Anda di halaman 1dari 19

Pengertian Pedagogi

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya


pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain,
pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar
di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan
mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin
menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian
yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik
darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-
pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi
datangnya daripada bahasa Yunani
paidagogos, hamba yang menghantar dan
mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. Perkataan paida merujuk kepada
kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa
sebahagian orang cenderung membezakan
antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan
andragogi (mengajar orang dewasa).
Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan,
adalah digunakan dengan lebih meluas, dan
seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran
kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai
taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran
boleh terbahagi kepada:

Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman,
pengetahuan dan analisa.
Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup,
pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu
tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan
pengajaran-pembelajaran semula jadi,
pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak
wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin
mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu
mengajar pelajar itu cara memegang pensel
(bidang psikomotor); bentuk huruf dan
maknanya (bidang kognitif); dan juga harus
memupuk minat untuk belajar menulis
(bidang afektif).

KONSEP PEDAGOGI

PENAAKULAN PEDAGOGI

Pengetahuan asas guru bagaimana
guru boleh memberikan sebab-sebab
atau reasoning ke atas tindakan-
tindakannya dalam proses
pengajaran.
Antara aspek-aspek dalam penaakulan
pedagogi ialah:
1. kefahaman faham isi pelajaran yang hendak diajar.

2. transformasi - idea/pengetahuan isi kandungan yang
difahami oleh guru mesti diubah/disusun/disesuaikan
dalam pelbagai cara atau kaedah supaya dapat
disampaikan dengan baik dan berkesan kepada pelajar.
Proses transformasi melibatkan beberapa kombinasi
iaitu;

Persediaan kajian / analisia
Representation (persembahan idea) - contoh,
demonstrasi, simulasi dsb.
Pemilihan instruksi - kaedah kumpulan, pembelajaran
kooperatif dsb
Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar- tahap pelajar.

3. instruksi - berinteraksi secara berkesan
dengan pelajar melaui soal jawab, memberi
pengukuhan /penghargaan .
4. penilaian - Proses penilaian dilakukan semasa
pengajaran berlangsung. Guru mesti
membuat penyemakan ke atas kefahaman
pelajar.
5. refleksi - menilai semula pengajarannya dan
membuat penaakulan terhadap tindakannya
semasa proses p&p berlangsung dan membuat
penambahbaikan jika perlu atau mengubah
amalannya kepada yang lebih baik.
6. kefahaman baru yang diperolehi selepas PdP.

PEDAGOGI DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
5 KOMPONEN UTAMA DAN 12 ELEMEN
PERANCANGAN
PENYAMPAIAN
PENILAIAN
SEMAKAN
REFLEKSI
Bahan Bantu Mengajar
Pengetahuan Kandungan
Objektif Pembelanjaran
Racangan Pengajaran
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Komunikasi
Tumpuan & Perhatian Murid
Pengurusan Bilik Darjah
Penilaian Secara Lisan
Penilaian Secara Bertulis
Kesimpulan Pelajaran
Refleksi
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
PERANCANGAN
Pengajaran
Berasaskan
Aktiviti
Objektif
Pembelajaran
Rancangan
Pengajaran
Menulis objektif hasil pembelajaran, mengenal pasti dan
membincangkan objektif pengajaran dengan jelas dan spesifik (cth:
hari ini kita akan belajar tentang perbezaan antara mamalia dengan
reptilia) serta merujuknya disepanjang pengajaran dilaksanakan.





Pengajaran diasaskan sepenuhnya pada Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang dikaitkan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan
mematuhi semua isi penting RPH secara tekal .
Pengajaran 2 aktiviti yang berbeza melibatkan kreativiti, perbincangan
dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) yang lain.
Perhatian
&
Tumpuan
Murid
Pengurusan
Tingkah laku
Murid
Komunikasi
PENYAMPAIAN
Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan
bahasa yang mudah difahami, tidak hanya membaca secara terus
daripada buku teks , dan menggunakan pelbagai variasi tekanan, nada
dan ketinggian suara yang berkesan untuk menarik tumpuan murid.
Semua murid memberi perhatian dan maklum balas kepada soalan
apabila ditanya. Murid proaktif bertanyakan soalan serta berbincang
lanjut dengan guru dan sesama mereka.
Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru menangani murid yang
berkelakuan buruk tanpa gangguan (cth: dengan mengangkat tangan
untuk senyap)
Bahan Bantu
Mengajar
Pengetahuan
Kandungan
PENYAMPAIAN
Guru menggunakan pelbagai bahan untuk menjelaskan konsep atau idea
yang relevan dan perkataan /lukisan yang jelas serta menarik perhatian
dan melibatkan interaksi murid.
Guru menepati topik pengajaran, tidak membuat kesilapan kandungan,
dan mempunyai semua pengetahuan kandungan yang diperlukan oleh
sukatan pelajaran untuk mengajar dengan berkesan serta berupaya
melangkaui sukatan pelajaran bagi membantu murid mencapai objektif
pengajaran.
Penilaian
Secara
Lisan
Penilaian
secara
Bertulis
PENILAIAN
Guru mempelbagaikan soalan relevan secara terbuka selari dengan
keperluan objektif pembelajaran serta berupaya memberi penjelasan
kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif untuk
jawapan yang betul dan menyeimbangkan soalan dengan tahap
keupayaan murid yang pelbagai.
Guru menetapkan kerja kelas secara bertulis untuk menguji
pencapaian objektif pembelajaran dan berjaya mengenal pasti
jawapan yang betul dan salah bagi setiap murid
Kesimpulan
pelajaran
Refleksi
Pengajaran
SEMAKAN
REFLEKSI
Guru mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan
satu keperluan penambahbaikan serta berupaya
mencadangkan tindakan penambahbaikan.
Guru mengakhiri pengajaran dengan memberikan kesimpulan
termasuk hasil pembelajaran dan berupaya menjelaskan 3 5
isi utama serta dapat menerangkan sebab pelajaran yang
berkenaan penting seterusnya menghubung kaitkannya
dengan pelajaran yang lain.
Bina suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid.
MATA PELAJARAN :
TAJUK :
OBJEKTIF :
AKTIVITI :
PEMBENTANGAN DALAM TEMPOH 8 10 MINIT
DIBAHAGIAN AKTIVITI SAHAJA

Anda mungkin juga menyukai