Anda di halaman 1dari 29

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Tarikh

: ...... : :

PENGHARGAAN

Setelah berusaha dengan sedaya upaya saya, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan _______________________________________________ dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Encik ________________________ di atas bimbingan dan pemantauan beliau sepanjang kajian ini dijalankan. Segala bantuan beliau amat memberi kesan yang positif terhadap kajian saya. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung di atas bantuan dan perkongsian maklumat semasa kajian ini dihasilkan. Tidak lupa juga kepada responden-responden yang banyak memberikan kerjasama semasa penghasilan kajian ini. Sesungguhnya tanpa kerjasama yang baik daripada mereka, tentu kajian ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Untuk terakhir kalinya, ucapan terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan. Diharapkan melalui kajian ini, saya dapat mempelajari dan memahami dengan lebih lanjut mengenai skop kajian secara khususnya dan isi pelajaran secara umumnya.

SENARAI KANDUNGAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN

1 2 3

1.0 2.0

PENGENALAN TRANSKRIPSI FONETIK 2.1 Lagu Hijau oleh Zainal Abidin 2.2 Petikan HARI GURU daripada Harian Metro

4 5 5 9 11

3.0

PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN (PERTUTURAN) DI SEKOLAH SAYA: SATU TINJAUAN 3.1 Pengenalan 3.2 Konsep Fonetik dan Fonologi 3.3 Perkembangan Kemahiran Lisan Di Sekolah

11 11 12 19 20 20 20 21 21 22 23 26 27

4.0 5.0

PENGABAIAN KEMAHIRAN LISAN FAKTOR PENGABAIAN KEMAHIRAN LISAN (PERTUTURAN) 5.1 Faktor Psikologi 5.2 Faktor Kaedah dan Cara Pengajaran Guru

6.0

TEMUBUAL DENGAN GURU 6.1 Keutamaan Dalam Pengajaran Lisan dan Pertuturan 6.2 Kaedah Yang Digunakan 6.3 Teknik Penilaian

7.0 5.0

RUMUSAN BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN

Sistem persekolahan di Malaysia amat menekankan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini perlu dikuasai oleh semua murid tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Walaupun Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolahsekolah, namun Bahasa Inggeris masih lagi digunakan dengan meluas terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina dan India (Zaitul Azma 2007). Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menjelaskan Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (Nik Safiah et al. 1996: 19). Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan juga mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari di peringkat sekolah rendah. (Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah, KPM 2003).

Di dalam tugasan ini, saya ditugaskan untuk menyediakan 2 tugasan yang berkaitan dengan transkripsi fonetik dan laporan pengajaran kemahiran lisan ( pertuturan) di sekolah saya. Untuk bahagian pertama, saya dikehendaki memberi lambang fonetik yang setepattepatnya dan terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik melalui lirik lagu Hijau oleh Zainal Abidin dan petikan Hari Guru. Sementara itu, tugasan kedua pula saya dikehendaki menyediakan satu laporan kemahiran (pertuturan) di sekolah saya yang perlu mendapatkan responden daripada guru-guru Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, tugasan ini memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi dan perlukan kajian yang teliti bagi memastikan transkripsi fonetik yang dibuat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

2.0 TRANSKRIPSI FONETIK 2.1 LAGU HIJAU oleh ZAINAL ABIDIN

Lirik lagu HIJAU ( Asal ) Bumi yang tiada rimba Sempama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe S apa bilo-bilo

Lirik Hijau - Zainal Abidin

#lirik lagu hijau# (Transkripsi Fonetik) #bmi ya tiada rimb# #smpma hmba# #dia dicmar mnsia# #ya jahel ktwa#

#bmi ya tiada udra# #bagai tiada awa# #psti lmbat lwun hila# #duniaku ya mla# #dewsa ini kita sali merykan# #kjyaan ya axira mmbinskan# #aplah gnaa kemtaan fikiran# #bila dijiwa kita maseh mda dan mntah# #ku lihat hijau# #bmi ya kian pudar# #siapa ya mlihat# #di kala kita trsdar# #mkinkah trsdar# #korpsi, oppressi, obsessi diri # #plussi, depressi di bmi kini#

#oo.. nok-nok# #tok lh m7aso mandi laok# #brsai main 7ama-7ama# #ale lo ni two omoro brjoto# #koto usoho jawh ke da7i malo petako#

#ozon lo ni koho nipih nk nk a7i# #kno make asak hok biso, weh# #pase mknsio# #se7emo bndo-bndo di dunio# #tok leh tahe# #spa bilo-bilo# #lirik hijau zainal abidin#

2.2 Petikan HARI GURU daripada Harian Metro

Petikan Hari Guru daripada Harian Metro ( Asal ) SETIAP tahun menjelang tarikh keramat 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara. Perguruan adalah satu profesion yang membawa erti pekerjaan yang memerlukan keahlian khusus sebagai guru. Jenis pekerjaan itu semestinya tidak dapat dilakukan sebarangan orang di luar bidang pendidikan. Jelaslah tugas guru penting untuk membentuk manusia ke arah kebaikan meliputi mendidik, mengajar dan melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai hidup. Mengajar bererti meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sementara melatih bererti mengembangkan ketrampilan kepada pelajar.

Tugas guru dalam bidang kemanusiaan meliputi tugas menjadikan dirinya sebagai ibu bapa kedua hingga menjadi idola kepada pelajarnya. Pengajaran dan pembelajarannya menarik dan mudah difahami. Guru sentiasa menggunakan pendekatan kasih sayang, mesra, prihatin bagi mendekati, memahami keinginan dan kehendak pelajar. Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih terhormat dari lingkungannya kerana daripada seorang gurulah masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju.

Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Guru mestilah mempunyai jiwa cekal dan semangat kental ke arah mendidik pelajar yang cemerlang akal budinya dalam dunia tanpa sempadan. Kini, seseorang guru hendaklah mempunyai kepimpinan bermoral seperti jujur dan amanah, bersikap proaktif dan berilmu serta berkemahiran, sekali gus intipati penting dalam pembangunan dan kemajuan pelajar di sesebuah sekolah. Setiap guru tunjang penting negara dalam melahirkan modal insan yang mampu memacu pembangunan yang lebih pesat.

Petikan Hari Guru daripada Harian Metro (Transkripsi Fonetik) #ptikan hari guru daripada harian mtro# #stip thun mnjla tarix krmt 16 mei, smbtan hri gru diadkan di sluruh ngra. prgruwn adlh stu profesiyon ya mmbwa rti pkrjan ya mmrlkan kahlian xusus sbgai gru. jnis pkrjaan itu smstia tidak dapat dilakkan sbrngan ora di lwar bida pndidikan. jlslah tugas gru pnting untu? mmbntu? mansia k arah kbikan mlipti mndidi?, majar dan mlateh. dlam hal ini, mndidi? brrti mnrskan dan mngmbakan nilai hidp. majar brrti mnruskan dan mmbangkan ilmu ptahuan dan teknologi. smntara mlatih bererti mmbngkan ktrmpilan kpda plajar. # # tugas gru dalam bida kmnsiaan mlipti tgas mnjdikan diria sbgai ibu bpa kdwa higa mnjdi idola kpda plajara. pjaran dan pmblajarna mnrik dan mudh difahami. gru sntisa mgunkan pndkatan kseh sya, msra, prihatin bgi mndkati, mmhami kiinan dn khndak plajar. marakat mnmpatkan gru pda tmpat yang lbih trhormt dari lingkuna krna dripda sorng grulh markat mmperoleh ilmu pthwan k arh pmbntukn ssbwah ngra maju. # # pda zmn ini gru bukn shja sbgai pndidi? ttapi pgnti ibu bpa, kunslor, pmbimbi dn rkn. gru mstilh mmpai jiwa ckl dn smat kntal k arah mndidi? pljar ya cmrl akal bdia dlm dunia tanpa smpadan. kini, ssora gru hndaklah mmpai kpimpinn brmorl sprti jjur dn amnah, brsikp proktif dn brilmu srta brkmhiran, skli gs intipati pnti dlam pmbnan dan kmjwan pljar di ssbuwah skolh. Stiap gru tnj pnti ngra dlm mlahirkan modal insan ya mampu mmacu pmbanan ya lbih psat.#

10

3.0 LAPORAN PENGAJARAN KEMAHIRAN (PERTUTURAN) SEKOLAH SAYA : SATU TINJAUAN

3.1 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan; bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Menurut Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, menurut Dr. Lufti Abas (1985). Daripada pendapat beberapa tokoh di atas, jelaslah bahawa fonetik merupakan fenomena yang menghasilkan bunyi-bunyi bahasa melalui fungsi organ-organ sebutan manusia.

3.2 KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan- akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain ataupun bunyi-bunyi selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi
11

menyerupai bunyi bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik.

Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan mengikut cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik juga merangkumi penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi tiga aspek iaitu penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik. Aspek yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran, termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga dikenali sebagai fonetik auditori.

3.3 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN LISAN DI SEKOLAH

Sistem persekolahan di Malaysia amat menekankan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini perlu dikuasai oleh semua murid tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Akan tetapi, bahasa Melayu tetap dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan. Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menjelaskan Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusiinstitusi pengajian tinggi (Nik Safiah et al. 1996: 19). Mengikut Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KPM 2003), Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah.
12

3.3.1 Kepentingan Pengajaran Lisan (Pertuturan)

Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak

menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambanglambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.

Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan.

Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar. Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerak kerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid.

13

3.3.2 Masa Yang Diperuntukkan

Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran kemahiran bertutur ini adalah kurang berbanding masa yang diperuntukkan untuk kemahiran membaca dan menulis. Ini jelas dilihat apabila guru-guru kini lebih mementingkan kemahiran membaca dan menulis daripada kemahiran lisan. Oleh itu, masa pengajaran bahasa Melayu kebanyakkan diisi dengan aktiviti bacaan dan penulisan karangan.

3.3.3 Kepelbagaian Kaedah Pengajaran Yang Digunakan

Aktiviti yang biasanya dilakukan oleh guru sekolah untuk aktiviti kemahiran lisan adalah seperti perbualan, bercerita, berlakon, berpuisi, bercakap berdasarkan gambar, melaporkan berita, berbahas dan bersyarah, menyanyi dan perbincangan. Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Aktiviti perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid telah diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

Selain itu, guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, aktiviti bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru membantu mereka melalui soalansoalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan,
14

dan kelancaran. Aktiviti ini turut dicerapkan dalam rancangan pengajaran ini di mana murid-murid dikehendaki untuk menceritakan tentang cirri-ciri yang terdapat dalam gambar yang ditunjukkan.

Aktiviti berpuisi ini mempunyai beberapa kaedah dan tujuan seperti untuk memahirkan lagi kanak-kanak dengan pelajaran bahasa kerana puisi selalunya mengandungi bahasa yang indah, lembut dan menarik. Dalam tinjauan saya mendapati, guru juga menggunakan aktiviti ini untuk kemahiran bertutur. Selain itu, puisi memahirkan intonasi dan sebutan serta memahirkan kanak-kanak untuk menggunakan bahasa yang betul. Aktiviti puisi ini disampaikan apabila guru memperdengarkan puisi tersebut dan murid-murid akan mengikuti dengan teliti. Bunyi sebutan, intonasi dan bentuk ayat diperhatikan dan sekiranya terdapat kesalahan guru hendaklah memperbetulkannya.

Aktiviti berbahas dan bersyarah sering digunakan oleh guru bahasa di sekolah ini untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui aktiviti ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Aktiviti ini amat berkesan untukmembentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

3.3.4 Kaedah Penilaian Yang Digunakan

Terdapat beberapa latihan untuk menguji kemahiran bertutur di kalangan murid-murid yang digunakan oleh guru iaitu bercerita berdasarkan gambar, berbual mengikut tema, dan bercakap mengikut tajuk. Dalam konteks pengajaran lisan, aktiviti bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru. Oleh itu, dengan adanya latihan penilaian ini akan dapat menilai kefasihan murid dalam bertutur di samping dapat menguji perbendaharaan kata yang digunakan oleh murid.

15

Selain itu, latihan penilaian yang lain adalah berbual mengikut tema. Berbual mengikut tema ini adalah digunakan secara langsung oleh guru untuk mengesan kebolehan murid-murid dalam berbual secara spontan mengikut tajuk yang telah diberikan oleh guru. Malah, dengan latihan ini juga guru akan dapat mengesan kelemahan murid-murid dalam pertuturan sama ada dari segi sebutan mahupun penggunaan tatabahasa. Bercakap mengikut tajuk juga merupakan latihan penilaian yang berupaya dalam menguji kemahiran bertutur di kalangan murid-murid. Dalam penilaian ini, guru akan memberi satu persoalan dan tajuk kepada murid-murid. Guru telah menggunakan beberapa menggariskan beberapa kriteria penskoran untuk menilai tahap pencapaian murid ini seperti ; Markah 100 79 59 39 19 80 60 40 20 1 Gred A B C D E Skala Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan Lemah

16

BORANG PROFIL INDIVIDU KEMAHIRAN LISAN (BAHASA MELAYU) Nama Murid Angka Giliran : :

KONSTRUK

Aktiviti :

Tarikh Taksiran :

Sangat Baik (9-10)

Baik

Memuaskan

Kurang Memuaskan

Lemah

(7-8)

(5-6)

(3-4)

(1-2)

Tatabahasa dan Kosa Kata Sebutan, Intonasi dan Nada Kefasihan Nada Bermakna Kefasihan Jumlah Kecil

Jumlah Besar : Komen

/ 10

:_______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________

17

_______________________________________________________________________________

Kriteria penskoran kemahiran lisan ini adalah mengikut spesifikasi seperti yang berikut; Peringkat Sangat Baik Skor 100 80 Konstruk 1. Tatabahasa dan Kosa Kata 2. Sebutan, Intonasi dan Nada 3. Kefasihan 4. Bermakna Baik 79 60 1. Tatabahasa dan Kosa Kata 2. Sebutan, Intonasi dan Nada Kriteria / Keterangan Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul. Sebutan betul, sangat jelas dan tepat. Intonasi dan nada betul seperti penutur jati. Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar. Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang. Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul. Sebutan betul, jelas dan tepat. Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati. Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar. Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila. Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul. Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat. Kebanyakan intonasi dan nada masih betul. Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar. Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila. Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah. Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat. Intonasi banyak yang salah.
18

3. Kefasihan 4. Bermakna Memuaskan 59 40 1. Tatabahasa dan Kosa Kata 2. Sebutan, Intonasi dan Nada 3. Kefasihan 4 . Bermakna Kurang Memuaskan 39 20 1. Tatabahasa dan Kosa Kata 2. Sebutan, Intonasi dan Nada

3. Kefasihan 4. Bermakna Lemah 19 01 1. Tatabahasa dan Kosa Kata 2. Sebutan, Intonasi dan Nada 3. Kefasihan 4. Bermakna

Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar. Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila. Keseluruhannya lemah. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.

4.0 PENGABAIAN KEMAHIRAN LISAN

Dewasa ini, pengabaian kemahiran lisan (pertuturan) amatlah ketara. Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran dan latihan pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitu banyak dilakukan oleh pelajar berbanding aspek mendengar dan bertutur. Amalan sedemian tidak wajar kerana pengajaran dan latihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuh sebelum pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.

Menurut tinjauan yang telah dilakukan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengabaian kemahiran ini. Antaranya seperti ramai pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Malahan, tinjauan mendapati bahawa murid pasif kerana tidak mempunyai keyakinan diri dan guru suka mengemukakan soalan kepada pelajar-pelajar yang fasih berbahasa Melayu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas. Malahan, guru juga berpendapat bahawa kemahiran itu tidak begitu penting.

19

5.0 FAKTOR PENGABAIAN KEMAHIRAN LISAN (PERTUTURAN)

Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, telah mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelemahan kemahiran lisan (pertuturan) murid. Dua faktor utama ialah ;

5.1 Faktor Psikologi

Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Mereka yang merasa bahawa sesuatu bahasa lain itu penting dan mereka mesti mempelajarinya akan mempunyai sikap yang sihat dalam mempelajari bahasa tersebut. Dalam sikap ini kita dapat melihat dari segi psikologi sama ada seseorang itu merasa bahawa pembelajaran bahasa itu akan mendatangkan faedah kepadanya, serta tidak mengancam kedudukan atau identitinya. Sikap mereka mungkin tidak memandang yang bahasa Melayu itu memberi faedah, sementara itu ada pula golongan yang mungkin menentang, kerana memikirkan identiti mereka akan terancam dengan mempelajari bahasa lain yang akhirnya menyerap mereka ke dalam kebudayaan bahasa yang dipelajari itu.

Pengkaji merasakan minat dan motivasi berperanan penting dalam membina tabiat dan keupayaan pertuturan lisan murid yang mempelajari bahasa Melayu.Bagi penutur bukan jati mereka tidak suka bertutur menggunakan bahasa Melayu kerana mereka merasakan untuk bertutur bahasa Melayu mereka perlu mempelajari segalanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu yang jauh bezanya dengan bahasa ibunda mereka.Oleh itu, secara tidak langsung, perkara ini telah mengganggu proses pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu.

5.2 Faktor Kaedah Dan Cara Pengajaran Guru

20

Menurut Tamam Timbang et al.dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Edisi 89, teknik pengajaran yang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan murid. Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utarna menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Pengkaji mendapati guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan murid tidak suka memberi pendapat secara lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri.Murid pula menganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan murid tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan.

6.0 TEMUBUAL DENGAN GURU 6.1 Keutamaan Dalam Pengajaran Lisan Pertuturan

Menurut responden A dan responden C, mereka kurang mementingkan pengajaran kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur bukannya merupakan kemahiran yang penting kerana murid sememangnya boleh memberikan pendapat dengan sendiri. Apa yang dipentingkan ialah pengajaran kemahiran membaca dan menulis kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting serta diuji dalam UPSR, PMR dan peringkat SPM sekalipun.

Menurut responden B pula, beliau juga memberikan keutamaan dalam pengajaran lisan pertuturan. Baginya, kemahiran lisan pertuturan ini hendaklah diajar kepada murid kerana ianya sememangnya amat penting. Kemahiran lisan merupakan aspek penting untuk kita berkomunikasi dan berinteraksi. Malahan, bahasa Melayu pula bahasa rasmi dan perlu dikuasai oleh rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1996. Baginya, kesilapan murid dalam pertuturan adalah seperti murid bertutur dengan sebutan kurang jelas dan kurang tepat. Intonasi dan nada juga dipengaruhi oleh cara penyebutan atau slanga mereka sendiri, menggunakan bahasa yang kurang gramatis, penggunaan kosa kata kurang tepat dan kadangkala salah serta mempunyai pencampuran kod, tidak dapat

21

bertutur dengan petah, kurang fasih dan kurang tepat serta pengucapan kurang beradab, bersopan dan kurang santun berbahasa.

6.2 Kaedah Yang Digunakan

Kaedah yang seringkali digunakan oleh responden A ialah kaedah perbualan. Dalam melaksanakan aktiviti ini guru menyediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan tahap kebolehan berbahasa serta persekitaran murid. Guru ini melaksanakan aktiviti dengan secara berdua ataupun secara berkumpulan.

Untuk responden B pula kaedah yang sering beliau gunakan ialah kaedah bercerita berdasarkan gambar. Aktiviti ini dijalankan mengikut prestasi murid. Responden B menyediakan pelbagai gambar yang menarik minat murid untuk bercerita atau menerangkan sesuatu perkara yang terdapat dalam gambar berkenaan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan gambar tunggal ataupun gambar bersiri.

Menurut responden C pula beliau lebih senang dengan kaedah kuliah. Kaedah kuliah ini dijalankan dalam bentun penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala. Menurut beliau, beliau kurang memberikan peluang kepada pelajar untuk bercakap kerana sikap mereka yang malu dan segan dalam memberikan idea dan pendapat.

22

6.3 Teknik Penilaian

Tenik penilaian yang sering kali digunakan oleh responden A untuk menguji kemahiran bertutur murid-murid ialah melalui soal jawab. Menurut beliau, beliau menggunakan pemerhatian untuk menilai kemahiran bertutur murid seperti borang di bawah ;

Nama Hari Tarikh Waktu pemerhatian

: __________________________ : __________________________ : __________________________ : __________________________

Bil 1. 2. 3.

Perkara Murid kelihatan bersemangat melakukan aktiviti bertutur. Murid memberikan respons positif semasa melakukan aktiviti Murid bertutur dengan menggunakan intonasi, sebutan dan nada yang betul.

(/)

(X)

4. 5. 6.

Murid menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang teat dan betul. Murid bertutur dengan fasih, lancar dan petah. Murid sentiasa memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti bertutur.

7.

Murid kelihatan ceria dan yakin semasa melakukan aktiviti.

23

Selain itu, untuk responden B pula beliau telah menjalankan beberapa siri ujian bagi menilai pencapaian murid untuk kemahiran bertutur. Pencapaian murid ini akan dinilai melalui borang seperti berikut;

24

Hari : Tarikh : Masa : Bil Nama K1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor tertinggi (Taksiran 1/2/3/4 ) K2 K3

Catatan K4

K1 - Tatabahasa dan Kosa Kata K2 - Sebutan Intonasi dan Nada

K3 - Kefasihan K4 - Bermakna

25

Untuk responden C pula, beliau menilai semasa melakukan aktiviti soal jawab. Bentuk bentuk soalan yang dikemukakan memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek seperti bertutur berdasarkan gambar, atau menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak disediakan dan guru menandakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan itu, pada ruang-ruang yang disediakan.

Nama : Bahagian No. Gambar No. Soalan 1 A 2 3 1 B 2 3 J= J= 2 1 Markat 0

Catatan: Nilai markat 2 - bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa. 1jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa. 0 - jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

26

7.0 RUMUSAN

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu

Ilmu transkripsi fonetik ini amat penting bagi warga pendidik di zaman moden ini kerana ia merupakan sesuatu yang jarang dikuasai. Dalma tugasan bahagian A, pengkaji cuba memberi lambang fonetik yang setepat-tepatnya dan terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik. Dua teks perlu dikaji iaitu lirik Lagu Hijau oleh Zainal Abidin dan Petikan Teks Hari Guru daripada Metro. Penggunaan abjad fonetik antarabangsa diperlukan bagi memudahkan pembaca menafsir transkripsi yag dibuat oleh pengkaji.

Fonologi dan fonetik ialah pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa mengikuti fungsinya. Oleh yang demikian, bidang ini berkait rapat dengan kemahiran lisan atau pertuturan yang diperkembangkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Untuk bahagian B, pengkaji diminta menyediakan Laporan Tinjauan Pengajaran Kemahiran Lisan (Pertuturan) di Sekolah Pengkaji. Pengkaji melakukan tinjauan bagaimana kemahiran pengajaran kemahiran lisan diaplikasikan di seklah pengkaji. 3 orang responden yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah pengkaji telah ditemubual dan direkodkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Di samping itu, tinjauan tentang

Kesimpulannya, kajian tentang transkripsi fonetik dan pengaplikasian pengajaran lisan di sekolah pengkaji memberikan ilmu dan pandangan yang positif dan juga negatif. Banyak lagi kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk memperkasakan lagi pengajaran Bahasa Melayu.

27

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd . Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah.

(2007). Linguistik Fonetik dan

Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azani Ismail et. Al (2012).Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Gema Online Journal of Language Studies Volume 12(1), January 2012. Kuala Lumpur :IPGM Teknik, Kuala Lumpur

Azizi Yahya et.al (2007). Menguasai Pendidikan Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : PTS Profesional Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2002). Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran. (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Zulkifley Hamid. (2005). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

29

Anda mungkin juga menyukai