Anda di halaman 1dari 9

Menjadi bahan hiburan

· Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh
dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian.

· Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca

· Cerita-cerita jenaka – hiburan yang macam mana dan contoh

Fungsi Kritikan Sastera

Menurut Hashim Awang (1988 : 5) terdapat sembilan fungsi kritikan sastera iaitu :

1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya menyebarkan pengetahuan itu


2. Mempunyai tugas untuk menolong pembaca lain menghayati hasil kesusasteraan,
iaitu menerangkan tentang karya sastera dan pengarang yang dikritik dengan jelas
3. Menolong membezakan karya yang baik dan yang tidak baik
4. Menolong pengarang mendidik orang ramai setelah pengarang mengetahui
kegemaran dan kemahuan pembaca.
5. Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri dengan
pembacanya
6. Memberi perangsang dan mendidik orang ramai agar minat membaca
7. Menolong menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera
8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada orang yang tidak sempat
membacanya
9. Membaiki kesalahfahaman yang timbul di antara pengarang dengan pembaca

Kritikan sastera bertujuan untuk menceritakan sesuatu karya sastera, sama ada sajak, cerpen,
novel atau drama, mentafsir serta menilainya. Menceritakan sesuatu karya itu perlu sebelum
seseorang pengkritik dapat mentafsirnya dan selanjutnya membuat penilaian. Oleh yang
demikian, kritikan bererti suatu pandangan, malah suatu pandangan hidup, kerana karya yang
hendak ditafsir dan dinilainya itu adalah secebis kehidupan. Adakah kehidupan yang
digambarkan dalam karya itu melambangkan atau mewakili kebenaran, seperti kata Keris Mas,
atau kebenaran dan keindahan sekaligus, seperti kata Keats. Tidak kira berapa banyak teori
kritikan yang telah dihasilkan di Barat, dari formalism ke Kritikan Baru, ke fenomelogi, ke semiotik,
ke hermaniutik, ke dekonstruksi hingga ke feminisme, apa yang diperlukan oleh seseorang
pengkritik itu ialah suatu pandangan hidup yang benar tentang manusia, masyarakat dan alam
semesta. Kita menekankan pandangan hidup yang benar itu, kerana ada pandangan hidup yang
batil sebagai lawannya. Di antara dua pandangan hidup ini, memang ada cabang-cabangnya,
tetapi pada dasarnya kita senantiasa terpaksa berbalik kepada dua pandangan hidup.
Pandangan hidup yang benar itu tidak lain daripada manifestasi Yang Baik (the Good) yang
disebut oleh Plato.

Ciri-ciri Kritikan Sastera


Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, seseorang kritikawan atau pengkritik
tidak terlepas daripada terikat dengan ciri-ciri tertentu yang perlu dilaksanakan,
ianya bersesuaian atau selaras dengan kritikan sastera itu sebagai satu disiplin
ilmu yang bersifat bersistematik, ciri-cirinya ialah:
i. Sanjungan
ii. Teguran
iii. Saranan
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

i. Sanjungan
Hasil daripada pembacaan terhadap sesebuah karya kreatif, maka akan timbul
reaksi atau tindakbalas pembaca terhadap karya itu sendiri. Ianya mungkin
bersifat yang positif atau mungkin negatif, perasaan tidak puashati atau
merasakan karya yang dibacanya mempunyai kelebihan atau menampakkan
kelainan. Hasilnya pengkritik atau pembaca akan melahirkan sanjungan
terhadap karya tersebut, sama ada dari aspek isi, teknik persembahan mahupun
pengarang yang menulis karya tersebut.

ii. Teguran
Kebiasannya seseorang pengkritik juga akan menegur hasil daripada penelitian
yang dibuat berdasarkan sesebuah karya yang dibacanya. Teguran yang
diberikan mestilah bersifat membina bukannya bertujuan menghancur atau
memperlekeh sesebuah karya sastera.

iii. Saranan
Ianya melibatkan aspek-aspek pembinaan yang lebih ke arah menghasilkan
sesebuah karya yang lebih bermutu dan mantap. Yang melibatkan cadangan
atau pandangan serta idea-idea berbentuk perubahan. Pengkritik yang jujur, baik
biasanya mahu melihat perkembangan kesusasteraan yang lebih mantap selaras
dengan matlamat itu biasanya pengkritik akan memberi saranan yang
bertanggungjawab, bernas, jitu serta matang dalam memartabatkan dunia
sastera.

iv. Pendekatan
Persediaan atau kaedah yang diguna pakai ia juga membawa maksud cara
bagaimana mendekati atau menganalisa karya sastera. Kebiasaanya ia
melibatkan ilmu-ilmu tertentu sesuai dengan kritikan sebagai satu disiplin ilmu, di
antara pendekatan yang diguna pakai dalam ukutara sesebuah kritikan ialah
Formalistik, sosiologi, moral Psikologi dan Linguistik.

v. Penganalisaan
Cerakinan yang dibuat terutamanya dalam aspek persolan yang diutarakan oleh
sesebuah karya sastera. Pengkritik biasanya akan menggabungjalinkannya
dengan aspek sosiobudaya. Di samping itu juga pengkritik mungkin akan
membuat pemerincian tentang watak yang terlibat berhubung dengan pelbagai
perkara seperti aspek psikologi, nasionalisme dan sebagainya.

vi. Penilaian
Justifikasi atau penghakiman yang dibuat terhadap sesbuah karya sastera
setelah dilakukan pengamatan, pentafsiran, penganalisaan, pertimbangan yang
wajar serta rasional berpandukan hujah, bukti serta pendapat.
Kesinambungannya pula ialah membolehkan seseorang pengkritik meletakkan
ukuran dalam
penentuan nilai bagi sesebuah karya sastera sama ada hebat, bermutu,besar
sederhana mahupun kecil.

Fungsi Kritikan Sastera


Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik,
kritikan juga mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi
membantu pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca
karya kreatif (Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan
diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai

ii. Penghayatan Karya


a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif
(kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan
karya yang baik dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang
ramai supaya lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat
membacanya

iii. Dunia Kritikan


a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang
boleh membantu percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong
menghapuskan sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki
salah faham di antara pengarang dengan pembaca)
Peranan dan kesan penggunaan bahan sastera
dalam pembelajaran bahasa

Awang Sariyan (2003) penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan
untuk melatih pelajar membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-
mata untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk
menganalisis teks sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara
simbolis atau filosifis. Pembacaan ini merupakan kemahiran membaca aras tinggi untuk
membentuk pelajar yang analitis, kritis dan kreatif dalam respons terhadap teks yang
dibaca.

Menurut Mohd. Taib Osman (1977) kepentingan bahan sastera sebagai sebagai alat
pendidikan dapat dilihat dari tiga sudut :
1. Aspek pemakaian bahasa sebagai medium kesusasreraan. Hasil-hasil karya sastera
kreatif seperti cerpen, novel, drama, dan puisi merupakan pendidikan bahasa yang lebih
luas daripada pelajaran ‘penggunaan’, ‘pamakaian’ atau kemahiran bahasa kerana
bahan-bahan itu mencakup bidang-bidang bahasa yang kreatif, imaginatif dan statis.
2. Sifar kejadian hasil sastera sebagai pernyataan seni. Aspek estetika dan keindahan di
dalam jasmani dan alam rohani manusia.
3. Kesusasreraan itu tidak lahir dalam ‘’vakum’ tetapi sastera adalah hasil sesuatu
kebudayaan dan masyarakat. Satu khazanah ciri-ciri pilihan daripada pemikiran
intelektual, pengolahan seni serta pengalaman hidup sesuatu masyarakat.

1. Membina dan memperkasa bahasa

Awang Sariyan (1993) menjelaskan bahawa penggunaan bahan sastera


membolehkan pelajar menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang
pengarang. Karya sastera memiliki kelainan gaya bahasa antara seorang
pengarang dengan pengarang yang lain. Variasi gaya kepengarangan menjadi
bahan bahasa yang penting dihayati pelajar dalam usaha memahami kekayaan
bahasa masyarakatnya.

Nafii Mat (2006) menjelaskan bahawa penggunan bahan sastera dalam


pengajaran bahasa Melayu berupaya menjadikan pengajaran bahasa Melayu
menghiburkan, menyeronokkan, dan pelajar dapat menguasai bahasa secara
maksimum. Penggunaan bahan sastera dapat mendedahkan kepada pelajar
berkaitan dengan sifat-sifat bahasa yang berkesan di samping pelajar dapat
menikmati keindahan karya sastera.

Matlamat akhir pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membina kebolehan


pelajar untuk menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan keadaan. Pelajar
berupaya untuk berinteraksi, berunding, memberi pendapat, membuat
pertimbangan, memujuk, mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu, atau
berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Pemenuhan
terhadap matlamat ini sewajarnya dapat disempurnakan melalui pengguna
bahan sastera. Pelbagai kemahiran berbahasa dapat dikuasai oleh pelajar melalui
penggunaan bahan sastera sama ada secara lisan atau bertulis. Malah bahan
sastera itu sendiri lebih merujuk kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam
masyarakat ditambah dengan unsur hiburan dan pengajaran yang sedia sebati
dalam bahan berkenaan.
2. Membentuk dan membina tanggapan dan pemikiran tentang cerita

Kemampuan bahan sastera adalah untuk berkomunikasi dalam ruang


pengalaman yang lebih jauh dari apa yang dialami pelajar. Karya sastera itu
sendiri lahir dari proses yang cukup menarik. Di dalam sesebuah karya sastera
tersimpan di dalamnya imaginasi pengarang, emosi, pemikiran, realiti, bahasa,
dan nilai. Sifat estetika karya sastera sama ada dari aspek bahasa, struktur karya,
nada, emosi, dan isi karya mempunyai pelbagai dimensi yang dapat diteroka oleh
pelajar. Jika mereka berhadapan dengan sebuah teks drama, bermakna pelajar
bukan sekadar membaca untuk memahami ceritanya, sebaliknya pembacaan ini
membawa pelajar ke dalam dunia karya itu sendiri.
3. Mencipta dan membina kebolehan bercerita

Kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa adalah untuk


membolehkan pelajar berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini
dapat dilakukan melalui proses bercerita, deklamasi, lakon, forum, bahas,
syarahan, dan sebagainya. Kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai variasi ini
memberi peluang kepada pelajar menguji kemahiran berbahasa mereka sama
ada dari aspek mendengar, membaca, dan menulis. Bahan sastera dapat
dijadikan landasan untuk membina peningkatan kemahiran berkenaan.
Sekiranya bahan sastera itu disusuri dengan penuh bijaksana sudah tentunya
kekayaan bahan sastera itu akan dapat dialami dan dihayati oleh pelajar. Aspek-
aspek emosi, nilai dan budaya yang sebati di dalamnya berupaya memaparkan
pengalaman baru kepada pelajar.

Penerokaan bahan sastera melibatkan proses penikmatan dan penghayatan.


Karya-karya sastera dinikmati oleh pelajar melalui proses pembacaan, deklamasi,
dan sebagainya. Melalui penikmatan ini pelajar akan dapat menghayati karya
sastera dengan lebih mendalam. Sebuah sajak perlu dideklamasikan dengan
penuh penghayatan, intonasi yang sesuai dan nada yang bertepatan. Pelajar
dapat membina pengalaman baru berhadapan dengan sajak dan dinikmati pula
dalam bentuk yang lebih kreatif. Sajak berkenaan bukan sekadar dideklamasikan
malah boleh dinyanyikan, mestamu, puisidra, dan sebagainya. Di samping dapat
menikmati keindahan karya sastera sudah tentu aktiviti yang dilakukan
melahirkan keseronokan. Keseronokan akan membuka ruang kepada minda
pelajar untuk meneroka perkara yang lebih mencabar dalam karya sastera seperti
memahami dan menilai karya tersebut.

Aspek penikmatan yang bersesuaian membawa kepada proses penghayatan karya


sastera. Pelajar dapat menggali makna karya berkenaan apabila mereka sudah
sebati dengan karya. Proses penikmatan telah menyediakan ruang pengalaman
yang lebih bermakna untuk pelajar meneroka makna yang terkandung dalam
karya sastera. Proses penghayatan akan membawa kepada pemahaman pelajar
terhadap isi karya, watak, latar dan sebagainya. Karya sastera yang digauli akan
mudah difahami. Penerokaan dalam aspek penghayatan akan membuka
penemuan ke arah kemampuan pelajar membuat penilaian terhadap karya
sastera. Mereka boleh mengemukakan pandangan tentang kesan karya yang
dibaca, pengalaman yang diterima, serta menjelaskan di manakah tarikan yang
terkandung dalam karya berkenaan.
4. Mencabar dan membina kreativiti

Noriah Taslim (1996) menjelaskan bahawa penghayatan karya sastera boleh


mendidik pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Penghayatan memerlukan
penaakulan dan penilaian. Pelajar perlu membina semula dunia makna, dunia
ilmu, dan dunia nilai yang disuratkan dan disiratkan dalam sesebuah karya
sastera. Ia melatih pelajar untuk berhujah, mentafsir apa yang tersurat dan
tersirat, membuat pertimbangan dan membuat keputusan. Sumbangan bahan
sastera adalah untuk melahirkan manusia yang kritis dan kreatif.

Di samping itu pelajar pula berhadapan dengan karya sastera yang sememangnya
mempunyai struktur dan corak tertentu. Aspek penikmatan genre sastera seperti
sajak, cerpen, drama atau novel mempunyai perbezaannya. Drama misalnya
memerlukan pelajar untuk melafaz dialog sesuai dengan intonasi dan keperluan
makna teks. Pantun dibacakan dalam struktur bacaan yang berja dan bersukat.
Tuntutan sedemikian sudah pastinya memerlukan kreativiti yang tinggi.
Berhadapan dengan teks sastera bermakna pelajar akan memasuki dunia
kreativiti yang mencabar emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar. Bahan
sastera memberi peluang kepada pelajar menjana emosi, melahirkan respons
terhadap bahan sastera serta meningkatkan kreativiti dalam melakukan apresiasi
terhadap karya sastera. Ini bermakna karya sastera bukan sekadar untuk dibaca
dan menghafal cerita tetapi dinikmati dan dihayati dengan lebih kreatif.

5.Berkongsi pengalaman kehidupan

Bahan sastera berupaya menyediakan dunia pengalaman yang luas kepada


pelajar. Manusia yang dipaparkan dalam karya sastera adalah manusia yang
berada dalam lingkungan kehidupan pelajar dan di luar lingkungan hidup
mereka. Watak-watak yang temui dalam karya akan membuka pengalaman baru
terhadap pelajar. Latar yang ditemui juga berbeza-beza. Zaman yang
diungkapkan juga berlainan. Bahasa yang digunakan mempunyai variasi yang
pelbagai. Segalanya berupaya membentuk kepekaan pelajar tentang pelbagai
aspek budaya dan kehidupan masyarakat. Pelajar melihat diri orang lain dan
berupaya untuk membandingkan dengan kehidupan dirinya. Pelajar merasai
denyut emosi orang lain dan disatukan dengan emosi dirinya. Pengalaman ini
akan dapat membantu ke arah pembentukan rasa persefahaman, tolak ansur,
dan kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Pelajar dapat
mengenal budaya dan pola kehidupan bermasyarakat. Melahirkan anggota
masyarakat yang menghormati tatacara hidup masyarakatnya, mengurangkan
potensi meluasnya kadar jenayah dan pelanggaran hak orang lain.

6. Meneroka masa dan ruang pengalaman dalam kehidupan

Bahan sastera memberi peluang kepada pelajar meneroka apa yang jauh dari
ruang pengalaman sebenar mereka. Pelajar dapat menemui pengalaman baru
berdampingan dengan teks yang mereka nikmati dan pengalaman ini membuka
ruang kehidupan yang melampaui batas pengalaman sedia ada mereka.
Penerokaan ke alam sastera adalah penerokaan yang indah dan mengkagumkan.
Pelajar akan dapat memahami dan menyedari kehidupan yang bergerak di luar
lingkaran mereka sekaligus memahami bahasa dan budaya masyarakatnya.

Menurut Spencer (2001) sastera memberi ruang kepada pelajar melakukan


kontemplasi terhadap diri mereka sendiri. Melalui sastera pelajar akan lebih
memahami kehidupan dan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kepentingan
sastera adalah untuk membawa pelajar berhadapan dengan realiti diri, di mana
mereka berada dan bagaimana mereka memahami diri orang lain. Sastera
memungkinkan pelajar menemui manusia-manusia yang berbeza sama ada dari
segi pengalaman, latar kehidupan, dan sikap. Manusia-manusia berkenaan
mungkin mereka gemari atau benci. Geertz (1973) menambah bahawa apabila
kita berhadapan dengan karya sastera yang berbeza dengan budaya kita, kita
bukan sekadar membaca teks tetapi mengkaji budaya di mana karya itu
dilahirkan. Karya sastera perlu diberi interpretasi dengan penuh sensitiviti untuk
mencari maknanya dan mengenali budaya yang dipaparkan. Sesuatu yang
kelihatan asing pada awalnya barangkali dapat dimengertikan dan mempunyai
perkaitan dengan pengalaman kita sendiri.
7. Mencermin kejayaan individu dan masyarakat

Sastera dianggap sebagai dokumen sosial yang memaparkan rupa dan wajah
masyarakatnya. Apabila pelajar berhadapan dengan karya sastera mereka
sebenarnya melihat ke dalam masyarakatnya. Kepentingan sastera adalah untuk
mengajak manusia mengenal budayanya dan mengamalkan nilai-nilai yang
dikongsi bersama. Di dalam karya sastera ada kisah-kisah tentang kejayaan dan
kegagalan, kemurungan dan kegembiraan, dan sebagainya. Kisah-kisah
sedemikian dapat diambil sebagai teladan dan pengajaran bagi pelajar. Nilai-
nilai yang tersebar dalam karya sastera dapat diterapkan untuk membina
kekuatan diri dan keperibadian pelajar. Oleh itu karya-karya yang dihidangkan
kepada pelajar adalah karya-karya sastera yang dapat mencerminkan nilai,
budaya, pemikiran, dan sikap masyarakat. Sejarah Melayu misalnya adalah
cermin kecemerlangan masyarakat pada zaman tradisinya.
8. Membina jati diri
Keupayaan bahan sastera adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
menikmati suatu hasil yang lahir dari cetusan pemikiran, sikap dan nilai sesuatu
bangsa. Karya-karya sastera bukan sahaja menjadi dokumen budaya tetapi
menjadi sumber khazanah ilmu yang berguna untuk pembinaan jati diri bangsa.
Aspek budaya, masyarakat, dan manusia yang ditatap menerusi karya sastera
akan menggerakkan pelajar untuk mengenal jati dirinya. Sama ada karya
tradisional atau karya moden ia membawa pengaruh tertentu berkaitan suatu
zaman. Jika karya sastera terlepas dari bacaan pelajar bermakna mereka akan
ketinggalan satu khazanah penting yang merakamkan jati diri, budaya dan
pemikiran bangsa.

Anda mungkin juga menyukai