Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 1

Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud
kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun
melalui lisan dan pendengaran. (Harun Mat Piah et al, 2006). Sastera merupakan satu
bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari
tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa. Karya-karya
sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi
bersama pembaca. Secara umumnya, sejarah kesusateraan Melayu terbahagi kepada
dua iaitu sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden. Sastera Melayu
tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera
tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya
sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang
tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan.
Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari
satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada
zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis.

Terdapat tiga tahap perkembangan kesusasteraan Malayu klasik iaitu zaman


animisme, zaman pra-Islam dan zaman Islam berunsur Islam. Pada zaman animisme,
muncul kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk
kesusasteraan yang tertua di dunia (Harun Mat Piah et al, 2006). Sastera lisan juga
dikenali sebagai sastera rakyat. Sastera rakyat berfungsi sebagai salah satu wadah
hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang cerita pada waktu malam untuk
menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera rakyat juga dikenali dengan
nama penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi dengan alat muzik
tertentu.

1
Ciri umum sastera lisan adalah berkisar di sekitar istana, mengenai putera-
putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja yang cantik jelita
tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun
Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja. Cerita-cerita
penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana
masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat
ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru,
rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya menyentuh kepada unsur-
unsur ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa.

Seterusnya, perkembangan kesusasteraan Melayu diteruskan dengan zaman


pra-Islam. Zaman pra-Islam terbahagi kepada dua iaitu munculnya karya-karya
berunsur Hindu dan karya-karya berunsur hindu-Islam. Zaman Hindu bermula dalam
abad keempat Masihi hingga ke 11 Masihi. Pada waktu itu, kebudayaan Hindu telah
mempengaruhi sistem pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara.
Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah epik Ramayana
dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karya seperti Hikayat
Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dan sebagainya.

Selepas itu, agama Hindu-Islam mula wujud di kepulauan Melayu, masyarakat


Melayu mula beralih kepada ajaran Islam. Maka, Sungguhpun begitu, masih terdapat
beberapa aspek dalam kebudayaan masyarakat Melayu yang masih dipengaruhi oleh
ajaran agama Hindu termasuklah kesusasteraan. Sebagai contoh masih ada tinggalan
pengaruh agama Hindu dalam kehidupan masyarakat Melayu maka muncullah karya-
karya sastera yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat Jaya Langkara, Hikayat
Ahmad Muhammad dan lain-lain lagi. Karya-karya ini pada mulanya berunsur hindu
tetapi telah digubal dengan unsur islam.

2
Pada tahap yang terakhir kesusateraan tradisional ialah zaman islam.
Kemunculan satera berunsurkan islam dikatakan berpunca kemasukan agam islam ke
Nusantara. Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad
ke-13 Masihi. Deduksinya, kemasukan agama islam telah menyumbang kepada
kesusateraan tradisional dengan penghasilan karya -karya yang dapat dirakam dalam
bentuk tulisan seperti Hikayat Muhamad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Tamim Al-Dari dan sebagainya.

Bagi sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden pula, ia terbahagi


kepada tiga tahap iaitu zaman Abdullah Munsyi, zaman sebelum perang dan zaman
selepas perang. Kesusasteraan melayu moden bermula seawal zaman Abdullah
Munsyi (1796-1854) yang dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden.
Karya-karya Abdullah Munsyi merupakan salah satu contoh yang memperlihatkan
gagasan dan pemikiran pengarangnya. Abdullah Munsyi merupakan seorang
pengarang yang menjalinkan pengalaman, sikap dan pemikirannya dalam semua
karya-karyanya. Antara ciri-ciri kesusasteraan yang ditekankan oleh beliau adalah tidak
lagi berkisar di istana, tiadanya penggunaan mitos dan lagenda, tiada khayalan serta
berhenti mengagungkan golongan istana dan bangsawan. Walau bagaimanapun, masih
terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah
dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Hal ini kerana gaya bahasa yang
digunakan masih terikut-ikut bahasa yang terdapat pada Sejarah Melayu. Abdullah
Munsyi merupakan orang yang pertama mencatatkan pengalaman kehidupannya serta
pelayarannya pada ketika itu. Jika sastera melayu tradisional menampakkan unsur-
unsur didaktik serta cerminan kehidupan, karya-karya Abdullah Munsyi pula menyentuh
kepada kritikan sosial masyarakatnya.

Selepas itu, kesusasteraan Melayu moden diteruskan pula pada zaman sebelum
perang sekitar awal 1900 sehingga 1940-an. Kesusasteraan selepas Abdullah munsyi
terbahagi kepada tiga iaitu zaman penulis agama, zaman penulis guru dan zaman
penulis wartawan. Zaman penulis agama muncul pada pada awal abad ke-20. Penulis
yang menyambung pengajian di timur tengah selepas tamat pengajian pondok mula
menulis untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap dasar penjajah. Gerakan islah

3
yang berlaku di timur tengah yang dilihat sebagai suatu revolusi semula agama Islam
yang menyeru umatnya kembali kepada seruan agama yang sebenar mula mendapat
tempat di Tanah Melayu. Antara pelopor gerakan ini adalah Mohd. Tahir bin Jalaluddin
al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang
memulakannya. Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut.
Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Quran dan Hadis sejajar dengan
proses pemodenan.

Apabila sebilangan anak-anak melayu menyambung pembelajaran di Maktab


Perguruan Sultan Idris, mereka didedahkan dengan pelbagai karya-karya yang
menyeru ke arah kemerdekaan negara dan perasaan ingin bebas daripada penjajahan
British. Maka, bermulalah zaman kedua iaitu zaman penulisan guru. Antara tokoh-tokoh
penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek,
Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Zaba. Zaba merupakan orang
Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalam Journal of
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature
(1941). Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang
bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang (Siti Hawa Hj. Salleh,
1997). Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan
mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian timbul kerana dipengaruhi
idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia

Zaman seterusnya ialah zaman wartawan. Mereka merupakan golongan


profesional yang menggerakkan akhbar dan majalah. Kebanyakannya merupakan
lulusan sekolah vernakular Inggeris yang menulis bagi membangkitkan semangat juang
untuk mencapai kemerdekaan negara. Antara wartawan yang menabur banyak jasa di
dalam bidang persuratan ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin
Salleh, A. Samad Ahmad, dan Raja Mansor. Antara akhbar-akhbar yang muncul seperti
Utusan Melayu, Neracha, dan Lembaga Malaya. Pada dekad seterusnya muncul pula
Warta Malaya, Majlis, Warta Ahad, dan Warta Jenaka. Selain berita tempatan dan luar
negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan sosioekonomi
orang Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan sajak.

4
Seterusnya, pada zaman selepas perang penulisan novel tidak menggalakkan
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Hanya beberapa orang novelis yang
menghasilkan karya hingga tahun 1950. Antaranya ialah Harun Aminurrashid, Keris
Mas, Ahmad Bakhtiar, dan Wijaya Mala (Yahaya Ismail, 1976). Penulisan novel
meningkat selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Peningkatan
ini disebabkan adanya sayembara atau peraduan menulis novel. Penulisan cerpen
berkembang pesat selepas kemerdekaan. Ramai penulis baru muncul. Antaranya ialah
A. Samad Said, Alias Ali, Hassan Ali, Arena Wati dan Shahnon Ahmad. Faktor-faktor
yang berikut telah menyuburkan penulisan cerpen ialah wadah penyiar seperti Berita
Minggu dan Mastika., badan sastera seperti Persatuan Penulis Nasional(PENA),
institusi pendidikan yang mengajar kursus kreatif. pertambahan bilangan akhbar dan
majalah dan peraduan dan Hadiah Sastera (1971 1976).

Akhir sekali perkembangan kesusasteraan pada zaman mutakhir. Dalam tahun


1980-an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor. Kebanyakan mereka
menulis novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Kesusasteraan melayu moden
berkembang oleh kerana adanya hadiah-hadiah seperti Hadiah Novel Melayu Baru
Perangsang (GAPENA). Dengan adanya penulis-penulis pada zaman inilah
berkembangnya kesusasteraan melayu moden di Malaysia. Perkembangan
kesusasteraan juga melalui cerpen-cerpen yang terhasil dari penulis pada zaman ini.
Cerpen-cerpen dekad 80-an hingga kini berkembang pesat kerana majalah, akhbar,
sayembara dan kumpulan cerpen memberi sumbangan yang bermakna.

TUGASAN 2

Novel Sakura Mengorak Kelopak mengisahkan tentang kehidupan golongan wanita


Jepun yang sangat dikenali dengan perwatakan lembut dan bersopan santun. Mereka
juga begitu sinonim dengan kesetiaan dan kepatuhan mereka kepada golongan lelaki.
Namun begitu, rasa kesetiaan tidak lagi dianggap satu penghormatan oleh wanita
Jepun yang kini didedahkan dengan cara hidup moden yang dipengaruhi oleh Barat.
Mereka telah bangkit untuk merobohkan egoisme lelaki Jepun. Dalam Sakura

5
Mengorak Kelopak diceritakan tentang rasa kesetiaan yang telah lama wujud di dalam
diri wanita Dai Nihon semenjak berabad-abad lamanya sehingga menjadi kontroversi
kerana mereka mula bangkit menentang. Dalam hal ini, digambarkan tentang watak
seorang wanita Jepun iaitu Michiko yang berani menolak mayat suami yang mati yang
melakukan harakiri (membunuh diri dengan menikam atau memburaikan perutnya
apabila mendapat malu atau dihukum mati) bersama-sama dengan teman wanitanya
yang mengandung.

Watak utama bagi novel ini iaitu Nagai Michiko atau dikenali sebagai Michiko-
San dari Universiti Tokyo telah membuat keputusan untuk tidak menerima mayat
suaminya, Harumi yang curang. Walaupun didesak berkali-kali untuk menerima mayat
Harumi tetapi Michiko tetap berkeras dengan keputusannya itu. Oleh itu, mayat Harumi
akhirnya diuruskan oleh rumah sakit dan dibawa ke dewan besar Tonarigumi untuk
upacara dan adat kematian. Hal ini menunjukkan kebangkitan Michiko untuk
mendapatkan haknya sebagai seorang wanita yang tidak tunduk kepada lelaki yang
mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Michiko juga kecewa dengan ayahnya, Sa geike yang menganggap dirinya setia
kepada ibunya walaupun membuat pengakuan bahawa dia pernah mempunyai
perempuan lain selain ibunya. Bagi ayahnya, perkara itu merupakan perkara biasa bagi
golongan lelaki Nihongin. Selama ini Michiko menyangkakan bahawa ayahnya
merupakan seorang lelaki yang budiman dan setia setelah dia dikhianati oleh suaminya,
Harumi. Pada masa itu juga, Tokyo dan Kyoto mengalami satu siri letupan dan
kebakaran yang hampir memusnahkan bandar-bandar. Dalam kejadian tersebut
diceritakan pula tentang watak Atan iaitu seorang lelaki Melayu yang tinggal di Jepun
yang kematian isteri dalam kebakaran hotel. Dia mengikuti fellowship selama setahun di
Fakulti Pertanian Universiti Kyoto. Setelah kejadian malang yang menimpa isterinya,
Atan berubah kepada seorang pendiam dan suka termenung kerana masih bersedih.
Setelah bertemu dengan Michiko dalam satu perjumpaan, ada sesuatu yang menarik
hati Michiko untuk mendekati Atan lantas bibit cinta muncul antara mereka. Tidak lama
kemudian mereka berkahwin.

6
Melalui perkahwinan Atan dan Michiko telah wujud pertembungan budaya antara
dua bangsa yang berbeza iaitu bangsa Jepun dan bangsa Melayu. Keadaan ini dapat
dijelaskan apabila watak Atan digelar sebagai Atai-No-San oleh Michiko. Atai-No-San
membawa maksud hadiah atau nilai berharga. Didapati adat masyarakat Jepun dan
masyarakat Melayu mempunyai perbezaan. Selain itu, perkahwinan ini juga
menyebabkan Michiko memeluk Islam dan banyak belajar tentang Islam melalui
suaminya Atan.

Tema novel ini adalah emansipasi wanita Jepun yang ditonjolkan oleh watak
Michiko. Menyedari akan kepentingan pendidikan untuk meneruskan kehidupan, dan
supaya mendapat jawatan yang lebih baik dia menyambung pelajara dalam bidang
sosiologi di sebuah universiti.

Persoalan pertama yang terdapat pada novel ini adalah mengenai kepentingan
pendidikan dalam meneruskan kehidupan. Sebagai contoh, Michiko mengetahui betapa
pentingnya pendidikan bagi dia untuk meneruskan kehidupan dan supaya berjaya
mendapatkan pekerjaan yang baik.Hal ini kerana saingan untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik contohnya seperti jawatan white collar sangat terhad dan memberi
saingan yang tinggi kepada pemohon. Persoalan kedua pula mengenai perlunya
bertimbang rasa sesame manusia. Dalam novel berkenaan, Atan yang kehabisan
tenaga tidak dapat meneruskan perjalanan walaupun disuruh oleh Pihak Polis. Dalam
keadaan yang lemah Atan cuba untuk mengatur tutur kata dalam bahasa Jepun
walaupun masih kaku. Atan dan Isterinya iaitu Michiko dibukakan pintu supaya dapat
masuk ke dalam. Kehadiran orang ramai yang merempuh pintu menyebabkan Atan
tersepit. Akhirnya Atan dan isterinya dapat masuk ke dalam dengan pertolongan polis
yang berada disitu walaupun pada permulaannya dihimpit oleh orang ramai. Akhir
sekali, persoalan mengenai kepentingan memahami budaya asing. Contohnya, Atan
merupakan individu yang dilahirkan di Malaysia dan berasal darisebuah kampung. Cara
hidup dan budaya yang dipelajari adalah berkitan dengan budaya masyarakat Melayu.
Namun Atan cuba untuk membiasakan diri dan mempelajari nilai dan budaya
masyarakat Jepun setelah berkawan dengan sahabatnya yang tinggal di Jepun dan
mempunyai ikatan perkahwinan dengan seorang gadis Jepun iaitu Michiko. Atan telah

7
mempelajari cara memegang mangkuk sup dengan betul dengan bantuan sahabatnya
Jirosaki Taeko. Atan juga menerapkan budaya menghormati tuan rumah apabila
berkunjung ke rumah sahabatnya

Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel ini adalah nilai keagamaan.
Sebagai contoh, pengarang cuba untuk menunjukkan mengenai keindahan agama
Islam Atan, seorang Muslim menerangkan adat perkahwinan mengikut cara Islam
kepada seorang wanita Jepun yang beragama Buddha iaitu Michiko.

Kaum wanita kami lebih beruntung, dibandingkan wanita Nihon. Dalam hal ini,
norma kami terbahagi dua. Pertama, isteri yang kematian suami.Kedua, isteri yang
bercerai dengan suami. Bagaimana itu?Yang pertama dulu. Isteri yang kematian
suami, boleh kahwin dengan lelaki lain, kalau dia mahu, dengan syarat kena melalui
tempoh selama setahun. Tujuan tempoh setahun tersebut ialah untuk memastikan
bahawa tidak ada lagi kandungan dalam rahimnya hasil dari percampuran dengan
suaminya sebelum suami itu meninggal dunia.

(Sakura Mengorak Kelopak: 112)

Seterusnya, pengajaran yang dapat diambil adalah kita mestilah menuntut ilmu
bersungguh-sungguh. Melalui pendidikan, seseorang akan dipandang tinggi, memiliki
kerjaya yang baik serta dapat bertingkah-laku sesuai dengan norma-norma yang
berlaku. Dalam novel ini, Arena Wati menceritakan Nabutake pada zaman remajanya
merupakan seorang pelajar yang berkelulusan dari High School di Tokyo, namun
pencapaianya tidak cukup untuk beliau menyambung pembelajarannya ke Tokyo
Imperial University dan belajar bersungguh-sungguh sehingga beliau lulus dalam
kelulusan Kejuruteraan Awam.

8
Akhir sekali, nilai dan pengajaran yang ditunjukkan adalah kita hendaklah
bersopan-santun apabila bersama orang tua. Masyarakat Jepun adalah masyarakat
yang cukup lemah lembut dan sopan terutama sekali dengan orang yang lebih tua.. Hal
ini dilihat melalui adat yang mereka sering buat iaitu membongkok. Adat membongkok
ini adalah bertujuan untuk meminta maaf, berkenalan, berziarah di rumah orang, dan
sebagainya. Malahan, mereka juga menggunakan bahasa yang lembut apabila bertutur
dengan orang ramai terutamanya ketika ingin meminta kebenaran berbuat sesuatu,
meminta tolong malahan ketika hendak marah.

Antara teknik plot yang digunakan pula adalah teknik pemerian. Teknik
penceritaan merupakan salah satu cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan
cerita dalam karya mereka. Dalam teknik ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang
biasa digunakan oleh penulis.Menurut Sulaiman Masri et al ( 2006 ), teknik penceritaan
yang biasa termasuklah teknik dialog, monolog dalaman, monolog luaran, pemerian
dan sebagainya. Dalam novel Sakura Mengorak Kelopak, teknik penceritaan yang
digunakan adalah seperti yang berikut:

Panas lembap awal Julai dengan curahan hujan yang mula merosot menjelang
kemuncak musim panas di Tokyo, menggerakkan thermometer naik ke angka tiga
puluh darjah celcius.Daun-daun mencapai puncak kesuburannya.Angin Tenggara dari
Pasifik mengalir sepoi basah. Suara burung mencicik tingkah-bertingkah, berpasangan,
bertenggek mematuk ulat dahan, melayang, menyambar serangga dalam sebuah
taman yang luas. Tubuh-tumbuhan merimbun dengan ranting baru yang menjulur dari
bekas cantasan bulan November.

(Sakura Mengorak Kelopak: 11)

9
Teknik dialog pula merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita
yang melibatkan dua watak atau lebih yang akan berbalas kata. Melalui teknik ini,
penulis menyampaikan cerita secara tidak langsung pembaca dapat mengetahui
sesuatu peristiwa, watak dan perwatakan serta latar belakang dialog. Contohnya :

Tentu papa marah pada perempuan itu?

Mama juga marah.

Nah, kalau papa marah, dan mama juga marah kepada perempuan itu, kenapa
mereka bertengkar tentang perempuan itu?

Papa berkeras , mahu perempuan itu dibunuh.

(Sakura Mengorak Kelopak: 153)

Akhir sekali, teknik imbas muka turut digunakan. Ia berfungsi bagi merupakan
bayangan peristiwa yang akan berlaku . Biasanya ia wujud dalam fikiran atau minda
watak dalam cerita sama ada dalam bentuk angan-angan atau jangkaan watak itu.
Contohnya:

Barangkali saya dituduh perempuan tidak berguna, tidak dapat anak. Barangkali
mereka tuduh saya tidak boleh beranak, lalu suami saya mengambil perempuan lain.

(Sakura Mengorak Kelopak: 57)

10
Ayat di atas menunjukkan bahawa penulis telah menggunakan teknik imbas
muka yang digunakan dalam watak Michiko. Dalam hal ini, Michiko telah
membayangkan sesuatu yang terjadi pada masa akan datang yang dia sendiri bimbang
sekiranya masyarakat menuduhnya sebagai seorang perempuan yang tidak berguna
akibat tiada anak.

Seni bahasa yang pelbagai ditampilkan oleh pengarang dalam novel ini. Sebagai
contoh, unsur hiperbola digunakan. Hiperbola merupakan suatu perbandingan yang
melampau. Contoh petikan adalah :

Rasa simpati itu menebuk benteng hati Michiko, dan dari lubang itu mengalir dan
membuak keluar rasa sedih dan marah yang terbendung, menjadi tangis yang
mencurah terus-menerus hingga kering empangannya dalam kolam sukma.

(Sakura Mengorak Kelopak: 56-57)

Gaya bahasa simile turut digunakan dalam novel ini. Simile bermaksud
mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata
seperti, ibarat, laksana, bagai, umpama, bak, dan sebagainya. Contohnya:

Ikan-ikan dalam tasik ini seperti bercerita kepada saya, bahawa mereka bahagia dalam
pemeliharaan tangan yang kasih, dalam dunia hening syahdu begini.

(Sakura Mengorak Kelopak: 30)

11
Personifikasi pula merupakan sejenis gaya bahasa yang memberikan sifat manusia
kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek atau
idea. Misalnya:

Tokyo bukan sahaja melahirkan manusia, tapi juga telah mencipta watak yang
menyimpang dari Jepun.

(Sakura Mengorak Kelopak: 28)

12

Anda mungkin juga menyukai