Anda di halaman 1dari 8

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JUN 2016

KURSUS : BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU


TUGASAN 1 : ESEI (INDIVIDU)

Secara individu anda dikehendaki menghuraikan perkembangan sejarah sastera


Melayu di Malaysia dan kesan pengaruh asing dalam perkembangan sejarah
kesusasteraan di Malaysia.

Panjang esei anda hendaklah 1000 perkataan.

Nama Pelajar : Salasiah Binti Abd Said

No. Kad Pengenalan : 960729-09-5082

No. Matrik : 201506041

Kumpulan : PISMP BM Ambilan Jun 2016

Semester / Tahun : Sem 2 / Tahun 1

Tarikh Serahan : 6 Mac 2017

Pensyarah Penyelia : Hjh. Aishah Rohani Binti Hj. Nahar


BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN 1 : Perkembangan Sejarah Sastera di Malaysia dan Kesan Pengaruh


Asing

Apabila menyebut tentang sastera, dalam pandangan umum sangat sinonim


dengan nukilan, pantun, syair, sajak, cerpen dan novel. Justeru, banyak nama-nama
besar dalam lapangan seni yang pasti dikenali ramai seperti Tun Seri Lanang,
Abdullah Munsyi, Abdul Rahim Kajai, Keris Mas dan ramai lagi. Yang pasti, sastera
bukanlah hal yang semakin tenggelam dalam masyarakat meskipun
perkembangannya telah bermula sejak berabad lamanya. Hal ini menjadi tanda
perkembangan ilmu dan juga lambang keunggulan serta kebijaksanaan orang
Melayu. Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad
Pauzi Abd Latif dalam Utusan Melayu (2015) memberitahu bahawa tiada bangunan
ataupun tugu tetapi keunggulan Melayu terletak pada tulisannya iaitu manuskrip.
Walau bagaimanapun, sering kelihatan kesan pengaruh asing dalam kesusasteraan
Melayu sepanjang sejarah perkembangannya.

Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu.


Pada abad ke-17 selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk membukukan hasil-
hasil sastera lama. Hamzah Hamdani mengatakan terdapat dua kategori dalam
sejarah sastera iaitu moden dan klasik. Sastera klasik yang dipanggil karya agung
atau sinonim dengan rakyat sebagai hikayat. Selain itu, ada juga cerita-cerita rakyat
yang disebut sebagai dongeng oleh penglipur lara (Utusan Melayu bertarikh 22
Ogos 2015).

Sastera zaman awal atau lebih dikatakan sebagai sastera klasik berunsur
hiburan, sejarah, lagenda dan mitos dan bersifat kolektif iaitu tidak diketahui siapa
pengarang karya tersebut. Hal ini menjadikan hasil karya sastera itu milik bersama
(Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1998). Cerita-cerita disampaikan secara
lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi
alam semula jadi yang menghijau. Malahan, sastera klasik ini disampaikan dengan
gaya yang cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Turut
diselitkan dengan mesej dan ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan
seharian. Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan di Alam Melayu.
Sastera ini lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai
keturunan raja-raja Melayu pada zaman dahulu. Menurut Zalila Syarif & Jamilah Hj.
Ahmad (1993), sastera hikayat dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu sastera
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

hikayat berunsur Hindu, sastera berunsur Hindu-Islam dan sastera hikayat berunsur
Islam. Oleh itu, wujudlah sastera Melayu yang mempunyai unsur percampuran
Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam. Hasil
kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam, hasil sastera saduran Hindu dengan
latar Islam terhasil. Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur Hindu kepada
bentuk sastera Islam. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya, nama-nama watak
yang terlibat dan penggunaan kata-kata daripada al-Quran.

Abdullah Munsyi dikatakan seorang modenis yang berjaya mengubah sastera


klasik kepada sastera moden. Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karya-
karya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah ghaib. Pembaharuan tersebut telah
menimbulkan pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan sebagai tali barut
Barat oleh para pengkritik hasil karya sasteranya. Karya yang dimaksudkan ialah
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Genre dalam sastera moden ini
terdiri daripada puisi (sajak), cerpen, novel dan drama.

Sejarah sastera Melayu moden memperlihatkan hasil-hasil karya sastera


berbau politik sekitar tahun 40-an yang memperlihatkan kesusasteraan berbentuk
propaganda yang mendewa-dewakan kekuatan Jepun pada ketika itu. Sastera
berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut
kemerdekaan. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam
melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan nilai kemerdekaan kepada semua bangsa. Pelbagai karya sastera telah
berjaya dihasilkan oleh kebanyakan tokoh ASAS 50 seperti cerpen Esok, Lusa Tulat
dan Berikutnya karya Awam-il-Sarkam yang banyak menyentuh persoalan sosial,
politik dan agama yang menggambarkan kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Perkembangan kesusasteraan Melayu yang selanjutnya adalah pada zaman


penjajahan Barat ke Tanah Melayu. Kemunculan alat cetak iaitu teknologi media
Barat turut memainkan peranan. Ia telah memecahkan budaya tradisional iaitu
manuskrip dan lisan. Malah penulisan yang dihasilkan menekankan penegasan
kepada realisme dan objektif fakta. Menurut Shahnon Ahmad (1993), pengaruh
kebudayaan Barat lebih banyak menonjolkan pengaruh seperti modenisme,
nasionalisme dan humanisme yang sedikit sebanyak menukar bentuk
perkembangan kesusasteraan Islam. Jati diri kesusasteraan Melayu yang dibina
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

oleh Islam beransur-ansur terhakis dengan penyerapan masuk tiga aspek yang
sangat menonjol iaitu seks, kekosongan hidup dan salah gunaan kuasa. Antara
karya yang berunsur kebaratan ialah Hikayat Nakhoda Muda, Syair peri Perjalanan
Raffles ke Minangkabau dan Hikayat Abdullah.

Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan


masyarakat, meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang
kedaulatan negara Malaysia akibat kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita.
Dalam tahun 1980an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah
Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli
N.O., Hassanuddin Mast Isa, dan Abu Hassan Morad. Kebanyakan mereka menulis
novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Walau bagaimanapun, Keris Mas
berjaya menonjolkan dirinya dalam dunia sastera apabila berjaya menghasilkan
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa dan
mendapat hati masyarakat Malaysia pada waktu itu.

Pada tahun 1993, perkembangan kesusasteraan Melayu banyak melibatkan


program, pertandingan dan mula diserap masuk dalam kurikulum pendidikan
Malaysia. Antaranya, diadakan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang – GAPENA.
Novel Restu karya Ismail Kassan yang memenangi hadiah kedua telah dijadikan
buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank diadakan
pada tahun 1997. Dua buah novel remaja yang muncul ialah Julia karya Abu Hassan
Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Othman Puteh turut
menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga. Namun demikian,
Shahnon Ahmad telah menggemparkan dunia sastera tanah air pada tahun 1999
dengan menulis novel kontroversi yang berjudul Shit.

Sejarah kesusasteraan di Malaysia menyaksikan bagaimana kawasan


tersebut pernah menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan
Islam, kehadiran penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu
dikatakan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik,
ekonomi dan sosial masyarakatnya. Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima
kesan daripada kolonialisasi itu ialah kesusasteraan Melayu, yang dianggap
mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada kehadiran orang Barat.
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

Bagi mengambil tahu susur galur kesusasteraan Melayu zaman purba yang
menerima pengaruh dari kesusasteraan Hindu itu maka kenalah kita mengarah ke
zaman kerajaan-kerajaan di tanah Jawa di bawah pemerintahan raja-raja yang
beragama Hindu. Pendekatan menyerapkan nilai‑nilai Jawa kepada sastera Sanskrit
India berlaku secara menyeluruh dalam bentuk sastera yang lain. Pendekatan orang
Jawa terhadap wayang India yang memperkenalkan epik agung India Mahabrata
dan Ramayana, yang mula dikenali di Jawa sejak awal abad ke‑9 ini
memperlihatkan usaha ’menjawakan’ sastera Sanskrit. Sebagai contoh, watak
utama epik‑epik ini iaitu Betara Rama dan Betara Kresna dianggap sebagai
penjelmaan Dewa Wisnu, dewa maha agung dan raja‑raja Jawa Mataram dianggap
sebagai anak cucu dewa Wisnu dan penjelmaannya juga (Ahmad Jelani, 2008).
Maka itu epik‑mitos Mahabhrata dan Ramayana didekati oleh orang Jawa sebagai
mitos tentang nenek moyang raja‑raja mereka. Pengaruh wayang India ini
menghasilkan wayang purba Jawa yang mempunyai ciri‑ciri pemujaan arwah
nenek moyang hasil daripada penyerapan dan penyesuaian nilai‑nilai Jawa ke
dalam sastera Sanskrit dan seterusnya memberi kesan kepada kesusasteraan
Melayu.

Keagungan sastera Melayu muncul di semenanjung Tanah Melayu apabila


muncul sebuah peradaban besar Islam di Selat Melaka dengan lahirnya Empayar
Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ilmu dan kehadiran ramai ilmuwan Islam
di Melaka menjadikannya bukan sahaja pusat penyebaran Islam di alam Melayu
tetapi juga pusat sastera Melayu yang tiada tolok bandingnya. Kesan peradaban
Islam ini memperlihatkan dua mahakarya besar yang lahir daripada warisan tradisi
sastera Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah;
dituruti oleh deretan ribuan karya hikayat, syair dan pantun yang lain di seluruh
bahagian daerah Islam di wilayah alam Melayu. Kewujudan peradaban atau
tamadun Islam di wilayah alam Melayu ini turut melahirkan genre sastera baru yang
mengambil pengaruh dari tradisi kebudayaan Islam yang luas dan maju itu. Antara
genre sastera yang mencerminkan pengaruh atau peribadi tamadun Islam alam
Melayu ini ialah genre cerita hikayat. Genre hikayat dikatakan adalah hasil pengaruh
dengan kebudayaan Parsi‑Islam berdasarkan satu karangan dalam bahasa Parsi
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

berjudul Hekayate Mohammade Hanafiye yang kemudian turut diterjemahkan ke


dalam bahasa Melayu dengan judul Hikayat Muhammad Hanafiah.

Perkembangan penjajahan Barat khususnya berlaku sebelum Malaysia


mencapai kemerdekaan bukan sahaja melibatkan pengeksploitasian dalam bidang
ekonomi, politik malah turut memberi memberi kesan kepada perkembangan
kesusasteraan Melayu pada ketika itu terutamanya apabila orientalis Barat
berkecenderungan menonjolkan kepentingan sumbangan karya-karya sastera
zaman pra-Islam, khususnya Hinduisme yang dianggap telah memberikan
sumbangan yang signifikan terhadap sejarah dan kebudayaan Melayu. Menurut Al
Attas (1978) dalam Muhd Norizam Jamian (2015), pengenalan dan penerapan
falsafah serta pemikiran Barat semakin memutuskan kegiatan sastera daripada
tradisi persuratan Melayu zaman Islam, apabila orientalis Barat memperkenalkan
istilah “moden” dan “baru” yang merujuk kepada period kesusasteraan Melayu
selepas kehadiran Barat. Kesannya apabila “Kesusasteraan Melayu Moden” itu
diperkayai dengan genre-genre sastera dari Barat seperti novel, cerpen, sajak yang
sekaligus menenggelamkan bentuk-bentuk sastera pada zaman sebelumnya.
Tegasnya, kehadiran pengaruh Barat ini telah menghilangkan ciri-ciri keluwesan dan
kedinamikan bentuk-bentuk karya zaman Islam, yang fungsinya dianggap saling
melengkapi antara satu sama lain.

Tuntasnya, pembahagian sastera klasik dan moden sebenarnya berubah


mengikut cara berfikir dan pemikiran masyarakat. Masyarakat yang semakin ke
hadapan membawa bersama kemajuan dalam bidang sastera terutamanya untuk
melepaskan diri daripada ikatan tradisional kepada bentuk yang lebih moden agar
tidak ketinggalan zaman. Namun ini bukan bermakna sastera klasik terus mati
bersama-sama perubah zaman. Kesusasteraan Melayu masih lagi menjadi sastera
rujukan utama untuk mengetahui cara pemikiran masyarakat lama sebagai
perbandingan dengan masyarakat kini, di samping menjadi khazanah berharga yang
membuktikan kewujudan suatu bangsa yang bernama Melayu. Pengaruh-pengaruh
yang menguasai karya-karya dalam kesusateraan Melayu pula membentuk jalur-
jalur wama bagai pelangi. Namun, kepelbagaian wama itulah yang menjadikannya
begitu unik dan sekali gus kita dapat menikmati beraneka genre dan sub-sub genre
dalam kategori puisi mahupun prosa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu.
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

RUJUKAN

A. Zainoor Ismail. (Disember 2016). Rakaman Sejarah Kesusasteraan Tanah Air.


Dewan Sastera. 15.

Abdul Latif Abu Bakar


(2008).https://www.utusan.com.my/rencana/perjalananpanjangsasteramelayu
1.127080. Diakses pada Februari 26, 2017.

Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Dsitributors Sdn. Bhd.

Harun Jaafar (2003). Prosa Melayu Klasik : Telaah Persoalan dan Fungsi. Jurnal
Bahasa. 8. 40-43.

Hassan Malik. (20 November 2014). Pesona Eropah Pada Zaman Peralihan Sastera
Melayu. Sinar Harian. 10.

Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Pengajian Melayu 4:
Kesusasteraan dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Mohd Zariat Abdul Rani (2006). Kehadiran Barat dan Kesannya Terhadap
Kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 17. 333-335.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu
Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa : Suatu Analisis. Jurnal
Komunikasi. 31. 2.

Shahnon Ahmad. (1993). Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.M. Zakir. Perkembangan Sastera Di Alam Melayu.


https://nusacentre.wordpress.com/rencanaperkembangan-sastera-di-alam-
melayu. Diakses pada Mac 28, 2017.

Zalila Syarif & Jamilah Hj. Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai