Anda di halaman 1dari 6

TAJUK 10 KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF

(AUGMENTATIVE AND ALTERNATIVE COMMUNICATION –AAC)

10.0 Sinopsis

Tajuk ini menghuraikan tentang definisi dan konsep AAC, matlamat dan kanak-
kanak berkeperluan khas yang memerlukan AAC. Bab ini juga menjelaskan
jenis-jenis AAC dan faktor-faktor dalam pemilihan jenis AAC.

10.1 Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:


1. Mendefinisikan komunikasi augmentatif dan alternatif
2. Menghuraikan jenis-jenis komunikasi augmentatif dan alternatif
3. Menjelaskan faktor-faktor dalam pemilihan jenis komunikasi augmentatif
dan alternatif.

1
10.2 KERANGKA TAJUK

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif


( AAC )

Faktor-faktor
Definisi dan Konsep Jenis-Jenis AAC Pemilihan Jenis AAC

- Matlamat - Non-aided AAC


menggunakan AAC
- Aided AAC - Mudah-alih
- Kanak-kanak khas
- Mudah-guna
yang memerlukan - Struktural
AAC - Kebolehan kanak -
kanak
- Kelebihan dan
kekurangan antara jenis
AAC

KANDUNGAN

10.3 Definisi dan Konsep AAC

Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yang menghasilkan / membekalkan
kemahiran verbal ( Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991) yang bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi
sedia ada yang dimiliki oleh kanak-kanak.

Manakala Komunikasi Alternatif pula merujuk kepada teknik yang menggantikan kemahiran bahasa percakapan

2
( McCormick & Shane, 1990).

Perbezaan amalan antara komunikasi Augmentatif dan komunikasi Alternatif adalah tidak jelas. Kekadang
melaksanakan prosedur komunikasi alternatif memberikan kesan yang baik kepada pertuturan kanak-kanak khas.
Manakala dalam kes tertentu pendekatan augmentative telah menjadi asas utama keberkesanan bahasa
pertuturan seseorang murid khas. Oleh sebab kedua-duanya berkongsi matlamat yang sama maka pendekatan
ini disatukan dan disebut sebagai Komunikasi Augmentatif dan Alternatif.

Sistem Komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga kompenan iaitu teknik komunikasi, sistem
simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormick & Shane, 1990). Guru harus berhati-hati semasa melaksanakan
prosedur AAC agar tidak terlalu menitik beratkan satu kompenan sahaja contoh terlalu memberi tumpuan
kepada penggunaan peralatan komunikasi berteknologi sehingga mengabaikan konpenan lain seperti sistem
simbol dan penekanan kemahiran komunikasi.

AKTIVITI
Secara berkumpulan bincangkan kanak-kanak khas yang memerlukan AAC dan huraikan
kebaikan-kebaikan yang akan diperolehinya

Persembahkan dapatan perbincangan tersebut dalam satu Pergurusan Grafik.

KANDUNGAN

3
10.4 Jenis AAC
Tiga kompenan iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran
komunikasi :

i). Teknik Komunikasi

Terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan
( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan
sokongan peralatan atau persedur untuk melaksanakannya. Teknik ini
termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka.

Manakala teknik berbantukan alatan – melibatkan penggunaan alatan elektronik


atau alatan bukan elektronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan
penggunaan beberapa jenis sistem simbol.

ii). Sistem Simbol

Sistem AAC tanpa bantuan alatan menggunakan sistem isyarat tertentu (misalnya
ASL – America Sign Language) pendekatan ini telah digunakan kepada individu
berkeperluan khas termasuk yang mengalami kerencatan akal dan autisme. Kajian
menunjukkan bahawa individu boleh memperoleh sekurang-kurangnya
perbendaharaan kata yang berbentuk isyarat melalui penggunaan sistem simbol
( Kiernan, 1993 ). Alat AAC memerlukan sistem simbol sebagai mod untuk
berkomunikasi. Bagi individu yang mempunyai masalah motor tetapi kemahiran
literasi yang baik, perkataan dan huruf boleh dijadikan sebagai simbol.

Namun bagi penggunaan sistem AAC yang tidak mempunyai kemahiran

iii). Kemahiran Komunikasi

Prosedur alat AAC telah menyediakan pelbagai peluang kepada individu yang
tidak boleh bercakap untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun jika sistem
ini tidak digunakan

4
secara efektif maka pendekatan ini tidak berguna walaupun sistem AAC adalah berteknologi tinggi.
Kajian terhadap penggunaan sistem AAC telah mendapati bahawa pengguna sistem ini pasif
berkomunikasi. Mereka bergantung pada pendengar untuk memulakan atau menentukan hala tuju
sesuatu perbualan. Calculator (1988), menyatakan bahawa pengguna AAC tidak berkomunikasi secara
efektif dan sering kali membuktikan sedemikian. Misalnya untuk meminta lebih banyak makanan
mereka membaling pinggan ke lantai untuk menyatakan hasrat mereka ini. Mereka tidak ditanya sebab
mereka membaling pinggan tersebut sebaliknya sering ditanya soalan yang hanya memerlukan
jawapan ya atau tidak.

Hal ini menyebabkan kemahiran komunikasi mereka tidak berkembang.

AKTIVITI
Secara berkumpulan bincangkan kelebihan dan kekurangan antara jenis-jenis
AAC

Persembahkan dapatan perbincangan tersebut dalam satu Pergurusan Grafik.

KANDUNGAN

10.5 Faktor-faktor Dalam Pemilihan Jenis AAC

McCormick dan Shane 1990 telah mencadangkan bahawa program AAC seharusnya;
i). meningkatkan kebolehan kanak-kanak dari segi akademik, fungsi dan aktiviti-aktiviti sosial dalam
persekitaran yang normal

ii). Memperbaiki kualiti dan kuantiti bahasa serta kemahiran berkomunikasi kanak-kanak
tersebut. Selepas matlamat-matlamat seperti di atas, maka objektif sistem AAc boleh diwujudkan.

5
Matlamat Keseluruhan- untuk meningkatkan kebolehan kanak-kanak dari segi akademik, fungsi dan
aktiviti-aktiviti sosial dalam persekitaran normal.

Pemilihan Cara Berkomunikasi – Sistem komunikasi yang menggabungkan sistem dengan bantuan
alatan atau tanpa bantuan alatan adalah lebih digalakkan. Contohnya kombinasi gestural dan mod
vokal adalah lebih efektif berbanding penggunaan satu mod sahaja.

Pemilihan Sistem Simbol – Doherty (1985) mencadangkan Strategi


Pemilihan

• Memilih isyarat berkonteks berbanding isyarat tanpa konteks


• Memilih isyarat ‘symmetric’ berbanding isyarat ‘nonsymmetric’
• Memilih isyarat ‘transluent ‘ berbanding isyarat ‘nontransluent ‘
• Memilih isyarat apabila terdapat perbezaan lokasi yang maksimum
• Memilih isyarat yang diulang berbanding yang tidak boleh diulang
• Dsb

Tiga Faktor Yang Harus Diambil Kira Semasa Memilih Sistem Simbol :
1. Guessability
2. Learnability
3. Generalization

Anda mungkin juga menyukai