarkan

menyampaikan cita-cita murninya,

kemerdekaan tanah air.

iaitu

untuk

mencapai

Dengan cita-cita inilah, Keris Mas beserta beberapa

penulis muda yang lain menggabungkan


kesusasteraan yang dikenali

diri

mereka ke dalam satu badan

sebagai Angkatan Sasterawan

50 atau ASAS

50.10

Sepertimana yang ditegaskan oleh Keris Mas bahawa dalam lapangan


sastera, "semua anggota ASAS 50 menganut

semacam

gaya yang bernafas

baru, menggunakan gaya bahasa yang lebih segar dari angkatan penulis-penulis
lama,

menggunakan tema kemasyarakatan,

politik

dan

kebudayaan yang

bertujuan membangkitkan semangat kemerdekaan, semangat berdikari sebagai


.

satu

bangsa. Yang punya kehormatan dan identiti sendiri, membela keadilan dan

menentang

penindasan...

golongan-golongan .yang
Kami

amalan

mengkritik

Kami

mengkritik kepincangan

kami anggap

penjajahan

menjadi
dan

alat melahirkan

masyarakat dan

kepincangan itu.

alat-alatnya iaitu golongan atasan,

golongan yang sudah beku jiwanya oleh pengaruh feudal dan ajaran-ajaran

tahyul,

dan

ajaran kolot yang berhubungan dengan

Selepas berpindah sebentar


Walaupun Keris

di

aqarna."!'

Melayu Raya,

beliau kembali ke Utusan.

Mas sudah mulai menulis sebelum ke

berkhidmat di Utusanlah beliau

berbuat demikian

Singapura, tetapi

semasa

paling banyak menghasilkan cerpen. 8eliau

sebagai seorang yang telah diberi tugas

untuk

mengendalikan

Utusan Zaman dan Mastika, iaitu


diterbitkan oleh

Menurut

bertajuk "ASAS

Syarikat

sastera yang

Melayu.12

Utusan

kajian yang dilakukan oleh S. Husin


50 dan Cita-cita

ASAS 50 yang aktif itu dapat


ialah

mingguan dan bulanan bercorak

Ali dalam

artikelnya

yang

Kemasyarakatannya" bahawa anggota-anggota

dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu "pertama

golongan Cecil Street atau Utusan Me/ayu (tokoh-tokoh penting ialah Keris

Mas, Asraf, Usman Awang dan Awam il-Sarkam); kedua golongan Jalan Sultan
atau

Harmy (tokoh-tokoh penting ialah Hamzah, Jymy Asmara dan Rosmera)

dan

ketiga

ialah

golongan

S.N).13 Golongan

Masuri

guru sekolah

(tokoh-tokoh penting ialah Mas dan

Cecil Street atau Utusan

radikal kerana baik Keris Mas mahupun Asraf,

parti politik. Sebagai

wartawan di Utusan

dengan pemimpin nasionalis seperti

Me/ayu

dikatakan

golongan

kedua-duanya terlibat aktif dalam

Melayu,

A. Samad

mereka amat

berhubung rapat

Ismail, Dahari Ali dan Salleh

Daud. Mereka amat kuat dengan semangat anti-kolonial dan sepertimana yang

dinyatakan oleh Profesor Ungku Maimunah bahawa "they perceived freedom


from colonial rule

as

'integral

to

literary

struggle,.,,14

Malah Keris Mas

menyertai

sebagai sasterawan, tetapi sebagai ahli politik. Sewaktu

Utusan

Me/ayu

PKMM

mengadakan Kongres pada tahun 1947, Keris Mas dimasukkan ke

Utusan

bukan

Me/ayu melalui pengaruh parti, pengaruh

Ishak

Haji Muhammad,

pengaruh Dr. Burhanuddin, dan melaluipengaruh A. Samad Ismail. Keris Mas


adalah salah seorang

Perkhidmatan

daripada

Keris

inner circle

Mas

parti.

15

dengan Utusan Melayu tidak

lama kerana

apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956, Keris Mas
berkhidmat

pula di Dewan Bahasa dan Pustaka yang ketika

Johor Bahru. Keris Mas berkhidmat


10 Jun 1977

dan

itu

pejabatnya

di

dengan DBP sehingga beliau bersara pada

dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Bahagian Pembinaan

Pengembangan Sastera. Semasa tempoh

menulis lima buah cerpennya yang

persaraan inilah beliau telah

juga

menjadi kajian analisis dalam kertas kerja

ini.

Dari Lima

Cerpen Terakhir

Keris Mas

Keris Mas kembali aktif menulis cerpen

tahun 1980-an, setelah cerpen

pada

"Salah Pimpin" diterbitkan pada Ogos 1960. Dengan menggunakan pendekatan


Keris Mas menghasilkan cerpen "Hallucination".

psikoloi,

Cerpen

"Hallucination"

mengisahkan watak 'aku' yang didatangi dengan pelbagai igauan. Menurut


doktor 'aku'
tidak

mengalami hallucination, iaitu melihat sesuatu yang sebenarnya

wujud. Ketika berada di katil sebuah wad, 'aku' didatangi igauan peristiwa

tentang ayah dan ibunya yang dinasihati oleh Tuan Guru supaya meminangi
seorang

gadis untuk 'aku' supaya mengelakkan 'aku' melakukan perkara-perkara

yang berdosa

seperti

zina.

Igauan

itu

kemudiannya diganggu oleh beberapa

perkara seperti pesakit di sebelahnya dan kedatangan pekerja yang membawa


minurnan.
di

ini 'aku'

Igauannya datang kembali. Kali

pejabatnya

yang memakai

mengenali gadis
itu membuka

itu.

baju kurung

dan

teringat akan seorang gadis

bertudung. 'Aku' tertarik

untuk

Igauannya terhadap gadis itu menjangkau sehingga gadis

pakaiannya. Igauannya

itu tersentak

apabila

ia

teringat bahawa ia

sedang berada di sebuah katil di sebuah rumah sakit. 'Aku' kemudiannya


melamun

pula kepada peristiwa kawannya Karim dan

kerana berkhalwat.

yang amat

terhadap gadis itu selalu gadis

mengerikan ketika berada dalam

berdiri

di

sarna

situ

itu bertukar

suatu suasana

bertelanjang

menjadi

suatu

pesta yang dihadiri

wan ita.

takjub, hairan
mengenalnya, tiada siapa yang dikenalnya
bertolak-tolakan

itu berkeadaan

kalanya igauannya terhadap gadis

oleh kebanyakannya terdiri daripada kaum

"Dia

ditangkap basah

Igauannya kembali terhadap gadis yang bertudung lingkup,

Dalam renungannya

bulat. Malah ada

Ami

terpesona. Tiada siapa


kecuali ayah dan ibunya yang
dan

sendiri. Tiba-tiba hadir Tuan Guru marah-marah dan

membaca-baca. Tuan Guru memegang

bahunya. Tiba-tiba hadir pula gadis yang


menarik hatinya, yang bertudung lilit itu. Dia mahu ke depan ke arah gadis
tersebut. Kakinya seperti diheret kuasa ghaib tetapi langkahnya tidak bergerak,
Dia sebenarnya merasa diheret dari satu tempat keras seperti simen di mana
kakinya terbenam. Tuan Guru menolongnya hingga dia boleh bergerak ke depan
selangkah demi selangkah. Tubuh bergelimpangan di sana sini. Satu demi satu
memalingkan muka dari gad is bertudung lingkup itu. Satu demi satu menjeritkan
kebencian dan ketakutan; mencari-cari perempuan-perempuan yang tadi
demikian ramai tetapi sekarang telah menghilang. Gadis bertudung lingkup itu
am at

hampir dapat dicapainya dengan kedua-dua tangannya. Tiba-tiba kakinya


lagi, terbenam ke dalam simen yang keras. Tuan Guru sudah tidak ada
lagi di sisinya. Tetapi ayah dan ibunya masih ada di situ tidak mempedulikannya
sedikit juga pun. Gadis itu tiba-tiba membuka tudung lilitnya. Kelihatan
rambutnya panjang, hitam lebat, menghurai lepas sampai ke tanah. Gadis itu
membuka bajunya, membuka setiap cebis kain yang melekat di tubuhnya. Tubuh
itu sekarang ditumbuhi duri-duri tajam. Duri-duri itu makin lama makin panjang
menjulur hendak mencucuk dirinya. Dia ingin menjerit tetapi mulutnya hanya
ternganga tidak mengeluarkan suara. Dia ingin menegah kejadian itu. Dia ingin
melihat dan mendekati gad is itu dalam bentuk asalnya tetapi keinginannya tidak
dapat dikatakannya. Hatinya tiba-tiba menjadi gusar, menjadi marah; terlalu
gusar, terlalu marah. Tangannya tiba-tiba mempunyai sebatang kayu seperti cota
dan dengan cota tu dia memukul gadis tersebut" (him. 703)
terhenti

Melalui watak 'aku', Keris Mas telah

menjangkau

Dalam keadaan mereka yang terlantar sakit,

di bawah

sedarnya.

pesakit kadang kala didatangi

dengan berbagai-bagai igauan dan kenangan lampau. Ada igauan mahupun


kenangan yang menarik, menyeronok dan menghiburkan tetapi sebaliknya ada

igauan dan kenangan

yang amat menakutkan dan

perasaan ini lantaran dialami

bagi

mengerikan. Permainan

mereka yang dilanda

kesunyian

atau lantaran

berbagai-bagai tekanan yang dihadapinya.

Keris Mas mampu

Menariknya,
itu

menampilkan gambaran-gambaran igauan

dengan penuh real sehingga adanya gangguan-gangguan yang berlaku yang

memecahkan

igauan

membawa minuman,
sebelah

'aku'.

Sebagai misalannya kedatangan pekerja

kedatangan seorang jururawat dan ganguan pesakit di

katilnya yang mengganggu igauannya berjalan lancar.

Walau apapun, cerpen ini bukan


watak

yang

'aku'

yang

sedang

sahaja berjaya mengungkapkan psikologi

terlantar

di

hospital

namun

pengarang

juga

menampilkan beberapa pemikirannya yang dapat dijadikan renungan dan iktibar.

Sebagai misalannya gejala


kes khalwat. Ini

sosial yang melanda

digambarkan

melalui

masyarakat hingga berlakunya

kenangan terhadap Karim dan Arni yang

ditangkap basah kerana berkhalwat dalam bilik yang mereka berkongsi berdua.

Bagi Keris Mas

ia

merupakan "skandal

busuk"

(him. 697).

Busuk bukan

sahaja

kepada

nama

kedua-dua pasangan itu,

malah

kedua-dua

kepada

keluarga

mereka termasuk sanak saudara mereka. Justeru itu Keris Mas menamakan

sebagai "skandal busuk".

Keruntuhan

muda-mudi

moral

kelakuan Karim dan Ami,

pakaian

wanita-wanita

diungkapkan

bukan

sahaja

diperlihatkan

melalui

tetapi juga dengan adanya majlis berdansa dengan


penuh

yang

oleh Keris Mas

seksi.

Gambaran

gejala

betapa runtuhnya maruah muda-mudi

sosial

ini

kini:

"Dia pergi ke suatu pesta, seorang diri. Manusia ramai sekali, berpakaian
indah-indah.
yang
Tetapi yang di hadapan sana itu wanita belaka; perempuan
perempuan yang macam terbit, muncul dari sinar api yang bernyala di belakang
sebuah pentas raksaksa. Makin lama perempuan makin ramai. Semuanya
menari-nari lemah gemalai dengan pakaian hebat-hebat, berbaju labuh-Iabuh
tetapi longgar-Ionggar dan berbelah-belah seperti koyak rabak dari pinggang
sampai ke kaki, menampakkan paha putih-putih sampai ke pangkalnya. Warna
berkecamuk menggila-gila; Merah, kuning, jingga dan unggu, menyilaukan
seluruh pesta. Orang bersorak-sorak, mengeluh-ngeluh, mengangkat dua belah
tangan menadah dan melambai" (him. 702).

Demikianlah

gambaran di sebuah majlis pesta

digambarkan menjadi gila. Kaum wanita disanjung

tari

dan

menari.

Mereka

dipuja sepertimana

berbunyi: "Orang bersorak-sorak, mengeluh-ngeluh, mengangka!

ungkapan

yang

dua belah

tangan menadah dan melambai" (him. 702). Tetapi pada hakikatnya,

bagi Keris Mas,

wanita-wanita

mengoda manusia:.

Demikian

perempuan-perempuan
bermata besar hitam
lebar

itu

diungkapkan

yang tidak

dengan

bukannya

manusa

oleh

tetapi syaitan yang

pengarang

"terbit

lagi

terpermanai ramainya; muka-muka yang

bulu mata lentik

tajam, dengan senyum yang lebar

menunjukkan gigi yang putih-putih dan taring-taring yang talam-taian

Beberapa waktu berlalu dengan perempuan tidak berhenti-henti terbit, muncul


dan

hilang

dari latar sinar yang

menyala merah, kuning, jingga

dan unggu itu,"

(him. 702).
Meneliti

pula cerpen "Nenek" Keris Mas menjangkau jauh ke dasar jiwa

seorang nenek yang

tidak

lagi dipedulikan oleh

anak cucunya. Anak dan

cucunya

dengan sikap

membawa diri.

dan haluan

Bagi nenek,

masing-masing yang mengakibatkan nenek

rumah

tangganya ibarat nereka. Demikianlah

perasaan seorang nenek yang kecewa. Kekecewaannya itu diluahkan melalui


cucunya yang bernama Nani:

"Dia marahkan ayah, marahkan Nana, marahkan Kak Nona, marahkan


Abang Manan, marahkan semua orang. Tapi lebih sekali dia marahkan ayah
dengan Abang Adnan. Katanya Abang Adnan sudah gila isim, gila nak jadi Arab

celup; mengaji benda pelik-pelik tapi tak tahu jaga diri sendiri, tak ambit tahu hal
keluarga di rumah sendiri. Katanya lagi Abang Adnan sudah tua berjanggut tak
mahu kahwin-kahwin. Ada kerja ditinggalkan. Ada ayah dilawan. Derhaka. Dia
kata ayah gila masjid. Sembahyang, mengaji siang malam tapi anak cucu
bertaburan tak terpelihara. Abang Manan, katanya, gila uniform. Abang Karim
dan Kak Nona gila pangkat, gila rumah besar. Katanya semua ini gila; tak ada
seorang pun yang ingin menjaga Nani" (him. 718).
Akibat

daripada kekecewaan

itu yang

menyebabkan nenek membawa

diri.

Kehilangan nenek menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan kepada keluarga


Pak

Haji Shamsuddin.

Pak

Haji Shamsuddin termenung memikirkan kehilangan

ibunya itu. Keris Mas membawa pembaca menjangkau ke dalam psikologi watak
Pak

Haji Shamsuddin

Haji termenung di situ memandang lorong yang telah sunyi. Dulu tak
pernah begini. Masa ia masih muda, anak-anaknya masih belum dewasa, ia
menikmati hidup amat bahagia. Dunia ini seperti dia yang punya. Rumah? Anak?
Nenek? Semuanya tinggal di belakangnya. la hanya menghadapi dunia Kuala
Lumpur yang riuh dan mewah, mengejar sinar gemerlapan di waktu malam;
mengejar pangkat dan nama yang semakin hari semakin menjulang naik di
waktu siang. Bila sudah tua, anak-anak sudah ada yang beristeri dan bersuami,
rumah semakin tenang, tidak menimbulkan masalah yang perlu diperhatikan.
Isterinya. Ya isterinya. Semenjak telah pencen dan isterinya meninggal di Tanah
Suci barulah ia merasa ada kesunyian. Tetapi ia bersyukur kepada Tuhan ia
menemui dirinya, rnenemui kedamaian pula di masjid
(him. 710-711).
"Pak

"

...

Kekecewaan Pak

Haji Shamsuddin bukan sahaja terhadap nenek, tetapi

juga memikirkan anak-anaknya


maju dalam

pelajaran

dan

yang telah

yang

telah

menjadi liar, tidak mahu berusaha


bekerja meninggalkan pekerjaan.

Kekecewaan Pak Haji itu diungkapkan dalam ungkapan berikut ini:

"Beberapa jam kemudian pak haji sudah ada di masjid. Dan dia masih di
tikar sembahyang lama sesudah jemaah zuhur selesai. la sendirian di situ
berbicara dengan hatinya sendiri. Dulu masa isterinya masih hidup hal-hal
seperti sekarang ini tidak timbul. Nenek diam-diam sahaja dengan pecalnya.
Anak-anak tahu menghormatinya dan taat patuh kepada cara hidup yang
disenanginya. Budi bahasa, sopan santun, pakai patut, pergaulan dan pelajaran
anak-anaknya semua beres. la sekarang ingin berbuat yang mustahil, ingin
bercakap mengadukan malapetaka ini kepada isterinya. la mengucap istighfar
banyak-banyak. la berdoa diam-diam minta Tuhan kembalikan ketenangan dan
kebahagiaan dalam hidupnya" (him. 712).
Melalui

psikologi

watak-watak

itu

memperlihatkan betapa rapuhnya masyarakat kini.

keluarga

sudah tiada

lagi.

Erti kedamaian dan

sebuah

sayang

bersikap kurang ajar

dan

kepada kedua ibu bapa. Masing-masing dengan haluannya sendiri.

Masing-masing
dipentingkan
ke

Kasih

Mas

kebahagian yang dapat dinikmati

dalam sebuah keluarga tiada lagi. Anak-anak kini


menderhaka

Keris

kecewa,

yang

sudah

ialah

lupa tanggungjawab

mereka

terhadap keluarga. Yang

kekayaan dan pangkat. Ada pula yang terlalu mementingkan

masjid hingga melupakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Dalam

pada itu, Keris Mas juga mengemukakan pemikirannya bahawa

"keimanan seseorang tidak boleh

dipastikan dengan jubah

dan serban atau

dengan janggut dan jambang atau dengan makan sedulang beramai-ramai" (him.
715). Dengan erti kata lain, Keris Mas ingin menegaskan bahawa keimanan
seseorang

bukannya terletak pada pakaian, berjanggut mahupun

tetapi yang penting ialah "keimanan dan amal ibadat

715)

seseorang individu

itu.

Malah

Keris

Mas

cerpennya bahawa yang penting ialah hati dan iman

serta amal

cara

makan,

kebajikan" (him,

menegaskan lagi di akhir

(him. 722).

Akhimya nenek yang hilang itu ditemui oleh cucunya Nani dan nenek

mengharapkan "8ebelum ia
kasih sayang
Kers Mas

ayahnya

terhadap

mati ia

dan lekas kahwin"

ibu

bapanya,

maka

sekali melihat Nani kembali

mendapat

(him. 723). Demikianlah pengharapan

bapa supaya tidak mengabaikan tanggungjawabnya

terhadap anak-anak kerana jika


kedua ibu

ingin

anak tidak

mendapat kasih sayang daripada

kebahagiaan rumah tangga akan hancur.

10

Oi

sam ping

pemikiran

dalam,

yang

falsafahnya. Ini diperlihatkannya melalui


memaparkan

manusia yang tidak

Keris Mas, manusia kini

Kebanyakan

manusia

cerpen yang

Mas

juga

menampilkan

bertajuk "Ekor". Cerpen ini

berpendirian dan tidak punya pegangan. Bagi


turut malah manusia yang

menjadi pak
selalu

Keris

terikut-ikut.

Menurut

Keris

kurang kualiti.

Mas

lagi "orang

mesyuarat kita mesyuarat, orang kata merdeka, kita pun kata merdeka, orang
kata

politik kita kata politik, tapi kualiti

tak ada atau tak

pendirian.

seimbang

Kita commit

...

lni

ilmu

kita, kualiti kemahiran dan semangat,

masalah yang dialami kini.

Kita tidak ada

pada commitment orang lain. Orang nak kaya, kita pun

berjuang untuk kaya, terkenal, berjuang

untuk terkenal. Oleh sebab kemahuan

rakyat sekarang adalah hiburan, khayal, romantik kepada keindahan maka

banyak penyanyi jadi terkenal, penyajak pun ingin terkenal ala penyanyi,
mungkin tidak commit kepada apa-apa. Cerpen "Ekor Kepala" itu diproses
dengan idea seperti itu, memperlihatkan
tidak berkualiti

secara

psikologi betapa orang yang

menjadi pak turut"."

Justeru itu Keris Mas

mengajak

manusia supaya berani dan

berpendirian

tegas serta tidak menjadi pak turut. Hal ini yang ditegaskannya dalam cerpen
tersebut:

"Kamu mesti berani. Cabut kepalamu yang tergadai pada Tuan Keramat
kembalikan
itu,
kepada dirimu supaya kamu tidak hanya ekor tetapi juga kepala
untuk dirimu sendiri. Kamu mesti bebas merdeka untuk dapat berfikir dan

menjawab pertanyaan-pertanyaan hatimu sebelum Tuan Keramat atau


penggantinya yang kamu pilih dapat menguasai kamu kembali dan sebelum
kamu terus lekat menjadi ekor." (him. 731).
Malah Keris Mas

kembali

mengajak manusia supaya gunakan fikirannya dan

kepada kebenaran. Keris Mas menempelak mereka yang menjadi pak

turut kerana mereka ini

lain menguasai

diri

dianggap mengkhinati dirinya sendiri. Dibiarkan orang

kita

sendiri

dan

kita

hanya menjadi pak

turut

tanpa

menggunakan akal fikiran kita sendiri. Demikianlah yang diungkapkan oleh Keris
Mas dalam cerpennya itu:

II

"Kamu menghianati dirimu sendiri. Kamu mengadaikan kepalamu untuk


dipakai oleh Tuan Keramat yang kamu relakan menjadi kepalamu dan kamu
menjadi ekor semata-mata" (him. 731).

Demikianlah
manusia

yang

jauhnya pemikiran Keris

orang lain.

dipergunakan oleh
menjadi pak

turut

Bagi

Keris Mas

sesuatu yang

capai? (him. 726). Keris

Mas terus

sendiri

untuk

alangkah hinanya mereka yang


berfungsi

khas

sebagai

dikatakan bermaruah yang telah

menegaskan supaya manusia "berhenti

itu tidak akan boleh berfikir

menjadi ekor" (him. 727). Seseorang


ekor

dapat

diri

maruah

mengadaikan

"Dan kamu adalah orang lain yang

pengekornya. Apakah
kamu

telah

dianggap

Mas yang melihat keruntuhan umat

selagi menjadi

(him. 729).

T ernyata bahawa
zaman.
namun

Ini

ini

sungguh jauh menjangkau

dapat diperlihatkan ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi,

dengan kebijaksanaan Yang

beliau tidak
negara

pemikiran Keris Mas

menjadi ekor.

Amat Berhormat Perdana Menteri

Pak turut

Malaysia,

sepertimana yang dilakukan oleh negara

jiran seperti Thailand, Korea Selatan

dan Indonesia menerima

pinjaman

daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Dengan tidak menjadi


itulah maka negara selamat

daripada menjadi pak

turut

ekor

kepada negara-negara

barat.

Meneliti

pula cerpen "Cerita Sebuah Mimpi", Keris Mas memperlihatkan

gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat, iaitu perzinaan dengan isteri
hingga melahirkan anak. Cerpen

ini

mengisahkan watak Ali, seorang Pengawal

Keselamatan yang telah bersara dari angkatan tentera ditugaskan

Tugu Nasional. Ketika bertugas Ali tertidur. Dalam waktu itu


melakukan curang dengan isteri Amat. Namun ternyata
kisah

benar

apabila

ia

terjaga

dari tidur,

Ali

Ali

mengawal
bermimpi

mimpi itu merupakan

menerima

menyuruhnya datang ke hospital. Segala yang dimimpikan


tidur

orang

itu

panggilan talipon
bukannya mainan

tetapi merupakan realiti kecurangannya:

12

IIAli
ini

seperti sedang merealisasikan mimpinya. Dia berasa apa yang


tidak dirasainya begitu serius, tetapi sekarang menjadi begitu
membeban, menjadi dosa tidak terampun untuk sepanjuang hayatnya. Dia
melakukan perbuatan serong dengan isteri Amat bukan dengan kemahuannya
sendiri tetapi kemahuan yang menggila daripada perempuan itu" (him. 745).

selama

gejala sosial

Demikianlah

perzinaan

yang tidak terampun. Amat

curang itu bukan

di

dalam

masyarkat. Dosa

menyedihkan lagi bahawa perlakuan

sahaja dilakukan oleh isteri Amat, malah Amat juga bersikap

terhadap isterinya itu.

curang

berlaku

yang

Amat

juga

amat

menggilakan wanita-wanita cantik:

"lsteri yang cantik itu mendengar fitnah bahawa Amat bermain gila dengan
seorang janda muda... dia tahu benar sikap Amat terhadap perempuan,
terutama perempuan-perempuan cantik. Kelemahan Amat terhadap perempuan
sudah tidak menjadi rahsia lagi antara dia berdua
(him. 735-736).
"

...

Ternyata bahawa seolah-olah Keris


diterima oleh Amat

Mas

ingin menunjukkan balasan yang

terhadap kecurangan yang telah dilakukannya terhadap

isterinya, menimpa kern bali kepada dirinya apabila isterinya juga berlaku curang
terhadap diri

Amat.

Namun

bagi Keris Mas walau apapun perlakuan yang

dilakukan oleh mereka itu, ia


Melalui

mimpi Ali,

Amat

merupakan

terampun.

digambarkan ditimpa kecelakaan. Dirinya

ditindih oleh

meminta

pertolongan.

manusia-manusia lain dan ketika


Demikian

suatu dosa yang tidak

bangun,

Amat

menjerit

digambarkan oleh Keris Mas dalam mimpi Ali:

"Sekarang dia melihat Amat rebah bertindih-tindih dengan beberapa orang


seperjuangannya yang lain. Dia melihat juga beberapa orang askar musuh
ikut rebah
menjadi korban. Untuk seketika, jasad-jasad rna lang itu
bergelimpangan tidak bergerak, tetapi kemudian dia melihat Amat bangun
perlahan-Iahan daripada timbunan korban itu. Dia menggapai-gapai minta
pertolongan. Ali mencuba sekuat tenaga untuk bangun memberikan pertolongan
tetapi kaki dan tangannya seperti digayuti batu besar dan dia tidak dapat
bergerak sedikit pun. Sepanjang hayatnya inilah kali pertama usaha untuk
menolong kawan dalam perjuangan tidak dapat dilakukan kerana himpitan
semacam tenaga ghaib yang tidak kelihatan dan tidak difahami" (him. 736-737).
rakan

13

Penyeksaan yang dahsyat diterima oleh Amat apabila ia dililit oleh


beberapa ekor ular. Gambaran ini memaparkan seolah-olah bala yang diterima
oleh mereka yang berlaku curang dan melakukan dosa besar:

"Amat merangkak pergi semakin jauh, semakin tidak mungkin dihubungi


Tiba-tiba
lagi.
beberapa ekor ular keluar merayap daripada celah-celah patung
penunggu Tugu Nasional yang gagah itu. Ular-ular itu datang mendekatinya dan
akhirnya seekor demi seekor mengambil giliran membelit tubuhnya, daripada
kaki, betis, paha, badan, tangan, lengan, bahu dan dadanya" (him. 738).

Ali yang

juga

telah melakukan dosa besar itu tidak terlepas

menerima bala. Bala yang

"Tiba-tiba

Amat

ditunjukkan

oleh Keris Mas dalam

mimpi

daripada

Ali:

sayap, kembang
menqepak-nqepak lalu
merangkum badannya yang terberkas itu dengan kedua-dua belah kakinya yang
telah menjadi kaki garuda, berkuku panjang dan bersisik besar-besar. Kemudian
dia be rasa dirinya mengapung di awang-awang. Dia sekarang diterbangkan ke
awan biru" (him. 738).

Walau apapun

Amat,

namun

dilakukannya.

Ali

tumbuh

perlakuan yang telah dilakukan oleh Ali terhadap isteri

seharusnya bertanggungjawab terhadap

Ali tidak

apa

yang telah

seharusnya melepaskan tangan. Justeru itu Keris Mas

menegaskan bahawa anak yang dilahirkan itu menjadi tanggungjawab

Ali untuk

disarainya:
"Sekarang tibalah masanya anak ini menjadi tanggungjawabmu. Aku tidak
minta apa-apa. Tidak juga menuntut atau membalas apa-apa, yang baik atau
yang jahat. Tapi anak ini adalah tanggungjawabmu" (him. 742).
Ternyata bahawa
sahaja sebuah cerita,

cerpen yang dikemukakan oleh Keris Mas ini bukan

namun

dalam dan bermakna untuk

sekadar mainan

mimpi,

di dalam

penuh dengan pemikiran-pemikiran yang

dijadikan pengajaran

namun

dan teladan.

Sungguhpun,

ia

mimpi yang cukup mengerikan itu sudah cukup

memaparkan sebahagian kecil bala yang ditunjukkan kepada mereka yang telah
melakukan dosa besar.

14

Meneliti

gila

pula cerpen "Masanya Sudah Terkunci" mengisahkan seorang

yang bernama Bin

Bulat.

Wataknya aneh dengan bercakap sendirian,

melakukan tindakan yang boleh membahayakan orang lain dan ketenteraman


Bin Bulat

awam.

padanya

itu

pernah dirawat di Hospital Bahagia. Dengan 'Iesen' yang ada

maka

Bin

Bulat

mempunyai kebebasan untuk melakukan apa

sahaja:
"Dia melihat kembali surat kecil yang kumal itu, ingin menyimpan kembali
meratapnya dulu dan menatapnya lama sekali. Inilah jaminan
kebebasan dan kemerdekaan diriku. Aku tidak boleh diganggu-gugat. Aku punya
ke dalam saku. Dia

hak asasi di sini, di bumi ini"

Sungguhpun
tunjukkan

(him. 750).

Bin Bulat dalam keadaan yang tidak siuman

kesetiaannya

perjuangannya masih

kepada

dan

negeri

tanah

namun

airnya.

ia masih

Semangat

terus membara.

"Bin Bulat masih bersemangat. Dia


kembali dan berpidato lagi: "Merdeka!"

mengubah sikap, bercekak pinggang

"Kita

maju sekarang!"
"Ayuh, kita demontrasi!"
"Angkat sepanduk. Tinggi. Lagi Tinggi!"
"Jalan! Satu dua. Kiri kanan. Satu dua. Kiri kanan!"
"Merdeka!"
"Hapuskan Malayan Union'"
"Ganyang MacMichael. Gayang British"
"Merdeka! Merdeka! Malaya hak kita!"
Bin Bulat semakin garang dan bersemangat sekali, maju dengan hentak
kaki komando berdentam-dentam di atas atap kereta mewah tuan GM (him. 754-

745).
Keris Mas

ingin memperlihatkan bahawa walau apapun sekali keadaan

sesorang individu itu,

namun

semangat perjuangan dan cintakan

tanah

airnya

harus terus tersemai di dalam sanubari. Ini diperlihatkan semangat perjuangan


yang masih kental di
GM

jiwa Bin Bulat sepertimana dialog pengawal kota kepada

"Kita sudah merdeka. Dia masih dalam

Pada

hakikatnya

Bin Bulat

perjuangan" (him. 759).

juga seorang pejuang penegak

peristiwa pemogokan pekerja-pekerja

Utusan

keadilan dalam

Melayu pada tahun

1960-an dulu.

15

Mereka

menentang

diungkapkan

ketidakadilan

dilakukan

telah

yang

oleh

majikan. Ini

oleh pengarang:

"Kamul" Dia menyergah drebar yang menggelugut kecemasan di sisi


karste tuannya itu. "Kamu pergi kepada GM. Beritahu dia kami tidak akan
berganjak, Kami tuntut keadilan sosial. Kami tuntut elaun lB. Kena kami
mendedahkan paru-paru untuk dimamah kuman TB. Karnl tuntut keadilan hak
asasl kemanusiaart Tuntut kebebesan bersuara, layanan bermaruan. Karn; tidak
mahu dipaksa menyebelah mana-mana pihak pHihan GM." (him. 754).
Di sin!,

mengsmbil

Kens Mas ingin memperlihatkan terdapatnya

kesempatan

ketidaksdilan

dan

tanggungjawsbnya

terhadap

menindas
untuk

pekeanya

para

mereka.

kaum

melakukan

d'engian
telah

Majik-an

menjaga kebaj,ikan

maj,ikan yang

pekerja

mengabalkan
dan

menyekat

kebebesan bersuara kaum perkerja. Hal in; yang: menimbulkan k'etidakpuasan


hati kaum pekerja. terhadap majikan mereka. Ini dHaungkan olen Bin Bulat:

I'lniish GM.

Inilah orang yang tal< sedar din.

merampas hail< k!emanusiaan kaum lemah,

(him, 158)

Menganiaya orang miskin,

memijak-mijak etika 'keadilan

50s;al'l

..

Wa'au apapun tlnda'kan yang dilakukan olen Bin Bulat dan keadaannya
.

yang tida.k siuman ito,

osmun

bag.1 Keris 'Mas, Bin Bulat adalah 'Orang yang paling

merdeka:

"'T&p, yang paling menjl'eika


sekareng" (hm, 759),
Ungkapan

Inl membawa

ia.!ah dia

...

Pidatonya

sernea

benar, dulu dan

pemikiran yang Gukup mendslam dari psiKOlogi

_tak yang tidak StumeR MJerdea darii s.eg iP'erj!uafiQann'a1 dan m:erdeka dar!

segi tindak tanduknys, Oengan 'lasso:'


II'II'IleIIakukan

epa

sahajs,

menglhulk.umnys, Maish bagTh


iiW

bank.

dahou

ridek

ada

Keris Mas

mahupun

hak

yang

bo\eh

menahan

segaila yang Idiungkapk;an

sekarang

Ilte1iitr&kperikemanusiaan, 'penmoo;srsan"
dim

yang ada p,a,6a 'Hillo '8uilat o:i;a merdeka

khususny:a

dan

oieh Bin Bulat

tentang

sikap

hak kebebasB!n ibersuara, lkeudalkadilall

persoailan hiyanan ibermaruah oolrllaku dahuhJl dan

mas,ffiih beirlls,lku

Kesimpulan
Melalui pendekatan

kelima-lima

psikologi yang ditampilkan melalui watak-watak


tersebut,

cerpen

bahawa

ternyata

mengungkapkan beberapa pemikiran. Pemikirannya

Keris

Mas

itu ada

dalam

berusaha

kalanya hingga

melahirkan falsafah yang cukup bermakna.

Walau

penyakit

yang

apapun,

Keris

Mas

tidak

terlepas daripada memperkatakan

sedang masyarakat kini. Penyakit yang akan menjadi kudis dan

nanah yang akan membusukkan masyarakat, bangsa, agama dan negara.


Justeru itu bagi Keris Mas sebelum penyakit itu akan terus

membahayakan,

sewajarnya ia dibendung dan diubati.

Dalam hal ini

jelas bahawa Keris Mas

perjuangan ASAS 50,


ditegaskannya

bahawa

iaitu

"Seni

Untuk

masih tidak

terlepas daripada

Masyarakat". Sepertimana yang

pokoknya segala penyampaian perasaan dan fikiran

yang ada gunanya untuk kemanusiaan dan

kernasyarakatan."

17

Nota

Hujung

Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebagai misalannya kenyataan S. Husin Ali dalam "Pengantar", Keris Mas: Kumpulan Cerpen
1946 -1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, him. xviii.
3
"Saya mula asyik menulis cerita pendek dan bertambah gila menulis apabila saya belajar di
Kolej (Kolej Kulliahtul Muallimin AI-lslamiah) Jadi sebetulnya saya tidaklah mula menulis cerpen
pada tahun 1946 di majalah Suluh Malaya seperti yang dikatakan oleh beberapa orang pengkaji
sastera Melayu. Saya bermula lebih awal dari itu". Pengakuan Keris Mas dalam temuramah
beliau dengan Abdullah Tahir dim. Ahmad Kamal Abdullah (peny.), JAMBAK 2, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, him. 151 -153.
4

...

Mohamad Mokhtar Hassan dan Abdul Razak Mohd. Kassim, Patah Tumbuh : Analisis
Komprehensif, Kuala Lumpur: Aneka Publishing, 1993, him. vi-vii. Untuk keterangan lanjut

terhadap analisis cerpen-cerpen Keris Mas sila rujuk kertas kerja Hasni Abas bertajuk "Konsep
'Seni Untuk Masyarakat' Dalam Cerpen-cerpen dan Novel Keris Mas" yang dibentangkan dalam
Kolokium Kesusasteraan Melayu Moden II di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka padaz3 dan 30-31 Oktober 1998.
5
Ahmad Kamal Abdullah (peny.), op. cit., him. 157.
6
Kesemua cerpen-cerpen yang dimaksudkan itu dimuatkan dalam

antologi

Keris Mas:

Kumpulan Cerpen 1946-1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
7
Ahmad Kamal Abdullah (peny.), op. cii., him. 145 dan '151.
8
Ibid, him. 145 -146.
9
Hasni Abas, op. cit., him. 2.
10
Mohamad Mokhtar Hassan dan Abdul Razak Mohd. Kassim, op. cii., him. v.
11
Keris Mas, Memoir Keris Mas: 30 Tahun Sekitar Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1979, him. 131.
12
S. Husin Ali, "Pengantar" dim. Keris Mas; Kumpulan Cerpen 1946-1989, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, him. xii.
13
S. Husn Ali, "ASAS 50 dan Cita-cita Kemasyarakatannya" dim., Warisan ASAS 50, Kuala
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, him. 23
Lumpur:
14
Virginia Matheson Hooker, "Develo[ping a Rhetoric for Malay Socety: The Writings of the
Generation of the 1950s (ASAS 50)" dim. Malay Literature, Volume 8 Number 2, 1995, him. 20
21.
15

Pengakuan Keris Mas

dalam temuramah

dengan

Abdullah Tahir,

(peny.),

JAMBAK 2, him

153-154.
16
Wawancara Abdullah Tahir dengan Keris Mas dalam Ahmad Kamal Abdullah (peny.), JAMBAK
2, him. 169 170.
17
Pengakuan Keris Mas dalam temuramah dengan Abdullah Tahir, JAMBAK 2, him. 148.
.

Rakaman

Setinggi-tinggi Penghargaan

Terima Kasih

Kepada sdr. Hasni Abas dari Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur kerana te\ah meminjamkan bahan-bahan dan memberikan
beberapa maklumat untuk menyediakan kertas kerja ini.

18

Bibliografi
A. Bakar Hamid

(peny.), Esei

Pilihan Keris Mas, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1981.

Ahmad Kamal Abdullah


Pustaka, 1993.

(peny.), JAMBAK 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan

Hasni Abas bertajuk "Konsep 'Seni Untuk Masyarakat' Dalam Cerpen-cerpen


dan Novel Keris Mas" yang dibentangkan dalam Kolokium Kesusasteraan
Melayu Moden II di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2-3
dan 30-31 Oktober 1998.

Rhetoric for Malay Socety: The


of the Generation of the 1950s (ASAS 50)" dim. Malay Literature,

Hooker, Virginia Matheson, "Develo[ping

Writings

Volume 8 Number 2, 1995.


Jaafar Hussin, Kebenaran, Kuala
Keris Mas:

Kumpulan Cerpen
Pustaka, 1992.

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1946

1989.

1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Keris Mas, Memoir Keris Mas: 30 Tahun Sekitar Sastera, Kuala


Bahasa dan Pustaka, 1979.

Lumpur: Dewan

Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad

Hassan, "Cerpen-cerpen Keris Mas: Dalam Perspektif


Sejarah
Budaya Bangsa", dim. Norazit Selat (peny.), Pahang: Sejarah
dan Budaya, Pekan : Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2000.
Mokhtar

dan

Mohamad Mokhtar Hassan dan Abdul Razak Mohd. Kassim, Patah Tumbuh
Analisis

Komprehensif,

Mohamed Salleh

Kuala

Lumpur:

Aneka

Publishing,

Lamry, Paya Jejawi, Kuala Lumpur:

1993.

Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1992.
Mohd. Thani Ahmad, et. aI., Wajah: Biografi Penulis, Kuala Lumpur
Bahasa dan Pustaka, 1988.

Dewan

s. Husn Ali, "ASAS 50 dan Cita-cita Kemasyarakatannya" dim., Warisan ASAS


50, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

Warisan ASAS 50, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

19

Anda mungkin juga menyukai