Anda di halaman 1dari 13

PENGGABUNG JALINAN

AHMAD FAIZ MOHD ZULHELMI

PENGGABUNG JALINAN
Penggabung jalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabung jalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabung jalinkan.

Penggabung jalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa.

PRINSIP-PRINSIP PENGGABUNG JALINAN


Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai

Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan

Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik

Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

BENTUK-BENTUK PENGGABUNG JALINAN


PENGGABUNG JALINAN KEMAHIRAN

PENGGABUNG JALINAN BAHAN

TIGA BENTUK PENGGABUNG JALINAN

PENGGABUNG JALINAN AKTIVITI

PENGGABUNG JALINAN KEMAHIRAN


Penggabung jalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran:
Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam satu proses P&P. Kemahiran ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.

Penggabung jalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain:


Memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.

Penggabung jalinan kemahiran merentasi kurikulum:


Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan kemahiran penyelesaian masalah.

PENGGABUNG JALINAN BAHAN


Penggabung jalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Peralatan mengajar bukan terhad kepada bukubuku teks, papan tulis, gambar-gambar sahaja malah ia juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera; melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya Merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Guru perlu merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Bahan-bahan tersebut boleh digabung jalinkan mengikut keperluan masa dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik.

PENGGABUNG JALINAN AKTIVITI


Guru boleh menggabung jalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajarannya. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi aspek-aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan. Penggabung jalinan aktiviti perlu dirancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli dengan mengesan isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis ulasan dalam buku latihan.

Aktiviti lisan seperti perbincangan boleh digabung jalinkan dengan aktiviti membaca, iaitu memahami sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan berdasarkan isu yang telah dibincangkan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai