Anda di halaman 1dari 33

1.

0 Pengenalan
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah ditubuhkan selaras dengan
keperluan gerak kerja kokurikulum sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985, KP(BS)859/JLD.II(29) bertarikh 2 Januari 1985: Penubuhan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. Penubuhan Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan
dari aspek kokurikulum. Persatuan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan potensi dan bakat generasi akan datang
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2.0 Matlamat
2.1 Memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sejarah
negara Malaysia.
2.2 Mengembangkan potensi dan bakat murid secara seimbang dan holistik
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3 Membentuk modal insan yang mempunyai kompetensi dalam pembangunan
kemajuan negara.
2.4 Melahirkan warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan
berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,
negara dan global.

3.0 Objektif
3.1 Memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid-murid tentang hak dan
tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara.
3.2 Membentuk perwatakan murid-murid untuk menjadi anggota masyarakat dan
warganegara Malaysia yang mengutamakan perpaduan, bersemangat
patriotik, berintegriti, bangga dan cinta akan negara.
3.3 Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan murid terutama masyarakat
negara Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.
3.4 Mengeratkan hubungan para murid tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.

4.0 Rasional
Kekurangan kesedaran murid tentang hak dan tanggungjawab diri sebagai seorang
warganegara Malaysia yang berbilang kaum adalah pemangkin untuk menubuhkan
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan. Rasional penubuhan persatuan ini di
SJK(C) Seg Hwa adalah untuk melahirkan murid-murid yang mengetahui hak,
tanggungjawab dan berakhlak mulia sebagai warganegara Malaysia bagi
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global.

5.0 Butiran Persatuan


5.1 Nama Persatuan
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

5.2 Moto Persatuan


“Teraju Negara Tanggungjawab Bersama”

5.3 Visi dan Misi Persatuan


5.3.1 Visi Persatuan
Membentuk masyarakat yang bersemangat patriorik dan berkeperibadian
Malaysia.

5.3.2 Misi Persatuan


Melahirkan insan yang berakhlak tinggi dan cinta akan negara.

5.4 Logo Persatuan dan Pengertian


5.4.1 Logo Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

5.4.2 Pengertian Logo


I. Orang melambangkan rakyat Malaysia.
II. Bendera Malaysia dalam bentuk tangan melambangkan rakyat Malaysia
bertanggungjawab memajukan negara bersama-sama.
Warna Jalur Gemilang
- Merah : Keberanian
- Biru : Perpaduan
- Putih : Kesucian
- Kuning : Kedaulatan
III. Warna hitam melambangkan semua rakyat Malaysia tidak dibezakan
warna kulit.
IV. Warna biru cetek melambangkan aman.
V. Warna moto merah melambangkan semangat cinta akan negara.

5.5 Lagu Persatuan


Persatuan Sivik Kewarganegaraan
Mewujudkan perpaduan bersama
Memupuk cinta akan negara
Agar terserlah maruah bangsa

Kerjasama membawa manfaat


Displin diri perlu kita menjaga
Identiti negara jangan kita lupakan
Sivik Kewarganegaraan inspirasi semua

Marilah bersama perjuangan kita


Cinta dan hormat negara kita
Martabatkan sejarah Malaysia
Demi kekal bangsa bermaruah

6.0 Kumpulan Sasaran


Terbuka kepada semua murid SJK(C) Seg Hwa, Segamat

7.0 Perancangan dan Pelaksanaan


7.1 Persatuan tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah
dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan
sekolah.
7.2 Objektif persatuan akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan
sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.

8.0 Rancangan Aktiviti Tahunan


8.1 Pengajaran dan pembelajaran tentang sejarah Malaysia
8.2 Pertandingan dan aktiviti menulis esei
8.3 Pertandingan menyanyi lagu berkaitan dengan Hari Kemerdekaan
8.4 Pertandingan Kuiz
8.5 Pertandingan dan aktiviti melukis bendera kebangsaan
8.6 Pertandingan dan aktiviti mereka cipta poster Hari Kemerdekaan
8.7 Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara

9.0 Kewangan Persatuan


9.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 10.00 seorang
bagi setahun.
9.2 Persatuan boleh menjana kewangan melalui aktiviti.
9.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

10.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

Jawatankuasa Induk
Penaung : Pn. Chan Ah Fang
Penasihat : Pn. Chan Pau Fong
En. Lau Kok Leong
Pn. Ang Bee Choo
Jawatankuasa Persatuan
Pengerusi : Khoo Ker Wei
Naib Pengerusi : Tan Ghee Boon
Setiausaha : Khoo Wei Shan
Penolong Setiausaha : Wong Yong Ling
Bendahari : Tey Zhen Yi
Penolong Bendahari : Lee Mei Mei
Ahli Jawatankuasa : Tan Kee Peng
: Tan Kai Wen
: Pua Xun
: Loo Ming Xuan
: Kelvin Tan Hong Xuan
: Wong Lee Chan
: Lee Jian Hau
11.0 Peraturan Persatuan (Draf Perlembagaan)

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

i. Nama Persatuan : Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa

ii. Alamat : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa


Jalan Mentol, Kampung Gubah,
85000 Segamat, Johor.

PERATURAN 2 : MATLAMAT

Memberi ruang dan peluang kepada semua murid untuk memantapkan diri sendiri
dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sejarah bagi meningkatkan
keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendididkan Negara iaitu keseimbangan
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

Tujuan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan ditubuhkan ialah:

3.1 Membantu murid supaya menjadi berdikari dan berdisplin.


3.2 Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
3.3 Memperkembangan daya kreatif dan inovatif murid melalui pertandingan reka
cipta.
3.4 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi antara ahli Persatuan Sivik
dan Kewarganegaraan.
3.5 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam ahli-ahli Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan.
3.6 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan memberangsangkan.
3.7 Memberi kesedaran kepada murid supaya menghayati sumbangan dan
pengorbanan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terbilang.
3.8 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan
diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran
kehidupan.

PERATURAN 4 : MOTO

“Teraju negara tanggungjawab bersama”


PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN

5.1 Logo Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

5.2 Pengertian logo

I. Orang melambangkan rakyat Malaysia


II. Bendera Malaysia dalam bentuk tangan melambangkan rakyat Malaysia
bertanggungjawab memajukan negara bersama-sama
Warna Jalur Gemilang
- Merah : Keberanian
- Biru : Perpaduan
- Putih : Kesucian
- Kuning : Kedaulatan
III. Warna hitam melambangkan semua rakyat Malaysia tidak dibezakan warna
kulit
IV. Warna biru cetek melambangkan aman
V. Warna moto merah melambangkan semangat cinta akan negara

PERATURAN 6 : LAGU

Persatuan Sivik Kewarganegaraan

Mewujudkan perpaduan bersama

Memupuk cinta akan negara

Agar terserlah maruah bangsa

Kerjasama membawa manfaat


Displin diri perlu kita menjaga

Identiti negara jangan kita lupakan

Sivik Kewarganegaraan inspirasi semua

Marilah bersama perjuangan kita

Cinta dan hormat negara kita

Martabatkan sejarah Malaysia

Demi kekal bangsa bermaruah

PERATURAN 7 : KEAHLIAN

7.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg
Hwa tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial murid.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam
kemajuan persatuan.
7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 8 : PAKAIAN

Sesi perjumpaan - Baju “Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan”

- seluar trek sukan


- Kasut sekolah

Sesi aktiviti formal (pertandingan) – Baju sekolah

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT

9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah tersebut.


9.2 Guru Penasihat perlulah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat perlulah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan
PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA
10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi adanya surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan terdiri :
10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Bendahari
10.6.5 Ahli Jawatankuasa

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

(rujuk lampiran 6)

PERATURAN 12 : KEWANGAN

12.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 10.00 seorang
bagi setahun.
12.2 Persatuan boleh menjana kewangan melalui aktiviti.
12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 13 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

13.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjari peraturan asas.


14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN

15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran Lisan
15.2.2 Amaran Bertulis

15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Guru besar.

PERATURAN 17 : PEMBUBARAN

17.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh


Pendaftaran Persatuan secara bertulis.
17.2 Pendaftar berhak membatalkan persatuan sekiranya didapati menyeleweng
daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN

18.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
18.2 Ahli-ahli mestilah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

12.0 Penutup

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJK(C) Seg


Hwa merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan
prestasi murid seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang
akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Persatuan
Sivik dan Kewarganegaraan mampu melahirkan kelompok masyarakat yang
bersatu padu dan bersemangat patriotisme. Oleh yang demikian matlamat negara
Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan semangat
perpaduan dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan Persatuan Sivik
dan Kewarganegaraan ini. Justeru, jawatankuasa penubuhan Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan berharap kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Diluluskan Oleh :

................................................. ………………………………………………
(KHOO WEI SHAN) (EN. KHOO BOON HAN)
Setiausaha, Guru Besar,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, SJK(C) Seg Hwa.
SJK(C) Seg Hwa.
LAMPIRAN
PROSEDUR TETAP PENUBUHAN PERSATUAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
1.0 Penubuhan

1.1 Mesyuarat penaja.


1.2 Surat Permohonan Penubuhan Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan ( Rujuk Lampiran 1 )
1.3 Surat Kelulusan Penubuhan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
( Rujuk Lampiran 2 )
1.4 Surat Perlantikan Guru Penasihat Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan ( Rujuk Lampiran 3 )
1.5 Tanggungjawab Guru Penasihat.( Rujuk Lampiran 4 )
1.6 Surat Penurunan Kuasa Kepada Ahli Jawatankuasa ( Rujuk Lampiran
5)
1.7 Senarai Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk
Lampiran 6 )
1.8 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
( Rujuk Lampiran 7 )
1.9 Contoh Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Takwim/Rancangan
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan ( Rujuk Lampiran 8 )
1.10 Perlembagaan Persatuan ( Rujuk Lampiran 9 )
1.11 Surat Notis Mesyuarat Agung ( Rujuk Lampiran 10 )
1.12 Minit Mesyuarat Agung ( Rujuk Lampiran 11 )
1.13 Surat Jemputan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ( Rujuk Lampiran 12 )
1.14 Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ( Rujuk Lampiran 13)
1.15 Laporan Tahunan ( Rujuk Lampiran 14 )
1.16 Laporan Aktiviti Mingguan Persatuan ( Rujuk Lampiran 15)
1.17 Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan ( Rujuk Lampiran 16 )
1.18 Surat Kelulusan Mengutip Derma Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan ( Rujuk Lampiran 17 )
Lampiran 1

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(01)
Segamat, Johor. Tarikh : 5 Disember 2020
_____________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ………………(nama)….…………


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, yang
berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Seg Hwa, Segamat mulai 1 Januari 2020.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

3. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(CHAN PAU FONG)
Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan


Lampiran 2

Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan: SJKCSH/05/KPA/2020(01)


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: JKB7030/PKS/05/2020(05)
Segamat, Johor. Tarikh : 2 Januari 2020
_____________________________________________________________________

Chan Pau Fong,


Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Tuan ,

KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Merujuk surat tuan SJKCSH/05/KPA/2020(01) bertarikh 5 Disember 2020 dinyatakan


bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan
1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998
P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan PERSATUAN
SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SJKC SEG HWA, SEGAMAT adalah DILULUSKAN
berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2020.

2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(KHOO BOON HAN)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. GPK Kokurikulum
3. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Lampiran 3

Contoh Surat Perlantikan Guru Penasihat Persatuan Sivik dan


Kewarganegaraan

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan: SJKCSH/05/KPA/2020(01)


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: JKB7030/PKS/05/2020(06)
Segamat, Johor. Tarikh : 2 Januari 2020
_____________________________________________________________________

Chan Pau Fong,


Guru Penasihat,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT PERSATUAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta
kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru
Guru Penasihat Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Seg Hwa, berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2020 hingga 31hb. Disember 2020.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh


tuan.

3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk


meninggikan prestasi Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Seg Hwa.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(KHOO BOON HAN)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Fail Peribadi


2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Lampiran 4

Tanggungjawab Guru Penasihat

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam


Perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.

10. Mendaftarkan Kelab/Persatuan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat


sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .

17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari
semasa ke semasa.
Lampiran 5

Contoh Surat Penurunan Kuasa Kepada Ahli Jawatankuasa

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(02)
Segamat, Johor. Tarikh : 22 Januari 2020
_____________________________________________________________________

Khoo Ker Wei


Murid Tahun 6,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Melalui dan salinan:


Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.
Saudara,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA AHLI JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut di atas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan
kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan
(4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, saudara telah dilantik sebagai
Pengerusi Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJK(C) Seg Hwa, berkuat kuasa mulai 1
Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
saudara.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meninggikan prestasi Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….
(CHAN PAU FONG)
Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan


2. Fail Guru Penasihat
Lampiran 6

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi

1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua


mesyuarat
2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa

Naib Pengerusi

1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi


2. Mempengerusikan mesyuarat semasa pengerusi tidak hadir
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa

Setiausaha

1. Menguruskan hal-hal surat menyurat


2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
3. Mencatat kehadiran ahli
4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan
5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa

Bendahari

1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan


2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya
3. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya
4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa
5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung
6. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa

Ahli Jawatankuasa

1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan
2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa
Lampiran 7

Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJK(C) Seg Hwa

Jawatankuasa Induk
Penaung : Pn. Chan Ah Fang
Penasihat : Pn. Chan Pau Fong
En. Lau Kok Leong
Pn. Ang Bee Choo
Jawatankuasa Persatuan
Pengerusi : Khoo Ker Wei
Naib Pengerusi : Tan Ghee Boon
Setiausaha : Khoo Wei Shan
Penolong Setiausaha : Wong Yong Ling
Bendahari : Tey Zhen Yi
Penolong Bendahari : Lee Mei Mei
Ahli Jawatankuasa : Tan Kee Peng
: Tan Kai Wen
: Pua Xun
: Loo Ming Xuan
: Kelvin Tan Hong Xuan
: Wong Lee Chan
: Lee Jian Hau
Lampiran 8

Contoh Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Takwim/Rancangan Persatuan Sivik


dan Kewarganegaraan
Bulan Minggu/ Aktiviti Catatan/
Tarikh Tindakan
Januari Minggu 2 Pendaftaran Pengetua/
Kelab/Persatuan GuruBesar/
GPK KOKO/
Minggu 4 Pendaftaran Ahli
Guru
Penasihat
Februari Minggu 2 Suai Kenal Antara Ahli
Minggu 4 Penyusunan Organisasi
Mac Minggu 2 Sejarah Malaysia
Minggu 4 Program Kasih Sayang
April Minggu 2 Program Bertanggungjawab
Minggu 4 Program Hormat-menghormati
Mei Minggu 2 Program Kegembiraan
Minggu 4 Cuti Pertengahan Persekolahan
Jun Minggu 2 Pertandingan Melukis Bendera Kebangsaan
Minggu 4 Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara
Julai Minggu 2 Pertandingan Mereka Cipta Poster Hari
Kemerdekaan
Minggu 4 Pertandingan Menulis Esei
Ogos Minggu 2 Pertandingan Menyanyi Lagu Hari
Kemerdekaan
Minggu 4 Aktiviti Menghiaskan Kawasan Sekolah
Mengikut Tema Kemerdekaan
Septembe Minggu 2 Mesyuarat Agung Tahunan
r
Minggu 4 Program Kejiranan
Oktober Minggu 2 Program Bertoleransi
Minggu 4 Pertandingan Kuiz
November Minggu 2 Menziarahi Rumah Anak-anak Yatim
Minggu 4 Cuti Akhir Persekolahan
Lampiran 9

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1. NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Kelab : Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
b. Alamat : SJKC Seg Hwa,
Jalan Mentol, Kampung Gubah
85000 Segamat, JOHOR.

2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk semangat
bertanggungjawab terhadap penjagaan persekitaran yang sihat.
3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah
terutamanya melalui penyibaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.
4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan kelab ini.
5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk
sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat
tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan


Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


8. KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
8.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10. AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat
ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
12. TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis


12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan
keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
Lampiran 10

Contoh Surat Notis Mesyuarat Agung

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(03)
Segamat, Johor. Tarikh : 15 Januari 2020

Saudara Tey Zhen Yi,


Ahli Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJKC Seg Hwa.
Saudara,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH
Sukacita diimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan ,
SJKC Seg Hwa akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 20 Januari 2020 (Rabu)


Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Sivik SJKC Seg Hwa, Segamat.
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Alu-aluan
2.2 Ucapan Penasihat Kelab
2.3 Ucapan Perasmian
2.4 Agenda Mesyuarat Agung
i. Ucapan Pengerusi
ii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
iii. Membentangkan laporan tahunan
iv. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
v. Pemilihan Ahli Jawatankuasa
vi. Pemilihan dua orang juruaudit
vii. Membahaskan usul-usul yang diterima
viii. Ucapan penanguhan
3. Saudara / saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

………………………………
(KHOO WEI SHAN)
Setiausaha Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
SJKC Seg Hwa,
Segamat, Johor.
s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penasihat Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
3. Pengerusi Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Lampiran 11

Contoh Minit Mesyuarat Agung

Tarikh : 20.1.2020 (Rabu)


Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Sivik SJKC Seg Hwa,Segamat
Kehadiran : 80/85

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


2.1. Pencadang
2.2. Penyokong
3. Membentangkan laporan tahunan
3.1. Pencadang
3.2. Penyokong
4. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan
4.1. Pencadang
4.2. Penyokong
5. Pemilihan AJK Tahunan
5.1. Pengerusi
5.2. Naib Pengerusi
5.3. Setiausaha
5.4. Penolong Setiausaha
5.5. Bendahari
5.6. Penolong Bendahari
5.7. Ahli Jawatankuasa (maksima 7 orang)
6. Pemilihan dua orang juruaudit
6.1.
6.2.
7. Membahaskan usul-usul yang diterima

8. Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Dicatat oleh,

…………………………………. Tarikh: 20.1.2020


(KHOO WEI SHAN)
Setiausaha Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
SJKC Seg Hwa, Segamat.
Lampiran 12

Contoh Surat Jemputan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(04)
Segamat, Johor. Tarikh : 22 Januari 2020

Saudari Leong Hoi Siew,


Murid Tahun 6,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.
Saudari,
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Persatuan Sivik dan
Kewarganegaraan, SJKC Seg Hwa, Segamat akan diadakan seperti butiran dibawah:
Tarikh : 05.2.2020 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Sivik, SJKC Seg Hwa.
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Pengerusi


2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.3 Perkara berbangkit.
2.4 Laporan kewangan.
2.5 Laporan biro-biro
2.6 Hal-hal lain.
3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

………………………………
(KHOO WEI SHAN)
Setiausaha Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
SJKC Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penasihat Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
3. Pengerusi Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan.
Lampiran 13

Contoh Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa


Tarikh: 05.2.2020 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Sivik, SJKC Seg Hwa

Ahli yang hadir:


1. Khoo Boon Han Pengurusi
2. Tan Ghee Boon Naib Pengerusi
3. Khoo Wei Shan Setiausaha
4. Wong Yong Ling Penolong Setiausaha
5. Tey Zhen Yi Bendahari
6. Lee Mei Mei Penolong Bendahari
7. Tan Kee Peng Ahli Jawatankuasa
8. Tan Kai Wen AJK
9. Pua Xun AJK
10. Loo Ming Xuan AJK
11. Kelvin Tan Hong Xuan AJK
12. Wong Lee Chan AJK
13. Lee Jian Hau AJK

Bil Agenda Tindakan


1. Ucapan Pengerusi

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-2


2.1. Pencadang
2.2. Penyokong

3. Perkara Berbangkit
3.1.
3.2

4. Laporan Jawatankuasa Kecil

5. Laporan Kewangan

6. Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Dicatat oleh, Tarikh : 05.2.2020

…………………………………………. ………..…………………………
(KHOO WEI SHAN) Disahkan oleh Guru Penasihat
Setiausaha,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
SJKC Seg Hwa,
Lampiran 14

Contoh Laporan Tahunan

Guru Besar,
Sekolah……………………………………………………………………………….
Berikut dikemukakan Laporan Tahunan Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah ini
untuk perhatian tuan.
Bahagian A

1. Guru Penasihat 1. ……………………………………………..


2. ……………………………………………..
3. ……………………………………………..
2. Jawatankuasa
Pengerusi ………………………………………………...
Naib Pengerusi ………………………………………………...
Setiausaha ………………………………………………...
Penolong Setiausaha ………………………………………………...
Bendahari ………………………………………………...
Penolong Bendahari …………………………………………………
Ahli Jawatankuasa 1……………………………………………….
2. ………………………………………………
3………………………………………………..
4………………………………………………..
5………………………………………………..
6………………………………………………..
7………………………………………………..
Juruaudit 1………………………………………………..
2. ………………………………………………
3. Hari / Masa Perjumpaan
Hari ……………………. Bil Perjumpaan ………………………………
Masa …………………… Tempat ………………………………………..
4. Kegiatan / Aktiviti yang telah dilaksanakan
Tarikh Aktiviti
4.1.
4.2.
4.3.
5. Kegiatan / Aktiviti yang tidak dapat dijalankan dalam tahun semasa
5.1……………………… …………………………………………………
6. Laporan Kewangan Kelab

Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah
benar
Saya yang menjalankan tugas,

………………………………. ………………………………
( KHOO WEI SHAN ) ( )
Setiausaha, Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
SJKC Seg Hwa, SJKC Seg Hwa.
Segamat, Johor. Segamat, Johor.
Lampiran 15

Contoh Laporan Aktiviti Mingguan Persatuan

Guru Penasihat Bertugas


1…………………………………………………..
2…………………………………………………..
3…………………………………………………..

Setiausaha ……………………………………………………

Tarikh / Hari ……………………………………………………

Minggu ……………………………………………………

Tempat ……………………………………………………

Jumlah Kehadiran ……………………………………………………

Laporan Kegiatan ……………………………………………………


……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Hal-Hal Lain ……………………………………………………


……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Yang benar,

…………………………… …………………………….
(KHOO WEI SHAN) Guru Penasihat
Setiausaha, Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJKC Seg Hwa,
SJKC Seg Hwa, Segamat, Johor.
Segamat, Johor.
Lampiran 16

Contoh Surat Permohonan Kebenaran Memungut Derma

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(05)
Segamat, Johor. Tarikh : 25 Januari 2020

Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Tuan,

PERMOHONAN MEMUNGUT DERMA PERSATUAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN

Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, CHAN PAU FONG berdasarkan


Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan SJK(C) Seg Hwa, Segamat, Johor mulai 1
hb.Januari , 2020.

2. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah


pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

2.1 Kutipan setiap minggu ialah RM 0.50


2.2 Kutipan setiap bulan ialah RM 2.00.
2.3 Kutipan setahun ialah RM 22.00.

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( CHAN PAU FONG )
Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
Lampiran 17

Contoh Surat Kelulusan Mengutip Derma

Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan, Rujukan Tuan:


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa, Rujukan Kami: SJKCSH/05/KPA/2020(06)
Segamat, Johor. Tarikh : 1 Februari 2020

Puan Chan Pau Fong,


Guru Penasihat,
Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

Tuan,

KELULUSAN MENGUTIP DERMA PERSATUAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN

Merujuk surat tuan SJKCSH/05/KPA/2020(05) bertarikh 25 Januari 2020 dinyatakan


bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan
1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998
P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma Persatuan
Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa adalah
DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2020.

2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( KHOO BOON HAN )
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa,
Segamat, Johor.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Fail Persatuan Sivik dan Kewarganegaraan
3. Fail Guru Penasihat

Anda mungkin juga menyukai