Anda di halaman 1dari 4

Teori pengajaran konstruktif

Edit 0 28
Teori pengajaran konstruktif
Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah
satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima
pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan
baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina
oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan
pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan
pelajar.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasipelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan
menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall,
1991).
Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada
untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.
Maksudnya pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi
tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang
mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:

murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka


sendiri

murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran


pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan
menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat dengan pengetahuan
sedia ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia mempunyai keperluan dan
kehendak. bagi keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama dalam menjalani kehidupan
(pengetahuan sedia ada) seperti makanan.Makanan diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.
Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman
sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran
yang bakal diajar.

Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki
menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.
Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud falsafah
membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan
tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu
pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan
teori ini.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru
dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai
pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan
pengetahuan.
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk
belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka
minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan
ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.
Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi, Scaffolding,
Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran Kolaboratif.
__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Di dalam P&P, mengikut Teori Konstuktivisme,peranan guru merupakan penolong,


pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran.

Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara


koperatif dan kolaborasi

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.Interaksi dan pertukaran idea-idea


antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.

Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang
boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran pelajar-pelajar. Bahan-bahan pembelajaran
yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.

Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid


Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
kepada murid untuk membina pengetahuan baru

PERANAN GURU KONSTRUKTIVISME


Menurut Chaille C. dan Britain L, dalam buku The Young Child as Scientist,peranan guru
konstruktivisme adalah seperti berikut:

1.

Guru sebagai penyampai aktiviti, idea dan pilihan kepada kanak-kanak

2.

Guru merangsangkan pembinaan pengetahuan melalui soalan-soalan yang dikemukakan

3.

Guru sebagai pengelola persekitaran yang menggalakkan eksperimen, uji kaji dan arahan diri

4.

Guru sebagai pemerhati yang peka

5.

Guru sebagai pemantau pembelajaran pelajar-pelajar

6.

Guru sebagai penggalak dalam pembinaan pengetahuan dan teori

Peranan Pelajar Dalam Pendidikan Konstruktivis


Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstrutivis melibatkan sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu membuat
analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam
membantu pelajar mengubah atau mengkuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat
dan mendengar idea orang lain dan membina asa pengetahuan yang mereka faham.
Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk
membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran
penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,
manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana
idea dan pengetahuan baru.
Pembelajaran konstruktivis berlaku apabila pelajar menggabungkan pengetahuan sedia ada
dengan konsep-konsep serta pengetahuan yang baru untuk membentuk pengetahuan yang
baru. Guru hanya sebagai agen penggalak dan pembantu pelajar semasa proses pembelajaran
dimana guru akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Kelebihan
pembelajaran ini adalah lebih banyak berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih
berkemahiran sosial dan lebih seronok. Dalam teori konstruktivis, pelajar tidak lagi dianggap
belajar membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah susai realiti
tersebut. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis dan mempersembahkan maklumat.

Home|Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana murid
dapat memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan Kognitif yang
bermula sejak dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa semua kanan-kanak
dilahirkan bersama kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Beliau
merujuk cara atas menyusun dan memproses maklumat sebagai struktur kognitif yang dinamakan
sebagai skema. Skema digunakan untuk meneroka persekitaran menggunakan deria sentuhan,
perasaan, rasa dan pemerhatian. Murid seterusnya akan berkembang melalui proses
pengubahsuaian skema sedia ada melalui dua cara iaitu asimilasi dan akomodasi.
Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an yang
dikatakan dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan bagaimana makna
dan pemahaman tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi sosial. Vygotsky menekankan
pengaruh konteks budaya dan hubungan sosial dalam pembelajaran serta menyokong model
pembelajaran inkuri-penemuan. Model ini menekankan peranan aktif guru manakala murid pula akan
membina kebolehan minda mereka secara nyata melalui penemuan maklumat-maklumat baru.

Anda mungkin juga menyukai