Anda di halaman 1dari 11

FENOMENA ISLAMOFIA

SOALAN 2 : PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP FENOMENA


ISLAMOFIA YANG DIGEMBAR-GEMURKAN SETERUSNYA MEWUJUDKAN
KETIDAKSTABILAN DALAM HUBUNGAN ANTARA MASYARAKAT ANTARA
MASYARAKAT DUNIA. NYATAKAN FAKTA-FAKTA YANG KONKRIT DAN RELEVAN
DENGAN SITUASI SEMASA BAGI MENYOKONG HUJAH-HUJAH.

2.0 PENDAHULUAN

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi
pada Islam dan Muslim Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi
menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan
Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap
Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga
menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan
mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.
Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama
dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang
ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Serangan ini dilakukan oleh al-Qaeda yang diketuai oleh Osama bin Laden ke atas
Amerika Syarikat melalui empat siri. Pada mulanya, 19 orang pengganas al-
Qaedamerampas empat buah kapal terbang penumpang komersil dan mereka sengaja
menghempaskan dua pesawat kea rah Menara Berkembar World Trade Center di
Bandar Raya New York. Kejadian ini telah membawa kematian semua penumbang dan
ramai pekerja di dalam bangunan terbabit serta keruntuhan bangunan dalam dua jam.
Kemudian itu, pengganas tersebut menghembaskan pesawat ketiga ke arah Pentagon
di Arlington dan keempat pula menghempas ke arah Washington untuk menyasar
Bangunan Kapitol (Rumah Putih). Namun, apabila beberapa penumpang dan
kakitangan cuba merampas semula pesawat itu maka, ia terhempas di pekan
Shahksville. Akibatnya, seramai 3, 000 penumpang iaitu seramai 2752 mangsa di World
Trade Centre, 184 mangsa di Pentagon dan 19 orang pengganas telah korban dalam
serangan 11 September 2001. Oleh demikian itu, sebagai tindak balas Amerika Syarikat

1
FENOMENA ISLAMOFIA

telah melancarkan Perang Terhadap Keganasan untuk menyerang Afghanistan bagi


menjatuhkan kumpulan Taliban iaitu melindungi pengganas-pengganas al-Qaeda dan
pada Mei 2001, Osama bin Laden telah ditemui lalu dibunuh.

2.1 DEFINISI ISLAMOFOBIA

Islamofobia merupakan fenomena, fobia atau kebimbangan terhadap Islam iaitu dari
segi penganut, ajaran, budaya dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Di
samping itu, menurut PBB, Islamofobia bermakna suatu permusuhan dan ketakutan
tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan dan kebencian pada orang Islam
atau majoriti daripada mereka. Istilah Islamofobia ini digunakan merujuk kepada
fenomena fobia ataupun boleh dikatakan sebagai kebimbingan kepada Islam.Terdapat
juga erti kata lain untuk Islamofobia iaitu Muslim radicalization Anti-Muslim hate crime,
anti-Islamic phenomena, xenophobia dan religiously based hate crimes merupakan
istilah - istilah yang digunakan oleh masyarakat dunia.Secara holistik, Islamofobia ini
adalah perasaan kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajaranya,
budayannya dan apa - apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.Menurut Pelapor Khas,
Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu mentakrifkan maksud Islambofobia sebagai suatu
permusuhan dan ketakutan tidak berasaskan terhadap Islam dan akibat ketakutan atau
kebencian pada orang Islam atau majority daripada mereka.

Institutional Islamophobia merujuk kepada organisasi atau pertubuhanyang


mendiskriminasi berdasarkan identiti agama manakala, non-Institutional
Islamophobiaberlaku apabila ianya melibatkan Islamofobia oleh individu. Institusi
seperti organisasi tertentu, syarikat dan badan korporat lebih memberikan kesan
berbanding individu terhadap Islamofobia. Peringkat institusi ini
kebiasaannyamelibatkan diskriminasi sama ada dalam bentuk penafian peluang
pekerjaan, kenaikanpangkat, hak-hak beragama sewaktu bekerja dan sebagainya.
Seterusnya, Islamophobia of the State atau Islamofobia yang melibatkan polisi negara
adalahsesuatu yang perlu dibendung kerana melalui ini, amalan sistematik
yangmendiskriminasi berdasarkan identiti agama boleh berlaku terutamanya di jabatan

2
FENOMENA ISLAMOFIA

ataukementerian sesebuah kerajaan. Oleh sebab itu, individu Islam dan organisasi
Islam yangberhubung dengan kerajaan akanmengalami pelbagai masalah dan
memberikan pelbagai implikasi negatif.

Proses pembinaan semula dilancarkan di Tapak World Trade Centre dan siap
pada tahun 2013. Kira-kira mengambil 12 tahun untuk membina semula banggunan-
banggunan yang terancam semasa Serangan 11 September ini. Walaubagaimanapun,
ada sesetengah pembinaan dalam prosesnya. Peristiwa ini telah memberikan
kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus
memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Dengan ini, terdapat suatu gerakan yang
dibiayai oleh sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosikan dan menyebarkan
propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia. Seiring dengan
perkembangan Islamofobia ini, saya berasa bahawa kefahaman dan kesedaran yang
secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum mengenai isu ini. Maklumat
dann informasi yang betul berdasarkan fakta dan bukti-bukti yang sahih mengenai
Islamofobia akan dapat memberikan kefahaman yang sebaiknya.

2.1 PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP ISLAMOFOBIA

Fenomena Islamofobia membayangkan kebangkitan Islam. Ia dianggap sebagai


satu ancaman terhadap keamanan dan menimbulkan rasa takut serta bimbang dalam
kalangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan Islam. Walaupun perasaan negatif
yang sedemikian telah pun wujud pada budaya dan masyarakat Barat sejak beberapa
abad yang lalu, namun pada masa kini, sikap tersebut semakin jelas ditonjolkan. Malah
ia sudah menjadi agenda tetap berita sesetengah media Barat. Apabila kedua-kedua
perkataan itu digabungkan maka terbinalah perkataan Islamofobia. Paling tidak ia
mempunyai tiga maksud. Pertama, prasangka, diskriminasi, rasa takut dan benci
terhadap Islam, lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam.
Kedua, amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka
daripada kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Ketiga, memiliki tasawur
bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah

3
FENOMENA ISLAMOFIA

daripada nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali
sebagai satu agama.

Menurut Henk Dekker dan Jolanda van der Noll, yang telah melakukan kajian
betajuk Islamofobia dan Its Origins: A study Among Dutch Youth terhadap 580 remaja
di Belanda pada 2006 telah mengesahkan bahawa 54 % daripada responden
mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan Muslim. Daripadaini kita boleh
mengesahkan bahawa faktor-faktor Islamofobia yang membina perpersi negatif bukan
Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan atau kebencian masyarakat
dunia terhadap Islam atau umat Islam. Faktor-faktor Islamofobia telah mendorong
dipandang rendah dan mewujudkan ketidak stabilan hubungan antara Islam dan
masyarakat dunia.

Faktor penghijarahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan


antara faktor yang terjadinya Islamofobia. Fakttor kemunduran ekonomi dan masalah
kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju. Situasi ini
menyebabkan persaingan peluang pekerjaaan kepada rakyat negara itu dan juga
menggugat taraf ekonomi mereka. Bukan setakat untuk bekerja di sana tetapi ada yang
segelintir yang menyambung pelajaran di negara bukan Islam serta ada juga terdapat
umat Islam yang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah daan tidak menghormati
budaya negara itu. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan masyarakat dunia
memandang sorong kepada umat Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang
negatif dan kebanyakan mereka tidak berinteraksi antara satu sama lain.

Seterusnya, Islamofobia ini berlaku kerana kurang ilmu pengetahuan dan


pendedehan tentang Islam kepada masyarakat dunia. Kejahilan dan kurang ilmu
pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat sebagai punca Islamofobia. Sistem
pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat
dengan sebarang ajaran Islam. Misalnya, Malaysia merupakan sebuah negara Islam
tetapi ia juga memberikan mendedahan tentang Islam melalui sistem pendidikannya.
Maka, negara lain juga turut mengambil perhatian untuk menggelakan pandangan
negatif terhadap umat Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya

4
FENOMENA ISLAMOFIA

pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat
sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosikan
ketidakadilan terutama apabila ianya melibatkan hak-hak wanita.

Selanjutnya, faktor dalaman dalam pandangan masyarakat dunia yang merujuk


kepada Islamofobia berpunca melalui sikap,amalan, budaya dan perlakuan umat Islam
sendiri. Salah satu persepsi yang mendorong pandang serong terhadap Islam ialah
kesilapan dan kekejaman yang dilakukan oleh segelintir umat Islam. Sikap kelemahan
dalam penyebaran maklumat mengenai Islam boleh diklasifikasikan sebagai faktor
utama di mana kebanyakan pihak media daripada golongan bukan Islam yang memberi
liputan negatif. Lebih-lebih lagi, media juga tidak mempunyai maklumat yang tepat
mengenaikeganasan oleh gerakan organisasi agama yang lain seperti tiada data yang
lengkap negaraIslam yang menjadi mangsa kekejaman akibat daripada Islamofobia.
Manakala, pihak media yangIslam pula pada hakikatnya adalah kurang berfungsi dan
kurangberjaya menampilkan program-program yang mampu memperbaiki
tanggapannegatif masyarakat sedunia terhadap Islam.

Secara umumnya, masyarakat di Malaysia masih tidak mempunyai kefahaman


yang baik tentang Islam.Ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang bukan Islam
bahkan terjadi pada Muslim juga.Aspek yang sering disalahfaham tentang Islam ialah
berkenaan dengan undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Salah
anggapan terhadap beberapa prinsip Shariah seperti faraid atau pewarisan
menyebabkan ramai yang bimbang dan cuba mempertikai ajaran Islam. Perkara ini juga
boleh membina persepsi negatif orang bukan Islam terhadap kepercayaan dan amalan
fiqh yang terima dan diamalkan oleh umat Islam.Di samping itu, isu kedudukan wanita
dalam Islam yang dilihat oleh orang bukan Islam sebagai menindas juga menjadi faktor
Islamofobia di Malaysia.

Faktor- faktor yang tersebut di atas merupakan punca yang berlaku dan berkembang
Islamofobia.Dengan ini, telah membawa pandangan negatif terhadap umat Islam dan
juga Muslim.Masyarakat dunia beranggap semua umat Islam adalah kejam dengan

5
FENOMENA ISLAMOFIA

membuat perjudis masing-masing.Hal ini menyebabkan berlaku ketidak stabilan


hubungan antara masyarakat dunia kerana mereka mengetepikan umat Islam apabila
bergaulnya.Perbuatan ini telah menyakitkan hati umat Islam dan mereka pun tidak
bersalah. Perbuatan yang kejam daripada umat Islam terlah menjadikan wakil dan
menyalahkan orang tidak bersalah juga

Seterusnya, faktor-faktor Islamofobia yang berpunca daripada sikap, amalan,


budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dan kesilapan serta keganasan
yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah menyebabkan persepsi masyarakat
yang serong terhadap Islam. Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan
dan kurang penyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya
dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif.
Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh
gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap negara Islam yang menjadi
mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yang dimiliki Institusi Islam pula
pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang berjaya menampilkan program-
program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.

Tambahan pula, kebangkitan kuasa politik termasuk kemajuan teknologi seperti


Iran dan Turki juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruh
Islam. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negara Islam
seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di
negara-negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan ramai
terhadap Islam. Umpamanya Iran sering kali dilihat sebagai ancaman kepada
kestabilan di Timur tengah sedangkan pada hakitkatnya Israel yang tidak menghormati
undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusialah punva sebenar dan utama
ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

6
FENOMENA ISLAMOFIA

2.2 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISLAMOFOBIA

Terdapat langkah - langkah yang mampu mengatasi masalah Islamofobia


ini.Anataranya ialah peranan media massa yang berperanan dalam menyiarkan
program - program mengenai reality Islamofobia dengan berdasarkan fakta yang sahih
dan betul.Pemaparan tentang gambar - gamabar, iklan yang berunsurkan Islamofobia
diharus ditayangkan agar ia dapat membantu mengelakkan kesalahfahaman tentang
isu ini.Media massa ini mempunyai kuasa dalam mengubah persepsi dan pemikiran
masyarakat tentang sesuatu isu.Langkah seterusnya ialah mengadakan aktiviti - aktiviti
yang berguna kepada masyarakat.Sebagai contohnya, aktiviti seperti dialog, forum ,
latihan dan sebagai mampu mengubah tanggapan masyarakat tentang isu Islamofobia
ini.Misalnya, kerajaan boleh mengadakan bengkel ataupun forum yang bermotifkan
tentang ketoleransian agama dengan hubungan.Kempen - kempen dan ceramah -
ceramah juga mampu menyedarkan tentang isu Islamofobia ini dan mengubah persepsi
yang negatif kepada yang postif.Langkah yang sangat penting ialah meningkatkan
kerjasama Pihak Berkuasa, Badan Bukan Kerajaan(NGO) dan Pertubuhan
Antarabangsa.Sebagai contohnya, pihak NGO harus menganding bahu dengan agensi
kerajaan untuk memastikan keterlibatan dengan gerakan membasmi Islamofobia
diperingkat antarabangsa.Percayalah bahawa usaha - usaha ini dapat membuahkan
hasil yang baik jika dipraktikkan.

2.3 KESAN ISLAMOFOBIA

Walaupun hanya melalui persepsi, kebencian terhadap Islam ini telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bentuk dan memberikan implikasi yang tidak baik kepada umat Islam
dan imej Islam itu sendiri.Islamofobia mampu memberi implikasi yang amat signifikan
kepada kehidupan umat Islam dan keharmonian masyarakat umumnya dan ianya juga
memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi termasuk kesan mental dan
fizikal individu.Menurut kajian oleh The Pew Forum on Religion and Public Life
mengenai Islamofobia di Amerika, fenomena diskriminasi terhadap Muslim adalah

7
FENOMENA ISLAMOFIA

tinggi.Didapati bahawa enam daripada sepuluh iaitu (58%) bersetuju mengatakan


bahawa diskriminasi terhadap Muslim mempunyai kebarangkalian yang amat tinggi.Ini
disahkan oleh kajian yang dijalankan oleh USA Today Gallup Poll dan mendapati
bahawa rakyat Amerika mengakui mempunyai prejudis kepada Muslim iaitu kira-kira
empat daripada sepuluh (39%).

Seterusnya, Islamofobia juga mampu memberi kesan kepada mental dan fizikal.
USA Today Gallup Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden yang ditemubual
mengakui bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan Muslim dan 18% berasa
gementar jika ada wanita Muslim sama-sama berada di dalam kapal terbang dan 31%
jika penumpang adalah lelaki muslim. Ini menunjukkan keadaan mental yang terganggu
kepada mereka yang mempunyai persepsi negatif dan ketakutan kepada Islam.Kesan
penganiayaan individu dan kerosakan fizikal juga berlaku akibat Islamofobia.Menurut
OIC Observatory Report insiden berkaitan mencemar kesucian masjid meningkat
sebanyak 100% dan penodaan terhadap perkuburan Islam sebanyak 75%.Insiden
keganasan dan gangguan terhadap Muslimah berpurdah dan burqah juga meningkat
sebanyak 500% dan sikap tidak bertoleransi terhadap simbol-simbol suci Islam lebih
dari 100%.

2.4 KESIMPULAN TENTANG ISLAMOFOBIA.

Daripada perbincangan - perbincangan yang berbentuk ilmiah ini, dapatlah mengetahui


bahawa Islamofobia ini bukanlah satu fenomena yang baru di dunia ini, malah ia telah
lama wujud di alaf ini.Sebagaimana kita sedia maklum, isu ini sudah mula menular
sejak zaman perkembangan Islam yang ketika itu Islam dianggap sebagai satu ajaran
asing bagi penduduk Mekah.Melalui definisi - definisi dan pandangan masyarakat
bukan Islam terhadap isu Islamofobia ini merujuk kepada tanggapan negatif kepada
Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan
kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. Secara keselurahannya, istilah
Islamofobia telah ditafsirkan sebagai keganasan sejak tahun 2001 namun, terdapat juga
kritikan bagi pernyataan bahawa Islam hanya mencetuskan program ini untuk

8
FENOMENA ISLAMOFIA

mempertahankan maruah dan Islam umat Islam. Melalui keterangan yang di dapati
secukupunya gerakan Islamofobia dipandang serong oleh masyarakat seduniaFaktor-
faktor tersebut jelas dengan huraian dan contoh kejadian amat berguna untuk
mengkritikan pernyataan itu. Persoalannya yang telah apabila faktor penghijrahan iaitu
seseorang itu berhijrah ke luar negara maka orang itu secara automatik di bawah
pemerintahan negara itu. Jadi dalam keadaan begini tiada ruang langsung untuk
mereka melakukan kesilapan. Jika ia bermakna mereka hanya melepaskannya?
Seterusnya persoalan kedua dalam faktor kedua ialah apa sebab mereka akan beri
untuk kekurangan ilmu ajaran Islam jika mereka sendiri tidak ada ilmu asas iaitu
sebagai manusia tidak berhak untuk membunuh atau dibunuh serta merosakan harta
orang lain. Persoalan seterusnya ialah memang dunia kita telah maju dan
menggunakan barangan yang caggih dan moden tetapi ia bukan bermaksud seseorang
itu boleh menggunakan kemajuan dalam bidang teknologi untuk memusnahkan orang.
Jika umat Islam memerlukan memartabatkan kedudukan Islam, ia boleh dijalankan
seperti rombangan, perhimpunan da lain-lain tidak perlukan pesawat untuk
menghempas. Ajaran Islam mengutamakan sifat lemah lembut dalam diri keperipadian
manusia bukan keganasan, jadi inikah suatu cara yang mendamai untuk menuntut
keadilan.

9
FENOMENA ISLAMOFIA

3.0 REFLEKSI

Selamat sejahtera, saya ucapkan sebagai pembuka kata tugasan projek kerja
kursus, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU 3052,. Pertama sekali, saya
bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah diberi ruang dan peluang
untuk melaksanakan tugasan ini. Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya
mendapat banyak pengalaman baru secara langsung dan tidak langsung sewaktu
melaksanakan tugasan ini.

Permulaannya, saya berasa putus asa tentang tajuk yang diberi dan berasa
ketidakpastian maklumat yang tepat.Apabila membuat beberapa kajian, saya dapat
membuat tugasan ini walaupun ia memerlukan pengetahuan am yang
mendalam.Dalam tugasan ini saya mendapat mengetahui pelbagai maklumat
terutamanya peristiwa- peristiwa sejarah.Saya juga berasa bangga kerana dapat
meningkatkan pengetahun saya dalam salah sebuah isu sedunia ini.Saya juga telah
memahami bahawa pembacaan dan mendengar berita-berita sangat penting agar kita
tidak ketinggalan zaman.Saya juga mampu berkongsi maklumat ini dengan orang lain
dan mampu menjawab apa-apa soalan jika berkaitan dengan Islamofobia dengan
penuh yakin.Justeru itu, tugasan pertama dan yang kedua telah mengajar saya supaya
berdikari.Hal ini kerana, arahannya yang menyatakan anda dikehendaki menghasilkan
tugasan tersebut secara individu.Hal ini telah menyebabkan yakin pada diri saya sendiri
dan tidak bergantung pada orang lain.Saya membaca, memerhati dan meneroka
secara mendalam tentang tugasan ini, agar mudah menjawab kerja kursus ini.

Tugasan satu secara individui aitu membuat pengurusan grafik dengan


menggunakan petaminda (i-think) mengenai latar belakang dan perkembangan
tamadun Islam, China, India, Jepun danEropah. Nota-notanya saya tidak dapa tdijumpa
idalam buku TITAS kerana Rumusan Maklumat Khusus (RMK) telah diubahsuai pada
masa kini. Jadi saya terpaksa merujuk kepada sumber internet untuk mendapatkan
maklumat tetapi maklumatnya mungki inI kurang tepat dan jelas. Pengurusan grafik
menggunkan peta minda agak sukar untuk melaksankan walaubagaimanapun, tugasan
ini perlu disempurnakan atasa ktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa depan.
Hal inikerana, abad ke-21, akan menggunakan teknologi yang lebih canggih daripada

10
FENOMENA ISLAMOFIA

sekarang danpada ketika itu, guru tidak lagi akan menggunakan buku teks, buku nota
dan sebagainya untuk mengajar.

Tambahan pula, terdapat satu lagi tugasan iaitu menghasilkan satu buku skrap
yang mengandungi biografi dan sumbangan tokoh- tokoh besar yang terdapat dalam
Tamadun Islam, Tamadun Cina, Tamadun India, dan Tamadun Jepun.Tugasan ini harus
dilakukan dalam berkumpulan.Tugasan ini memberikan implikasi yang positif dalam
sanubari saya.Tugasan ini berbentuk kumpulan dan dapat nilai kerjasama dalam
kalangan rakan saya.Tugansan ini membantu melahirkan hubungan yang silaturahim
semasa kami melaksanakan kerja kumpulan kami.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini
dengan sempurna dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak soalan
dan menepati piawaian yang ditetapkan.Paling penting, pengetahuan dan kemahiran
yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai
tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Dengan ini saya ingin berucap
terima kasih kepada encik Dr.Abdul Razak Bin Abu Chik atas bimbangan untuk
menyempurnakan ketiga-tiga tugasani ni.

Sekian,Terima Kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai