Anda di halaman 1dari 14

MAKNA TAMADUN November 1, 2014

ISI KANDUNGAN

Bil

Tajuk

Muka Surat

1.

Penghargaan

2.

Pengenalan

3.

Isi - isi

4 - 11

Definisi Tamadun Berdasarkan Pelbagai Bahasa

Definisi Tamadun Menurut Pandangan Sarjana Islam

Definisi Tamadun Menurut Pandangan Sarjana Melayu

Definisi Tamadun Menurut Pandangan Sarjana Barat

4.

Penutup

12

5.

Lampiran

13 - 15

6.

Rujukan

16

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


Soalan Tugasan : Apakah makna tamadun dan bagaimanakah anda dapat mengenali tamadun.

PENGENALAN TAMADUN

Setiap tamadun di dunia memainkan peranan penting dalam membentuk budaya dan kepelbagaian
masyarakat sesebuah negara atau kawasan. Budaya Tamadun yang pelbagai ini memberi sedikit impak
kepada kewujudan masyarakat bertamadun pada masa kini.
Selain itu, sejarah tamadun merujuk kepada kemajuan dan kemunduran serta jatuh bangun
sesebuah tamadun. Pembelajaran atau pengetahuan tentang tamadun ini dapat memberi input antara
disiplin dan perbincangan tentang tamadun masa lampau dan kini. Ilmu ketamadunan ini dapat memberi
pelbagai maklumat seperti wujudnya sistem kepercayaan dan agama,kewujudan penempatan masyarakat
manusia,peningkatan kualiti kehidupan, kewujudan institusi berorganisasi, kemunculan beberapa bahasa
atau satu bahasa yang serumpun dengan sistem tulisan yang tersendiri serta kelahiran dan peningkatan
daya reka cipta.
Tamadun juga merujuk kepada taraf pencapaian dari segi sosial iaitu keadaan masyarakat yang
berperadaban atau bertamadun. Tambahan lagi, dengan mengenali tamadun dapat menghuraikan
hubungan tamadun dan agama sepertimana tamadun-tamadun besar dunia. Jika dikenalpasti sejak dahulu
sehingga kini terdapat pelbagai tamadun telah bertapak di seantero dunia ini. Antara tamadun awal yang
wujud adalah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates (3500 S.M) , Tamadun Mesir
Purba di Sungai Nil (3000 S.M), Tamadun Indus di Sungai Indus (2500 S.M) dan Tamadun Hwang Ho di
Sungai Hwang Ho (1800 S.M). Malah, terdapat juga tamadun lain seperti Tamadun Aztec, dan Sumeria /
Babylonia. Seterusnya kemunculan tamadun-tamadun lain seperti Tamadun Islam (Zaman Nabi
Muhammad SAW, Era Sahabat Rasulullah SAW, Zaman Umaiyyah, Zaman Abbassiyah, Zaman
Uthmaniyah, dan Zaman Moghul), Tamadun Asia (Tamadun Melayu, Tamadun India dan Tamadun Cina).
Konklusinya, kehidupan berteraskan konsep tamadun ini telah lama wujud semenjak sebelum
masihi lagi dan berterusan sehingga membentuk masyarakat pada masa kini yang selaras dengan
peredaran masa. Oleh itu, dengan wujudnya kepelbagaian tamadun seperti Tamadun Barat, Tamadun Asia
dan Tamadun Islam telah menerbitkan beberapa definisi yang berbeza bagi menerangkan maksud istilah
tamadun. Malah, mempunyai definisi berbeza mengikut pelbagai pandangan sama ada dari sudut bahasa
mahupun pandangan sarjana atau tokoh.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


DEFINISI TAMADUN BERDASARKAN PELBAGAI BAHASA

Perkataan Tamadun sebenarnya adalah dari Bahasa Arab yang digunakan atau lebih mudah
dipinjam ke dalam Bahasa Melayu. Secara lebih jelas menerusi bahagian ini , definisi menurut Kamus
Dewan Bahasa Melayu akan diketengahkan. Malah, turut dinyatakan definisi Tamadun menurut English
Oxford Dictionary. Di samping, turut terdapat pandangan tokoh yang berbeza dalam mendefinisikan
makna tamadun.
Definisi Tamadun dalam Bahasa Arab
Dari sudut bahasa Arab, tamadun berasal dari perkataan iaitu maddana, mudun dan madain yang
bermaksud pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi rohaniah dan
lahiriah. Maddana adalah kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota.
Perkataan maddana ini menerbitkan sifat nama iaitu istilah madani. Oleh itu, madani ini memberi maksud
sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran dan budi pekerti. Malah, perkataan
maddana dan madani ini berasal daripada deen yang bermakna agama (hidup yang beragama). Dalam
bahasa arab juga terdapat beberapa istilah yang sama seperti tamadun iaitu umran, madaniyah dan
hadarah. Istilah tamadun turut bermaksud ciri-ciri hidup di bandar dan kota-kota dipanggil mudun.
Tamadun juga dikaitkan dengan istilah peradaban yang membawa maksud keadaan kemajuan pada
kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.
Definisi dalam Bahasa Melayu
Dalam konteks Bahasa Melayu, dua perkataan sering digunakan iaitu tamadun dan peradaban.
Kedua-dua perkataan ini bukanlah kata asal Bahasa Melayu tetapi adalah kata pinjaman dari Bahasa Arab.
Oleh yang demikian, definisi dilihat menurut Kamus Dewan Bahasa. Definisi Tamadun menurut Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat, tamadun didefinisikan kepada beberapa makna yang berbeza. Makna yang
pertama ialah tamadun bermaksud keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya , politik dan lain-lain) yang tinggi
peradaban. Manakala, makna yang kedua ialah negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial,budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi
peradaban.
Definisi Tamadun dalam Bahasa Inggeris
Makna Tamadun dalam Bahasa Inggeris adalah sama dengan civilization. English Oxford
Dictionary mendefinisikan civilisation (tamadun) adalah tindakan atau proses pembudayaan atau menjadi
bertamadun, sebuah negara maju dan masyarakat manusia yang maju. Malah, English Oxford Dictionary
turut mendefinisikan kata kerja bagi civilisation iaitu to civilise bermakna untuk membuat awam, untuk
membawa keluar dari kebiadapan, untuk mengajar dalam seni kehidupan, untuk memperbaiki dan
menggilap, untuk mencerahkan.
Definisi Civilization ini sebenarnya berasal daripada istilah Latin (Civitas) yang membawa
maksud kota atau bandar. Kata Civitas juga adalah berasal dari kata sifat dalam bahasa Latin iaitu Civilis
yang merujuk kepada warganegara. Rakyat (warga) rela membawa diri dalam organisasi politik, sosial,
ekonomi dan agama iaitu mereka bergabung bersama-sama untuk membentuk satu masyarakat yang lebih
besar. Dari masa ke semasa tamadun merujuk kepada cara tertentu berfikir bersama tentang dunia dan
tentang refeleksi dalam budaya, seni, drama, sastera dan pelbagai kajian budaya lain.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


Civilization ialah perkara yang berhubungkait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang
membentuk peradaban dan tamadun. Ini jelas menunjukkan bahawa istilah civilization adalah tamadun
manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia dalam membangunkan kehidupan di pelbagai
peringkat yang berbeza. Selain itu, terdapat juga istilah lain yang menjelaskan civilization iaitu istilah
seperti culture, renaissance dan urbanization.
Bagi istilah culture pula didefinisikan sebagai cadangan, adat dan tingkah laku sosial orang orang tertentu atau masyarakat. Manakala, bagi istilah renaissance pula didefinisikan sebagai kelahiran
semula dan istilah urbanization didefinisikan sebagai perilaku menjadi bandar atau lebih mudah difahami
sebagai perbandaran.
Definisi Tamadun dalam Bahasa Tamil
Kata atau perkataan tamadun disebut sebagai nakarikam iaitu kata yang berasal dari akar kata,
nakar. Istilah ini membawa maksud kota atau bandar. Hal ini sinonim dengan kepercayaaan masyarakat
Hindu iaitu simbolik kepada penjelmaan Tuhan Siva iaitu tuhan yang menciptakan bandar. Dengan lebih
jelas, Nakarikam bermaksud tingkah laku,tutur kata dan pakaian yang berkaitan dengan sesebuah bandar
yang meliputi kesopanan, peradaban, kehalusan budi, jalinan persahabatan, perbandaran dan kasih sayang
dan prihatin.
Definisi Tamadun dalam Bahasa Cina
Menurut Bahasa Cina pula tamadun berasal dari akar kata iaitu ming. Istilah ming ini memberi
maksud terang, cerah dan bercahaya. Malah sering dikaitkan dengan amalan tradisi , pemikiran yang
bijakasana, bertutur secara terbuka dan pemahaman yang jelas. Tambahan lagi, ming turut merujuk kepada
unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada sejarah perkembangan manusia.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


DEFINISI TAMADUN MENURUT SARJANA ISLAM

Ibnu Khaldun
Seorang sarjana islam iaitu Ibn Khaldun yang hebat dalam ilmu kemasyarakatan islam dalam
karyanya Mukaddimah telah menggunakan istilah umran. Istilah umran digunakan dalam kajian tentang
bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang diduduki , berkembang subur dan maju.
Ibn Khaldun turut menggunakan istilah Hadarah yang membawa maksud kota, daerah, bandar
dan kampung atau tanah yang diusahakan. Istilah ini juga bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal
kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.
Abu Nasir Al-Farabi
Selain itu, istilah al-madaniah telah diperkenalkan oleh Abu Nasir Al-Farabi (meninggal 350H) di
dalm kitab karyanya yang bertajuk Al-Siasah al-Madaniah dalam abad ke-11.M. Istilah ini berasal
daripada kata madinah yang bermaksud kota. Madinah bermaksud kehidupan yang berasaskan akidah,
syarak dan akhlak.
Dr. Muhammad al-Bahly
Definisi menurut pandangan islam oleh Dr. Muhammad al-Bahly menyatakan bahawa tamadun
adalah keseluruhan produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia dalam pelbagai bentuk.
Keperibadian yang dimaksudkan adalah dalam bentuk kesenian, politik, falsafah,pengetahuan dan
kesusateraan.
Syed Muhammad Naquib al-Attas
Definisi tamadun menurut ilmuan yang bernama Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan,
Tamadun bermaksud keadaaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
kebudayaan dan tatasusila yang luhur bagi masyarakatnya.
Sayyid Qutb
Bagi Sayyid Qutb, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat
Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral islam.
Muhammad Rashid Redha
Menurut Muhammad Rashid Redha pula menyatakan agama adalah asas tamadun. Hal ini kerana
peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamdun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu
bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
Umar Audah al- Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, peraturan tradisi, syariat dan moral yang
menunjukkan keadaan pemikiran, akhlak, ekonomi, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan
dan kerohanian dalam sesuatu sejarah adalah yang dikatakan oleh Umar Audah al-Khatib.
4

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


Mahmood Taib an-Najmi
Beliau menerangkan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia untuk
menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


DEFINISI TAMADUN MENURUT SARJANA MELAYU

Abu Bakar Hamzah


Seterusnya definisi tamadun menurut buku Sejarah Kebudayaan Islam, karya Abu Bakar Hamzah
menjelaskan bahawa istilah tamadun berasal daripada kata Arab yang telah diterima sebagai sebahagian
daripada perbendaharaan kata Bahasa Malaysia. Menurut karyanya, tamadun itu bermaksud lahir seiring,
serentak dan sejalan dengan perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk
pemikiran dan kebendaan.
Wan Hashim Wan Teh
Tamadun adalah pemikiran tinggi oleh ahli masyarakatnya dalam aspek agama dan moral,
kesusasteraan,budaya, kesenian dan tatasusila (adab,budi pekerti) dalam menguruskan sesebuah kerajaan
yang demokratik. Malah, tamadun turut merangkumi pengurusan ekonomi, perdagangan serta peningkatan
ekonomi dan perdaganagan yang dapat meningkatkan keselesaan hidup.
Dr.Muhammad Baki
Dr. Muhammad Baki pula mendefinisikan tamadun adalah segala usaha dan daya cipta yang
menerangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, tingkah laku dan perasaan.
Tamadun turut dimaksudkan dengan kesenian, kesusateraan,agama, ilmu pengetahuan, falsafah, agama
dan perkara-perkara lain yang juga menerima pembangunan dan peningkatan.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


DEFINISI TAMADUN MENURUT SARJANA BARAT

Arnold J.Toynbee
Menurut pandangan barat iaitu oleh Arnold Toynbee pula mengatakan bahawa tamadun adalah
satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dengan mempunyai
empat elemen seperti sistem politik, pengetahuan,bahan-bahan ekonomi dan seni. Beliau juga berpendapat
tamadun adalah sejenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar.
Clive Bell
Tamadun adalah satu ciri masyarakat yang mampu membezakan sebuah masyarakat mundur dan
masyarakat maju menerusi tamadunnya.
Robert Haini
Manakala Robert Hanini pula menyatakan bahawa, tamadun adalah satu cara hidup yang dapat
dicirikan. Tamadun merupakan kemuncak pencapaian kejayaan manusia yang mengangkat dirinya ke atas
seperti sebuah gunung di pertengahn bukit-bukit.
Riberio
Seterusnya ialah menurut pandangan Riberio yang merupakan seorang anthropologist
mengatakan, Tamadun sebagai cantuman susunan dan proses tamadun individu. Riberio turut
menekankan beberapa proses untuk mencapai tamadun. Proses tersebut adalah revolusi bandar.
Menurutnya lagi, Bandar-bandar memancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk kemajuan
spiritual dan material.
A.S Hornby dan E.C. Parnwell
A.S Hornby dan E.C. Parnwell menyatakan maksud tamadun iaitu meningkatnya pencapaian
hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik moral dan
sebagainya. Pernyataan mereka ini menerusi buku bertajuk The Progressive English Dictionary.
J.R Strayer
Dalam karyanya bertajuk The Mainstream of Civilization , J.R Strayer menerangkan perkataan
tamadun berkait amat rapat hubungan dengan perbandaran. Malah, beliau turut menyatakan tamadun itu
lahir di bandar.
J.K Fiebleman
Seterusnya, J.K Fiebleman pula menyatakan tamadun adalah kepandaian mengeksploitasi material
oleh masyarakat. Dengan kata lain, proses ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baharu
bagi sesuatu keperluan oleh masyarakat.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


Edward Burnett Taylor
Edward Burnett Taylor pula menyatakan bahawa tamadun adalah satu rangkaian rumit yang
melibatkan aspek-aspek keilmuan, kepercayaan,kesenian, perundangan, nilai-nilai moral, bakat, tradisi,
kebolehan dan bakat yang dihasilkan oleh masyarakat.
Will Durrant
Peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan
merangkumi empat elemen iaitu sistem politik, tradisi moral, kesenian, dan sumber ekonomi adalah
definisi yang dinyatakan oleh Will Durant sama seperti pandangan Arnold J.Toynbee.
Robert J. Braidwood
Beliau Robert J. Braidwood merujuk tamadun ini kepada perbandaran. Tamadun juga haruslah
mempunyai undang-undang formal, satu struktur politik, dan terdapat kemudahan innfrastruktur seperti
anggota keselamatan, jalan raya, terusan dan pelabuhan.
Oswarld Spengler
Oswarld Spengler pula menyatakan
kerana itu yang membawa kemajuan.

bahawa tamadun barat lebih mementingkan kebendaan

Edward L. Farmers
Tamadun sebagai satu unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang mengandungi
norma-norma sosial, tradisi, dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi dari generasi.
Edward L.Farmer berpendapat bahawa ciri-ciri masyarakat yang bertamadun ialah berlaku revolusi
pertanian, pertempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, agama, pembandaran, kemajuan
teknologi, dan sistem tulisan.
Collingwood
Menurut Collingwood tamadun adalah satu proses untuk mencapai tahap kehidupan yang sopan
yang mana akan melahirkan masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi.
Samuel Johnson
Tamadun merupakan suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) iaitu
dengan mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi. Pernyataaan pandangan ini diusulkan oleh Samuel
Johnson yang merupakan seorang Tokoh Barat.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


CIRI CIRI TAMADUN
Menurut Edward L. Farmer menerusi bukunya Comparative History of Civilization in Asia, ciri ciri
tamadun adalah seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Penempatan kekal.
Stafikasi Pertanian.
Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi.
Urbanisasi.
Sistem Tulisan.
Revolusi Pertanian.

Menurut Darey Ribeiro seorang Sarjana Barat bahawa masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Berakhir secara nomad dan mencipta alat teknologi dalam pertanian.


Bermulanya pembahagian kerja dan tugas.
Pertumbuhan kota dan negara, wujudnya status sosial, sistem pangairan, penggunaan peralatan
logam serta wujud kalendar dan sistem tulisan.
Ciptaan teknologi
Revolusi perdagangan.
Revolusi teknologi.
Revolusi industri.
Revolusi penternakan.

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


PENUTUP

Imtihannya, secara keseluruhan definisi tamadun mendapat perhatian pelbagai pandangan dan
perspektif oleh pelbagai sarjana. Malah definisi tamdun ini turut dipengaruhi pandangan sesebuah
masyarakat. Setiap definisi ini diberikan oleh sarjana yang pelbagai sama ada Sarjana Barat, Sarjana Islam
mahupun Sarjana Melayu. Oleh yang demikian, definisi tamadun menurut Sarjana Islam adalah sesuatu
yang seimbang dari segi kerohanian dan kebendaan. Dengan kata lain, tamadun menurut sarjana islam
adalah berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Manakala definisi tamadun menurut Sarjana Melayu
pula meletakkan ciri keagamaan dan moral sebagai suatu perkara utama selain daripada pembangunan
material. Di samping, pemahaman saya bahawa Sarjana Barat mereka lebih mementingkan pencapaian
yang bersifat material (kebendaan) sebagai pananda aras sama ada sesebuah masayarkat itu bertamadun.
Malah menurut pandangan barat, tamadun lebih kepada pemikiran akal untuk membentuk corak
kehidupan dan menumukan kemajuan lahiriah semata-mata. Tambahan lagi, tidak kurang juga definisi
tamadun terdapat sedikit perbezaan dan persamaan sepertimana definisi yang dinyatakan menurut bahasa
yang berbeza iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Definisi menurut bahasa
ini ada yang mementingkan keseimbangan lahiriah dan rohaniah, malah ada juga yang hanya
mementingkan kemajuan sesebuah masyarakat atau bandar sahaja. Maka, secara keseluruhan definisi
tamadun dapat dringkaskan sebagai, tamadun bersal daripada bahasa arab iaitu mudun atau madain di
mana maddana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.Manakala Bahasa Inggeris
bermakna Civilization (Civitas) yang bermaksud bandar dan perkataan Bahasa Melayu yang bermakna
peradaban. Oleh itu, definisi yang mampu menjelaskan segala kepelbagaian pandangan dan definisi
tamadun adalah tamadun merupakan satu kehidupan masyarakat bandar yang maju dan kaya dengan
ketinggian akhlak dan budi bahasa dengan tidak mengabaikan keseimbangan lahirah dan rohaniah.
Berdasarkan pernyataan ciri-ciri tamadun oleh dua tokoh iaitu Darey Ribeiro dan Edward L. Farmer
dapat membentuk satu kategori yang dapat mencirikan sesebuah masyarakat itu adalah bertamadun. Hal
ini dapat dilihat dengan kewujudan suatu sistem kepercayaan dan agama dalam kalangan masyarakat.
Kependudukan sesebuah masyarakat di suatu penempatan manusia seperti di kota (Lembah Indus,
Lembah Nil dan Lembah Tze). Malah dengan kewujudan satu kelompok masyarakat ini menjamin
peningkatan kualiti kehidupan. Di samping, kewujudan sistem organisasi untuk memudahkan urusan
pentadbiran dan kewujudan satu bahasa yang mudah difahami oleh serumpun masyarakat dengan sistem
tulisan yang tersendiri. Diperingkat pentadbiran dan masyarakat juga akan wujudnya sistem perundangan
bagi membentuk satu organisasi dan masyarakat yang teratur mematuhi undang-undang bandar itu sendiri.
Tambahan lagi, dengan wujudnya masyarakat yang berpenempatan yang berkelompok akan melahirkan
satu inovasi iaitu untuk meningkatkan sistem peralatan dan pembinaan iaitu dengan peningkatan daya reka
cipta. Justeru, dengan semua ciri-ciri ini memudahkan kita untuk mendefinisikan makna tamadun.

10

MAKNA TAMADUN November 1, 2014


LAMPIRAN A

Rajah 1 : Menunjukan Peta Tamadun Kuno

Rajah 2 : Peta Kawasan Pengembangan Tamadun Islam

11

MAKNA TAMADUN November 1, 2014

Rajah 3 : Peta Gugusan Melayu (Archipelago)

Rajah 4 : Peta Kawasan Tamadun India


12

MAKNA TAMADUN November 1, 2014

Rajah 5 : Peta Kawasan Sungai Indus

Rajah 6 : Peta Kawasan Tamadun China di sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Huanghe
13

Anda mungkin juga menyukai