mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja. Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk kebiasaan yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan. Teori Mentalis Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya. Teori Interaksionalis Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika
kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.
http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-pemerolehan-bahasa.html